Ini kisah Cikgu Fatimah (bukan nama sebenar).

Cikgu Fatimah jumpa seorang guru di Nilai, Negeri Sembilan. Masa cite bab harta nie, terus menangis bila terkenang apa yang berlaku pada dirinya. Masa kecik ayah meninggal, mak waktu tu lagi 3 bulan nak bersalin anak ke-5.

Pada hari ke-2 kematian arwah, makcik dan pakcik mangsa datang menyerang maknya menuntut pusaka arwah tanpa belas kasihan

Arwah berniaga kantin disekolah. Mereka dihalau, emak mangsa terpaksa mengalah dengan desakkan makcik dan pakcik. Sambil menangis puan tadi berkata:

“Saya masih ingat lagi, kami sekeluarga terpaksa tinggal dikantin sekolah…”

Hanaffi terdiam. Lepas tu Hanaffi dengan nada memujuk berkata.

“Tak puan, dah jadi.. ujian yang Allah berikan tu puan mampu handle. Sekarang puan dan adik beradik dah berjaya…”

“Ada hikmah dan ganjaran untuk orang yang bersabar…”

Agak lama kami borak. Hanaffi cadangkan untuk buat perancangan awal seperti wasiat dan hibah takaful bagi menyediakan jaminan tunai selepas kematian agar tidak berlaku kesulitan dikemudian hari. Alhamdullilah, beliau dan suami setuju.

Banyak juga soalan yang ditanya Cikgu Fatimah. Mudah-mudahan apa yang berlaku pada dia menjadi iktibar kepada kita yang masih hidup.

Soalan yang sering ditanya oleh prospek

Q1 : Siapakah waris faraid saya?
A : Saya explain cara yang mudah dahulu. Waris faraid terdiri daripada:

  • Pasangan
  • Anak-anak
  • Mak ayah

Waris terdiri daripada waris fardu, waris asabah dan waris dhawi al-arham. Sila baca sehingga habis bagi mengetahui dengan lebih jelas.

Waris Fardu.
Waris fardu dari istilah ilmu faraid adalah kadar bahagian pusaka yang akan diterima waris faraid yang telah ditetapkan oleh syarak. Kadar ini telah ditetapkan oleh Allah didalam Al Quran iaitu 1/2, 1/3, 2/3, 1/4, 1/6 dan 1/8.

Waris Asabah.
Menurut istilah ilmu faraid adalah waris yang tidak mendapat secara fardu. Tetapi mereka mengambil keseluruhan harta atau baki selepas diberikan kepada waris fardu atau tidak mendapat langsung setelah diberikan kepada waris fardu.

Untuk pengetahuan anda, kesemua waris lelaki adalah waris asabah kecuali suami dan saudara seibu lelaki. Bagi bapa dan datuk mereka ini dianggap istimewa kerana dapat mewarisi harta melalui 3 cara melalui asabah, fardu atau mendapat secara fardu dan asabah dalam satu masa.

Cara pembahagian yang melibatkan waris asabah melalui 5 cara, iaitu:

  • Seorang. Ketika si mati hanya meninggalkan seorang waris asabah sahaja, waris tersebut menerima keseluruhan harta tersebut.
  • Ramai (lebih dari seorang). Mereka yang layak menerima pusaka adalah terdiri daripada mereka yang sama darjat seperti si mati meningalkan beberapa orang anak lelaki.
  • Lelaki dan perempuan. Ketika si mati meninggalkan waris seperti anak lelaki dan anak perempuan. Lelaki menerima lebih 2 kali ganda daripada waris perempuan (asabah bi al-ghairi).
  • Bersama waris fardu. Ketika waris asabah menerima bahagian bersama waris fardu, waris asabah akan menerima bahagian baki setelah waris fardu menerima bahagiannya.
  • Tidak mendapat bahagian. Adakalanya waris asabah tidak menerima bahagian langsung kerana telah dihabiskan oleh waris fardu.

