12 Panduan Wasiat

2
12 Panduan Wasiat

“Bagaimana menulis wasiat? Akak urgent nak buat. Nak tahu lebih tentang wasiat dan hibah.” – Ibu kepada 6 orang anak

Keluhan seorang ibu dihadapan anak-anaknya ketika Hanaffi berkongsi tentang wasiat. Baru-baru ini Hanaffi telah dijemput ke Kuala Selangor berjumpa dengan sebuah keluarga. Kedatangan Hanaffi seperti ditunggu-tunggu.

Ini adalah kisah Akak Jun.

Bila Hanaffi jejak ke rumah, semua dah ada depan pintu. Dalam hati bermonolog “Mak aii, ini dah meeting besar nie. Ada apa-apa ke nie?”

Akak Jun bersuara semasa Hanaffi berkongsi tentang wasiat dan hibah.

“Akak urgent nak buat wasiat, bagaimana menulis wasiat?” Keluh Akak Jun seperti menyimpan seribu 1000 rahsia diwajahnya.

“Dah macam-macam masalah sekarang nie Hanaffi. Diatas sebuah tanah, ada 3 pintu. Abang ipar pernah kata pada suami akak, yang dia serahkan sebuah rumah. Dia bagi sebab tiada siapa nak jaga mak mertua, maklumlah orang bisnes. Jadi susah nak jenguk mak di kampung.”

“Pada masa yang sama, abang ipar menyatakan dia menyerahkan sebuah rumah pada maknya untuk tinggal berdekatan kami. Akak Jun dan suami yang jaga makan minum selama ini. Akak tak kisah sangat pon, lagipon kami buat kerana Allah swt, ikhlas nak jaga mak.”

“Hampir 5 tahun jaga mak mertua, sebelum menghembuskan nafas terakhir mak mertua pernah bagitahu pada kami yang dia nak serahkan rumahnya kepada kami. Terkejut kami. Mungkin nak balas jasa kerana sentiasa jaga makan dan minum dihujung usianya. Tak pernah harap pon sebab abang ipar dah bagi satu pintu.”

“Abang long memang jarang balik. Mungkin sibuk sangat cari bisnes. Masa mak meninggal pon kejep je ada. Esok lusa dah balik KL. Entah la, tak faham nak cerita cam mana.”

“Dah lama senyap tiba-tiba abang long cakap dia nak kami semua keluar dari rumah yang dia bagi tu sebab mak dah meninggal, tiada kepentingan kami disitu. Berperang juga kami. Tapi kami tak ade ilmu sangat pasal bab-bab harta nie, kami ambil tahu pon bila dah jadi macam nie. Akak ada baca buku ustaz tulis tu, sebab tu minta ustaz datang terang lebih lanjut. Cakap depan-depan senang sikit.”

Itulah cerita yang berlaku pada keluarga Akak Jun.

Hanaffi yang dengar cerita pon stress. Macam nak pelempang je abang ipar dia, nak selesaikan agak rumit melainkan abang iparnya bertolak ansur. Keluarga Akak Jun bukanlah orang berduit sangat jika nak lantik lawyer bagai. Sebab tu Akak Jun memilih untuk berwasiat bagi hartanya. Yang dah berlaku reda saje ketentuan ilahi.

Banyak soalan wasiat yang ditanya oleh Akak Jun. Letih juga melayan soalan nie, tapi tak kisah. Antara soalan wasiat adalah seperti berikut:

Rajah 1 – Antara mereka yang buat wasiat / hibah.

Berikut adalah garis panduan wasiat dengan sempurna:

Saya berkongsi 12 panduan wasiat yang wajib diketahui bagi mereka yang ingin berwasiat dengan sempurna. Fahami 12 panduan mudah untuk berwasiat. Berikut adalah 12 panduan wasiat:

Langkah 1 – Mengetahui perbezaan wasiat dan hibah.

