Select Page

9 perkara penting tentang wasiat

Setiap individu mempunyai pendapat yang berbeza dalam menulis wasiat. Ada yang berpendapat hibah lebih penting dari wasiat dan ada juga yang menyatakan hanya hibah takaful yang penting. Jika kita teliti untuk menguruskan harta memerlukan instrument berkaitan dan ia diperlukan satu sama lain.

Tetapi hari ini Hanaffi nak focuskan pada wasiat.

 

1. Pengertian wasiat.

Menurut bahasa, wasiat adalah sambung. Manakala istilah syarak pula ialah sedekah yang dilaksanakan selepas meninggal. Ya, selepas meninggal. Sebab itu apa yang anda nyatakan dalam wasiat hanya berkuatkuasa atau dilaksanakan selepas anda meninggal dunia, bukan semasa hayat. Sebab itu ada kes yang berlaku, wasiat dipertikai atau dibantah oleh waris faraid.

 

2. Dalil Al Quran menyatakan pensyariatan wasiat.

Hanaffi semak beberapa buku berkenaan dalil, ia terdiri daripada beberapa surah antaranya. Surah Al Baqarah (2) / 180

180. diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, Berwasiat untuk ibu-bapak dan karib kerabatnya secara ma’ruf [1], (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertaqwa.

[1] Ma’ruf ialah adil dan baik. wasiat itu tidak melebihi sepertiga dari seluruh harta orang yang akan meninggal itu. Ayat ini dinasakhkan dengan ayat mewaris.

Surah An Nisa (4) / ayat 11

11. Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu. Yaitu : bahagian seorang anak lelaki sama dengan bagahian dua orang anak perempuan ; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, Maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang saja, Maka ia memperoleh separo harta. dan untuk dua orang ibu-bapa, bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu-bapanya (saja), Maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, Maka ibunya mendapat seperenam. (Pembagian-pembagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Surah Al Maidah (5) / ayat 106

106. Hai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang kamu menghadapi kematian, sedang Dia akan berwasiat, Maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang yang berlainan agama dengan kamu, jika kamu dalam perjalanan dimuka bumi lalu kamu ditimpa bahaya kematian. kamu tahan kedua saksi itu sesudah sembahyang (untuk bersumpah), lalu mereka keduanya bersumpah dengan nama Allah, jika kamu ragu-ragu: “(Demi Allah) Kami tidak akan membeli dengan sumpah ini harga yang sedikit (untuk kepentingan seseorang), walaupun Dia karib kerabat, dan tidak (pula) Kami Menyembunyikan persaksian Allah; Sesungguhnya Kami kalau demikian tentulah Termasuk orang-orang yang berdosa”.

 

3. Hukum Wasiat

Hanaffi pernah dengar ceramah, pada peringkat awal Islam wasiat adalah wajib diserahkan kepada ibubapa dan sanak saudara berdasarkan firman Allah pada ayat Al Baqarah (2) / ayat 180.Tetapi dimansuhkan selepas turun firman Allah dari surah An Nisa (4) / ayat 11 dan 12. Walaubagaimanapon wasiat sangat digalakkan berbuat dengan menyerahkan 1/3 bahagian pada bukan waris.

Untuk makluman bahawa fatwa terkini mengenai bahagian 1/3 kepada ahli waris berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Negeri Selangor Kali ke 2/2018 yang bersidang pada 20 April 2018 bersamaan 4 Syaaban 1439H memutuskan bahawa:

“Sesuatu wasiat yang dibuat kepada seseorang waris hendaklah tidak berkuatkuasa sehingga diberi persetujuan oleh waris-warisnya selepas kematian pewasiat.

Ada segelintir masyarakat yang tidak mahu membuat wasiat sebab mereka faham 1/3 harta haram diserahkan kepada ahli waris. Mereka beranggapan berwasiat adalah satu perkara yang menyusahkan, ini adalah pemahaman yang salah tentang wasiat. Wasiat adalah perancangan untuk mengagih harta selepas mati.

 

4. Hukum berkaitan dengan wasiat

Antara mereka yang mengadu masalah pada Hanaffi:

“En Hanaffi, last week kakak husband meninggal dunia. Rumah kena rebut dengan waris. So abang (suami) dah nampak betapa susah situasi kalau terjadi.”

 

“2 hari selepas suami meninggal, adik ipar mintak kad bank suami. Lepas tu terus halau kami anak beranak.”