Waris Dhawi al-Arham
Dhawi al-arhram bermaksud mereka adalaha waris yang mempunyai hubungan darah dengan simati selain dari waris fardu dan asabah. Contohnya, anak lelaki dan perempuan kepada anak perempuan, anak lelaki dan perempuan kepada saudara-saudara perempuan, bapa saudara sebelah ibu, ibu saudara sebelah ibu dan bapa, bapa kepada ibu dan lain-lain.

Q2 : Kenapa perlu belajar dan faham faraid?
A: Banyak kelebihan jika kita tahu tentang faraid. Antaranya:

  • Boleh mengurangkan masalah campur tangan pihak luar, hanya waris faraid yang layak saje berbincang tentang pusaka si mati. Apabila ipar-ipar, jiran dan mereka yang bukan waris faraid campur tangan akan ada pelbagai idea untuk menguruskan harta. Ada kes yang Hanaffi jumpa, ipar lebih dominan dalam perbincangan, persoalannya kenapa mereka perlu terlibat?
  • Dapat mengetahui dengan jelas siapa yang layak terima pusaka dan hak mereka tidak dinafikan oleh waris lain.
  • Nilai anggaran kasar atau bahagian faraid yang layak terima juga diketahui.
  • Ia adalah sebahagian daripada hukum Allah tentang pembahagaian faraid seperti yang dinyatan dalam surah An Nisa (4) / ayat ke 11, 12 dan 176 serta dinyatakan oleh Rasullulah saw: “Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya ia separuh daripada ilmu dan ia akan dilupai oleh manusia. Ia merupakan ilmu yang paling awal yang dicabut dari umatku.”
  • Mengetahui tanggungjawab dan peranan penerima pusaka. Contoh sebuah keluarga kehilangan seorang ayah. Anak lelaki menerima bahagian lebih daripada ibu dan anak perempuan kerana anak lelaki harus mengambil tanggungjawab menjaga ibu dan adiknya yang masih hidup.

Q3 : Dimana saya boleh rujuk pembahagian faraid?
A : Didalam Al Quran Surah An Nisa (4), ayat 11 dan 12

Q4 : Selain daripada mereka diatas, siapakah waris faraid saya?
A : Bagus soalan nie. Saya cuba explain dengan bahasa mudah.
Waris faraid terdiri daripada 3 kategori utama iaitu :

  • Waris utama
  • Waris ganti
  • Waris Kedua

Waris Utama terdiri daripada :

  • Isteri
  • Bapa
  • Ibu
  • Anak lelaki
  • Anak perempuan

Waris Ganti ini, jika waris utama tiada maka akan digantikan dengan Waris Ganti seperti :

  • Bapa kepada bapa (datuk)
  • Ibu kepada bapa (nenek)
  • Ibu kepada ibu (nenek)
  • Anak lelaki kepada anak lelaki (cucu)
  • Anak perempuan daripada anak lelaki (cucu)

Waris Kedua pula, adalah waris yang layak menerima pusaka jika tiada Waris Utama dan Waris Ganti. Mereka yang layak adalah :

  • Saudara lelaki seibu sebapa
  • Saudara lelaki sebapa
  • Saudara lelaki seibu
  • Saudara perempuan seibu sebapa
  • Saudara perempuan sebapa
  • Saudara prempuan seibu
  • Anak lelaki kepada Saudara seibu sebapa lelaki (anak saudara)
  • Anak lelaki kepada Saudara sebapa lelaki (anak saudara)
  • Saudara seibu sebapa lelaki kepada bapa (ayah saudara)
  • Saudara sebapa lelaki kepada bapa (ayah saudara)
  • Anak lelaki kepada saudara seibu sebapa lelaki kepada bapa (sepupu)
  • Anak lelaki kepada saudara sebapa kepada bapa (sepupu)

Q5 : Bagaimana saya nak tahu harta saya hanya akan dapat pada keluarga sahaja?
A : Jika anda ada anak lelaki, maka harta pusaka hanya akan berada dalam waris utama sahaja.

