Dah hampir 400-500 orang yang mohon sesi konsultansi secara maya dan dalam talian dengan saya, saya fokus kepada pengurusan harta selepas kematian pemilik harta.

Cuma baru-baru nie saya jumpa pasangan suami-isteri di Glenmarie, Selangor. Soalan terakhir saja lain macam sikit.

Soalan:

Q1 : Andai client tak mampu (TPD/koma) uruskan perbelanjaan harian, boleh ke As salihin Trustee Berhad uruskan duit? walhal client masih hidup? Jika client tiada takaful/insurans.
A : Boleh. Terdapat 2 produk yang boleh dicadangkan, iaitu:

Pri-Emas dan Amanah hayat.

Pri Emas – Harta tertentu diambil alih oleh As Salihin Trustee Berhad apa bila client tak mampu urus harta di usia tua akibat hilang ingatan atau hilang upaya.

Amanah Hayat – Aset tertentu dipindahmilik kepada As Salihin Trustee Berhad semasa hidup (sekarang) untuk As Salihin Trustee Berhad uruskan.

Konsep antara pri emas/amanah hayat adalah sama seperti hibah. Tidak akan melalui faraid.

Q2 : Adakah pengamahan berlaku apabila seltor hilang upaya atau TPD (total permanent disability) sahaja?
A : Ya, kematian pengamanahan tidak akan dilaksanakan.

Q3 : Apakah harta yang boleh dimasukkan dalam dokumen tersebut?
A : Harta seperti :

  • Hartanah
  • Unit trust
  • ASB
  • AHB
  • Fixed Deposit
  • Akaun simpanan emas (bukan barang kemas)
  • Tabung Haji – tanpa penamaan
  • Syarikat

Q4 : Adakah KWSP atau aset tidak alih yang masih dalam cagaran boleh dimasukkan kedalan produk amanah?
A : KWSP tidak boleh sebab ia dikira tidak sempurna milik, bahasa mudah belum milik kita 100%. Sama juga dengan aset lain yang masih dalam cagaran juga tidak boleh.

Q5 : Apakah perbezaan antara produk pri-emas dengan amanah hayat?
A : Pri emas akan dilaksanakan apabila client tak mampu urus harta di usia tua akibat hilang ingatan atau hilang upaya.

Manakala amanah hayat akan terus dilaksanakan seperti dalam arahan client. Aset yang disenaraikan wajib dipindah milik kepada As salihin Trustee Berhad.

Q6 : Apakah ciri produk pri-emas dan amanah hayat?
A : Ia adalah dokumen melantik As salihin Trustee Berhad sebagai pemegang amanah dan melaksanakan surat ikatan amanah (hasrat client) dengan mengikut terma dan syarat yang ditentukan oleh client.

Dokumen bertulis ini mengandungi:

  • Pelantikan pemegang amanah
  • Kuasa yang diberikan kepada pemegang amanah
  • Cara pengurusan dan pengagihan harta amanah kepeada benefisiari

Q7 : Apakah kelebihannya?
A : Antara kelebihannya adalah:

  • Tidak tertakluk kepada faraid
  • Tidak terbeku harta selepas kematian setlor (client)
  • Menjamin hak setlor dan benefisiari
  • Terkecuali daripada tuntutan dari pemiutang (*sekiranya surat ikatan amanah tidak boleh dibatalkan – tertakluk kepada akta kebankrapan)

Q8 : Apakah contoh amanah (arahan) yang boleh disediakan?
A : Antara yang boleh dilaksanakan adalah:

  • Amanah persaraan
  • Amanah sara hidup
  • Amanah pendidikan
  • Amanah pelaburan
  • Amanah takaful/insurans

Q9 : Siapakah yang terlibat untuk sign dokumen amanah ini?
A : Hanya client dengan pihak As salihin Trustee Berhad.

Q10 : Saya ada penambahan aset atau pertukaran arahan bagaimana?
A : Jika tambah, pihak syarikat akan bagi sebut harga baru utuk penambahan harta.

Bagi pertukaran arahan, perlu buat dokumen baru.

Q11 : Amanah bagi takaful/insurans bagaimana pula?
A : Amanah yang dibuat daripada hasil takaful dengan melantik syarikat amanah sebagai pemegang serah hak (melalui Penyerahan Hak Mutlak) untuk menerima hasil takaful untuk manfaat pemegang polisi (semasa koma / TPD) atau untuk manfaat waris. Ini berdasarkan Islamic Financial Services Act 2013 (IFSA 2013) SS 142 Schedule 10.

Q12 : Bagaimana ia berfungsi?
A : Semasa hidup settlor menyatakan penyerahan hak mutlak kepada As salihin Trustee Berhad melalui surat ikatan amanah. Selepas berlaku kematian/TPD, syarikat takaful/insurans mengeluarkan pampasan dan menyerahkan kepada As salihin Trustee Berhad bagi mentadbir berdasarkan hasrat client.

Q13 : Apakah perbezaan penamaan wasi dan hibah takaful?
A : Berkenaan penamaan dalam takaful, pemilik polisi diberi 3 pilihan bagi menyerahkan manfaat.
i – Tidak buat penamaan
ii – Penamaan sebagai wasi
iii – Penamaan sebagai penerima hibah

Jika tak buat apa-apa, maka tiada siapa yang boleh mengeluarkan wang pampasan tersebut, maka perlu mendapatkan surat kuasa terlebih dahulu. Lepas tu urus berdasarkan hukum faraid.