Banyak lagi, tapi cukup ia sebagai iktibar kepada kita. Pada pendapat Hanaffi, wajib menguruskan harta sebab dah terlalu banyak kes belaku pada masyarakat kita. Walaubagaimanapon, ulama menggariskan panduan untuk kita. Antaranya:

  • Wajib. Jika terdapat hutang atau tanggungjawab yang perlu dibuat seperti zakat dan haji dan bimbang harta tersebut habis jika tak buat wasiat.
  • Haram. Mewasiatkan arak (sesuatu yang haram) atau sesuatu yang boleh mencemarkan nama islam, wasiat macam nie tak boleh dilaksanakan. Atau berwasiat bagi menyusahkan waris-waris serta menghalanh mereka daripada menerima harta yang telah ditetapkan syarak.
  • Harus. Jika mempunyai sahabat atau bercadang nak bagi harta pada orang kaya, wasiat begini adalah harus. Wasiat yang dibuat bagi mengeratkan silatulrahim wasiat ini dianggap sunat.
  • Makruh. Jika pewasiat sendiri tidak mempunyai harta atau memberikan harta kepada golongan fasiq atau pewasiat merasakan harta ini akan digunakan dijalan kejahatan.

Jika ada terdapat soalan, anda boleh rujuk “Soalan Lazim wasiat” bagi mengetahui dengan lebih jelas tentang wasiat.

Pernah Hanaffi ceramah di Negeri Sembilan, lepas habis ceramah datang pasangan suami-isteri bukan beragama islam (india) bertanya proses untuk buat wasiat. Terkejut saya, sebab tiada orang islam yang bersungguh nak bertanya Hanaffi. Orang islam bila diajak, sebahagian besar menyatakan “Awak macam mintak saya mati awal je?” Itu pengalaman Hanaffi, saje nak share. Ok, kita sambung perbincangan.

 

5. Rukun dan syarat-syarat wasiat

Terdapat 4 rukun wasiat iaitu:

  • Pewasiat
  • Penerima wasiat
  • Harta yang diwasiatkan
  • Lafaz wasiat

 

Syarat-syarat pewasiat

  • Akal. Pewasiat mestilah mempunyai akal yang sihat membolehkan pewasiat berfikir dengan waras untuk buat keputusan. Wasiat tidak sah dibuat oleh orang gila atau terencat akal.
  • Baligh. Tidak layak bagi kanak-kanak membuat wasiat walaupon dia telah mumauyiz kerana tidak layak bersedekah. Jika ikut undang-undang negara kita, mereka yang berumur 18tahun keatas sahaja boleh memiliki harta.
  • Pilihan. Jika ada orang memaksa anda untuk berwasiat, maka wasiat itu tidak sah. Ini kerana syarat sah pewasiat mestilah melalui keredaannya.
  • Merdeka. Tidak sah berwasiat bagi seorang hamba. Jika di Malaysia, tiada istilah hamba. Cuma disini adalah memiliki harta.

 

Syarat-syarat penerima wasiat

  • Mestilah golongan yang layak terima selepas kematian pewasiat. Wasiat kepada haiwan tidak diterima kecuali pewasiat perincikan seperti memberi makanan kepada haiwan tersebut. Ia sah kerana ia ditujukan kepada pemilik haiwan kelak.
  • Bukan maksiat. Tidak mewasiatkan senjata atau harta kepada kafir harbi.
  • Mestilah jelas. Tidak sah jika mewasiat salah seorang daripada 2 kerana tidak pasti siapa penerima harta tersebut.
  • Penerima wasiat mestilah hidup ketika wasiat dibuat. Tidak sah wasiat kepada bayi dalam kandungan atau kepada organisasi yang belum wujud.

 

Syarat-syarat harta yang diwasiatkan

  • Harta tersebut mestilah halal untuk disedekahkan.
  • Harta tersebut mestilah milik pewasiat. Tidak sah jika harta tersebut bukan miliknya. Bahasa mudah, hak orang lain tak kan la awak nak claim harta tersebut milik awak pula kan Hehe

 

Syarat-syarat lafaz

  • Lafaz wasiat perlu memenuhi beberapa syarat anataranya:
  • Wasiat hendaklah dilafazkan dalam bentuk jelas atau kabur. Contoh wasiat jelas adalah seperti berikut: “Saya menyerahkan harta saya kepada isteri 60%, anak 40%.” Wasiat kabur pula perlu disertakan dengan niat. Contoh: “Kereta ini Nor.”
  • Wasiat mesti tujukan kepada individu. Mesti ada pihak yang akan terima bahagian harta pusaka. Jika penerima ingin menolak bahagiannya, ia harus dilakukan selepas pewasiat meninggal dunia kerana wasiat tidak berkuatkuasa semasa pewasiat masih hidup. Jika pemerima meninggal dunia sebelum pewasiat, maka ia akan terbatal. Jika penerima meninggal dunia selepas pewasiat dan masih belum bersetuju untuk terima atau menolak. Maka ahli keluarga akan menjadi wakil untuk buat keputusan.