Q6 : Adakah anak lelaki sulung akan dapat bahagian lebih daripada waris faraid yang lain? Jika terdapat 2 lelaki 1 perempuan.
A : Tidak, sama saja dengan anak lelaki yang lain. Bagi kes di atas nisbah adalah lelaki 2 : perempuan 1 (2:1).

Q7 : Kenapa begitu banyak giler masalah timbul selepas mati walaupun faraid dah termaktub dalam Al Quran?
A : Sebab banyak masalah timbul daripada hati manusia yang inginkan harta melebihi daripada tanggungjawab yang Allah berikan.
Antara lain sebabnya adalah :

  • Waris tidak tahu proses tuntutan harta pusaka
  • Kos proses tuntutan harta pusaka mahal
  • Waris tidak tahu hukum faraid
  • Proses tuntutan harta pusaka memakan masa yang panjang
  • Waris tidak melantik pentadbir untuk uruskan harta pusaka.

Q8 : Perlu ke saya tahu detail faraid nie?
A : Bagus untuk ilmu, jika kurang faham kena bertanya. Saya boleh bantu sedikit sebanyak.

Q9 : Boleh explain tentang pembahagian?
A : Ok. Ringasnya begini.

Ibu
1/6 bahagian bagi arwah ada anak
1/3 bahagian bagi arwah tiada anak

Bapa
1/6 bahagian bagi arwah ada anak
2/3 bahagian bagi arwah tiada anak

Suami
1/4 bahagian bagi arwah ada anak
1/2 bahagian bagi arwah tiada anak

Isteri
1/8 bahagian bagi arwah ada anak
1/4 bahagian bagi arwah tiada anak

Anak Lelaki
2 bahagian bagi arwah ada anak perempuan
Penuh bagi arwah anak lelaki sahaja

Anak Perempuan
1 bahagian bagi arwah ada anak lelaki
1/2 bahagian bagi Arwah ada anak perempuan tunggal
2/3 Arwah ada anak perempuan lebih dari seorang

Baitulmal akan terima ketika tiada waris yang berhak.

Q10 : Adakah wajib ikut faraid walaupon mereka ahli waris sepakat nak agih pusaka secara sama rata?
A: Boleh tiada masalah, tetapi harus ikuti langkah berikut:

  • Setiap ahli waris perlu tahu terlebih dahulu bahagian yang mereka layak terima agak tidak timbul penafian kemudian hari atau dinafikan oleh sesetengah pihak.
  • Keputusan yang dibuat harus secara suka rela tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.

Q11 : Mengapa lelaki mendapat lebih daripada perempuan?
A: Jawapan mudah Allah dah tetapkan. Hehe.

Semuanya akan berkait dengan tanggungjawab, si lelaki mempunyai tanggungjawab yang lebih besar iaitu menjaga waris yang hidup dan memberikan nafkah. Perempuan tidak disyaratkan memberikan nafkah dan apa jua yang mereka belanjakan kepada ibubapa adalah secara sukarela. Apa jua yang perempuan belanjakan adalah untuk diri sendiri sahaja. Jika kita lihat perbelanjaan perempuan ditanggung oleh si suami, maka tidak wajar diberikan bahagian yang lebih pada perempuan.

Jika kita lihat skop tanggungjawab lelaki adalah lebih luas dari perempuan antaranya:

  • Memberi nafkah keluarga iaitu isteri dan anak-anak
  • Menanggung nafkah ibu bapa yang telah tua dan tidak berkemampuan.
  • Menanggung nafkah adik beradik perempuan yang belum berkahwin dan tiada sumber kewangan sendiri sekiranya bapa tidak ada atau tidak berkemampuan.
  • Menanggung nafkah anak-anak kepada adik beradik lelaki yang telah meninggal dunia (anak saudara) sehingga mereka dewasa dan boleh berdikari.