Ini sangat penting, walaupon nampak sama tapi ia berbeza dari segi pelaksanaan. Wasiat pelaksanaan selepas kematian pewasiat manakala hibah semasa hidup. Contoh kes wasiat yang Hanaffi jumpa, pewasiat telah nyatakan hasrat dalam wasiat bagaimana harta beliau nak diagihkan nanti. Setiap anak akan dapat harta masing-masing, anak 1 nak diberi kereta, anak 2 nak diberi tanah, anak 3 nak diberi rumah. Selepas berlaku kematian pewasiat, mereka berbalah tidak berpuas hati dengan pemberian arwah kerana terdapat jurang yang besar dari nilai harta. Masing-masing mempertikai kenapa arwah menyatakan hasrat yang tidak adil. Sepatutnya harta wasiat yang ditinggalkan menjadi bekalan pahala, tetapi sebaliknya. Siapa yang rugi? Pewasiat itu sendiri.

Langkah 2 – Kenal pasti waris faraid dan bahagian yang bakal mereka terima.

Ini adalah langkah kritikal perlu dibuat oleh pewasiat bagi mengetahui siapakah yang layak diantara mereka dan bahagian yang bakal diterima. Ini bagi mengelakkan pertikaian atau perbalahan dikemudian hari diantara mereka. Apabila jelas, pewasiat mampu buat perancangan yang lebih baik untuk waris dan disarankan berkongsi tentang ilmu faraid kepada ahli waris juga.

Selain itu, kita juga tidak mahu campur tangan dari pihak yang tidak berkepentingan seperti ipar-ipar, dikuatiri mereka mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat nanti. Banyak kes pusaka yang Hanaffi jumpa, ipar yang menjadi punca perbalahan dan melambatkan proses pengurusan pusaka arwah sedangkan anak-anak arwah tiada isu semasa perbincangan. Siapa yang susah nanti? Waris pewasiat jugalah.

Tambahan itu, pewasiat dapat memberikan tanggungjawab kepada waris. Seperimana yang kita ketahui bahagian faraid anak lelaki adalah lebih daripada anak perempuan dan isteri, kita dari awal berkongsi atau memberikan pendedahan tentang tanggungjawab mereka kelak agar mereka tidak lupa diri.

Langkah 3 – Kenal pasti harta anda.

Pewasiat perlu senaraikan kesemua harta samada harta alih dan tidak alih. Perkara ini sering diabaikan oleh pewasiat, kenapa perlu senaraikan? Pertama kita nak mudahkan tugas wasi yang dilantik kelak. Tak perlu mereka mengambil masa yang lama untuk senarai pendek harta anda.

Kedua kita nak jelas adakah kesemua harta tersebut milik pewasiat secara mutlak. Milik mutlak? Mungkin pewasiat beli guna nama orang lain. Ini tidak dikira sebagai harta pewasiat kerana atas kertas nama orang lain.

Begitu juga, orang beli nama pewasiat. Asalnya nak tumpang nama saja, dia bayar installment tapi atas kertas nama pewasiat. Ini dikira harta pewasiat, jika pewasiat meninggal ia akan jadi harta pusaka pewasiat. Kan susah. Sebab itu perlu senaraikan dan semak setiap satu. Memang banyak keje, tapi berbaloi. Percayalah.

Langkah 4 – Senaraikan hutang dan orang berhutang dengan pewasiat.

Ini sangat penting sehinggakan Rasullulah tidak sembahyangkan jenazah yang berhutang. Rasullulah juga pernah bersabda dosa orang yang mati syahid tidak diampunkan kecuali hutang, hadith ini dari Amr Bin Ash. Jadi tanggungjawab pewasiat untuk menyelesaikan hutang yang ada walaupon sudah meninggal. Hehe. Sebab itu pewasiat perlu amanahkan wasi yang dilantik untuk menguruskan hutang anda agar mati tidak dalam keadaan hutang tidak dilangsaikan.

Terdapat banyak kes pusaka, hutang arwah tidak dijelaskan terlebih dahulu. Ini kerana waris sibuk nak agihkan pusaka sehingga hutang arwah terlupa diselesaikan.

Hutang yang akan ditanggung oleh pihak takaful/insurans mudah, sebab apabila anda meninggal ia akan dilangsaikan seperti loan rumah / personal loan. Tapi hutang dengan individu amat sukar dilangsaikan jika tidak dinyatakan kepada pihak wasi. Terdapat kes individu yang menuntut membuat nota dan diletakkan dibatu nisan! Ini kisah benar. Anda sanggup begitu?

