Hanaffi.com berkongsi panduan berkaitan pengurusan dan perancangan harta supaya masyarakat lebih mudah memahami langkah, dokumen dan tindakan yang perlu dilakukan.
Fokus kami ialah menerangkan perkara yang rumit dengan bahasa yang lebih mudah difahami sambil mengambil kira hukum syarak, undang-undang dan prosedur pihak berkuasa yang berkaitan.
Hanaffi Idris terlibat dalam bidang pengurusan dan perancangan harta sejak 2016. Beliau berkongsi ilmu dan panduan bagi membantu masyarakat memahami urusan berkaitan harta pusaka, faraid, hibah dan wasiat serta tindakan yang perlu dilakukan berdasarkan keadaan sesuatu kes.
Sepanjang penglibatan dalam bidang ini, beliau pernah dijemput berkongsi berkaitan pengurusan dan perancangan harta dalam program bersama organisasi kerajaan dan swasta, termasuk Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
Hanaffi Idris juga merupakan penulis dua buah buku berkaitan pengurusan harta:
Dilema Pengurusan Harta — ISBN 978-967-15726-0-3
Pusaka Dibiarkan, Waris Terbeban — ISBN 978-967-15726-1-0
Melalui Hanaffi.com, beliau terus berkongsi panduan yang praktikal dan mudah difahami supaya masyarakat mempunyai maklumat yang lebih jelas sebelum mengambil tindakan dalam urusan harta pusaka.
Program bersama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
Sesi Taklimat Perancangan Harta Di Negeri Sembilan
Sesi Taklimat Perancangan Harta Di Kuala Lumpur
Sesi Taklimat Perancangan Harta Di Negeri Sembilan