Masa Hadiah Ternilai Dari Allah

Hari ini Hanaffi nak share tentang masa. Jika kita rujuk Al Quran ada surah yang khusus menceritakan tentang masa. Surah tersebut adalah surah Al Asr, surah ke 103 yang mengandungi 3 ayat sahaja.

Sangat ringkas dan padat sepertimana dinyatakan oleh Amr bin Al ‘Ash. Beliau pernah menjadi pengutus utusan Nabi Muhammad Saw menemui Musailamah Al-Kadzdzab. Musailamah Al-Kadzdzab bertanya kepada Amr bin Al ‘Ash, “Apa yang telah diturunkan kepada Sahabatmu ini (Rasullulah) selama ini? Dia menjawab “Telah diturun kepadanya satu surat yang ringkas namun sangat padat.” Musailamah Al-Kadzdzab bertanya, surat apa itu?” Dia menjawab :

1. Demi masa.
2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Jika kita kaji, masa nie umpama hadiah yang sangat berharga. Jika ia berlalu sesaat pun, kita dah tak boleh beli walaupon dengan berbillion ringgit yang kita ada. Alangkah baiknya jika kita berjaya manfaatkan ia, pasti ada ganjaran yang besar menanti kita didunia dan diakhirat.

Cuba kita nilai diri kita, sejauh mana kita berjaya manfaatkan masa yang dikurniakan oleh Nya? Hanaffi agak emosi apabila menilai semula masa hidup Hanaffi selama 33 tahun nie, banyaknya dibazirkan begitu sahaja. Maklumlah nak enjoy saje.

Bagaimana nak dapat cinta Allah jika masa yang dianugerahkan pon kita gagal manfaatkan?

Malu jika dihisap kelak diakhirat lebih banyak dosa dari pahala. Nak menyesal pon dah terlambat. Disebabkan perbuatan kita, masa terbazir begitu sahaja dan menjerumus kita ke lembah kehinaan tanpa kita sedari.

Dengan Allah kita minta macam-macam, jika disenaraikan mungkin beratus dalam list kita kan? Tapi kehendak Allah bagaimana? Tepuk dada tanya iman masing-masing.

Seperti mana yang dinyatakakan dalam surah Al Asr (103) / ayat 3. Allah benar-benar bersumpah dengan masa bahawa manusia itu dalam kerugian, yakni benar-benar kerugian dan binasa. Kecuali bagi orang-orang yang beriman dengan hati mereka dan mengerjakan amal saleh melalui anggota tubuhnya. Di samping mewujudkan semua bentuk ketaatan dan meninggalkan semua yang diharamkan. Sudah pasti mereka ini mempunyai sifat sabar bagi menghadapi ujian dari Nya serta gangguan yang dilancarkan oleh gologan yang menghalang menegakkan amar ma’ruf nahi mungkar.

Perkara pertama yang boleh kita lakukan mengisi masa dengan menuntut ilmu. Para ulama membahagikan masa mereka kepada 5 bahagian, iaitu:

  • Pembelajaran
  • Pengajaran
  • Pembacaan
  • Mengarang dan berkarya
  • Amal ibadat

Jika nak ikut 100% rasa agak berat, tapi kita mula dengan menimba ilmu. Dapat 1% dari 100% pon dah kira baik dari kita berada ditahap yang sama je selama berpuluh tahun. Betul tak?

Pepatah arab mengatakan seperti berikut:

“Cuba dan perhatikanlah, nescaya kamu akan menjadi orang berilmu.”

“Sebaik-baik teman di setiap waktu adalah buku.”

Imam As Syafi’i berkata, “Waktu seperti mata pedang. Sekiranya kamu tidak memancungnya, ia pasti memancung kamu. Jika kita bazirkan masa kita begitu sahaja, ia akan meninggalkan kita begitu sahaja. Kita patut risau sebab umur kita semakin pendek dan mendekati ajal!

Membuang masa adalah lebih hina daripada kematian. Kematian hanya memisahkan roh dari jasad. Tetapi membuang masa menjauhkan kita dari Allah dan akhirat.

Ingat, sampai waktu yang ditetapkan kita akan dihisab oleh Nya. Allah telah berpesan dalam surah Hasyr (59) / ayat 18.

18. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Mulai saat ini kita dah boleh bertindak untuk perbaiki diri kepada lebih baik. Bila dah ada ilmu perlu bertindak atau beramal. Ilmu tanpa amal seperti pokok tanpa buah.

Bila lagi buat betul tak? Allah pesankan. Tak kan tak nak ikut.

Semoga ada manfaat apa yang Hanaffi share ini.

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!