Hutang ini merangkumi hutang pewasiat dengan Allah seperti zakat, haji, fidiyah, nazar, qada, kaffarah dan nazar pihak wasi boleh uruskan. Yang penting senaraikan.

Langkah 5 – Buat perancangan bagaimana harta nak diagihkan.

Ini terpulang kepada pewasiat, terdapat beberapa kaedah untuk agihkan harta anda kelak, iaitu cara faraid / muafakat / samarata / hasrat. Dalam wasiat pembahagian harta hanya dilakukan selepas pewasiat meninggal dunia dan ia akan berbalik pada perbincangan ahli waris. Tidak wajib bagi ahli waris melaksanakan atau bersetuju dengan arahan pewasiat.

Berikut adalah contoh arahan wasiat:

Contoh arahan setiap harta, pewasiat boleh buat bagi setiap harta seperti dibawah:

  • Rumah diserahkan kepada isteri 70%, anak 30%.
  • KWSP diserahkan 70% kepada isteri, 15% kepada ayah, 15% kepada ibu.
  • Akaun Maybank diserahkan kepada anak 1 100%
  • Akaun RHB diserahkan kepada anak 2 100%
  • Akaun Cimb diserah kepada anak 3 100%
  • Saya mewasiatkan isteri saya adalah penjaga kepada anak saya. Sekiranya beliau meninggal dunia serentak dengan saya, saya melantik adik saya (nama & ic) sebagai penjaga kepada anak saya.

Contoh arahan wasiat bagi keseluruhan harta:

  • Saya menyerahkan keseluruhan harta saya kepada isteri 70%, anak 30%.
Rajah 2 – Contoh arahan wasiat

Dalam situasi tertentu hibah menjadi pilihan utama. Banyak juga client Hanaffi yang buat hibah bagi harta yang utama seperti rumah kerana mereka ingin hibahkan rumah tersebut kepada individu tertentu seperti anak atau pasangan.

Hanaffi sarankan anda menambah ilmu dalam bab hibah. Terdapat banyak info tentang hibah. Klik disini

Langkah 6 – Melantik wasi.

Proses pengurusan harta pewasiat akan diuruskan oleh wasi yang dilantik selepas meninggal dunia yang sepatutnya diuruskan oleh waris. Jika nak harapkan waris entah bila mereka akan uruskan, jika timbul masalah pasti proses pindah milik akan mengambil masa yang panjang. 5 tahun belum tentu selesai. Wasi mempunyai kepakaran dalam bidang ini dan mereka mampu menyelesaikan dalam masa 6 bulan dari tempoh kematian, panel Hanaffi adalah Majlis Agama Islam Selangor.

Antara agensi lain yang terlibat dalam menyediakan dokumen wasiat adalah:

  • MyPusaka. Info
  • As Salihin Trustee
  • Amanah Raya Berhad
  • Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
  • Majlis Agama Islam Johor
    Hanaffi sarankan wasi dari organisasi berbanding wasi individu. Jika individu tersebut meninggal atau ada masalah peribadi pasti akan melambatkan proses pengurusan berbanding organisasi.

Tugas wasi adalah:

  • Memohon sijil faraid di mahkamah syariah
  • Mendapatkan probet di mahkamah tinggi
  • Menyelesaikan hutang si mati
  • Melaksanakan amal jariah pewasiat
  • Agihkan harta pewasiat kepada waris
  • Memelihara harta bagi waris yang bawah umur
  • Wasi akan jadi pemudah cara atau orang tengah dalam perbincangan keluarga
  • Menjamin kebajikan waris faraid

Langkah 7 – Wasiat amal jariah.

Bahagian ini anda disarankan buat, rezeki Allah dah bagi banyakkan. Jika tak buat pon tak de masalah. Sedekah / wakaf selepas kematian akan tertakluk kepada hanya 1/3 dari keseleluruhan harta pewasiat. Jika melebihi daripada 1/3 perlu mendapatkan persetujuan waris faraid terlebih dahulu.