Sebarang kemuskilan boleh hubungi atau whatsapp saya di no berikut 0165577653

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

  1. jika suami meninggal dunia (tapi ada anak lelaki dan perempuan), ibunya pun sudah tiada, adakah adik beradik boleh menuntut bhgn ibu 1/6?

    • mereka mmg layak keatas harta suami. isteri 1/8 baki milik mereka. tetapi pn boleh buat tuntutan harta sepenarian di mahkamah syariah terlebih dahulu.

  2. Assalamualaikum wtb..

    Saya Sijuni bin Abd Asis ingin bertanya kepada pihak tuan berkaitan hukum faraid seperti pertanyaan di bawah :-

    PERTANYAAN

    Mertua lelaki Saya baru meninggal dunia dan meninggalkan isteri yang tidak bekerja dan menanggung 2 org anak yg MASIH belajar di universiti.
    Isteri juga menanggung sewa Rumah, api, air, makan dan pakaian. 6 anak lagi sdh berkahwin dan kadang2 beri ibu Duit utk belanja keperluan..
    Suami juga mempunyai adik beradik seramai 6 orang (2 lelaki dan 4 perempuan)..suami meninggalkan Duit tunai rm3,800 dan Insurance takaful rm200 sebulan..
    Boleh beri pencerahan, bagaimana kah status Duit tunai suami rm3,800 dn Duit Insurance takaful rm200 sebulan dalam hukum faraid.. boleh beri pencerahan..

    Diharap pihak tuan dapat memberi penjelasan kepada Saya berkaitan hukum faraid ini disebabkan risau ibu mertua Saya terambil yang bukan jak nya dari segi hukum Islam.

    Pertimbangan dan perhatian pihak tuan terhadap perkara ini amatlah di harapkan dan di hargai..

    Sekian dan terima

    Yang benar,
    Sijuni bin Abd Asis

    • maaf tuan. adakah rm3800 dan duit insuran rm200 menjadi rebutan adik beradik?

      pada pandangan saya mereka boleh lepaskan bahagian mereka, itu pon jika mereka layak. Jika arwah meninggalkan harta dan mempunyai anak lelaki, mereka tiada mengena.

      Jika duit insuran rm200 daripada perkeso itu adalah milik isteri sahaja. Jika RM200 nak agih anak beranak pon macam tak munasabah tuan, segala kos perbelanjaan isteri yang tanggung. Ini pandangan saya.

  3. Assalammualaikum..
    Sy ingin bertanya pasal faraid..
    Suami sy meninggal bln feb yg lpas..
    Suami ada meninggalkn duit caruman kwsp dengan ada penama masing²..
    1)isteri 1/3
    2)ank perempaun 1/3
    3)ank perempuan 1/3
    Apakah sy perlu membahagi kepada waris² yg lain.. Walaupn sudah ada penama..

      • Pengiraan wang itu mcm mna..
        Boleh kah pihak tuan tlong kirakn jumlah pembahagian wang tersebut..
        Kalau boleh tidak mahu tunggu lama².. Kerana ank² saya memerlukan wang tersebut untuk meneruskan pengajian mereka…

          • Apa yang saya tau.. Syarikat suami sy ada buat insurance tuk suami sy.. Tapi x tau bila dapat.. So… Suami sy dah x de harta lain. Sekarang yang ada hanya wang kwsp.
            Untuk pengetahuan pihak tuan ini adalah jumlah caruman arwah suami saya… RM 89947.34
            Waris²nya..
            1)isteri
            2) 2 orang anak perempuan
            3)ibu
            4) 5 adik beradik lelaki sebapa
            5) 3 adik beradik perempuan sebapa
            Arwah suami masih ada ibu tiri dan adik beradik seibu.. Adakah orang lain berhak jgk ats wang tersebut..
            Sy amat berharap pihak tuan dapat selesaikn msalah sy ini..
            Terima kasih.

LEAVE A REPLY

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!