BUKU : DILEMA PENGURUSAN HARTA
Hak cipta © Hanaffi Idris 2018
Cetakan Pertama 2018
ISBN 978-967-15726-0-3

Tinggal 9 unit sahaja..

Saya telah hantar ke Perpustakaan Negara Malaysia. 🙂

Kenapa anda perlu dapatkan buku ini.

=======
Review dari Pengurus Harta Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor
=======

Buku Dilema Pengurusan Harta ini merupakan usaha murni tuan dalam membantu umat Islam merancang harta dengan bijaksana.

Ia mengandungi soal jawab yang biasanya diajukan oleh pelanggan dan masyarakat yang menghadapi kemusykilan dalam mentadbir harta orang yang telah meninggal dunia mahupun hartanya sendiri untuk orang-orang tersayang.

Saya bangga dengan tuan kerana dapat menyediakan kupasan yang lebih santai dan mudah difahami dibantu dengan proses-proses pelaksanaan yang sememangnya tidak ada lagi dalam pasaran.

Pihak kami sangat mengalu-alukan usaha murni ini yang boleh dikongsi oleh segenap lapisan masyarakat. Semoga buku ini mampu menyuraikan segala permasalahan yang ada dalam benak fikiran umat Islam seterusnya dapat merancang harta ke arah mendapat keredahaan Allah swt.

Indera Shahril Bin Mohd Shahid
Pengurus Harta Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

=======
Review Pemangku Pengurus Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan
=======

Tahniah saya ucapkan kepada Tuan Hanaffi Idris kerana telah berjaya menghasilkan buku “Dilema Pengurusan Harta”. Tajuk muka depan buku yang sangat bagus kerana membuatkan masyarakat tertarik ingin mengetahui kupusan-kupasan lanjut di dalam buku ini.

Bagi saya, buku ini sangat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat kerana gaya bahasanya yang santai, tersusun serta mudah difahami.

Semua info dan maklumat yang dinyatakan di dalam buku ini adalah kejadian sebenar yang telah berlaku dan pengalaman sebenar penulis.

Saya yakin dengan kehadiran buku ini di pasaran, ia akan dapat membantu mesyarakat supaya lebih celik mata tentang pengurusan awal harta. Secara amnya, kesemua elemen-elemen wasiat, hibah, faraid, harta sepencarian telah dirangkumkan sekali di dalam buku ini dengan jayanya. Semoga terus memberi kefahaman kepada masyarakat tanpa jemu. Syabas!

Azzerol Effendi Bin Abdul Kadir ((C.A).M)
Pemangku Pengurus
Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

=======
Review dari Prof. Madya Dr. Ahmad Abd Majid
=======

Tahniah diucapkan kepada Tuan Hanaffi Idris yang dapat menghasilkan buku Dilema Pengurusan Harta dan menyediakan kupasan yang santai dan sangat mudah difahami oleh pembaca yang tidak mempunyai sebarang pengetahuan asas dalam pembahagian harta terutamanya faraid.

Buku ini dibahagikan kepada beberapa bab yang telah disusun supaya pembaca tidak bosan membaca kerana tajuk dalam setiap bab disusun bermula dengan contoh-contoh yang mudah difahami dan berlaku dalam kehidupan kita seharian.

Maklumat yang disampaikan adalah mudah dan pendek, ini akan membuatkan pembaca tidak jemu membaca. Ia seolah-olah kita berbicara dengan penulis. Inilah keunikan buku ini. Keratan akhbar yang diselitkan dalam buku ini juga amat memberikan impak kepada pembaca memahami permasalahan dalam masyarakat.

Adalah diharapkan buku ini dapat dan mampu menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan pengurusan harta seterusnya dapat merancang harta ke arah mendapat keredhaan Allah swt.

Prof. Madya Dr. Ahmad Abd Majid
Pusat Pengajian Sains Matematik, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Pencipta e-Faraid. http://faraid.usm.my/faraid

=======
Review dari halalmoney.my
=======

3 sebab kenapa korang kena baca buku ini:

#1 : Mudah faham bagi yang totally zero dalam pengurusan harta.

Perkongsian di dalam buku ini sangat sesuai bagi mereka yang langsung tak tahu apa-apa tentang pengurusan harta. Gaya bahasa yang santai memudahkan pembaca untuk faham isi kandungan buku ini.

#2 : Pengalaman sebenar penulis.

Dalam buku ini diselitkan pengalaman sebenar penulis. Tuan Hanaffi Idris telah terlibat dengan kes-kes pengurusan harta sejak 5 tahun yang lalu. Jadi pengalaman beliau bukanlah dibuat-buat. Dengan pengalaman yang luas, segala khidmat nasihat adalah mengikut keperluan individu.

#3 : Isi yang menyeluruh.

Buku ini merangkumi 5 perkara iaitu case study sebenar, info harta berdasarkan fatwa, soalan-soalan lazim (wasiat, faraid, hibah), proses tuntutan pusaka dan bagaimana kita boleh rancang pengurusan harta menggunakan zero cost method. Ilmu-ilmu yang diberikan boleh memberikan gambaran sedikit sebanyak kepada kita tentang macam mana nak uruskan harta sementara kita masih hidup. Bukan harta je kena urus. Hutang pun kena urus tau. Tak ada lah nanti orang tersayang kita terbeban.

