Select Page

Soalan lazim wasiat

Q1 : Apa jenis harta yang boleh diwasiatkan?
A : Semua harta yang menjadi milikan pewasiat boleh diwasiatkan.

Harta juga terbahagi kepada 2 jenis, iaitu harta tak alih dan harta alih.
1. Harta tak alih seperti :
• tanah
• rumah
• sawah
• bangunan
• atau semua yang melekat pada tanah

2. Harta alih, adalah harta selain daripada harta tak alih seperti:
• Duit (saving / current) dalam bank
• Tabung Haji
• KSWP
• ASB
• Unit amanah
• Shares
• Kereta / motorsikal
• Barang kemas

Q2 : Adakah terdapat harta yang tidak disenaraikan sebagai harta pusaka?
• Pencen
• Harta yang dipinjam
• Harta yang telah dihibah
• Harta yang telah diwakafkan
• Bayaran di bawah Akta Keselamatan Social Pekerja 1969 Perkeso
• Pemberian oleh orang-orang yang menziarahi si mati
• Duit pampasan atau gratuiti
• Harta yang telah diberi atau dijual kepada orang lain

Q3 : Apakah perkara-perkara yang perlu dilaksanakan selepas arwah meninggal?
A : Flow pengurusan harta pusaka gini.
• Pertama belanja menguruskan jenazah
• ke-2 Menjelaskan hutang simati
• ke-3 Buat tuntutan harta sepencarian
• ke-4 Laksana wasiat si mati (jika ada)
• ke-5 Bahagikan harta pusaka mengikut faraid kepada waris-waris

Q4 : Apa itu Faraid, Hibah, Wasiat
A : Faraid adalah pembahagian harta yang telah ditetapkan oleh Allah SWT melalui surah An-Nisa (4), ayat 11, 12 dan 176.

Hibah adalah pemberian kasih sayang oleh pemberi kepada sesiapa tanpa mengharapkan apa-apa balasan pada masa hidupnya.

Wasiat adalah pesanan yang kita tinggalkan bagaimana harta yang kita miliki diuruskan selepas kita mati.

Q5 : Saya nie perlu buat wasiat atau hibah? Sebab ramai orang kempen hibah, saya agak keliru.
A : Ia bergantung kepada kondisi anda. Jika anda dalam kategori di bawah, maka hibah digalakkan.

Contohnya:
• Ada anak perempuan sahaja
• Ada anak perempuan yang sedikit berbanding anak lelaki
• Tiada waris ashabul furud (waris yang dekat)
• Ada anak yang ingin diberikan harta secara sama rata pada masa hidup

Wasiat pula digalakkan jika anda berada dalam kategori berikut:
Contohnya:
• Ada anak angkat / anak tiri.
• Pasangan yang tiada anak.
• Individu yang belum berkahwin.
• Individu yang berpoligami.
• Mualaf yang ingin berikan harta kepada keluarganya yang belum Islam.
• Membeli harta secara bersama.
• Individu yang ingin berikan hartanya kepada sesiapa yang diingini.
• Ahli perniagaan.
• Jemaah haji.
• Individu yang berkahwin semula.

Q6 : Apa beza wasiat dan hibah?
A : Wasiat dilaksanakan selepas anda mati, hibah dilaksanakan semasa hidup.

Q7 : Saya ada banyak harta yang masih berhutang bagaimana?
A : Boleh, tiada masalah. Nyatakan dalam wasiat kerana hutang akan dilangsaikan dahulu sebelum wasiat dilaksanakan nanti.

Q8 : Saya banyak hutang daripada harta, adakah perlu buat wasiat?
A : Sangat digalakkan, berwasiat dengan harta yang sedia ada dan berwasiat supaya ahli waris menyelesaikan hutang terlebih dahulu.

Hutang ini perlu dijelaskan kerana impaknya ke atas anda di akhirat kelak. Sepertimana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Roh seseorang mukmin itu akan tergantung-gantung di akhirat kelak, hingga dia melunaskan hutangnya”.

Q9 : Apa itu wasiat?
A : Wasiat adalah iqrar, pesanan atau arahan oleh pemilik harta secara lisan atau bertulis bagi menguruskan harta miliknya selepas dia mati.

Q10 : Kepada siapa saya boleh wasiatkan harta?
A : Kepada bukan waris seperti anak angkat, anak tiri, orang yang terhalang dari terima pusaka kita, masjid, surau, rumah anak yatim, maahad tahfiz dan seumpamanya.

