Case Study 4 – Kak Atikah Pening Adik Beradik Puaka Berebut Harta Pusaka

Ini kisah Kak Atikah (bukan nama sebenar).

Kak Atikah mempunyai 3 kakak kandung.

Kak Atikah bengang dengan sikap 3 kakaknya yang masih berebut harta arwah ayah mereka. Dari bujang hingga berumahtangga masih tak selesai. Masing-masing bermasam muka tak bertegur siapa.

Bila balik raya baru-baru ini pun, rumah mak sepi je.

Kak Atikah risau dengan apa yang berlaku kerana dia hanya mempunyai 2 orang anak angkat.

Pernah Kak Atikah tanya seorang ustaz di kuliah faraid di masjid berdekatan rumahnya tentang pembahagian hartanya. Sangat terkejut Kak Atikah apabila mengetahui mereka mempunyai bahagian dalam pembahagian pusakanya.

Kak Atikah mengeluh:

“Mati anak aku nanti, harta arwah ayah pun berebut. Silap-silap harta aku jugak diorang sapu.”

Kak Atikah mempunyai sebuah rumah dan sebidang tanah, jadi Kak Atikah mula mencari jalan untuk memastikan hartanya dimiliki oleh anak angkat apabila dia meninggal dunia.

Dah banyak konsultan dia survey. Tapi masih belum terbuka hatinya untuk buat perancangan harta.

Ditakdirkan, semasa Kak Atikah sedang layari facebook ternampak orang post tentang harta pusaka. Dengan segera Kak Atikah bertanyakan tentang hibah.

Pelbagai soalan diajukan. Akhirnya, Kak Atikah sangat gembira dengan jawapan yang diberikan konsultan tersebut.

“Alhamdullilah, dah lama sangat cari ini. Kena jumpa ini, tak perlu tunggu apa-apa dah.”

Kami berjumpa di Setia Alam dan Kak Atikah telah sediakan maklumat yang diperlukan untuk hibahkan hartanya.

Ada beza ke konsultan harta ini? Produk mungkin sama tetapi cara pendekatan dan servis berbeza. Jika anda perlukan khidmat Hanaffi, sila sediakan maklumat yang diperlukan. Nanti kita jumpa di opis Hanaffi atau jumpa dimana yang rasa selesa. Hanaffi okey je. Hehe

Sebelum kita berpisah, masalah hati memang sukar untuk kita hindari. Sebab Allah swt dah bagitahu dalam Al Quran, dalam diri kita ada fasik dan taqwa (surah Ash Shams (91) / ayat 8). Jika fasik lebih dari taqwa, mungkin-mungkin kita pun akan terjebak dalam perebutan harta.

Jadi, sama-samalah kita peringatkan diri dan sentiasa banyak berdoa agar dijauhkan dari penyakit hati. Amin. Jumpa lagi ya. Jangan lupa sentiasa beristighfar, minimum 100x.

Jika anda nak elak masalah daripada berlaku boleh hubungi Hanaffi untuk keterangan lanjut.

Hubungi saya untuk pertanyaan di 016-5577653

atau

Whatsapp (klik link ini)

author avatar
hanaffi idris

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!