Select Page

Kenapa isteri tak layak tuntut pusaka? Kesian la..

Berikut adalah soalan lazim yang saya terima. Dah baca tajuk, baca sampai habis. Ilmu dunia akhirat nie.

Q: Assalam Ustaz, saya ada terbaca artikel Ustaz tentang KWSP tu, jadi sebenarnya siapa yang terbaik untuk diletakkan sebagai Wasi/pemegang amanah tu?
A: Wasalam. Orang yang boleh dipercayai.

Q: Maaf bertanya ya Ustaz, tapi kat borang KWSP tu ada ditulis bahagian/peratusan. Macam mana ye?
A: Itu peratus untuk pentadbir saja. Bukan pemilik.

Q: Oh..jadi, jika saya letakkan 100% di bawah nama isteri, maka isteri akan mentadbir 100% ya Ustaz? Dan kemudian akan diuruskan secara faraid..?
A: Betul

Q: Baik faham, kalau KWSP tu dah diwasiatkan pula mcm mana Ustaz? Contohnya si mati meninggalkan harta alih (i.e KWSP), dan dah diwasiatkan untuk pewaris.
A: Jika dah diwasiatkan, pentadbir akan urus harta tersebut. Wasi akan tanya kepada semua waris faraid. Jika semua ahli waris setuju dengan pembahagian yang dinyatakan. Maka masing-masing akan dapat hak mereka. Jika ada yang tak setuju, siapa yang tak setuju akan diserahkan bahagiannya secara faraid.

Q: Saya berumur 35thn Ustaz, perlu tak untuk saya buat wasiat sekarang?
A: Perlu. Sebab mati tak kira usia.

Q: Ustaz, berapa kos untuk buat wasiat?
A: rm300 buka file dengan Majlis Agama Islam.

Q: Ustaz, boleh ke isteri menghibahkan semua hartanya kepada suami dan suami menghibahkan semua hartanya kepada isteri sebelum masing-masing meninggal dunia.
A: Boleh. Tapi di kami tak buat semua harta. Setakat ini yang boleh hibah seperti rumah / tanah / kereta / moto / barang kemas. Duit cash tak boleh lagi.

Q: Kalau suami yang takde kwsp tapi pencen camne ye?
A: Ok. Bagi yang keje gomen. Pencen, GCR dan graduty ada penama juga. Tetapi penama yang dinamakan mempunyai hak keatas harta tersebut. Tak perlu agih ikut faraid, sebab ia dah termaktub dalam akta pencen 1980.

Q: Klu suami yang keje gomen letak penama anak yang bawah 18 tahun, betul ka semua harta tu tak dapat dikeluarkan selagi anak tak cukup 18 tahun.. Maaf saya agak keliru..
A: Tak. Ia akan diserahkan kepada isteri. Isteri yang akan agih pada anak nanti. Tapi itu hanya bagi pencen, GCR dan graduiti. Harta lain akan jadi pusaka dan perlu diuruskan.

Q: Boleh tak isterinya keluarkan 50% tu? Dan yang selebihnya kerana dia penjaga yang sah kepada anak-anaknya?
A: Yang 50% tu boleh keluarkan sebab isteri adalah penama. Tapi isteri kena agih ikut faraid. Yang anak bawah umur kena tunggu sehingga 18tahun keatas.

Q: Kalau duit yang dikeluarkan tak bahagi ikut faraid?
A: Haram memakan harta tanpa persetujuan, walaupon anak kita.

Q: Jika penama KWSP adalah isterinya. Boleh ke pada masa yang sama, suami membuat wasiat mengatakan duit KWSP dan simpanan tu milik penuh isteri jika suami dah tiada? Dan wasiat ditulis dengan badan yang dipercayai.
A: Boleh, tetapi tertakluk kepada persetujuan ahli waris yang lain. Jika semua setuju dengan wasiat arwah, pembahagian akan ikut wasiat.

Q: Ustaz bole ke kwsp dihibahkan?
A: Tak boleh.

Q: Ustaz, betul ke isteri tak layak tuntut puska?
A: Layak, cuma kadang-kadang saya kesian isteri. Bila dah jadi musibah, baru nak mula ambil tahu. Kan lebih baik ambil tahu dan merancang sebelum terjadi? Mati tu pasti tak?

Q: Ustaz boleh bagi no fon, nanti nak ajak suami jumpa Ustaz. Boleh tak datang rumah?
A: Boleh, apa-apa call/whatsapp dulu. No saya 0165577653

Selamat menimba ilmu. Sila rujuk artikel ini “Kenapa tiada Hibah KWSP?” bagi mengetahui lebih lanjut tentang fatwa KWSP.