Bagaimana Nak Dapatkan Surat Kuasa? Susah La En..

Ini kisah Pn Kalsom (Bukan nama sebenar).

Salah seorang sahabat mengeluh kerana lewat menguruskan harta arwah suaminya. 3 tahun berlalu, tetapi tiada sebarang usaha dilakukannya.

“Akak dah makin tersepit nie Hanaffi, mula-mula ok jer dengan mak mertua tiba-tiba macam lain pulak sekarang.”

Banyak lagi yang diluahkan oleh Pn Kalsom.

Pada pendapat saya, selagi tidak berbincang secara semuka.. kita tak tahu apa yang terpendam dalam waris faraid yang lain.. Takot hanya kita bersangka-sangka saja, orang lain tak de masalah pon.

Saya nak kongsi pada anda, pentingnya Surat Kuasa untuk menguruskan harta pusaka si mati.


  1. Apakah itu Surat Kuasa?

Surat Kuasa adalah dokumen yang dikeluarkan oleh Amanah Raya / Pusaka Kecil / Mahkamah kepada individu yang memohon bagi menguruskan harta pusaka si mati.

Tanpa Surat Kuasa, aset si mati tidak dapat diuruskan atau hutang si mati tidak dapat diselesaikan. Ia akan “terbeku” atas nama si mati sampai bila-bila. Segala urusan berkaitan harta seperti turun milik / pindah milik / jual aset tersebut / renew road tax tidak akan boleh dibuat tanpa Surat Kuasa.

Apabila anda mendapat Surat Kuasa ini bukanlah bermakna aset tersebut milik anda, tetapi anda diberi “kepercayaan” untuk menguruskan harta si mati dengan amanah dan jujur. Ada juga bila dah jadi pentadbir, pecah amanah pula.

Individu yang menguruskan harta pusaka dinamakan sebagai Pentadbir, ia dinyatakan di dalam Surat Kuasa dengan jelas.


  1. Apakah tugas Pentadbir?

Individu ini perlulah orang yang jujur dan tidak menguruskan harta pusaka si mati dengan beremosi. Tak kiralah pasangan / anak-anak atau siapa saja, ia cenderung menyeleweng.

Tugas Pentadbir adalah menguruskan harta si mati.

Pentadbir boleh dilantik 1-4 orang dalam satu masa atau melantik syarikat amanah untuk menguruskan harta pusaka si mati.


  1. Dimana boleh dapatkan Surat Kuasa ini?

Terdapat 3 institusi iaitu Amanah Raya, Pejabat Pusaka Kecil dan Mahkamah Tinggi.

Ia bergantung kepada jenis harta pusaka si mati.

i – Jika si mati meninggalkan hanya harta alih (tunai / kenderaan / barang kemas) yang bernilai kurang daripada RM600,000 boleh mohon di Amanah Raya.  

ii – Jika si mati meninggalkan harta alih dan tidak alih kurang daripada RM2,000,000 boleh mohon di Pejabat Pusaka Kecil. Syarat utama untuk mohon disini adalah si mati mesti mempunyai harta berupa tanah atau rumah, barulah pejabat pusaka akan terima.

iii – Jika si mati meninggalkan harta alih bernilai RM600,000 keatas atau harta alih dan tidak alih bernilai RM2,000,000 keatas boleh mohon di Mahkamah Tinggi.

Ini adalah perkara asas yang perlu anda tahu untuk menguruskan harta pasangan kelak. Jika tidak pasti atau tiada masa, boleh lantik pihak ketiga untuk menguruskan harta pusaka si mati.

Saya juga boleh bantu anda untuk uruskan jika tiada masa.


Jika ada soalan boleh hubungi saya atau join group telegram untuk maklumat lanjut. Klik link dibawah.

http://bit.ly/pakarhibah

http://bit.ly/pakarhibah

http://bit.ly/pakarhibah

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

LEAVE A REPLY

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!