Kepentingan Dan Kelebihan Hibah Takaful

Kepentingan Dan Kelebihan Hibah Takaful
Home » Hibah Takaful » Kepentingan Dan Kelebihan Hibah Takaful

Hibah semakin mendapat tempat di hati masyarakat kerana harta hibah tidak termasuk dalam pembahagian faraid.

Disini anda akan diterangkan dengan lebih komprehensif sebelum melanggan pelan takaful untuk diri sendiri. 

Jika anda ingin menguruskan hibah bagi rumah dan lain-lain sila teruskan membaca di link dibawah.

Baca : Apa Itu Hibah Rumah Bercagar

Baca : Soalan Lazim Hibah

1. Apa Itu Takaful?

Takaful berasal dari perkataan arab iaitu kafala yang bermaksud menjaga, menjamin dan memelihara. Ia menggalakkan tolong menolong di antara satu sama lain di dalam konsep takaful.

Jika salah seorang pencarum berlaku musibah, beliau akan mendapat pampasan berupa wang bagi meringankan beban. Wang yang diperolehi adalah daripada sumbangan orang ramai (pencarum takaful).

Konsep takaful bagi memenuhi tuntutan maqasid syariah, iaitu berkait rapat denagn 5 keutamaan yang perlu dipertahankan iaitu agama, nyawa, harta, akal dan keturunan.

Takaful melibatkan dua keutamaan iaitu harta dan nyawa.

2. Apa Itu Hibah Takaful?

Kita sedia maklum hibah dari segi bahasa adalah hadiah, dari segi syarak pula adalah akad pemberian kepada seseorang tanpa mengharapkan balasan.

Baca : Memahami Hibah Dalam Islam

Hibah takaful adalah pemberian secara kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki tanpa mengharapkan balasan semasa hidup dalam bentuk wang pampasan takaful. 

Ia mula diperkenalkan didalam industri takaful dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI 2013) dan telah disahkan oleh undang-undang dalam Jadual 10 (AKPI 2013).

Pemberian pampasan hibah takaful akan berkuat-kuasa serta merta selepas kematian pencarum sebelum polisi matang.

3. Beneficiari Dalam Takaful

Pencarum diberi 2 pilihan dalam menamakan beneficiari iaitu wasi atau penerima hibah. 

Jika pencarum menamakan beneficiari sebagai wasi, maka wang pampasan takaful akan diserahkan kepada beneficiari dan wang pampasan takaful tersebut perlu diagihkan secara faraid. 

Tugas wasi adalah pentadbir keatas wang pampasan takaful dan Ia bukan milik beneficiari secara mutlak.

Berbeza pula dengan penerima hibah, wang pampasan takaful tersebut adalah milik penerima hibah dan ia tidak perlu diagihkan secara faraid, ia milik mutlak penerima hibah.

Baca : Kadar Dan Syarat Bagi Setiap Ahli Waris

Sangat disarankan meletakkan penama yang berumur 18 tahun keatas bagi memudahkan urusan pentadbiran pusaka jika tidak duit tersebut akan dipegang oleh Amanah Raya.

4. Aplikasi Hibah Takaful Di Malaysia

Pada mesyuarat kali-34 21 April 2003, Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia telah memutuskan bahawa:

  1. Pampasan takaful boleh dihibahkan kepada penerima kerana hak mutlak pencarum.
  2. Pampasan takaful tidak dikira sebagai harta pusaka dan tidak perlu difaraidkan. 
  3. Pencarum bebas membatalkan penerima dalam tempoh takaful masih berkuatkuasa.
  4. Pencarum boleh membatalkan penerima hibah dan menamakan pihak lain sebagai penerima.
  5. Borang penamaan takaful perlu diselaraskan dan dinyatakan dengan jelas status penama wasi atau penerima hibah.

5. 10 Golongan Kritikal Perlu Hibah Takaful

Mereka sangat disarankan memiliki hibah takaful :

  • Pasangan yang tiada anak
  • Pasangan yang hanya mempunyai anak perempuan sahaja
  • Pasangan yang mempunyai anak angkat / anak tiri / anak luar nikah
  • Suami yang berpoligami
  • Pasangan yang berkahwin semula
  • Suami yang isterinya suri rumah sepenuh masa
  • Pasangan yang mempunyai anak hilang upaya (OKU)
  • Pasangan suami isteri yang membeli rumah secara bersama.
  • Golongan yang mempunyai portfolio harta yang kompleks
  • Mualaf

Baca : Siapa Perlu Hibah Dalam Perancangan Harta

Anda disaran merancang harta bagi aset-aset lain seperti rumah, akaun peribadi dan lain-lain agar tidak menjadi masalah pusaka di kemudian hari.