Sebagai contoh pewasiat mempunyai sebidang tanah bernilai RM100,000.00 untuk diwakafkan, anggaran aset lain bernilai RM100,000.00 juga. Nilai tanah yang nak diwakafkan adalah 1/2 daripada keseluruhan harta. Maka ia perlu mendapatkan persetujuan waris faraid pewasiat seperti yang dinyatakan iaitu mak dan ayah, suami dan anak-anak (mereka yang masih hidup).

Rasullulah pernah bersabda dari
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim:

“Maka (boleh berwasiat) satu pertiga (dari jumlah harta), sedangkan satu pertiga itu pun sudah banyak. Sesungguhnya jika engkau tinggalkan waris dalam keadaan kaya atau cukup, lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan tidak cukup, dengan menadah-nadah tangan memintta daripada tangan-tangan manusia.”

Berikut adalah contoh wasiat amal jariah oleh pewasiat.

Rajah 3 – Contoh arahan wasiat bagi wakaf

Langkah 8 – Lantik penjaga anak.

Pewasiat perlu melantik penjaga bagi anak, situasi kematian serentak boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Sebab itu jika berjumpa Hanaffi mohon pasangan senaraikan 2-3 individu yang dipercayai untuk menjaga anak mereka jika kejadian itu berlaku.

Berikut adalah contoh klausa yang dinyatakan dalam wasiat.

Rajah 4 – Contoh arahan wasiat bagi penjaga anak bawah umur.

“Saya mewasiatkan suami/isteri saya (nama) adalah penjaga kepada anak saya. Sekiranya beliau meninggal serentak dengan saya, maka saya melantik abang saya (nama) dan adik saya (nama) sebagai penjaga kepada anak saya.”

Untuk makluman anda, suami sangat disarankan membuat wasiat seperti diatas kerana hak penjagaan anak dan harta anak bawah umur 18 tahun tidak akan terus dapat kepada isterinya. Ini berdasarkan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam menyatakan bapa diberi keutamaan menjaga anak dan hartanya. Mengikut undang-undang hak menjaga akan diserah kepada datuk sebelah suami, jika datuk meninggal dunia hak penjagaan akan diserahkan kepada wasi yang dilantik. Nampak, masih bukan isteri. Agak-agak penting tak? Nampak remeh je.

Jika kesemua penjaga meninggal, bagaimana pula harta anak tersebut? Apa yang Majlis Agama Islam Selangor praktis, harta tidak diserahkan secara mutlak kepada penjaga. Dikuatiri mereka pecah amanah dan abaikan tanggungjawab susah juga maka penjaga harus memohon bagi mendapatkan dana yang diperlukan.

Langkah 9 – Semak penama disetiap institusi kewangan.

Pewasiat disarankan kemaskini penama dalam institusi kewangan bagi memastikan penama / pentadbir yang betul dinamakan. Elak meletakkan penama dibawah umur kerana jika mereka dibawah umur, wang anda tidak dapat diuruskan oleh anak bawah umur sehingga mereka berumur 18 tahun melainkan anda berwasiat dan melantik wasi. Wasi akan uruskan nanti.

Terdapat beberapa institusi menyediakan perkhidmatan hibah antaranya:

  • ASB
  • Tabung Haji
  • Takaful

Anda boleh senaraikan harta yang dihibah dalam wasiat sebagai makluman kepada wasi andai suami-isteri meninggal serentak.

Langkah 10 – Ketahui manfaat kematian yang ada.

Apabila berlaku kematian secara tiba-tiba, kita akan seperti hilang arah dan tak tahu nak buat apa. Tambah lagi jika keadaan keluarga tidak banyak harta, kita perlukan banyak dana untuk menampung kos itu dan ini. Hanaffi senaraikan agensi yang terlibat yang menyediakan manfaat khairat kematian bagi membantu meringankan beban yang terpaksa ditanggung.

