Bolehkah Hibah Kepada Anak Bawah Umur?

Saya bertemu dengan seorang prospek yang beria nak buat hibah kepada anak yang masih bawah umur 18 tahun.

“Dik, akak nak hibahkan semua harta akak kepada anak boleh ke? Akak risau la jika jadi apa-apa pada akak.”

“Akak bukan tak percaya dengan adik akak untuk pegang harta, tapi dah macam-macam kes berlaku. Akak nak minimumkan masalah.”

“Jika boleh rumah akak, duit insurans dan takaful, duit pelaburan dan lain nak bagi dekat anak akak saja.”

Ini kisah Akak Zakiah (Nama samaran).

Apabila makin lama kami borak, barulah saya tahu yang Akak Zakiah telah bercerai dengan suaminya. Hak penjagaan anak ditanggung olehnya 100% tanpa bantuan bekas suami.. Masing-masing bawa haluan sendiri. Jadi saya faham sedikit sebanyak beban dan tanggungjawab yang Akak Zakiah pikul.

Bukan senang, perpisahan mereka juga dirahsiakan dari anaknya. Mungkin ada sebab tertentu.

Saya nak berkongsi kepada pembaca bagaimana saya bantu Akak Zakiah merancang hartanya untuk diserahkan kepada anak bawah umur.

Antara aset yang dimiliki oleh Akak Zakiah adalah:

  • Rumah 2 buah
  • Akaun bank
  • Insurans dan takaful
  • Pelaburan ASB
  • Tabung Haji
  • Kereta
  • KWSP
  • Pencen (graduiti)

Untuk kes Akak Zakiah saya mencadangkan beberapa dokumen seperti Wasiat, Hibah dan Pri-ti

Wasiat

  1. Dalam wasiat Akak Zakiah melantik syarikat amanah sebagai wasi bagi menguruskan harta pusakanya kelak.
  1. Dalam wasiat Akak Zakiah menyatakan dengan jelas melantik syarikat amanah untuk memegang asetnya jika beliau meninggal ketika anaknya bawah umur.
  1. Tugas wasi nanti termasuklah melangsaikan hutang-hutangnya kelak.
  1. Arahan khas kepada syarikat amanah bagi menguruskan harta bagi anak bawah umur.

Saya dengan ini menamakan as-Salihin Trustee Berhad untuk menjadi pemegang amanah bagi aset-aset yang saya wariskan kepada anak saya, Zeti (“Benefisiari”) sehingga Dana Amanah habis digunakan.

Semasa Tempoh Amanah, Dana Amanah hendaklah digunakan seperti berikut:

Sekiranya Benefisiari masih belum mencapai umur 18 tahun, Pemegang Amanah hendaklah memperuntukkan wang sebanyak RM2,500 sebulan kepada Benefisiari untuk keperluan saraan diri, kos pendidikan dan kos perubatan termasuk kos rawatan mata Benefisiari.

Sekiranya Benefisiari mencapai umur 18 tahun, maka Pemegang Amanah hendaklah memperuntukkan wang sebanyak RM3,000 sebulan kepada Benefisiari untuk keperluan saraan diri, kos pendidikan dan kos perubatan termasuk kos rawatan mata Benefisiari.

Pemegang Amanah hendaklah menggunakan Dana Amanah untuk membayar segala yuran kolej, universiti dan apa-apa kos yang berkaitan.

Pemegang Amanah hendaklah memperuntukkan wang sebanyak RM25,000-RM30,000 kepada Benefisiari untuk menampung kos perbelanjaan perkahwinan Benefisiari.

Sekiranya Benefisiari memerlukan dana tambahan, Pemegang Amanah berhak menggunakan budi bicara dalam menentukan jumlah pengeluaran tambahan daripada Dana Amanah yang difikirkan munasabah pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa untuk keperluan Benefisiari.

