Ramai yang anggap seusai matinya nanti, pasti hartanya kan diuruskan dan diagihkan secara automatik. Ini adalah tidak tepat langsung. Masalah utama perkara ini berlaku kerana si mati tidak melantik pentadbir untuk uruskan hartanya.
Kenapa kena Lantik
Wasi /Pentadir Bertauliah
Tidak Berkepentingan
Hal ini kerana ramai orang Islam menyangka bahawa harta mereka akan diagihkan TERUS kepada WARIS mengikut FARAID setelah mereka meninggal dunia.
Namun, hakikatnya disebabkan Harta SI Mati yang berada di pelbagai tempat seperti KWSP, BANK, Tabung Haji, Tanah, Rumah dan lain lain.
Setiap harta ini mempunyai proses tuntutan yang berbeza dan akhirnya menyebabkan tertangguh bertahun tahun sebelum difaraidkan.
Ramai yang tidak sedar bahawa:-
Harta pusaka umat Islam di Malaysia terbahagi kepada DUA (2) aspek:
i) PENTADBIRAN
ii) PENGAGIHAN
Hukum Faraid jelas
berkenaan PENGAGIHAN.
Soalnya Siapa Nak Uruskan!
Hukum Allah sudah jelas berkenaan bahagian Faraid. Namun, kebanyakan kes faraid harta pusaka tidak dapat dijalankan kerana tiada PROSES PENTADBIRAN disebabkan harta yang ada di pelbagai tempat tidak diuruskan.
Perlantikan Wasi/Pentadbir merupakan kunci dalam memastikan Faraid boleh dijalankan.
Proses pentadbiran harta pusaka melibatkan banyak prosedur dan agensi/institusi tertentu.
Tanpa perancangan yang betul, waris-waris berkemungkinan tidak dapat menerima harta yang ditinggalkan.
Faktor kurangnya pengetahuan berkenaan pentadbiran pusaka terutamanya dari sudut perundangan, akan menyebabkan waris-waris gagal dalam menguruskan pusaka dengan sempurna.
Melalui perlantikan Wasi/Pentadbir di dalam Wasiat, ia menjadi kunci dalam memastikan harta yang ditinggalkan tidak terbeku, dan menjamin harta dapat diterima oleh waris-waris yang ditinggalkan.
Siapakah
Wasi/Pentadbir?
Wasi/Pentadbir adalah pihak dilantik yang mempunyai kuasa untuk uruskan harta pusaka si mati. Kenapa perlu melantik wasi yang bertauliah dan tidak berkepentingan. Untuk elakkan wujud perasaan tidak senang hati antara adik beradik dan ahli keluarga ketika harta diuruskan.
Siapakah yang boleh dilantik sebagai Wasi/Pentadbir?
(i) Individu (Muslim, berumur 18 tahun ke atas)
(ii) Pengurus Harta Pusaka Bertauliah (Hanaffi.com) & Syarikat Amanah & Peguam & Majlis Agama dll.
Apa Itu Penulisan
Dokumen Wasiat?
Surat Wasiat ini adalah satu dokumen yang berkuatkuasa selepas kematian.
Kepentingan utama penulisan Wasiat, adalah untuk melantik Wasi/Pentadbir bagi memastikan aset dapat dicairkan dan diuruskan serta diagihkan kepada waris.
Wasiat juga boleh melantik Penjaga harta anak di bawah umur/OKU selepas meninggal dunia.
Melalui penulisan Surat Wasiat ini juga, anda boleh membuat pemberian kepada mereka yang bukan waris Faraid termasuk pemberian infaq selepas meninggal dunia.
Kenapa anda perlukan draf penulisan wasiat
Di dalam Surat Wasiat anda kena nyatakan siapakah Wasi/Pentadbir yang hendak dan telak dilantik oleh pewasiat sebelum kematiannya.
Ini bagi memudahkan urusan pentadbiran harta pewasiat sesuai dengan kehendak dan pesanan yang diberitahu di dalam wasiat.
Penulisan dokumen surat wasiat dapat membantu kita untuk :
1. Memahami dan memberitahu hasrat secara bertulis siapakah yang akan menguruskan atau menjadi pentadbir/wasi untuk uruskan harta pusaka.
2. Membantu anda mengetahui keseluruhan harta untuk memudahkan membuat urusan faraid dan mendapatkan surat kuasa.
3. Mengajar anda cara nak hasilkan surat wasiat dengan betul, senang dan mudah tanpa perlukan kos yang mahal.
4. Buat surat wasiat tanpa perlu menaip semula. Hanya edit bahagian yang perlu sahaja.
5.Menjimatkan kos penyediaan dokumen wasiat untuk tuntutan pusaka.
Siapa Penulis Draf Penulisan Surat Wasiat & Pentadbiran Harta Orang Islam ini?
Aktif memberikan khidmat nasihat PERCUMA kepada lebih daripada 1,000 dari awal tahun 2022 ini dalam masalah harta pusaka orang Islam khususnya dan mendapat feedback lebih dari 205 orang di Google Review.