 

6. Fungsi wasiat
  • Melantik wasi. Penting melantik wasi yang berautori seperti Majlis Agama Islam Selangor sebagai pentadbir bagi harta anda. Pentadbir akan menguruskan harta anda selepas kematian dan juga menyelesaikan masalah yang bakal timbul nanti. Anda disarankan melantik organisasi berbanding individu kerana mereka lebih efektif berbanding individu, andai berlaku sesuatu pada individu dilantik akan melambatkan proses pengurusan kelak.
  • Hutang. Dalam wasiat boleh disenaraikan hutang anda, ini akan memudahkan pentadbir melangsaikan hutang anda samada dengan organisasi atau individu. Tak perlu sembunyikan, sebab perkara utama akan dilakukan oleh pentadbir adalah menyelesaikan hutang. Bagi proses melangsaikan hutang, wasi akan kumpulkan jumlah hutang yang tertunggak dan melangsaikan ia dari nilai harta pusaka yang ditinggalkan.
  • Amal jariah. Anda boleh menetapkan kadar yang ingin disumbangkan samada ada ke organisasi atau individu. Kadar yang disarankan tidak melebihi 1/3 daripada jumlah harta.
  • Pembahagian harta secara hasrat / muafakat / faraid. Ya, didalam wasiat anda boleh nyatakan bagaimana harta anda nak diagihkan nanti. Terpulang kepada anda, samada mengikut hasrat / muafakat / faraid. Pihak pentadbir akan menjadi orang tengah dalam rundingan nanti sebagai pemudah cara.
  • Hak penjagaan anak. Perkara ini selalu menjadi persoalan utama dalam sesi rundingan. Hanaffi mencadangkan agar diberi beberapa nama untuk disenarai pendek untuk menjaga anak anda jika mereka berumur 18 tahun kebawah. Hak penjagaan akan diberikan kepada mereka, tetapi harta tidak diberikan kepada penjaga. Harta masih dibawah pengawasan Majlis Agama Islam Selangor. Bagi penlantikan penjaga anak-anak, wasi akan sahkan semula kesanggupan individu yang dilantik menjalankan tugas sebagai penjaga. Jika mereka tidak setuju, maka pesanan tersebut akan terbatal.
  • Harta sepencarian. Anda juga disarankan nyatakan harta sepencarian jika ingin nyatakan harta sepencarian bagi pasangan
7. Contoh arahan wasiat

Sebenarnya menulis wasiat tidaklah susah seperti yang digambarkan oleh sesetengah pihak. Perkara utama yang perlu anda fikir bagaimana hasrat anda nak agihkan harta yang dimiliki, kemudian nyatakan dalam wasiat. Saya sediakan contoh seperti berikut.

Anda boleh nyatakan bagi setiap harta nak diagihkan bagaimana atau disatukan dalam satu arahan.

Contoh arahan setiap harta:

  • Saya menyerahkan rumah saya kepada isteri 60%, anak 40%.
  • Saya menyerahkan kwsp 80% kepada isteri, 10% kepada ayah, 10% kepada ibu.
  • Saya wasiatkan perniagaan saya julung bitara holdings sdn bhd yang saya mempunyai syer sebanyak 50% diwasiatkan kepada isteri saya.
  • Saya mewasiatkan isteri saya adalah penjaga kepada anak saya. Sekiranya beliau meninggal dunia serentak dengan saya, saya melantik adik saya (nama & ic) sebagai penjaga kepada anak saya.

Contoh arahan bagi keseluruhan harta:

  • Saya menyerahkan kesemua harta saya kepada isteri 60%, anak 40%.

 

8. Soalan wajib Hanaffi

Jika anda berurusan dengan Hanaffi, Hanaffi akan tanyakan beberapa soalan bagi mengetahui objektif anda membuat pengurusan harta dan memastikan menggunakan instrument yang sesuai. Sebab ada orang mencukupi hanya buat wasiat, ada yang diperlukan buat hibah juga. Ia bergantung kepada situasi.

Soalan 1 : Bagaimana hubungan anda dengan mertua / ipar-ipar / suami-isteri?
Soalan 2 : Status diri anda? Duda / janda
Soalan 3 : Siapa waris faraid?
Soalan 4 : Jenis harta yang anda miliki

 

9. Bagaimana nak berurusan dengan En Hanaffi?

Sebarang kemuskilan boleh hubungi atau whatsapp saya di no berikut 0165577653. Anda juga disarankan membaca artikel “Soalan lazim wasiat” bagi menambah pengetahuan tentang wasiat.