Q11 : Kalau nak wasiat kepada waris juga boleh ke?
A : Kalau nak wasiat kepada waris juga, perlu mendapat persetujuan dari waris-waris yang lain sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Rasulullah saw pernah bersabda “Tidak harus wasiat kepada waris kecuali diizinkan oleh waris yang lain”. Bermakna, jika ada persetujuan waris tiada masalah.

Q12 : Adakah wasiat boleh dilaksanakan melebihi 1/3 daripada jumlah harta?
A : Tidak boleh kerana baki 2/3 itu adalah hak waris yang tidak boleh diketepikan. Sebagaimana hadis daripada Saad bin Abi Waqas yang telah menemui Rasulullah dan bertanyakan yang beliau ingin mewakafkan semua hartanya, Rasulullah menjawab tidak boleh. Kemudian beliau berkata lagi jika setengah, Rasulullah menjawab tidak. Kemudian beliau berkata lagi satu pertiga, Rasulullah menjawab, satu pertiga itu sudah banyak. Rasulullah menyatakan lagi, engkau meninggalkan waris-waris engkau dalam keadaan mempunyai harta adalah lebih baik dari meminta-minta dari orang lain.

Q13 : Adakah anak angkat dan anak luar nikah layak menerima harta pusaka?
A : Anak angkat bukan nasab kepada si mati dan tidak layak menerima harta pusaka. Anak luar nikah hanya nasab kepada ibunya sahaja dan layak mendapat harta pusaka ibu sahaja.

Tetapi sekiranya wasiat dibuat, anak angkat dan anak luar nikah boleh mendapat wasiat pada kadar tak melebihi 1/3 harta.

Q14 : Boleh buat wasiat sama rata ke?
A : Tidak boleh kerana wasiat adalah pesanan pemberian untuk bukan waris. Tetapi sekiranya wasiat tersebut ditujukan kepada waris dan pesanan pembahagian secara sama rata ia perlu mendapat persetujuan dari waris-waris semasa dilaksanakan nanti.

Q15 : Saya mualaf, boleh wasiat kepada ibubapa saya yang bukan islam?
A : Boleh, tiada masalah. Asalkan tidak melebihi 1/3 daripada jumlah harta. Jika lebih 1/3 ia perlu mendapat keizinan dari waris-waris yang lain.

Q16 : Saya nak pergi haji / umrah. Boleh buat wasiat ke?
A : Wajib buat kerana musafir dalam tempoh yang lama dan meninggalkan waris-waris. Hmmmm…Tapi tak semestinya nak pergi haji / umrah baru nak buat. Mati ni tak kira muda tua.

Q17 : Adakah wasiat boleh dibatalkan?
A : Benar, jika pewasiat masih hidup dia boleh mengubah isi kandungan wasiat mengikut apa yang dikehendaki.

Q18 : Adakah wasiat boleh dicabar?
A : Wasiat boleh dicabar di Mahkamah Syariah jika wasiat itu kepada waris dan melebihi dari 1/3 harta dan tidak dipersetujui oleh waris-waris. Ataupun, wasiat juga boleh dicabar jika wasiat itu hanya secara lisan, tiada saksi atau kandungan wasiat diragui seperti direka-reka oleh benefisiari.

Q19 : Adakah mereka yang berhak menerima bahagian faraid boleh menolak bahagiannya?
A : Boleh. Tiada masalah. Ramai sahaja yang menolak bahagian mereka bagi menjaga kebajikan anak-anak saudara.

Q20 : Saya bukan ada harta pon nak wasiat.
A : Duit dalam bank tu ape? KWSP takde ke? Sekarang ni orang bergaduh disebabkan moto kapcai saje. Sebab periuk belanga.. benda yang kita fikir tak masuk akal. Tapi itulah yang berlaku..

Ada sikit atau banyak, buat lah wasiat supaya tiada masalah di kemudian hari. Berwasiat adalah untuk memudahkan urusan pengurusan harta di kemudian hari.

Q21 : Saya tidak mahu berwasiat, salah ke?
A : Tidak salah, tetapi akan menjadi rumit apabila waris faraid meninggal seorang demi seorang. Maka ia akan terjadi waris yang berlapis-lapis. Kemungkinan besar pula hutang si mati juga tidak dijelaskan. Masalah akan semakin rumit apabila tiada siapa yang akan buat tuntutan harta pusaka si mati ditambah lagi dengan dokumen pula hilang.

