Select Page

Wasiat yang diabaikan

Anda rasa gembira je setiap hari bila balik dari keje sebab disambut manja isteri dan anak tersayang. Anda cium dahi isteri dan anak kesayangan dengan penuh kasih sayang. Jika bos bagi keje anda serta-merta siapkan. Maklumlah nak balik awal. hihi

Hampir setiap tahun anda sekeluarga berpeluang melancong diluar negara. Jika isteri dan anak tersayang nak kan sesuatu, anda mampu tunaikan. Alhamdullilah rezeki sentiasa cukup. 🙂

Jika balik kampung, anda menjadi pilihan mertua. Menjadi bualan sanak saudara kerana sikap seperti jejaka pilihan melayu terakhir. hihi. Isteri anda jeles je memanjang sbb janda anak 5 pon minat dengan anda.. pewiitt..

Satu hari bila anda sedar diri tido, anda tengok isteri dan anak kesayangan menangis disisi anda. Anda tengok umah penuh dengan orang ramai serta jemaah surau.. Apa hal nie?? Anda panggil isteri anda dia tak menyahut, makin kuat anda panggil seperti nak gegar umah isteri anda tak juga menyahut.. Pada hal dok sebelah je. Anda meronta-ronta nak angkat tangan pon tak boleh, kenapa nie?

Tiba-tiba baru sedar anda sudah dikafankan..

Masa tu, macam-macam dah terfikir.. Termasuklah tak sempat nak buat urusan harta… Anda pernah janji nak buat hibah rumah kepada si isteri. Nak lantik wasi bagi menguruskan harta anda, tapi hanya manis dibibir. Saya pernah explain pada anda, tapi anda bagi macam-macam alasan..

Pelbagai masalah mula timbul selepas kematian anda. Tak rasa berdosa ke? Urusan anda hanya ditentukan oleh Allah SWT. Nak menyesal pon dah tak guna. Anda nak jadi cam tu ke? Sudah terlambat..

Ini adalah gambaran sebenar diri kita yang menyesal ketika hidup tidak sempat berbuat kebaikkan, tidak sempat bersedekah dan mengagihkan harta kepada waris-waris. Ini diceritakan didalam Al Quran (Surah Al Munafiqun 63, ayat 10):

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh”.

Wasiat atau menguruskan harta adalah tuntutan agama taw. Jangan main – main..

Sebarang kemuskilan boleh hubungi atau whatsapp saya di no berikut 0165577653