Dilema Isteri Kematian Suami

0
Dilema Isteri Kematian Suami

Apakah hak seorang isteri apabila kematian suami? Ini persoalan yang sering ditanya apabila seorang isteri ingin mendapatkan hak pewarisan harta pusaka si suami.

Gambaran kepada keadaan ini boleh dijelaskan menerusi situasi berikut:

Puan Hana (bukan nama sebenar) telah kematian suami sekitar tahun 2014. Mereka dikurniakan 3 orang anak perempuan dan 3 orang anak lelaki berusia diantara 8 hingga 19 tahun dan kesemuanya masih belajar. Semasa hayat suami, Puan Hana dan anak-anak hidup dalam keadaan selesa dan mewah dimana semua keperluan disediakan oleh suami dan apabila suami meninggal dunia kehidupan mereka berubah 360 darjah.
.
Puan Hana yang masih dalam keadaan sedih terpaksa memikul tanggungjawab suami menguruskan rumah tangga dan menyediakan keperluaan anak serta menyelesaikan segala bil-bil tertunggak serta bayaran ansuran bulanan rumah dan kereta. Kekangan kewangan merupakan masalah yang paling besar kerana beliau tiada sumber pendapatan. Pada masa yang sama segala akaun- akaun bank arwah suami telah dibekukan sebaik sahaja beliau memaklumkan kematian suami kepada pihak bank. Keadaan bertambah rumit apabila insurans dan cukai jalan kenderaan telah mati dan tidak dapat diperbaharui kerana arwah suami telah meninggal dunia lebih 2 tahun. Keadaan ini menyebabkan beliau hilang arah, tertekan serta dilema dan keliru bagaimana untuk menguruskan harta pusaka suaminya serta cara untuk mengeluarkan wang simpanan arwah suami di institusi kewangan

Telah lebih 4 tahun arwah suami meninggalkan beliau dan anak-anak tetapi urusan harta pusaka masih lagi belum selesai. Beliau bersyukur kerana kini telah dipertemukan dengan pihak yang mahir serta mendapat nasihat yang betul tentang cara pengurusan harta pusaka arwah suaminya walaupun terlewat.

Hak Waris-Waris

Hukum perwarisan Islam iaitu Faraid telah ditetapkan secara jelas di dalam Al Quran surah An Nisa’ ayat 11 dan 12. Pembahagian harta melalui Faraid memberi hak kepada setiap waris yang ditinggalkan oleh si mati. Waris yang wajib mewarisi harta pusaka si mati adalah ibu, bapa, suami isteri dan anak-anak dan mereka ini tidak akan dinafikan hak mereka selagimana mereka beragama Islam.

Dalam kes Puan Hana di atas hak faraid beliau sebagai isteri adalah 1/8, hak faraid Ibu arwah suami adalah 1/6, manakala bakinya dibahagikan kepada 3 anak lelaki dan 3 anak perempuan dimana dua bahagian adalah hak anak lelaki dan satu bahagian adalah hak anak perempuan.

Pun begitu, perletakkan dan penerimaan hak Faraid tersebut perlu dilaksanakan melalui saluran undang-undang yang betul. Tanpa proses tersebut maka hak milik waris faraid tidak dapat didaftarkan dan di bahagikan secara rasmi. Harta-harta simati juga akan tetap terbeku dan tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh waris berkenaan dan waris akan sengsara.

Pentadbiran Harta Pusaka

Di Malaysia, apabila seseorang meninggal dunia maka semua harta yang didaftarkan di atas nama beliau terbeku. Proses pencairan aset perlu dilaksanakan. Bagi pusaka orang Islam wajib melalui dua (2) saluran undang-undang iaitu undang-undang Sivil dan Syariah.

Undang undang Sivil perlu dipatuhi bagi membuat proses pencairan aset. Aset perlu dicairkan untuk menyelesaikan hutang serta melaksanakan pengagihan kepada semua waris yang berhak. Permohonan Surat Kuasa Mentadbir perlu dilaksanakan untuk melantik seorang pentadbir harta pusaka dimana ia perlu dimohon di Mahkamah Tinggi Sivil atau Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Unit Pusaka Kecil) atau Amanah Raya Berhad (mengikut nilaian dan jenis aset yang ditinggalkan). Pentabdir pusaka adalah individu yang bertanggung jawab untuk mentadbir dan menguruskan harta dan liabiliti si mati.

Manakala undang-undang Syariah pula adalah untuk mengesahkan siapa waris yang berhak ke atas pusaka simati serta bahagian yang di warisi. Permohonan sijil faraid perlu di pohon di Mahkamah Syariah.

Pentadbir Harta Pusaka yang layak dilantik adalah Syarikat amanah yang berdaftar di Malaysia atau individu yang dipercayai, bersifat amanah serta adil , berkebolehan dan boleh diharapkan oleh waris faraid dan keluarga simati untuk menguruskan harta pusaka dan melaksanakan pengagihan harta pusaka mengikut hukum Syariah dan undang-undang. Tanpa Surat Kuasa Mentabir serta sijil faraid harta pusaka simati tidak boleh dicairkan dan diagihkan serta hutang juga tidak dapat diselesaikan. Proses yang dibuat di atas akan lebih mudah dan cepat jika semasa hayat, simati telah membuat dokumen perancangan harta serta melantik pentabir harta pusaka.

Kesimpulan

Mati adalah Pasti. Setiap yang hidup akan merasai kematian. Tetapi bila, dimana dan bagaimana kematian itu berlaku tiada kepastian keadaannya.

Oleh itu, Ayuh, Jangan Bertangguh. Buatlah Perancangan Harta semasa Hayat untuk kemudahan waris kesayangan yang ditinggalkan supaya pengalaman Puan Hana tidak berlaku kepada keluarga anda. Lantiklah Wasi iaitu pentadbir harta pusaka yang akan mentadbir harta pusaka dan liabiliti anda. Rancanglah bagaimana kaedah pengagihan yang anda inginkan untuk kesenangan waris kesayangan. Anda juga boleh menjana pahala melalui Wasiat dengan pemberian sedekah dan jariah/waqaf tertakluk kepada 1/3 daripada harta pusaka.

Saya boleh bantu anda elak daripada masalah ini berlaku dengan buat perancangan awal.

Anda boleh whatsapp saya http://www.wasap.my/+60165577653

atau

Call saya untuk appointment 0165577653

atau layari website saya untuk dapatkan ebook PERCUMA. Klik disini https://hanaffi.com

Jangan lupa SHARE & LIKE post nie supaya orang lain dapat manfaat dari sharing anda!

LEAVE A REPLY