6. Plan Hibah Takaful Terbaik

1) Tempoh perlindungan fleksibel. Pilih tempoh perlindungan anda bermula dari 5 tahun atau sehingga anda mencapai umur 99 tahun lahir berikutnya.

2) Tempoh pembayaran caruman. Pilih di antara 5, 10 atau 20 tahun atau sepanjang tempoh perlindungan

3) Hibah manfaat Takaful. Boleh menyerahkan kepada waris atau organisasi.

4) Manfaat Kematian akibat kemalangan. Waris akan menerima wang pampasan hibah takaful berganda.

5) Manfaat Ihsan. Waris anda akan menerima sejumlah RM2,000 dana tambahan jika meninggal dunia.

6) Tingkatkan perllindungan anda. Anda boleh tambah perlindungan bagi penyakit kritikal dan kad perubatan.

7. Kepentingan Dan Kelebihan Hibah Takaful

Disini, saya senaraikan 12 Kepentingan Dan Kelebihan Hibah Takaful yang patut anda tahu sebelum melanggan hibah takaful.

7.1. Selesaikan Hutang

Hutang tidak boleh dibuat main, walaupun ia hanya hutang dengan manusia. Ada kes, nota diletakkan di batu nisan untuk maklum pada waris!

Keutamaan membayar hutang adalah tanggungjawab si mati, waris tidak wajib untuk melunaskan si mati. 

Sumber dari Majlis Agama Islam Selangor, menyatakan hutang tidak akan terhapus sehingga ia diputuskan oleh Allah SWT nanti, walaupun arwah mati syahid.

“Sesungguhnya Roh orang mukmin itu tergantung dengan sebab hutangnya. Sehinggalah hutangnya dijelaskan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Tirmizi)

“Diampun semua dosa orang yg mati syahid kecuali jika dia mempunyai hutang (dengan manusia).” (Riwayat Muslim)

Hutang wajib diselesaikan terlebih dahulu sebelum diagihkan baki harta secara faraid kepada ahli waris.

Bagaimana waris nak selesaikan hutang-hutang ini? Lebih merumitkan jika isteri adalah suri rumah sepenuh masa.

Jangan biarkan mereka guna baki aset yang sedia ada untuk menyelesaikan hutang anda! 

Keadaan akan menjadi semakin rumit jika:

  • Terpaksa jual rumah yang tinggal.
  • Jual barang yang ada di rumah untuk menampung kehidupan.
  • Meminta sedekah atau bantuan di pejabat kebajikan.

Baca : Pengurusan Harta Pusaka

7.2. Pengganti Pendapatan

Wang pampasan hibah takaful akan jadi pengganti gaji untuk beberapa tahun dan waris tidak perlu tunggu sehingga selesai pembahagian harta pusaka. 

Keadaan sekarang suami-isteri bekerja, biasanya masing-masing akan membantu membayar apa-apa yang diperlukan.

Bagaimana keadaan sesebuah keluarga apabila hilang punca pendapatan bersama selama ini. Lebih membebankan apabila isteri adalah suri rumah sepenuh-masa. 

Jika gaji anda sekarang ada RM5000 sebulan. Berapakah nilai yang diperlukan? Ia bergantung kepada keperluan keluarga anda.

Formula Pampasan Hibah Takaful
Nilai Pampasan Hibah Takaful = [Pendapatan Sebulan x 12 bulan] x 5 tahun

Nilai Pampasan Hibah Takaful = RM5000 x 12 bulan x 5 tahun

Nilai Pampasan Hibah Takaful = RM300,000

Dengan polisi hibah takaful RM300,000.00 maka ia dapat bertahan selama 5 tahun. 

Kematian tidak mengira usia dan waktu. Adakah kita lebih rela membiarkan keluarga menagih mengharapkan bantuan?

Semoga kita bertemu Allah dalam keadaan baik tanpa menyusahkan waris yang ditinggalkan.

7.3 Pendapatan Berterusan

Dengan wang pampasan hibah takaful ini, waris ada boleh melaburkan semula ke dalam pelaburan yang difikirkan sesuai yang boleh menjamin dividen berterusan.

Seandainya pulangan adalah 5% setiap tahun daripada RM300,000 adalah RM15,000 setahun.

