Adakah Semua Barang Seperti Jam Tangan, Baju, Peti Ais Termasuk Dalam Pusaka?

Assalamualaikum. Pagi! Dah istighfar 100 kali?

Hanaffi kadang-kala rasa down juga nak menulis nie. Tapi bila Hanaffi fikir balik, dengan menulis ini dapat membantu keluarga di luar sana daripada terlibat dalam musibah harta pusaka ini. Itu yang bersemangat semula.

Mudah-mudahan dengan istighfar 100 kali dapat jauhkan Hanaffi daripada sifat fasik. Hari nie Hanaffi nak share soalan orang ramai berkenaan pusaka.

Q: Adakah semua barang seperti jam tangan, baju, peti ais termasuk dalam pusaka?

Jawapan adalah YA!. Termasuk harta. Cuma ikutkan harta seperti ini tidak dimasukan dalam harta agihan harta pusaka. Jenuh juga jika baju, barang-barang kecil nak dikira juga. Apa yang orang kita patut praktis, jika mahukan barang-barang ini perlu minta izin daripada ahli waris untuk ambil. Pernah client Hanaffi, selepas kematian suaminya. Adik-beradik datang bawa lori angkut barang dalam rumah. Termasuk peti ais! Kurang ajarkan?! Tapi ada! Cuma tak pernah disebarkan saja. Keluarga mangsa terdiam tak terkata apa-apa.

Q: Akaun bersama dikira harta pusaka?

Agak sukar nak jawab sebab kita tak tahu apa perbincangan antara si mati dan pemilik akaun ke2. Mungkin si mati yang masukan duit untuk kegunaan bersama. Mungkin sama-sama menyumbang ke dalam akaun. Sukar nak jawab. Mahkamah akan andaikan milik 50:50.

Q: Upah haji wajib buat ke?

Pada pendapat imam Syafie, wajib dibuatkan oleh waris dan kos badal haji diambil dari harta pusaka si mati. Hutang Allah perlu dijelaskan terlebih dahulu sebelum selesaikan hutang sesama manusia.

Q: Dah agih harta baru tahu si mati ada hutang. Macam mana nak buat?

Patutnya waris perlu sama-sama menyumbang wang bagi menyelesaikan kes si mati. Jangan dah terima terus diam. Ada kes yang berlaku pada Ustaz Ghazali sewaktu beliau masih bekerja di MAIS. Ada seorang Hamba Allah telefon berkenaan hutang si mati yang perlu dijelaskan atas sebab tidak berpuasa ketika masih hidup. Apabila Ustaz Ghazali membuat perkiraan fidyah sebab semasa hidup si mati tidak pernah berpuasa!

Terus keluarga si mati letak telefon! Sebab duit dah agih! Agak-agak macam mana?

Hanaffi harap anda belajar sesuatu hari ini.

Hubungi saya untuk pertanyaan di 016-5577653

atau

Whatsapp (klik link ini)

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!