Case Study 10 – Dah 15 tahun Tetapi Belum Sempat Urus Pusaka.

Ini adalah cerita Ann. Ann adalah prospek yang saya jumpa. Kami jumpa di Shah Alam.

Arwah ayah dah meninggal hampir 15 tahun, tetapi tiada siapa yang nak uruskan.

Hanaffi bertanya dengan curiga:

“Kenapa tak nak urus? Kenapa sampai macam tu?”

Ann menjawab dengan hiba.

“Macam nie Ustaz, kami semua 10 beradik. Pada awalnya abang long nak urus. Tapi proses mengambil masa yang panjang sebab abang nak cari geran rumah dan setelkan gadaian.”

“Lepas ibu pulak meninggal selepas 7 bulan ayah meninggal.”

“Tiba-tiba abang jatuh sakit, abang masih pegang maklumat dan tak nak bagi sesiapa uruskan. Saya pon tak tahu kenapa. Lepas tu abang pulak meninggal.”

“Sekarang semua dah dah malas ambil tahu, hanya tinggal kami 4 beradik sahaja. Yang lain dah meninggal.”

“Kakak saya kata dia nak uruskan lepas dia pencen. Lagi 2 tahun baru pencen.”

Tepuk dahi saya. “Allah!”

Ann adalah anak bongsu, Ann tidak mahu bersuara pada adik beradik takut dilabel sebagai GILA HARTA. Tapi bila senyap, macam ini pula.

Hanaffi terangkan kepada Ann cara untuk uruskan harta arwah. Mungkin amik masa sebab hampir kesemua waris telah tiada.

“Macam nie Ann, Hanaffi boleh bagi laluan guide untuk urus. Tapi Ann kena bincang dengan adik beradik lain. Jika tak, sampai kesudah beku harta. Akak yang nak urus tu tahu tak prosesnya?

Ann berkata:

“Entah la. Rasa dia pon tak tahu kot.”

“Hanaffi menyambung cerita proses menguruskan harta dan Ann mendengar dengan teliti.

“Hanaffi bahagikan kepada 2 langkah bagi Proses Tuntutan Pusaka nie Ann.”

LANGKAH 1 – PROSES MENGUMPUL MAKLUMAT

LANGKAH 2 – PROSES TUNTUTAN PUSAKA

Jika Langkah 1 kita dapat buat semua dengan baik, dengan izin Allah Langkah 2 akan jadi lebih mudah untuk diuruskan.

Langkah 1 – Proses Mengumpul Maklumat:

  • Urus jenazah dulu. Tak kan la terus nak urus harta. Nanti nampak sangat Ann. Hahaha…
  • Dah setel, baru start bincang tentang harta.
  • Anda perlu melantik seorang pentadbir dari ahli keluarga.
  • Sediakan Sijil Mati @ Permit Kubur.
  • Senaraikan dan sediakan semua dokumen harta arwah.
  • Senaraikan hutang piutang arwah.
  • Anggarkan nilai harta terkumpul arwah.
  • Dapatkan sijil faraid di Mahkamah Syariah.
  • Penting juga untuk semak sama ada arwah pernah buat wasiat atau hibah semasa hidup.

Langkah 2 – Proses Tuntutan Pusaka.

Di fasa 2 nie, Ann perlu menilai harta yang dimiliki arwah untuk mula berurusan.

Okey, Ann perlu tahu 3 tempat untuk menguruskan harta pusaka jika arwah tidak melantik wasi bagi menguruskan hartanya. Jadi yang mana satu nak pilih nie?

  • Amanahraya
  • Pejabat Pusaka Kecil di Pejabat Tanah
  • Mahkamah Tinggi

Yang mana satu nie? Hehe

Ann perlu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir (Letters of Administration) sebelum menguruskan harta si mati. Surat ini memberikan hak kepada Ann untuk menguruskannya.

Bagi yang ada wasiat urusan jadi mudah.

Sebelum nie Hanaffi ada minta untuk senaraikan harta arwah dan nilaikan. Sebab nilaian tersebut akan menentukan dimana anda perlu berurusan.

  • Amanah Raya Nilai harta alih sahaja kurang daripada RM600,000.00

  • Pejabat Pusaka Kecil Nilai harta tak alih dan harta alih kurang dari RM2 juta

  • Mahkamah Tinggi Nilai harta melebihi RM2 juta.”

Hanaffi inform Ann, jika dalam proses urus ada masalah boleh whatsapp.

Ann hanya menganggukkan kepalanya saje. Entah faham atau tidak.

Itu kisah antara Hanaffi dan Ann. Masih ramai lagi yang ada masalah begini, terus nak biarkan saje? Atau cuba uruskan? Sekarang siapa yang susah?

Hanaffi nak tanya anda, agak-agak senang tak nak urus jika dah berlaku waris berlapis?

Susah abang-abang, kakak-kakak oi..

Anda akan percaya bila dah kena pada batang hidung sendiri kan? Dah terlambat masa tu. Anda pon dah ada dialam barzah. Maaf kasar bahasa. Hehe

Terpulang la. Tak paksa untuk terima nasihat, tugas Hanaffi hanya menyampaikan maklumat.

Anda juga disarankan membaca artikel dibawah bagi menambah pengetahuan.

Jika anda masih kurang jelas, anda boleh rujuk:

Soalan lazim wasiat. Klik disini

Soalan lazim hibah. Klik disini

Soalan lazim faraid. Klik disini

Hubungi saya untuk pertanyaan di 016-5577653

atau

Whatsapp (klik link ini)

Anda juga boleh tambah ilmu tentang hibah takaful. Klik disini

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!