Google Reviews
*Reviews are automatically processed and generated from google reviews
Mohammad Azfar Mohammad Idris
11/09/2023
Ini pengalaman pertama kali untuk uruskan harta pusaka. Agak kalam kabut pada awalnya sebab terlalu banyak pendapat serta langkah-langkah yang kami pon tak pasti nak mula mana dulu. Kami semua tinggal jauh-jauh, ada di KL, di Selangor.. Ada adik tinggal dekat, tapi dia pon terlalu sibuk, tak de masa nak uruskan. Terima kasih sebab selesaikan A-Z, sampai pertukaran nama dalam geran. TQ banyak-banyak. Yang penting mak kami happy!
NURULAYUNI IDRIS
11/09/2023
Waktu bicara saya tak dapat hadir, tapi en Hanaffi mudahkan uruskan saya dan adik beradik lain. Penerangan jelas dan perbicaraan berjalan lancar. Lepas dapat Surat Kuasa Mentadbir (Borang F) dan perintah Pembahagian (Borang E), en hanaffi bantu / guide pula macam mana nak uruskan sehingga selesai. Kami lega urusan dah selesai.
Terima kasih banyak En Hanaffi
reza olygopolly
11/09/2023
En Hanaffi bantu kami dalam permohonan Surat Kuasa Mentadbir dan Perintah Pembahagian bagi 7 geran. Akhirnya telah selesai dan saya sangat berpuas hati. Kadar caj yang dikenakan sangat berpatutan bagi nilai aset yang dianggarkan rm5juta!
Norhidayah Anuar
11/09/2023
Excellent servis! Saya akan cadangakan en Hanaffi kepada orang lain nanti! Selesai sudah urusan pusaka bapa mertua saya, en Hanaffi bantu bagi mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir dan Perintah Pembahagian bagi 2 unit rumah yang ditinggalkan. Tiada perbalahan antara waris! Dan semua setuju serah pada mak mertua! Terima kasih en Hanaffi!
hafiy kamal
10/09/2023
Saya tahu en Hanaffi dari kawan saya, en Hanaffi pernah uruskan harta pusaka bapanya. Alhamdullilah, urusan pusaka arwah isteri saya dah selesai. Penjelasan yang jelas dan sangat professional. Surat Kuasa Mentadbir dapat kurang daripada sebulan di Mahkamah Kuala Lumpur. Urusan pengeluaran wang KWSP dan insurans arwah dah selesai. Saya harap en Hanaffi dapat bantu lebih ramai orang diluar sana yang memerlukan.
hana shopee
10/09/2023
Saya pada mulanya hilang arah sebab panik tak tahu nak buat apa. Setelah berjumpa en hanaffi, saya rasa lebih tenang. Urusan bagi mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir di Mahkamah Tinggi Shah Alam selesai lebih kurang sebulan lebih saja. En Hanaffi permudahkan urusan saya. Terima kasih banyak-banyak.
Md Azrin Hafifi
10/09/2023
Terima kasih en Hanaffi kerana bantu kami sekeluarga dalam urusan harta pusaka arwah ayah saya di Unit Pembahagian Pusaka Pulau Pinang. Segalanya berjalan lancar, en Hanaffi beri penerangan yang jelas sehingga kami semua buat keputusan serahkan bahagian kami kepada emak saja. En hanaffi bantu sehingga geran tukar keatas nama mak sepenuhnya. Alhamdullilah.
ains suite
29/08/2023
alhamdullah dan saya rasa lega kerana byk soalan tidak tahu yg diajukan cepat dijwb dan dapat jwpan memuaskan oleh en Hanaffi..terima kasih skli lg.
sitiasiyah
21/08/2023
Terima ksh …layanan yg baik , ramah & jelas…dan sangat membantu sy..insyaAllah lain kali nnt sy perlukan perkhitmatan & bantuannya..semoga Allah membalas jasa baik tuan,diberi kesihatan,dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki & dimudahkan dlm segala urusan tuan..
baung fiddo
18/08/2023
Terima kasih en hanaffi dan peguam puan hidayah kerana selesaikan urusan surat kuasa di mahkamah tinggi shah alam. Semoga dapat bantu lebih ramai orang diluar sana. Masa singkat Dan mudah bagi saya Dan anak selaku waris... Alhamdulillah...
Berapa caj sebenar perkhidmatan Profesional bertauliah Untuk Drafkan Dan Tulis Surat Wasiat
Setiap surat pastinya ada perbezaan caj yang dikenakan. Di bawah ini merupakan harga yang biasa saya caj kepada pelanggan tidak termasuk kos guaman & mahkamah jika melibatkan pertikaian.
Berapakah Harga Draf Penulisan Wasiat Ini?
Kalau ikutkan jumlah harga asal maklumat dan draf template ini adalah lebih RM1500.00 berdasarkan kadar 1 surat wasiat biasa saya Caj RM300.
Namun, saya yakin template draf ini pasti akan memberi anda manfaat tidak terkira. Untuk itu, kini anda boleh dapatkan dengan harga sangat rendah asbab untuk membantu kes pengurusan harta pusaka Islam yang terlalu banyak di Malaysia.
Setelah anda dapatkan Template Darf Wasiat Harta Pusaka Dalam Format Word ini. Langkah seterusnya adalah anda memilih Wasi/Pentadbir yang betul untuk uruskan harta pusaka anda.
Template Draf Wasiat Harta Dalam Islam
Untuk memudahkan proses pentadbiran harta
Tuliskan wasiat anda langkah pertama urus harta