Q22 : Jika saya tukar semua harta atas nama isteri, boleh tak? Saya tak nak buat wasiat.
A : Boleh, tetapi tidak disarankan. Jika tuan mati dulu ok la. Jika isteri mati dulu macam mana? Ada buat hitam putih menyatakan harta tuan akan diserah kembali kepada tuan? Jika adik-beradik isteri claim harta itu adalah milik isteri tuan, bagaimana?

Susah naik turun mahkamah nie. Mudah dengan wasiat. Hak akan diserahkan selepas tuan mati. Kenapa nak susahkan diri tuan?

Q23 : Saya tidak mahu buat berwasiat, nak lantik isteri jadi pentadbir.
A : Boleh, tetapi anda telah bebankan isteri untuk laksanakan semua urusan selepas mati. Kasihanilah isteri anda, beliau baru kehilangan anda. Dah nak fikir pasal harta pula, anak-anak lagi, bisnes lagi. Cukup-cukup le tu, biarlah wasi yang dilantik je uruskan harta anda.

Q24 : Adakah pentadbir (pemegang amanah) boleh menyeleweng atau pecah amanah?
A : Banyak berlaku. Harta yang dijual tetapi bahagian faraid tidak diberikan kepada mereka yang berhak. Sebab itu sebaiknya lantiklah badan berautoriti seperti Majlis Agama Islam Selangor sebagai pentadbir bagi melancarkan segala urusan harta pusaka.

Q25 : Adakah penama adalah pemilik harta?
A : Tidak, hanya pentadbir bagi harta pusaka Islam. Sila rujuk rajah di bawah, baca yang dalam kotak merah.

Orang Islam yang dinamakan sebagai penama oleh si mati dalam apa-apa skim simpanan wang dalam mana-mana Kumpulan Wang Simpanan, insurans, tabung lembaga, syarikat kerjasama, koperasi atau institusi kewangan ialah wasi kepada si mati dan hendaklah pembahagian harta peninggalan si mati kepada waris yang berhak mengikut pembahagian faraid.

Q26 : Adakah orang bukan Islam boleh buat?
A : Bagi bukan Islam boleh berurusan dengan Amanahraya. Bagi yang beragama Islam boleh rujuk kepada Majlis Agama Negeri atau syarikat swasta yang berdaftar.

Q27 : Jika saya tidak mahu wasiatkan semua harta yang ada penama seperti KWSP / Takaful / Tabung Haji / Koperasi dan seumpamanya, boleh ke?
A : Boleh, penama adalah pentadbir (wasi) bagi harta pusaka islam. Jika tak buat wasiat ia akan jatuh kepada faraid. Tugas penama nanti mengagihkan harta mengikut faraid.

Agak-agak ahli waris tahu ke nak kira bahagian faraid? Saya cadangkan badan berautoriti yang uruskan seperti Majlis Agama Islam Selangor.

Q28 : Jika suami saya mati, harta pusaka belum diuruskan. Bolehkah saya guna duit arwah untuk perbelanjaan anak-anak sekolah?
A: Boleh setakat keperluan sahaja, namun urusan pembahagian harta pusaka perlu segera dilaksanakan supaya dapat mengelakkan anda termakan bahagian harta anak yatim, walaupun anak-anak anda sendiri.

Q29 : Boleh tak guna duit arwah untuk buat kenduri?
A : Tak boleh kerana mengadakan kenduri adalah tidak termasuk dalam hak-hak berkaitan dengan si mati yang wajib ditunaikan.

Q30 : Bolehkah saya ambil duit arwah suami dalam bank? Saya tahu no pin atm.
A : Boleh setakat keperluan sahaja, namun urusan pembahagian harta pusaka perlu segera dilaksanakan supaya dapat mengelakkan anda termakan bahagian harta anak yatim, walaupun anak-anak anda sendiri.

Jika duit syarikat, jika waris tu salah seorang board of director boleh keluarkan. Tiada masalah.
Q31 : Jika akaun bersama (suami isteri) bagaimana pula? Adakah akan dibekukan secara total jika suami mati, termasuk duit saya?
A : Akan dibekukan juga. Melainkan ada perintah hibah jika hibah berlaku.

Q32 : Saya ibu tunggal nak buat wasiat kepada 4 orang anak lelaki saya. Bagaimana caranya?
A : Boleh, tiada masalah. Sediakan dokumen yang dinyatakan dalam soalan lazim ini. Kemudian set appointment, kita jumpa pada waktu yang puan berkelapangan.