*Untuk makluman pembaca, tidak semua boleh dihibah, antara aset yang disenaraikan dalam wasiat Akak Zakiah kepada anak bawah umur adalah KWSP, Pencen (Graduiti) dan Kereta.

Hibah

  1. Antara aset yang dihibahkan kepada anak bawah umurnya adalah 2 buah rumah, akaun pelaburan ASB dan Tabung Haji.
  1. Arahan dalam hibah juga hampir sama arahan dalam wasiat (contoh diatas). Bagi rumah, jika Akak Zakiah meninggal semasa anaknya bawah umur, pihak syarikat amanah akan pegang dahulu dan pindah milik kepada anaknya selepas berumur 18 tahun.

*Akak Zakiah lebih selesa begitu daripada serah kepada adiknya untuk uruskan. Maklumlah bukan tak percaya, kita takot bila dah dapat harta orang berubah sekelip mata.

Anda boleh nilai sendiri apa yang berlaku kepada harta anak bawah umur apabila makcik / pakciknya uruskan harta!

Pri-ti

Bagi menguruskan harta insurans dan takaful yang dimilik oleh Akak Zakiah sepertimana arahan wasiat/hibah diatas, saya mencadangkan dokumen Pri-ti digunakan. Anggaran nilai pampasan adalah RM500,000.00

Akak Zakiah juga risau jika duit ini diserahkan terus kepada anaknya. Maka arahan dalam dokumen pri-ti ini adalah seperti berikut:

Pengurusan Dana Amanah apabila kematian Benefisiari (Akak Zakiah).

Sekiranya Benefisiari (Akak Zakiah) meninggal dunia dan Pemegang Amanah menerima dokumen-dokumen yang diperlukan, Pemegang Amanah hendaklah mengemukakan dokumen itu kepada syarikat takaful dan insurans yang berkenaan untuk memproses tuntutan, di mana perlu. Apabila Dana Amanah diterima, Pemegang Amanah hendaklah menguruskan Dana Amanah seperti berikut:

(a) Dana Amanah hendaklah diguanakan untuk membiayai bayaran penuh kos guaman untuk permohonan Geran Probet dan Sijil Faraid bagi urusan pentadbiran harta pusaka Benefisiari (Akak Zakiah).

(b) Dana Amanah hendaklah digunakan untuk membiayai kos dan perbelanjaan pentadbiran harta pusaka yang diuruskan oleh as-Salihin Trustee Berhad termasuklah yuran guaman dan duti setem

untuk pindah milik bagi harta tak alih.

(c) Baki Dana Amanah hendaklah diberikan kepada Benefisiari (Anak Akak Zakiah) dan diuruskan seperti berikut:

  • Sejumlah RM2,500 setiap bulan hendaklah diberikan kepada Benefisiari (Anak Akak Zakiah) untuk tujuan saraan diri, perubatan dan keperluan semasa beliau sehingga Benefisiari (Anak Akak Zakiah) mencapai usia 18 tahun.
  • Sekiranya Benefisiari (Anak Akak Zakiah) telah mencapai umur 18 tahun, maka Pemegang Amanah hendaklah memberikan sejumlah RM3,000 untuk tujuan saraan diri, perubatan dan keperluan semasa beliau.
  • Dana Amanah hendaklah diperuntukkan untuk tujuan pendidikan Benefisiari (Anak Akak Zakiah) sehingga ke peringkat ijazah sarjana muda.
  • Sejumlah RM30,000 hendaklah diberikan kepada Benefisiari (Anak Akak Zakiah) bagi tujuan melangsungkan urusan perkahwinan beliau.

Akak Zakiah sangat happy dengan cadangan dan terus proceed untuk buat. Hati Akak Zakaih juga sangat lapang bila uruskan awal hartanya. Mati itu pasti cuma tak tahu bila.

Jika ada soalan boleh hubungi saya atau join group telegram untuk maklumat lanjut. 

Klik untuk maklumat lanjut

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

LEAVE A REPLY

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!