Jika anda ingin menjamin bagi perbelanjaan bulanan, maka nilai wang pampasan hibah takaful perlu ditinggi. 

Sebagai contoh, 5% daripada RM1,000,000 adalah RM50,000

Maka RM50,000 dibahagi 12 bulan bersamaan RM4,166 setiap bulan.

7.4. Dana Pendidikan Anak

Tiada ibubapa nak lihat anak mereka tercicir pelajaran, pasti ingin melihat mereka berjaya dalam pendidikan.

Tanpa modal, sukar untuk mendapatkan pendidikan. Kos pendidikan semasa dianggarankan semakin meningkat dari semasa ke semasa.

  • Ijazah Sains Komputer RM47,000.00
  • Ijazah Farmasi RM55,000.00
  • Ijazah Kejuruteraan RM55,000.00
  • Ijazah Ekonomi RM40,000.00

Dengan wan pampasan hibah takaful yang anda tinggalkan akan bermanfaat untuk mereka yang memerlukan.

7.5. Perlindungan Kemalangan & Cacat Kekal Menyeluruh

Kita semak statistik Kemalangan Dan Kematian Jalan Raya Di Malaysia menunjukkan kadar kemalangan meningkat dari tahun 2010 sebanyak 414,421 hingga 2019 sebanyak 567,516. Kadar kematian sekitar 6000 – 7000 orang.

Andai berlaku kemalangan sehingga menyebabkan hilang upaya menyeluruh, pampasan takaful ini boleh digunakan untuk  kegunaan diri sendiri.

Akan terbeban waris jika terpaksa menanggung segala kos perubatan dan pendapatan yang telah hilang disebabkan hilang upaya. 

Terdapat kes waris-waris terpaksa meminta sedekah untuk meneruskan kehidupan.

7.6. Penerima Mutlak

Berdasarkan perenggan 2(4), Jadual 10 APKI 2013, para pengendali takaful kini diwajibkan untuk mempamerkan secara ketara dalam borang penamaan bahawa peserta itu boleh:

a) menyerahkan manfaat takaful kepada seorang penama atau menetapkan penama untuk menerima manfaat takaful sebagai benefisiari di bawah hibah bersyarat; atau

b) menetapkan penama untuk menerima manfaat takaful sebagai seorang wasi.

Sumber : Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013: Tinjauan Awal Kesannya Dalam Industri Takaful
Mohamed Hadi bin Abd Hamid
Rusni Hassan

Untuk makluman anda semua, pampasan yang akan diterima oleh penerima hibah takaful ini adalah mutlak miliknya. 

Berdasarkan Perenggan 13(2), Jadual 10 APKI 2013 menjadikan hibah takaful ini tidak boleh dicabar oleh mana-mana undang bertulis lain. 

Tiada istilah berebut harta pusaka bagi wang pampasan hibah takaful.

Walaubagaimanapun, pemilik polisi hibah takaful masih boleh mengubah penerima selagi mana beliau hidup dan polisi belum matang.

7.7. Proses Tuntutan Lebih Cepat

Jika nak tunggu proses tuntutan harta selesai biasanya mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun. 

Sementara menunggu proses selesai, duit dari hibah takaful boleh dapat dituntut dahulu. Biasanya mengambil masa 7 hari hingga 14 hari, paling lama mungkin sebulan saja. 

Sangat penting tunai selepas kita meninggal dunia, sangat disarankan buat hibah takaful sebagai pelengkap kepada pengurusan kewangan.

7.8. Tiada Kos Guaman

Ini antara faktor penting kenapa hibah takaful penting, untuk pengetahuan jika anda mengambil polisi hibah takaful bernilai RM200,000.00 maka penerima akan menerima RM200,000 juga. 

Tiada isu kurang walaupun 1 sen, biasanya pihak pengendali akan bagi extra untuk cover kos pengebumian.

7.9. Boleh Dihibahkan Kepada Bukan Waris Faraid

Bagi wasiat pula, kadar yang ditentukan hanya 1/3 daripada keseluruhan harta. Jika pewasiat mewasiatkan melebihi 1/3, maka persetujuan ahli waris diperlukan. Andai waris tidak setuju, maka penerima hanya layak 1/3 sahaja.