  • masjid : RM500 – RM5000
  • PERKESO : RM2000
  • KWSP : RM2500
  • BRIM : RM1000
  • ASNB : RM2000
  • Skim Takaful : RM2000 – RM5000
  • Persatuan Berdaftar/NGO/Koperasi : RM500 – RM5000
  • Khairat kematian Syarikat (Bergantung kepada syarikat anda, disarankan semak dengan HR syarikat).
  • Bantuan mengurus jenazah JPA : RM3000

Terdapat banyak manfaat lagi manfaat yang boleh waris tuntut, waris harus berhubung secara terus kepada agensi yang terlibat. Hanaffi akan update nanti.

Langkah 11 – Ketahui kos yang terlibat.

Disini Hanaffi sediakan kos yang akan dikenakan kelak. Buka file hanya RM300 termasuk kesemua harta. Tidak kisah berapa bilangannya dan ia adalah semur hidup.

Bagi fee pelaksanaan adalah seperti berikut (kos yang dikenakan semasa wasi ingin menjalankan tugasnya.

Fee mengikut nilai harta semasa meninggal. RM
2.0% bagi nilai harta RM25,000.00 pertama RM500.00
1.5% bagi nilai harta RM50,000.00 berikutnya RM750.00
1.0% bagi nilai harta RM75,000.00 berikutnya RM750.00
0.5% bagi nilai harta RM100,000.00 berikutnya RM500.00
0.25% bagi nilai harta RM250,000.00 berikutnya RM0.00
JUMLAH RM2,500.00

*Fi tidak termasuk disbursement dan yuran guaman bagi permohonan Geran Probet dan Perintah Pembahagian.

*Caj yang dikenakan oleh syarikat adalah berbeza antara satu sama lain. Anda boleh berhubung secara terus dengan syarikat yang anda suka.

Mari kita buat contoh. Jumlah harta anda adalah RM1,000,000.00

Fee mengikut nilai harta semasa meninggal. RM
2.0% bagi nilai harta RM25,000.00 pertama RM500.00
1.5% bagi nilai harta RM50,000.00 berikutnya RM750.00
1.0% bagi nilai harta RM75,000.00 berikutnya RM750.00
0.5% bagi nilai harta RM100,000.00 berikutnya RM500.00
0.25% bagi nilai harta RM250,000.00 berikutnya RM1,875.00
JUMLAH RM4,375.00

.

Langkah 12 – Sediakan dana mencukupi kepada waris – optional

Pewasiat disarankan ambil pelan perlindungan takaful mengikut risiko dan kemampuan. Duit tersebut akan banyak membantu waris dalam meneruskan kehidupan selepas ketiadaan pencari sumber rezeki. Mereka yang pernah kehilangan pasangan merasai kesusahan tanpa sumber kewangan yang mencukupi. Banyak perkara harus disusun semula, sangat perit apabila anak-anak masih kecil dan perlukan bantuan kewangan.

Fungsi pelan perlindungan takaful adalah:

  1. Pengganti gaji
  2. Membayar Fi Pengurusan wasiat & hibah
  3. Selesaikan hutang yang ada

Cara pengiraan mudah. Berapa tahun kita mahu gaji kita digunakan oleh waris yang ditinggalkan.

Contoh RM5,000 x 12 bulan = RM60,000.00 setahun.

Jika anda fikir pasangan anda perlukan 5 tahun perbelanjaan bagi menguruskan rumahtangga, maka kiraan adalah seperti berikut:

RM60,000.00 setahun x 5 tahun = RM300,000.00 dana yang diperlukan. Mudahkan?

Rajah 5 – Sumbagan yang diterima waris.

Berikut adalah kadar yang dicadangkan dengan harga bulanan. Hanaffi mempunyai lesen daripada syarikat Etiqa Family Takaful Berhad, anda bebas memilih daripada mana-mana syarikat yang berdaftar. Berikut Hanaffi sediakan anggaran sebut harga bagi pampasan kematian / kecacatan kekal.

UmurMontly ContributionKematian / Kecacatan Kekal
25-30RM200RM500,000.00
31-35RM200 RM500,000.00
36-40RM350 RM500,000.00
41-45RM450 RM500,000.00
46-50RM690 RM500,000.00

.