Q33 : Saya seorang balu anak masih kecil bawah 18 tahun. Bolehkah tuan uruskan?
A: Puan boleh membuat wasiat dengan melantik wasi sebagai pentadbir harta bagi anak ataupun puan menyatakan dalam wasiat dengan melantik sesiapa yang dipercayai. Walaubagaimanapon, ia akan tertakluk kepada keputusan mahkamah syariah.

Q34 : Apa yang akan terjadi jika saya tidak melantik pentadbir bagi harta saya bagi anak bawah 18 tahun?
A : Harta anda akan dipegang oleh Amanah Raya. Dalam wasiat anda boleh nyatakan siapa penjaga anak-anak dan melantik pentadbir bagi harta. Jadi mereka boleh menggunakan harta yang ditinggalkan untuk mengurus anak anda kelak.

Q35 : Jika saya jual harta yang diwasiatkan bagaimana?
A : Ia akan terkeluar daripada pembahagian harta pusaka secara automatik. Yang penting harta itu milik anda, bukan anda jual milik orang lain sudah ler.

Q36 : Adakah wasiat secara lisan perlu mendapatkan pengesahan daripada mahkamah syariah?
A : Ya, benar. Mahkamah syariah akan mengeluarkan perintah pengesahan wasiat bagi menguatkuasakan wasiat tersebut.

Q37 : Adakah wasiat itu penting?
A : Ya, sangat penting kerana :
1. Mempercepatkan proses surat kuasa pusaka.
2. Mengelakkan persengketaan waris.
3. Melindungi kebajikan masa depan anak-anak.
4. Isteri mendapat hak yang sewajarnya.
5. Memastikan harta diagihkan mengikut hasrat.
6. Tanpa perlu menghadapi kerenah birokrasi.

Q38 : Kenapa ramai orang Islam tidak berwasiat?
A : Kurang pendedahan kepada kepentingan wasiat dan sering sekali menganggap tiada harta yang ingin diwasiatkan.

Q39 : Apakah kesan tidak berwasiat?
A : Tiada kebajikan dibuat oleh si mati dan berkemungkinan harta pusaka sukar diurus sekiranya tiada waris yang ingin mengambil inisiatif.

Q40 : Apakah sebab utama harta umat Islam beku begitu banyak sekali?
A : Banyak, antaranya:
1. Waris tidak tahu proses tuntutan harta pusaka.
2. Kos proses tuntutan harta pusaka mahal.
3. Waris tidak tahu hukum faraid.
4. Proses tuntutan harta pusaka memakan masa yang panjang.
5. Waris tidak melantik pentadbir untuk uruskan harta pusaka.

Q41 : Siapakah yang perlu berwasiat?
A : Semua orang perlu buat wasiat jika mereka:
1. Orang yang berharta
2. Orang yang mempunyai anak angkat
3. Orang yang tiada waris
4. Orang yang tidak berkahwin
5. Orang yang berhutang
6. Muallaf

Q42 : Jika saya tidak mahu membuat wasiat boleh tak?
A : Boleh sahaja jika anda ingin jadikan harta pusaka anda beku? Silakan… 5 tahun belum tentu selesai pengurusan harta pusaka anda, percayalah..

Q43 : Okey, saya dah buat wasiat. Jika dah mati, berapa lama proses urusan pusaka?
A : Lebih kurang 3 bulan sahaja. Pihak wasi (Majlis Agama Islam Selangor) akan ke rumah anda untuk bacakan wasiat di depan benefisiari dan ahli waris. Setelah itu proses selanjutnya akan dilakukan sehingga pembahagian selesai dibuat.

Q44 : Bagaimana pihak wasi tahu saya mati ke belum?
A : Itu tugas waris memaklumkan pada wasi yang dilantik. Sebab itu dalam borang wasiat tersebut ada maklumat orang yang boleh dihubungi. Sebagai pewasiat, anda perlu memaklumkan kepada mereka yang anda telah membuat wasiat dengan wasi yang dilantik. Jika berlaku kematian, orang yang boleh dihubungi itu boleh memaklumkan kepada wasi.

Q45 : Jika suami koma boleh buat wasiat ke?
A : Tidak boleh sebab dia tidak waras fikiran dan tidak baik ingatan.

Q46 : Jika suami sudah hilang upaya masih boleh berwasiat?
A : Boleh, asalkan dia waras fikiran, baik ingatan, tidak dipaksa dan memahami wasiat yang dibuat.