Ini kisah Sa’ad Bin Abu Waqqas yang bertemu Nabi Muhammad SAW, hadis ini di riwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim. “Wahai Rasulullah, apakah aku harus mewasiatkan semua hartaku.” Baginda menjawab, “Tidak.” Aku berkata, “Sebahagiannya.” Baginda menjawab, “Tidak.” Aku berkata, “Sepertiga.” Baginda menjawab, “Ya, sepertiga.” Dan sepertiga itu banyak. Sesungguhnya apabila engkau meninggalkan ahli waris kaya itu lebih baik daripada engkau meninggalkan mereka miskin, meminta-minta kepada manusia dengan tangan mereka.”

Seandainya ahli waris ingin agihkan secara sama rata, boleh dengan syarat semua ahli waris mesti redo dengan kadar yang akan diterima.

Berbeza dengan hibah, penghibah boleh menetapkan kadar itu sendiri. Tiada terhad kepada 1/3 sahaja malah boleh dilaksanakan tanpa persetujuan waris-waris.

Rujukan : Memahami Hibah Dalam Islam

Baca : Antara Faraid, Hibah Dan Wasiat Mana Satu Yang Terbaik?

7.10. Akaun Tidak Dibekukan 

Ya, perkara ini amat merisaukan sesiapa sahaja. Kehilangan punca pendapatan disebabkan kematian bukanlah sesuatu yang mudah diterima dengan hanya berlapang dada.

Persediaan perlu dibuat agar ia tidak membebankan waris yang ditinggalkan.

Bagi duit simpanan, ia hanya akan dibekukan selepas pihak bank mendapat maklumat dari waris bahawa pemilik akaun telah meninggal.

Adakah waris boleh mengeluarkan baki semasa sebelum melaporkan kepada pihak bank? Boleh, tetapi sampai bila? 

Pihak bank akan menghubungi pemilik akaun jika terdapat pengeluaran maksimum setiap hari dan jika terdapat pengeluaran yang luar biasa pada masa tertentu.

Dikuatiri juga waris menggunakan wang tersebut sehingga mengambil bahagian hak waris faraid tanpa sengaja. 

Disini pentingnya wang pampasan hibah takaful! 

Ia tidak dibekukan dan waris boleh menikmati wang pampasan hibah takaful tanpa keraguan.

7.11. Modal Uruskan Pusaka

Pengurusan harta pusaka mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan. Sementara menunggu ia selesai, wang pampasan hibah takaful sangat diperlukan bagi memastikan waris-waris dapat hidup seperti biasa. 

Tidak dinafikan untuk uruskan pusaka memerlukan modal juga bagi melantik pihak ketiga uruskan pusaka arwah.

Terdapat juga kes dimana harta pusaka tidak diuruskan kerana tiada modal untuk membayar segala caj yang dikenakan oleh pihak institusi pengurusan harta pusaka. 

Akhirnya harta si mati dibiarkan begitu sahaja, tidak dimanfaatkan oleh waris-waris.

7.12. Menyempurnakan Badal Haji

Hukumnya diharuskan oleh Syarak menurut jumhur fuqaha berdasarkan hadith daripada Nabi Muhammad SAW

Maksudnya: Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA : Seorang wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah dan berkata: “Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, apakah aku perlu menunaikan haji bagi pihaknya?”. Jawab Baginda : “Ya,tunaikanlah haji untuknya. Apa pandangan kamu kalau ibu kamu berhutang, apakah kamu perlu melunaskannya?”. Jawabnya : “Ya”. Sabda Baginda : “Tunaikanlah hutang Allah dan hutang Allah lebih berhak untuk dilunaskan.

Hadis riwayat al-Bukhari, Ahmad dan An-Nasaie

Hadith di atas menjelaskan boleh melaksanakan haji bagi pihak yang telah meninggal dunia walaupun tidak diwasiatkan olehnya untuk berbuat demikian. Nabi juga membuat perbandingan antara orang yang melunaskan haji yang belum dikerjakan sama melunaskan hutang yang belum dibayar oleh seseorang yang meninggal dunia.

Badal haji atau ganti haji bermaksud seseorang yang telah melakukan haji untuk dirinya lalu melaksanakan haji untuk orang lain sama ada seseorang yang telah meninggal dunia atau sakit yang tiada harapan sembuh untuk melakukan ibadah haji ke tanah suci, sama ada dengan upah atau tidak.