Penamaan sebagai wasi pula, penama yang dinamakan dibenarkan mengeluarkan untuk urus dan dibahagikan secara faraid atau muafakat jika ia adalah polisi takaful. Lain pula jika insurans, wang tersebut perlu dibelanjakan mengikut tatacara perbelanjaan wang tidak patuh syariah. Maksudnya bukan 100% akan diagaih secara faraid.

Penamaan hibah takaful pula, wang pampasan tersebut adalah milik penama 100%. Penerima bebas belanjakan wang tersebut kerana ia tidak dikira sebagai harta pusaka.

Q14 : Jadi apa keperluan untuk buat amanah takaful (pri-ti) jika saya nak bagi 100% kepada pasangan? Apakah tujuan melaksanakan amanah takaful ini?

  • Pemberian kepada benefisiari yang tertentu termasuk benefisiari gantian.
  • Memastikan wang diperolehi digunakan untuk tujuan tertentu.
  • Menjamin hak settlor (client) dari sudut kewangan dan perbelanjaan harian.
  • Mengawal perbelanjaan benefisiari (nilai dan tujuan).

Q15 – Apakah perbezaan antara amanah takaful (pri-ti) dengan hibah takaful? Saya rasa nak serahkan 100% kepada pasangan.

TPD/Coma

  • Pemegang polisi tidak berupaya menguruskan wang sendiri.
  • Ahli keluarga boleh mendapatkan kuasa dari mahkamah untuk menguruskan aset pemegang polisi, tetapi dikuatiri berlaku pecah amanah dan salah urus dana. Hasrat pemilik polisi tidak dilaksanakan.

Kematian

  • Tidak dapat menamakan waris ganti.
  • Tidak boleh menambah syarat-syarat pengagihan.
  • Tidak boleh memberi arahan untuk pembayaran secara progresif atau dana amanah.
  • Kanak-kanak dibawah umur tidak boleh menerima hasil polisi.
  • Kemungkinan isteri dan anak-anak boros.
  • Waris tidak mempunyai motivasi untuk bekerja.
  • Pertelingkahan antara ahli keluarga / campur tangan pihak lain.
  • Pengaruh buruk pihak lain.

Q16 : Jika saya letak penerima manfaat pampasan takaful kepada anak bawah umur macam mana? Tiba-tiba kami meninggal dunia.
A : Jika nilai pampasan kurang dari RM50K akan diserahkan kepada penjaga secara lump sum (keseluruhan). Jika melebihi daripada RM50K akan diserahkan kepada Amanah Raya.

Terkejutkan? Itu lah realitinya. Sebab itu saya cadangkan manfaat takaful diserahkan kepada As Salihin Trustee Berhad untuk mengawal dan menguruskan perbelanjaan anak kelak. Lebih terjamin dan selamat.

Q17 : Siapakah yang sign dokumen ihakan ni?
A : Hanya client dengan pihak As salihin Trustee Berhad.

Q18 : Apakah cadangan perancangan yang sesuai untuk en?
A : Saya cadangkan beberapa perkara atau dokumen yang sesuai dengan keperluan en adalah seperti dibawah. Produk hibah ditukar kepada Pri-Emas kerana ia memberi kuasa kepada As salihin Trustee Berhad menguruskan harta yang disenaraikan jika berlaku TPD/koma. Produk hibah tak boleh buat macam tu.

  • Wasiat fi bermula dari RM1400.
  • Pri-Emas (amanah selepas berlaku koma atau TPD) fi bermula dari RM1400.
  • Pri-Ti (takaful) fi bermula dari RM1400.
  • Perjanjian aset bersama (harta sepencarian) fi bermula dari RM1250.

Q19 : Ok Hanaffi, saya nak buat. Bagaimana nak mula?
A : Tahniah, caranya:

  1. En boleh bayar ½ dari nilai dokumen kepada pihak As salihin Trustee Berhad. Resit bayaran bagi pada saya untuk saya forward kepada bahagian kewangan.
  2. Emailkan saya maklumat harta untuk saya isi dalam portal.
  3. Dalam masa seminggu draf keluar untuk semakan.
  4. Bila dah confirm, boleh sain dokumen final.
  5. Dalam masa 1-2 bulan saya akan serahkan dokumen yang telah endorse oleh pihak As salihin Trustee Berhad.

RHB account no. 2124-3960-0033-71
MBB account no. 562339-400032
BIMB account no. 1204701-00-37995
CIMB account no. 8600-1205-84
Bank Muamalat account no. 1205-0003-5207-15

*Setiap individu keperluan berbeza dan perancangan harga juga pasti berbeza. Jadi Saranan yang saya nyatakan diatas adalah untuk prospek tersebut.

Hubungi saya untuk pertanyaan di 016-5577653

atau

Whatsapp (klik link ini)

atau layari website saya: https://hanaffi.com

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

2 Responses

  1. AsSalamualaikum Tn. Hanaffi;

    Im a pensioner willing to work as a messanger of your client cases

    JazàkAllah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!