Rajah 6 – Ustaz Amirul menyemak dokumen permohonan wasiat

Kesimpulan:

Garis panduan mudah untuk berwasiat. Sangat penting berwasiat dan melantik wasi agar harta tidak terus terbeku begitu sahaja. Sudah banyak kes berlaku dan anda boleh perhatikan apa yang telah berlaku pada masyarakat melayu terutamanya.

Rajah 7 – Perjumpaan wasi dengan ahli waris.

Jika anda ingin mengetahui dokumen yang perlu disediakan bagi menulis wasiat. Klik disini.

Jika anda masih kurang jelas, anda boleh rujuk:

Soalan lazim wasiat
Soalan lazim hibah
Soalan lazim faraid

Ia mengandungi soalan-soalan yang biasa ditanya oleh prospek Hanaffi ketika sesi konsultansi.

Download Senarai Semak Wasiat (klik disini).

Download Senarai Semak Hibah (klik disini).

Soalan Lazin Akak Jun

Q: Bagaimana kiraan faraid bagi Akak Jun dan suami?

A: Kiraan bahagian faraid bagi harta Akak Jun dan suami adalah seperi berikut. Akak Jun mempunyai mak dan ayah, manakala mak dan ayah suaminya sudah meninggal dunia. Mereka mempunyai 4 orang anak perempuan dan 2 orang anak lelaki.

Anggaran nilai harta adalah RM200,000 bagi tujuan pengiraan.

Bahagian faraid Akak Jun jika meninggal dunia:

Mak : 4/24 bahagian (RM33,333.33)
Ayah : 4/24 bahagian (RM33,333.33)
Suami : 6/24 bahagian : RM50,000.00
Anak lelaki 1 : 2/24 bahagian (RM16,666.67)
Anak lelaki 2 : 2/24 bahagian (RM16,666.67)
Anak lelaki 3 : 2/24 bahagian (RM16,666.67)
Anak lelaki 4 : 2/24 bahagian (RM16,666.67)
Anak perempuan 1 : 1/24 bahagian (RM8,333.33)
Anak perempuan 2 : 1/24 bahagian (RM8,333.33)

Bahagian faraid suami Akak Jun jika meninggal dunia:

Isteri : 10/80 bahagian (RM25,000.00)
Anak lelaki 1 : 14/80 bahagian (RM35,000.00)
Anak lelaki 2 : 14/80 bahagian (RM35,000.00)
Anak lelaki 3 : 14/80 bahagian (RM35,000.00)
Anak lelaki 4 : 14/80 bahagian (RM35,000.00)
Anak perempuan 1 : 7/80 bahagian (RM17,500.00)
Anak perempuan 2 : 7/80 bahagian (RM17,500.00)

Q: Kenapa Akak Jun dapat kurang dari anak jika suami meninggal dunia? Anak masih kecik-kecik lagi.

A: Itu adalah kiraan faraid dalam Al Quran, boleh rujuk surah An Nisa (4) / ayat 11, 12 dan 176. Dalam wasiat suami boleh nyatakan hasrat bahagian yang ingin diserahkan kepada Akak Jun, mungkin 60% atau 100%. Tiada masalah. Tetapi ia akan dibincangkan semula selepas kematian pewasiat.

Tetapi jika ada bahagian yang telah ditetapkan nak bagi pada isteri. Suami boleh buat hibah bagi hartanya, begitu juga isteri. Boleh rujuk artikel berkenaan hibah, klik disini:

Q: Adakah wajib berwasiat?

A: Tidak wajib berwasiat, tetapi ia adalah satu amalan yang dianjurkan oleh Islam seperti dinyatakan oleh Rasullulah dari Abdullah Bin Umar: “Seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat di sisinya.” (Riwayat Bukhari)

Q: Adakah wasiat boleh dibatalkan atau diubah?

A: Ya boleh. Hanya menulis surat ringkas kepada wasi menyatakan menbatalkan wasiat. Bagi situasi lain pula, wasiat terkini akan membatalkan wasiat yang lama secara automatik. Jika ingin menukar isi kandungan wasiat, pewasiat sahaja yang dibenarkan ubah. Itu bagi situasi pewasiat masih hidup.