Syarat Badal Haji Yang Sah

Walaupun syarat badal haji diharuskan tetapi hendaklah menepati syarat-syarat seperti berikut:

  1. Tidak sah badal haji bagi yang mampu untuk melakukannya sendiri.
  2. Boleh dilakukan upah haji ini kepada mereka yang sakit tak sembuh, lumpuh atau kepada mereka yang meninggal dunia.
  3. Badal haji tidak sah kepada orang fakir kerana ketiadaan wang, ia hanya untuk orang yang lumpuh/sakit/tidak berdaya dan tak sembuh dari penyakitnya itu.
  4. Tidak harus seseorang itu melakukan badal haji kepada orang lain kecuali dia telah menunaikan haji untuk dirinya sendiri.
  5. Boleh bagi wanita ambil badal haji untuk lelaki dan sebaliknya
  6. Bila mati seseorang itu dan dia memiliki wang, maka selayaknya dia dihajikan dengan diupah kepada orang lain dengan menggunakan wangnya sama ada dia berwasiat ataupun tidak.
  7. Sebaiknya badal haji itu dilaksanakan oleh anaknya, kerabatnya dan saudara mara yang terdekat dengannya. Jika dilakukan oleh orang lain, maka hukumnya adalah harus.
  8. Tidak boleh seseorang yang diwakilkan itu, mewakilkan pula kepada orang lain dengan syarat ia diberitahu kepada pemberi amanah tersebut dan ia bersetuju dengan tindakan itu.
  9. Perlu diwakilkan atau diupah haji itu kepada seorang yang baik, jujur, amanah dan berilmu untuk melaksanakan badal haji tersebut.

Kesimpulannya, hukum mengupah haji kepada mereka yang telah meninggal dunia yang tidak sempat untuk menunaikan haji ketika hidup adalah diharuskan syarak namun terlebih afdhal waris sendiri yang melaksanakan upah haji bagi seseorang yang meninggal dengan syarat yang telah disebutkan tadi. Sekiranya tiada waris terdekat barulah boleh mengupah orang lain melaksanakannya berdasarkan syarat-syarat yang disebutkan tadi.

Rujukan : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

8. Keburukan Hibah Takaful

8.1. Kemampuan Waris Mengurus Wang Hibah Takaful

Seandainya waris menerima wang hibah takaful dengan jumlah yang sangat besar, adakah mereka mampu menguruskannya?

Disini pelbagai kemungkinan akan berlaku, antara ia tidak digunakan sepertimana yang pencarum harapkan. 

Dikhuatiri penerima menguruskan wang pampasan hibah takaful mengikut emosi, disini kemungkinan penerima membolot harta tersebut, walaupun pencarum hibah takaful mengharapkan penerima mengagihkan wang tersebut kepada waris-waris tertentu.

8.2. Membayar Hutang Si Mati

Wang hibah takaful tidak digunakan untuk membayar hutang si mati. Untuk makluman anda, wang tersebut telah menjadi milik penerima secara mutlak berdasarkan undang-undang dan tidak diwajibkan penerima hibah membayar hutang tersebut.

Jika anda melantik syarikat amanah atau pihak ketiga menguruskan harta pusaka, mereka juga tidak akses keatas duit tersebut.

Penama yang dinamakan adalah lebih berkuasa keatas wang pampasan tersebut.

8.3. Penerima Bawah Umur

Pencarum hibah takaful boleh menamakan waris-waris dibawah umur, tetapi ia terbatas oleh undang-undang sivil dan syariah untuk memiliki wang tersebut.

Baca : Hibah Kepada Anak

8.4. Bayaran Hibah Takaful Kepada Pencarum Cacat Kekal 

Syarikat Takaful akan bayar pada pencarum 100%, mungkin terdapat sedikit kesulitan pencarum menguruskan duit pampasan takaful.

Jika waris-waris pencarum boleh dipercayai dan amanah, tiada isu menyerahkan duit pampasan takaful kepada mereka.

Ini terpulang kepada anda untuk buat keputusan untuk menyerahkan kepada waris atau syarikat amanah.

9. Surat Ikatan Amanah Hibah Takaful

Bagi menyelesaikan keburukan atau kelemahan wang pampasan hibah takaful yang dinyatakan diatas, pencarum boleh membuat satu dokumen Surat Ikatan Amanah Takaful dari syarikat amanah.

Dokumen ini melantik syarikat amanah untuk menguruskan wang pampasan takaful sepertimana hasrat pemilik polisi.

Antara kelebihan Surat Ikatan Amanah Takaful ini:

  • Hak penerima bawah umur terjamin.
  • Pemilik polisi boleh menentukan bagaimana wang pampasan takaful diuruskan.
  • Kawal selia dilaksanakan oleh badan yang berautoriti. 

