“Susah La Asyik Berebut Harta Pusaka Si Mati”

Ketika tengah bermain dengan anak ke3 saya, dihubungi oleh orang tidak dikenali yang berasal dari Selangor.

“En, saya nak tanya soalan siki boleh.. Saya rasa macam diainaya la. Harta pusaka suami saya, tidak diagihkan dengan betul.”

“Bahagian saya tidak difaraidkan. Saya nie isteri tak mungkin saya tidak terima harta pusaka langsung!”

“Suami tidak letak nama saya.. Arwah letak penama adiknya.”

“Saya nak tuntut juga harta pusaka arwah bahagian saya, saya sendiri hidup bukannya senang.”

“Mereka (adik suami) kata saya tiada hak dan disebabkan saya minta diceraikan semasa arwah hidup.”

“Mana tidaknya semasa arwah hidup, datang rumah saya sehari.. mereka call suruh balik.”

“Arwah juga pernah hutang dengan saya, hutang Court Mamoth RM7,000 tak dibayar lagi.”

“Saya harap dengan harta pusaka arwah, saya nak selesaikan hutang-hutang arwah.”

“Masa arwah tengah sakit suruh saya jaga.. Saya sampai tak boleh kerja ikutkan hasrat ibu dan adik beradik arwah.”

Bla.. bla.. bla..

Itu lah yang diluahkan kepada saya, tak sempat saya nak kata apa-apa.. Hampir sejam saya layan luahan si balu.

Ini kisah Pn Wani (nama samaran).

Tapi masalah nie Allah dah cerita dalam Al Quran surah Al Fajr (89) / ayat ke 19.

وَتَأۡكُلُونَ ٱلتُّرَاثَ أَكۡلٗا لَّمّٗا ١٩

  1. dan kamu memakan harta pusaka dengan cara mencampur baurkan (yang halal dan yang bathil)

Jika kita lihat, inilah yang banyak berlaku dalam masyarakat kita.. Apabila iman itu dijual dengan perkara dosa. Harta pusaka dijadikan Tuhan.

Masyarakat kita kalah dengan ujian harta pusaka! Hampir setiap hari akan ada balu / waris faraid yang diainaya.

Padahal harta pusaka arwah tidaklah berjuta untuk direbut-rebutkan, kurang daripada RM100,000. Bagi setengah waris, walaupon bahagiannya hanya ¼ (disebabkan tiada anak dengan arwah) sangat lah besar nilainya. Duit pusaka itulah yang akan digunakan untuk bayar hutang, badal haji dan apa-apa yang difikirkan sesuai.

Saya nak bagitahu kepada anda, bukan mudah nak pikul tanggungjawab menyebarkan maklumat tentang kepentingan merancang harta pusaka nie, sebab masih ramai yang tidak ambil peduli atau ambil mudah perkara ini.

Kita boleh lihat kesan yang diterima oleh waris faraid. Siapa yang bersalah? Waris atau pemilik harta sebab tidak merancang harta pusaka semasa hidup? Anda jawab..

Dah hampir 5 bulan perkara ini berlalu, sepatutunya dah lama selesai..

Hibah Takaful (klik disini)

Hibah Harta (klik disini)

 

Hubungi saya untuk pertanyaan di 016-5577653

atau

Whatsapp (klik link ini)

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

LEAVE A REPLY

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!