Tinggal dikantin sekolah selepas dihalau dari rumah ayah

0
Tinggal dikantin sekolah selepas dihalau dari rumah ayah

Tinggal dikantin sekolah selepas dihalau dari rumah ayah

Tadi jumpa seorang guru di nilai. Masa cite bab harta nie, terus menangis bila terkenang apa yang berlaku pada dirinya. Masa kecik ayah meninggal, mak waktu tu lagi 3 bulan nak bersalin anak ke-5.

Pada hari ke-2 kematian arwah, makcik dan pakcik mangsa datang menyerang maknya menuntut pusaka arwah tanpa belas kasihan

Arwah berniaga kantin disekolah. Mereka dihalau, emak mangsa terpaksa mengalah dengan desakkan makcik dan pakcik. Sambil menangis puan tadi berkata:

“Saya masih ingat lagi, kami sekeluarga terpaksa tinggal dikantin sekolah…”

Hanaffi terdiam. Lepas tu Hanaffi dengan nada memujuk berkata.

“Tak puan, dah jadi.. ujian yang Allah berikan tu puan mampu handle. Sekarang puan dan adik beradik dah berjaya…”

“Ada hikmah dan ganjaran untuk orang yang bersabar…”

Agak lama kami borak. Saya cadangkan untuk buat perancangan agar tiada berlaku kesulitan dikemudian hari. Hanaffi cadangkan untuk buat wasiat bagi pengurusan harta dan plan takaful bagi sediakan jaminan tunai selepas kematian. Alhamdullilah, beliau dan suami setuju. Sekarang nie baru nak balik ke rumah.

Saya akan share kepentingan buat pengurusan harta semasa hidup. Banyak juga soalan yang ditanya antaranya:

Q: Kenapa perlu belajar dan faham faraid?

A: Banyak kelebihan jika kita tahu tentang faraid. Antaranya:

  • Boleh mengurangkan masalah campur tangan pihak luar, hanya waris faraid yang layak saje berbincang tentang pusaka si mati. Apabila ipar-ipar, jiran dan mereka yang bukan waris faraid campur tangan akan ada pelbagai idea untuk menguruskan harta. Ada kes yang Hanaffi jumpa, ipar lebih dominan dalam perbincangan, persoalannya kenapa mereka perlu terlibat?
  • Dapat mengetahui dengan jelas siapa yang layak terima pusaka dan hak mereka tidak dinafikan oleh waris lain.
  • Nilai anggaran kasar atau bahagian faraid yang layak terima juga diketahui.
  • Ia adalah sebahagian daripada hukum Allah tentang pembahagaian faraid seperti yang dinyatan dalam surah An Nisa (4) / ayat ke 11, 12 dan 176 serta dinyatakan oleh Rasullulah saw: “Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya ia separuh daripada ilmu dan ia akan dilupai oleh manusia. Ia merupakan ilmu yang paling awal yang dicabut dari umatku.”
  • Mengetahui tanggungjawab dan peranan penerima pusaka. Contoh sebuah keluarga kehilangan seorang ayah. Anak lelaki menerima bahagian lebih daripada ibu dan anak perempuan kerana anak lelaki harus mengambil tanggungjawab menjaga ibu dan adiknya yang masih hidup.

Q: Siapa waris faraid saya?

A: Mudah saje. Antaranya adalah:

  • Mak dan ayah yang masih hidup
  • Anak-anak
  • Suami

Waris terdiri daripada waris fardu, waris asabah dan waris dhawi al-arham. Sila baca sehingga habis bagi mengetahui dengan lebih jelas.

Waris Fardu.
Waris fardu dari istilah ilmu faraid adalah kadar bahagian pusaka yang akan diterima waris faraid yang telah ditetapkan oleh syarak. Kadar ini telah ditetapkan oleh Allah didalam Al Quran iaitu 1/2, 1/3, 2/3, 1/4, 1/6 dan 1/8.

Waris Asabah.
Menurut istilah ilmu faraid adalah waris yang tidak mendapat secara fardu. Tetapi mereka mengambil keseluruhan harta atau baki selepas diberikan kepada waris fardu atau tidak mendapat langsung setelah diberikan kepada waris fardu.

Untuk pengetahuan anda, kesemua waris lelaki adalah waris asabah kecuali suami dan saudara seibu lelaki. Bagi bapa dan datuk mereka ini dianggap istimewa kerana dapat mewarisi harta melalui 3 cara melalui asabah, fardu atau mendapat secara fardu dan asabah dalam satu masa.

