Case Study 6 – KWSP Milik Siapa?

Ini kisah Akak Aini (bukan nama sebenar).

Apa yang merisaukan Akak Aini sangat adalah ipar-ipar yang ingin tahu siapakah penama di KWSP milik suaminya.

Dah hampir 15 tahun mengenali mereka, ini pertama kali soalan lain dari yang lain! Akak Aini tak terbayang sampai begitu.

Ipar : “Siapa penama KWSP Hasan (Hassan adalah suami Akak Aini)?”

Aini : “Erkkk… saya kot?, kenapa akak?”

Ipar : “Saje tanya. Adik akak, mesti la kena tahu!”

Aini : “…….”

Dengan segera Akak Aini google di Internet, keluar nama Hanaffi. Akak Aini terus whatsapp dan banyak soalan diajukan kepada Hanaffi. Hanaffi rasa macam dah boleh buka channel tv, “Tanyalah Ustaz Hanaffi”. Haha

Hanaffi tak pernah hampakan soalan orang ramai. Jika pernah whatsapp Hanaffi mesti tak pernah kecewakan? Cuma kadang-kadang lambat reply sebab banyak soalan, bukan sikit! haha

Berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-49 pada 19 September 2000 adalah:

  • Wang KWSP & wang simpanan adalah harta pusaka yang mesti dibahagi mengikut hukum faraid.
  • Penama KWSP adalah wasi / pentadbir harta.
  • Penama hendaklah membahagikan wang KWSP mengikut hukum faraid.

Fakta diatas jelas bahawa duit KWSP adalah harta pusaka yang perlu diuruskan secara faraid oleh penama. Akak Aini makin gelisah apabila mengetahui hal ini, sangkaannya meleset sama sekali.

“Akak ingat itu duit akak nanti. Susah la macam ini.” – Keluhan seorang isteri.

Selepas perbincangan suami dan isteri, Hanaffi bantu mereka dengan produk yang sesuai dan memenuhi keperluan mereka. Suaminya hibahkan rumah teres 2 tingkat dan hibah takaful bernilai RM200,000 kepada Akak Aini.

Sebahagian harta (1/3), suami rancang untuk disedekahkan kepada badan anak yatim yang berdekatan dengan rumah mereka. Mereka happy, Hanaffi pun happy!

“Alhamdullilah selesai juga urusan kita, hati lebih tenang selepas buat perancangan awal. Akak tak nak berlaku macam-macam pada akak dan anak-anak. Dah tengok banyak kes berlaku. Nak lantik lawyer bila dah jadi masalah duit lagi. Terima kasih Hanaffi atas penerangan dan nasihat.”

Anda boleh lanjutkan pembacaan diblog Hanaffi. Cerita tentang duit KWSP boleh diwasiatkan dan salah faham fungsi penama. Semoga ia memberi manfaat kepada anda untuk merancang harta kelak. Jumpa lagi ya nanti.  

Saya tahu anda sangat berminat, sila hubungi saya.

Hubungi saya untuk pertanyaan di 016-5577653

atau

Whatsapp (klik link ini)

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!