Siti Zulaikha Binti Mohd
www.halalmoney.my

=======
Review dari Nasihat Kewangan
=======

Assalamualaikum tuan,

Saya dah baca buku dan berikut adalah review dari pihak kami.

1. Semua Q&A sangat membantu dan memudahkan untuk memahami konsep pengurusan harta pusaka.

2. Semua info dan maklumat dalam buku sangat tersusun terutama dalam Bab ‘Proses Tuntutan Pusaka’

3. Perkongsian dalam case study sangat membantu dan menarik untuk dibaca.

4. Gambar-gambar dalam bentuk screenshot sangat meyakinkan.

Secara keseluruhan, saya sangat berpuas hati kerana dapat banyak maklumat yang penting selepas baca buku ini. Saya boleh jamin yang pembaca lain pun akan dapat manfaat yang sama.

Muhamad Iqbal Hafifi Bin Hamid
www.duitkertas.com

=======
Review dari Irda Rina
=======

Gaya penulisan yang santai dan mudah difahami. Selitan gambar diantara muka surat menjadikan pembacaan tidak bosan, malah menarik.

Buku ini bukan sekadar menawarkan penyelesaian dan panduan, malah berkongsi kisah-kisah realiti sebagai pengajaran buat pembaca agar pembaca dapat mengambil ibrah dari kisah-kisah orang lain.

Nampak saja tebal, tetapi tidak sukar untuk dihabiskan dengan mudah kerana gaya penulisan Tuan Hanaffi yang mesra santai serta gambar-gambar yang memberi pelajaran dan pengajaran.

Perunding-perunding Harta Pusaka, Perunding Takaful dan sesiapa saja yang inginkan ilmu tentang harta pusaka, sangat sesuai mendapatkan buku ini.

Irda Rina
Certified Islamic Financial Planner
Panel jemputan bagi nasional.fm

=======
Review dari Peguam Syarie
=======

Buku “Dilema Pengurusan Harta” ini merupakan suatu penulisan yang menjelaskan kepada masyarakat secara umum perihal pengurusan harta sebelum dan sesudah berlakunya sesuatu kematian.

Susunan kupasan bab mengenai pengurusan harta orang islam secara holistik memberi pendedahan awal kepada masyarakat umumnya ‘cara’ dan ‘bagaimana’ untuk menguruskan sesuatu harta sebelum atau selepas berlakunya sesuatu kematian.

Penulis juga berkongsi segala pengalaman-pengalaman yang dihadapi olehnya ketika mendekati masyarakat yang mempunyai permasalahan dalam pengurusan harta.

Oleh itu, buku ini sangatlah bermanfaat kepada masyarakat sebagai satu instrumen mudah memahami pengurusan harta disebabkan penggunaan bahasa yang mudah dan susunan bab yang sistematik sesuai untuk lapisan umur.

Doa dan ingatan saya kepada En. Hanaffi. Semoga buku Dilema Pengurusan harta dapat diteruskan dengan vol.2 yang mana kupasan dibuat mengikut bab yg lebih detail.

Dan saya pasti buku ini boleh digunakan sebagai intrumen tambahan kepada penuntut IPT terutama bagi course Pengurusan Harta.

Muhammad Amirul Ashraf Bin A.Ghani
Peguam Syarie, Tetuan Amirul Hani & Associates

=======
Review dari pelajar Universiti Sains Malaysia.
=======

Assalamualaikum, selepas saya review buku “Dilema Pengurusan Harta” buku ini sangat-sangat diperlukan oleh masyarakat. Yang menariknya buku ni ada case study yang benar-benar wujud. Buku ni sangat sesuai untuk masyarakat yang nak buat hibah, wasiat sebab keterangan tentang hibah dan wasiat sangat banyak. Boleh dikatakan sangat complete.

Yang bestnya bila baca tak boring macam baca novel. Serius best.

Tapi agak kecewa saya dapat buku ni lepas habes master. Apa yang saya perlu untuk collect data semua ada. Boleh dikatakan complete. Saya salute tuan, buku-buku yang saya baca sebelum ni dengan buku tuan sangat berbeza. Kebanyakkan buku sebelum ni banyak yang copy paste dan sama.

Dokumen-dokumen yang perlu dibawa untuk melaksanakan hibah, wasiat dan faraid sangat jelas diterangkan. Syabas tuan telah menghasilkan buku yang hebat untuk masyarakat. Insyallah saya akan galakkan rakan-rakan untuk membeli buku ini.

Alhamdulillah, rezeki saya dapat buku ni. Memang best.

Nor Farhani Binti Md Kamal
Master dalam Pembanggunan Islam, kajian mengenai Faraid.

Saya nak beli buku ini, bagaimana caranya?

Sila bank in ke akaun berikut.

Sezarah Nur Venture (SA 0388691M)

BANK : Maybank

NO AKAUN : 562067616450

Harga : RM60 (termasuk pos ke seluruh Malaysia)

Sila hantar detail berikut untuk dipos ke no 0165577653

Nama :

No hp :

Email :

Alamat untuk dipos :

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!