Bagi kes pewasiat sudah meninggal pula bagaimana? Perbincangan antara waris akan memainkan peranan besar samada ingin melaksanakan seperti dalam kandungan wasiat atau sebaliknya secara samarata / muafakat / faraid, waktu inilah kepakaran wasi diperlukan.

Q: Saya terbaca artikel menyatakan 17 waris daripada 20 waris setuju agih secara muafakat dan baki 3 waris setuju agih secara faraid. Jadi tak perlulah buat wasiat.

A: Benar, ada mudah ada susah. Tapi jika beranggapan begitu mudah urus pusaka kenapa kes pusaka tertunggak bernilai hampir 80 billion dan hampir 1 juta kes yang belum selesai? Hehe. Jika waris tahu procedure nak urus pusaka dengan jelas dan mempunyai masa untuk uruskan ok la. Andai Akak Jun dan suami meninggal serentak bagaimana? Siapa nak urus? Nak harapkan adik-beradik, boleh harap ke? Tambah lagi Akak Jun ada anak yang masih kecil.

Q: Saya terbaca harta wasiat tidak boleh diwasiatkan kepada ahli waris. Betul ke? Confius saya, disebabkan itu saya buat keputusan tak nak buat wasiat.

A: Saya minta maaf, ejen-ejen wasiat/hibah menggunakan point itu untuk merancankkan penjualan produk hibah mereka. Perkara ini sampai menjadi isu besar. Hampir kesemua individu yang Hanaffi jumpa mengadu masalah yang sama.

Jawapan adalah boleh, tiada masalah. Kita rujuk fatwa berkaitan bahagian 1/3 kepada ahli waris yang bersidang pada 20 April 2018 oleh Mesyuarat Jawatankuasa Negeri Selangor Kali ke 2/2018. Memutuskan bahawa:

“Sesuatu wasiat yang dibuat kepada seseorang waris hendaklah tidak berkuatkuasa sehingga diberi persetujuan oleh waris-warisnya selepas kematian pewasiat.”

Q: Kawan Akak Jun tanya, dia ada anak angkat macam mana? Perlu ke buat wasiat?

A: Wasiat boleh buat kepada bukan waris faraid seperti anak angkat, disarankan buat perancangan harta melalui wasiat atau hibah. Jika tak buat langsung, anak angkat tidak layak mewarsi harta melalui faraid. Dengan wasiat mereka akan layak terima tidak kurang 1/3 dari nilai harta, jika lebih 1/3 perlu persetujuan waris faraid yang lain. Hibah boleh bagi 100% tanpa sebarang syarat.

Q: Kenapa majoriti rakyat Malaysia tidak berminat untuk berwasiat?

A: Banyak sebab antaranya:

  • Tiada ilmu tentang pengurusan harta.
  • Tiada pendedahan situasi sebenar pengurusan harta tanpa wasiat.
  • Ramai beranggapan faraid dah ada, cukup sebagai penyelesaian. Tetapi hakikatnya faraid adalah kaedah pembahagian harta pusaka bukan cara pengurusan harta yang perlu diuruskan oleh waris.
  • Beranggapan wasiat hanya sesuai dibuat ketika nyawa dihujung tanduk. Dah nak mati baru perlu berwasiat. Maaf bahasa kasar.
  • Beranggapan kos pengurusan wasiat mahal.
  • Beranggapan jika wasiat akan menyebabkan kematian.
  • Tiada ilmu tentang pengurusan harta.
  • Tiada pendedahan situasi sebenar pengurusan harta tanpa wasiat.
  • Ramai beranggapan faraid dah ada, cukup sebagai penyelesaian. Tetapi hakikatnya faraid adalah kaedah pembahagian harta pusaka bukan cara pengurusan harta yang perlu diuruskan oleh waris.
  • Beranggapan wasiat hanya sesuai dibuat ketika nyawa dihujung tanduk. Dah nak mati baru perlu berwasiat. Maaf bahasa kasar.
  • Beranggapan kos pengurusan wasiat mahal. Sila rujuk kos pengurusan wasiat (klik disini).
  • Beranggapan jika wasiat akan menyebabkan kematian.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang wasiat. Sila klik disini.

Sebarang soalan sila hubungi saya 0165577653

LEAVE A REPLY