Q47 : Bagaimana nak buat wasiat?
A : Hubungi saya Hanaffi Idris 016 5577 653 untuk penerangan lanjut.

Q48 : Saya nak buat wasiat, apakah maklumat yang diperlukan?
A : Tahniah, sediakan maklumat seperti berikut.
STEP 1 – Sediakan 3 salinan ic anda (pewasiat)

STEP 2 – Sediakan 3 salinan ic waris (penerima harta)

STEP 3 – Sediakan 3 salinan maklumat harta benda anda. (Bukti menunjukkan harta tersebut adalah milik anda)
3.1 Rumah / tanah – 3 salinan snp atau geran atau sebarang maklumat jual beli
3.2 Kereta / moto – 3 salinan geran
3.3 Kwsp / bank / asb / tabung haji / takaful / insurans / koperasi / barang kemas – 3 salinan penyata yg mengandungi no akaun, nama dan ic. (Berapa nilai atau baki tak perlu, sebab wasi akan mula mengakses harta anda selepas mendapat geran probet dari mahkamah).
Contoh:

STEP 4 – [Penting] Sila putuskan bagaimana harta nak diagihkan.
Contoh : Rumah

STEP 5 – Senaraikan hutang kita kepada orang.

STEP 6 – Senaraikan orang yang berhutang pada kita.

Terakhir, tuan/puan tentukan tarikh untuk saya ambil serta semak dokumen dan beri penerangan lanjut.

Saya akan submit ke ofis. Dokumen wasiat disediakan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Apabila dokumen dah lengkap disain oleh pewasiat, maka 1 salinan akan disimpan oleh wasi (MAIS) dalam peti besi, lagi 1 salinan diberi kepada pewasiat untuk simpanan.

Jika apa-apa berlaku pada pewasiat, waris boleh maklumkan kepada wasi (MAIS) untuk buat pengurusan harta. Jika tak clear boleh tanya ye

Q49 : STEP 4 – [Penting] Sila putuskan bagaimana harta nak diagihkan tu bagaimana? Saya kena plan nak bagi pada siapa harta saya ke?
A : Betul. Tulis tangan pon tak pe, asalkan saya boleh baca.

Q50 : Rumah bagaimana nak agihkan tuan? Tak kan nak letak dapur siapa punya, bilik air siapa punya?
A : Ikut percent (%) saje, bila dah pindah milik andaikata tiada siapa nak duduk rumah tu. Boleh jual dan hasil jualan akan diserahkan mengikut peratus yang ditetapkan.

Q51 : Tuan, Sales and Purchase Agreement nak fotostat semua ke?
A : Tak perlu, muka surat yang ada menunjukkan alamat rumah (PT no, HS no, mukim, daerah dan etc. Bahagian yang anda sain perlu juga (bahagian term & condition tak perlu).

Q52 : Banyak betul dokumen nak kena sediakan wasiat nie.
A : Benar, ini bagi memudahkan wasi mentadbir harta pusaka, melunaskan hutang serta melaksanakan kebajikan yang anda hajati.

Q53 : Semua harta nak declare ke?
A : Jika anda nak memudahkan urusan waris kenapa nak sembunyikan? Boleh jawab soalan saya?

Q54 : Kenapa perlu declare?
A : Sebab jika pasangan anda tidak tahu anda memiliki harta tersebut, kemungkinan harta tersebut tidak dapat diuruskan. Ada kes, harta tertinggal yang tidak diserahkan kepada waris yang berhak. Selepas 5 – 6 tahun selepas pembahagian pusaka, baru tau kewujudan harta tersebut. Kan dah menyusahkan waris-waris? Contoh lain: beli rumah guna nama adik. Anda mati, adik senyap je buat tak tahu. Atas kertas dah nama dia, bagaimana nak tuntut? Jangan buang masa dan duit untuk naik turun mahkamah.

Q55 : Susah la, Sales and Purchase Agreement rumah tak jumpa.
A: Boleh buat wasiat dulu dengan maklumat apa yang ada, jika dah jumpa kemudian boleh update. Jika masih tak jumpa sila minta salinan daripada developer.

Q56 : Jika saya beli atas tangan bagaimana?
A: Mesti ada dokumen jual beli antara anda dan penjual. Mesti ada rekod. Jika berlaku pertikaian di kemudian hari, bagaimana nak membuktikan rumah tersebut milik anda? Sila jawab.

Sebarang kemuskilan boleh hubungi atau whatsapp saya di no berikut 0165577653