Baca : Surat Ikatan Amanah Takaful Menjamin Hak Waris

10. Tuntutan Bayaran Wang Pampasan Hibah Takaful

Kini sangat mudah untuk buat tuntutan bayaran. Hanya upload segala dokumen yang diperlukan di aplikasi sahaja. 

Tidak perlu ke pejabat dan menunggu lama di kaunter untuk buat serahan.

11. Kesimpulan

Jelas disini takaful sangat diperlukan bagi melindungi diri dan menjamin kewangan masa depan waris-waris. 

Terdapat banyak syarikat takaful menyediakan produk ini, pilihan di tangan anda.

Terdapat sedikit kelemahan pada produk hibah takaful ini, walaubagaimanapun ia boleh diatasi dengan Surat Ikatan Amanah Takaful.

12. Hubungi Kami

Pihak kami dapat membantu anda menyediakan dokumen hibah bagi harta yang ingin dihibahkan. Anda boleh hubungi En Hanaffi Idris 016-5577653 untuk khidmat nasihat berkaitan hibah takaful.

Anda juga boleh whatsapp dengan segera. Klik disini.

13. Siapa Hanaffi Idris?

Lebih dikenali sebagai Hanaffi Idris, saya Perunding bagi Perancangan Harta, saya menguruskan harta pusaka yang belum selesai serta menyediakan dokumentasi berkenaan wasiat dan hibah. Etiqa Takaful berhad adalah produk yang saya ketengahkan bagi mereka yang ingin buat hibah takaful.

Saya berpengalaman menguruskan claim client bermula dari tahun 2016 lagi. 

Kerap dijemput untuk jabatan kerajaan dan swasta untuk sesi Taklimat Perancangan Harta, saya tidak fokus hanya pada takaful tetapi skop yang lebih luas lagi.

Sekitar 2018 kerap dijemput oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk sesi Taklimat Perancangan Harta, sesi ini bersama Ustaz Don. Saya juga penulis buku Dilema Pengurusan Harta, ISBN 978-967-15726-0-3

Anda jangan risau, anda ditangan yang betul.

Perunding Hibah Takaful
Kredit kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan atas foto yang awesome ini!
Sesi Bersama Dengan Ustaz Don
Program bersama Ustaz Don
Sesi Bersama Dengan Ustaz Don
Program bersama Ustaz Don
Sesi Bersama Dengan Ustaz Don
Program bersama Ustaz Don
Sesi Bersama Dengan Ustaz Don
Program bersama Ustaz Don
Sesi Bersama Dengan Ustaz Don
Program bersama Ustaz Don
Sesi Bersama Dengan Ustaz Don
Program bersama Ustaz Don
Sesi Bersama Dengan Ustaz Don
Program bersama Ustaz Don
Sesi Bersama Dengan Ustaz Don
Sesi Taklimat Perancangan Harta Di Negeri Sembilan
Sesi Bersama Dengan Ustaz Don
Sesi Taklimat Perancangan Harta Di Kuala Lumpur
Sesi Bersama Dengan Ustaz Don
Sesi Taklimat Perancangan Harta Di Negeri Sembilan
Sesi Bersama Dengan Ustaz Don
Sesi Taklimat Perancangan Harta Di Negeri Sembilan
Sesi Bersama Dengan Ustaz Don
Sesi Taklimat Perancangan Harta Di Negeri Sembilan
Sesi Bersama Dengan Ustaz Don
Makan Time. hehe

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

16 Responses

    1. Alhamdullilah. Terima kasih en semoga bermanfaat. Maaf lambat reply. Baru update website. Apa-apa boleh hubungi saya 0165577653

    1. Alhamdullilah. tahniah en. Jika ada kesempatan dan peluang, rancang dengan secara menyeluruh. Boleh tgk wasiat dan hibah harta pula.

      boleh teruskan membaca di blog ini, insyaallah membantu en buat persediaan. 🙂

  1. Assalamualaikum tuan. Saya nak bertanya, jika seorang non muslim mencarum hibah takaful, adakah duit hibah yang bakal diterima oleh penama setelah kematiannya akan diagih dibawah Distribution Act?

    1. wasalam.

      Tak… dpt kat beneficiary. Sebab dah dinyatakan dalam Akta Kewangan Islam begitu.

  2. Terima kasih tuan bagi info bermanfaat, ramai orang tahu secara luaran je tapi tuan explain agak detail. Terima kasih

Leave a Reply to Firdaus Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!