4 Sebab Kenapa Perlu Ada Pentadbir / Penama Di KWSP & Caranya.

daftar penama KWSP
Home » Harta Pusaka » 4 Sebab Kenapa Perlu Ada Pentadbir / Penama Di KWSP & Caranya.

Sengaja Abaikan Penama Boleh Menyusahkan Waris Selapas Ketiadaan.

Apabila kita membuat penamaan, penting untuk memilih individu atau institusi yang dapat kita percayai sebagai penerima wang kita. Kita boleh meletakkan seberapa banyak penama yang kita mahukan.

Sebagai contoh, jika kita mempunyai lima orang anak, kita boleh menamakan kesemua anak kita sebagai penama.

Terdapat pula pandangan yang menganggap urusan meletakkan penama KWSP sebagai perkara yang tidak penting. Namun, pandangan tersebut adalah salah dan tidak benar.

Tujuan penamaan dibuat ialah untuk membolehkan KWSP melepaskan simpanan ahli yang meninggal dunia kepada orang yang dinamakan untuk menerima atau mentadbir (bagi orang yang beragama Islam) simpanan itu dengan segera, tanpa perlu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir.

Realiti : Sehingga akhir tahun lalu, 10.9 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di negara ini tidak membuat penamaan.
Jumlah itu bersamaan 75.2 peratus daripada keseluruhan 14.5 juta ahli berdaftar dengan agensi berkanun berkenaan dan membabitkan nilai simpanan yang besar iaitu RM232.7 bilion

– Harian Metro –

Maksud Penama : Apabila anda membuat penamaan, anda memilih individu atau institusi untuk menerima dan mentadbir simpanan KWSP anda sekiranya anda meninggal dunia. Anda boleh buat perancangan awal dengan membuat penamaan anda bagi mengurangkan kesulitan dan juga untuk memastikan mereka mendapat jaminan kewangan selepas anda meninggal dunia.

3 Anggapan Orang Ramai Yang Abaikan Penama KWSP?

  • Anatara sebab utama, pencarum tidak membuat penamaan iaitu kerana beranggapan duit simpanan KWSP boleh dikeluarkan secara automatik apabil arwah meninggal dunia. Namun, proses proses untuk mendapatkan sijil faraid dan surat takbir  ini sebenarnya memakan masa jika tiada penama dibuat.
  • Pihak KWSP juga mendapat respon, kemungkinan orang ramai kurang kesedaran berkenaan kepentingan meletakkan penama KWSP dan akhirnya menyebabkan mereka gagal berbuat demikian dan mengambil masa yang lama untuk proses pengurusan dibuat,
  • Selain itu, ada dalam kalangan ahli waris berasakan tiada keperluan berbuat demikian (membuat penama) memandangkan proses pengeluaran kematian terkini tidak mengambil masa lama selain mudah bagi waris menuntut simpanan ahli apabila ahli meninggal dunia. 

 Kesan Jelas Jika Tiada Penama KWSP

  • Proses pengeluaran mungkin menjadi lambat.-

    Kita tidak tahu apa yang terjadi pada masa hadapan. Sebab itu setiap rakyat Malaysia yang berkerja dan mempunyai potongan KWSP wajib meletakkan penama. Sebab utama pentingnya kita kena ada penama KWSP adaalah ianya dapat memudahkan proses pengeluaran. Jika kita telah meletakkan penama dan sesuatu berlaku kepada kita, ia akan memudahkan penama untuk mengeluarkan wang tersebut untuk kelangsungan hidup. Jika tidak dibuat sebarang penamaan, maka proses tuntutan akan menjadi lebih rumit dan memakan masa yang panjang.

  • Pelindungan Harta Pusaka Mungkin Terabai – Meletakkan penama KWSP adalah cara untuk melindungi harta pusaka anda bagi memastikan waris mewarisi simpanan anda Apabila anda menamakan waris sebagai penerima manfaat KWSP, anda memastikan bahawa mereka akan menerima wang tersebut jika anda meninggal dunia. Tanpa penama yang ditetapkan, harta KWSP mungkin terperangkap dalam proses pengurusan harta pusaka yang rumit, dan waris anda mungkin menghadapi kesukaran dalam mendapatkan hak mereka.
  • Tiada Pertikaian Pentadbir Harta Waris / Mengelakkan sebarang kos dan kerumitan mendapatkan dokumen pihak ketiga dari Pejabat Tanah/Mahkamah

    Selain daripada itu, dengan ketiadaan penama akan timbul tuntutan wang kita oleh pihak tidak bertanggungjawab. maka, dengan adanya penama ini, maka pihak KWSP akan tahu yang itu adalah individu atau pihak yang kita percaya untuk menguruskan urusan pembahagian harta selepas kita tiada.Dengan ini, tidak berlaku masalah tidak adil dan sebagainya. Malah kes seperti perebutan harta seperti oleh adik-beradik yang menuntut sehingga tidak memberikan apa-apa kepada isteri dan anak si mati juga boleh diatasi.Disebabkan itu, jika kita sememangnya ada masalah dalam keluarga dan tidak mahu isteri dan anak-anak ditimpa kesusahan, maka ada baiknya kita bertindak sekarang. Tambahan pula, jika tiada penama, kadang kala proses untuk mendapatkan dokuman dari pihak ketiga akan memakan kos tambahan.

Cara Meletakkan Penama KWSP

Step 1 : Penamaan boleh di buat oleh ahli dengan melengkapkan KWSP 4 dan mengemukakan sendiri di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

Step 2 : Membawa dokumen sokongan 

Step 3 : Setelah lulus boleh buat semakan di: 

Artikel rujukan 1:

Cara uruskan KWSP jika tiada Penama (Klik Gambar Untuk baca)

Artikel rujukan 2:

Wasiat KWSP  (Klik Gambar Untuk baca)

Kesimpulannya

Ramai orang salah paham tujuaan penamaan ini dibuat.

Sebab utama tujuan penamaan dibuat ialah untuk membolehkan KWSP melepaskan simpanan ahli yang meninggal dunia kepada orang yang dinamakan untuk menerima atau mentadbir (bagi orang yang beragama Islam) simpanan itu dengan segera, tanpa perlu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir. Hal ini menjimatkan masa yang proses dalam menguruskan harta pusaka

Semoga coretan ringkan ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada anda.

Hubungi Kami

Jika ada pertanyaan berkenaan masalah harta pusaka atau perlukan bantuan guaman. Boleh hubungi En.Hanaffi untuk pertanyaan secara PERCUMA di 0165577653 atau Whatsapp (klik button dibawah)

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!