“Siapa nak jaga anak bawah umur?”

0
“Siapa nak jaga anak bawah umur?”

“Siapa nak jaga anak bawah umur?”

Ini kisah Puan Nor.

Puan Nor meluahkan perasaan:

“Akak agak risau la. Sebab anak masih kecik, jika akak dan suami meninggal macam mana?”

Hanaffi hanya senyum tanda faham sambil mendengar dengan teliti.

Puan Nor sambung cerita lagi:

“Suami bila cerita bab pengurusan harta nie dia buat dek jer. Akak rasa macam cakap dengan batu jer. Pernah juga ipar tanya pasal harta suami. Tak tahu la nak cakap macam mana, sebab dah dengar macam-macam cerita dah..”

“Dah tak berapa percaya pada ipar..”

Kami sama-sama buat pengiraan bagi harta Puan Nor dan suaminya.

Aset suami anggaran rm2,000,000.00..

Waris faraid suami adalah.

  • Adik beradik (termasuk lelaki dan perempuan)
  • Seorang isteri,
  • Seorang anak perempuan.

Masing-masing layak:

  • Adik-beradik (termasuk lelaki dan perempuan) layak rm750,000.00
  • Isteri layak rm250,000.00
  • Anak layak rm1,000,000.00

Puan Nor terkejut beruk. Adik-beradik suami dapat lebih banyak darinya.

Hanaffi maklum itu adalah perkiraan faraid. Hari nie saja lebih kurang 5 orang isteri mengadu sebab suami tak nak buat perancangan.

Bab pembahagiam harta nie anda kena rancang sekarang supaya tidak timbul masalah dikemudian hari dengan wasiat atau hibah. Ini bergantung kepada situasi masing-masing, setiap orang masalah berbeza-beza.

Perkara utama anda perlu buat adalah merancang bagaimana harta nak diagihkan. Mudah saje, Hanaffi ada sediakan contoh. Anda boleh nyatakan bagi setiap harta nak diagihkan bagaimana atau disatukan dalam satu arahan.

Contoh arahan setiap harta:

  • Saya menyerahkan rumah saya kepada isteri 60%, anak 40%.
  • Saya menyerahkan kwsp 80% kepada isteri, 10% kepada ayah, 10% kepada ibu.
  • Saya wasiatkan perniagaan saya julung bitara holdings sdn bhd yang saya mempunyai syer sebanyak 50% diwasiatkan kepada isteri saya.
  • Saya mewasiatkan isteri saya adalah penjaga kepada anak saya. Sekiranya beliau meninggal dunia serentak dengan saya, saya melantik adik saya (nama & ic) sebagai penjaga kepada anak saya.

Contoh arahan bagi keseluruhan harta:

  • Saya menyerahkan kesemua harta saya kepada isteri 60%, anak 40%.

Anda disarankan membaca artikel dibawah bagi menambah ilmu pengetahuan tentang wasiat, hibah dan faraid. Tak rugi pon. Ilmu dunia akhirat. Sila klik link dibawah:

Anak bawah umur.

Dalam wasiat, anda boleh nyatakan penjaga kepada anak yang bawah umur 18tahun kebawah.

Klausa diatas hanya berkuatkuasa apabila dua-dua meninggal. Jika salah seorang saje meninggal, pasangan akan menjadi penjaga. Melainkan pasangan nyatakan pada mahkamah dia tak nak jaga anak, maka penjaga yang disenaraikan akan disenarai pendek. Ia juga bergantung pada keputusan mahkamah nanti.

Tapi jika tiada siapa nak jaga, rumah kebajikan adalah tempat terakhir anak nanti. Hasrat diatas hanya boleh dinyatakan didalam wasiat sahaja.

Jadi rancanglah dan bina hubungan baik dengan semua orang. Dengan berbuat baik tu, Allah bantu dengan memberi penjaga yang amanah kepada anak-anak yang ditinggalkan.

Kita dah mati, tiada siapa yang boleh kita harapkan melainkan Dia dan manusia yang hidup. Mati pasti, cuma tak tahu bila saja.

Sebarang kemuskilan boleh hubungi atau whatsapp saya di no berikut 0165577653

LEAVE A REPLY