Cara pembahagian yang melibatkan waris asabah melalui 5 cara, iaitu:

  • Seorang. Ketika si mati hanya meninggalkan seorang waris asabah sahaja, waris tersebut menerima keseluruhan harta tersebut.
  • Ramai (lebih dari seorang). Mereka yang layak menerima pusaka adalah terdiri daripada mereka yang sama darjat seperti si mati meningalkan beberapa orang anak lelaki.
  • Lelaki dan perempuan. Ketika si mati meninggalkan waris seperti anak lelaki dan anak perempuan. Lelaki menerima lebih 2 kali ganda daripada waris perempuan (asabah bi al-ghairi).
  • Bersama waris fardu. Ketika waris asabah menerima bahagian bersama waris fardu, waris asabah akan menerima bahagian baki setelah waris fardu menerima bahagiannya.
  • Tidak mendapat bahagian. Adakalanya waris asabah tidak menerima bahagian langsung kerana telah dihabiskan oleh waris fardu.

Waris Dhawi al-Arham
Dhawi al-arhram bermaksud mereka adalaha waris yang mempunyai hubungan darah dengan simati selain dari waris fardu dan asabah. Contohnya, anak lelaki dan perempuan kepada anak perempuan, anak lelaki dan perempuan kepada saudara-saudara perempuan, bapa saudara sebelah ibu, ibu saudara sebelah ibu dan bapa, bapa kepada ibu dan lain-lain.

Q: Apakah hak perempuan dalam faraid? Boleh tuan ringkas pembahagian bagi waris faraid?

A: Islam mempunyai sistem yang adil dalam pembahagian pusaka, mereka juga dibela dan tidak diabaikan begitu sahaja. Allah telah menetapkan bahagian mereka dalam faraid.

Secara umumnya adalah seperti berikut:

Ibu
1/6 bahagian bagi arwah ada anak
1/3 bahagian bagi arwah tiada anak

Bapa
1/6 bahagian bagi arwah ada anak
2/3 bahagian bagi arwah tiada anak

Suami
1/4 bahagian bagi arwah ada anak
1/2 bahagian bagi arwah tiada anak

Isteri
1/8 bahagian bagi arwah ada anak
1/4 bahagian bagi arwah tiada anak

Anak Lelaki
2 bahagian bagi arwah ada anak perempuan
Penuh bagi arwah anak lelaki sahaja

Anak Perempuan
1 bahagian bagi arwah ada anak lelaki
1/2 bahagian bagi Arwah ada anak perempuan tunggal
2/3 Arwah ada anak perempuan lebih dari seorang

Baitulmal akan terima ketika tiada waris yang berhak.

Q: Adakah wajib ikut faraid walaupon mereka ahli waris sepakat nak agih pusaka secara sama rata?

A: Boleh tiada masalah, tetapi harus ikuti langkah berikut:
• Setiap ahli waris perlu tahu terlebih dahulu bahagian yang mereka layak terima agak tidak timbul penafian kemudian hari atau dinafikan oleh sesetengah pihak.
• Keputusan yang dibuat harus secara suka rela tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.

Q: Mengapa lelaki mendapat lebih daripada perempuan?

A: Jawapan mudah Allah dah tetapkan. Hehe. Semuanya akan berkait dengan tanggungjawab, si lelaki mempunyai tanggungjawab yang lebih besar iaitu menjaga waris yang hidup dan memberikan nafkah. Perempuan tidak disyaratkan memberikan nafkah dan apa jua yang mereka belanjakan kepada ibubapa adalah secara sukarela. Apa jua yang perempuan belanjakan adalah untuk diri sendiri sahaja. Jika kita lihat perbelanjaan perempuan ditanggung oleh si suami, maka tidak wajar diberikan bahagian yang lebih pada perempuan.

Jika kita lihat skop tanggungjawab lelaki adalah lebih luas dari perempuan antaranya:

  • Memberi nafkah keluarga iaitu isteri dan anak-anak
  • Menanggung nafkah ibu bapa yang telah tua dan tidak berkemampuan.
  • Menanggung nafkah adik beradik perempuan yang belum berkahwin dan tiada sumber kewangan sendiri sekiranya bapa tidak ada atau tidak berkemampuan.
  • Menanggung nafkah anak-anak kepada adik beradik lelaki yang telah meninggal dunia (anak saudara) sehingga mereka dewasa dan boleh berdikari.

Sebarang kemuskilan boleh hubungi atau whatsapp saya di no berikut 0165577653.

Soalan lazim hibah

Soalan lazim wasiat

Anda juga disarankan membaca artikel diatas bagi menambah pengetahuan.

LEAVE A REPLY