Ini pengalaman pertama kali untuk uruskan harta pusaka. Agak kalam kabut pada awalnya sebab terlalu banyak pendapat serta langkah-langkah yang kami pon tak pasti nak mula mana dulu. Kami semua tinggal jauh-jauh, ada di KL, di Selangor.. Ada adik tinggal dekat, tapi dia pon terlalu sibuk, tak de masa nak uruskan. Terima kasih sebab selesaikan A-Z, sampai pertukaran nama dalam geran. TQ banyak-banyak. Yang penting mak kami happy!
NURULAYUNI IDRIS
11/09/2023
Waktu bicara saya tak dapat hadir, tapi en Hanaffi mudahkan uruskan saya dan adik beradik lain. Penerangan jelas dan perbicaraan berjalan lancar. Lepas dapat Surat Kuasa Mentadbir (Borang F) dan perintah Pembahagian (Borang E), en hanaffi bantu / guide pula macam mana nak uruskan sehingga selesai. Kami lega urusan dah selesai.
Terima kasih banyak En Hanaffi
reza olygopolly
11/09/2023
En Hanaffi bantu kami dalam permohonan Surat Kuasa Mentadbir dan Perintah Pembahagian bagi 7 geran. Akhirnya telah selesai dan saya sangat berpuas hati. Kadar caj yang dikenakan sangat berpatutan bagi nilai aset yang dianggarkan rm5juta!
Norhidayah Anuar
11/09/2023
Excellent servis! Saya akan cadangakan en Hanaffi kepada orang lain nanti! Selesai sudah urusan pusaka bapa mertua saya, en Hanaffi bantu bagi mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir dan Perintah Pembahagian bagi 2 unit rumah yang ditinggalkan. Tiada perbalahan antara waris! Dan semua setuju serah pada mak mertua! Terima kasih en Hanaffi!
hafiy kamal
10/09/2023
Saya tahu en Hanaffi dari kawan saya, en Hanaffi pernah uruskan harta pusaka bapanya. Alhamdullilah, urusan pusaka arwah isteri saya dah selesai. Penjelasan yang jelas dan sangat professional. Surat Kuasa Mentadbir dapat kurang daripada sebulan di Mahkamah Kuala Lumpur. Urusan pengeluaran wang KWSP dan insurans arwah dah selesai. Saya harap en Hanaffi dapat bantu lebih ramai orang diluar sana yang memerlukan.
hana shopee
10/09/2023
Saya pada mulanya hilang arah sebab panik tak tahu nak buat apa. Setelah berjumpa en hanaffi, saya rasa lebih tenang. Urusan bagi mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir di Mahkamah Tinggi Shah Alam selesai lebih kurang sebulan lebih saja. En Hanaffi permudahkan urusan saya. Terima kasih banyak-banyak.
Md Azrin Hafifi
10/09/2023
Terima kasih en Hanaffi kerana bantu kami sekeluarga dalam urusan harta pusaka arwah ayah saya di Unit Pembahagian Pusaka Pulau Pinang. Segalanya berjalan lancar, en Hanaffi beri penerangan yang jelas sehingga kami semua buat keputusan serahkan bahagian kami kepada emak saja. En hanaffi bantu sehingga geran tukar keatas nama mak sepenuhnya. Alhamdullilah.
ains suite
29/08/2023
alhamdullah dan saya rasa lega kerana byk soalan tidak tahu yg diajukan cepat dijwb dan dapat jwpan memuaskan oleh en Hanaffi..terima kasih skli lg.
sitiasiyah
21/08/2023
Terima ksh …layanan yg baik , ramah & jelas…dan sangat membantu sy..insyaAllah lain kali nnt sy perlukan perkhitmatan & bantuannya..semoga Allah membalas jasa baik tuan,diberi kesihatan,dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki & dimudahkan dlm segala urusan tuan..
baung fiddo
18/08/2023
Terima kasih en hanaffi dan peguam puan hidayah kerana selesaikan urusan surat kuasa di mahkamah tinggi shah alam. Semoga dapat bantu lebih ramai orang diluar sana. Masa singkat Dan mudah bagi saya Dan anak selaku waris... Alhamdulillah...