Ketika post Hanaffi viral sehingga mencecah 14K share, ramai yang bertanyakan tentang status duit KWSP. Mereka menyangka penama yang dinamakan adalah pemilik mutlak kepada harta simati (duit KWSP). Hakikatnya tidak, penama hanya sebagai pentadbir yang sepatutnya menguruskan harta pusaka simati.

“Akak ingat akan jadi hak akak nanti. Anak ramai, komitment pon tinggi.” – keluh rakan fb

Mari kita sama-sama fahami dan dalami tentang perkara ini agar memudahkan kita merancang harta yang bakal ditinggalkan kelak.

1. Status Duit KWSP

Berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-49 pada 19 September 2000 adalah:

  • Wang KWSP & wang simpanan adalah harta pusaka yang mesti dibahagi mengikut hukum faraid.
  • Penama KWSP adalah wasi / pentadbir harta.
  • Penama hendaklah membahagikan wang KWSP mengikut hukum faraid.

Fakta diatas jelas bahawa duit KWSP adalah harta pusaka, oleh itu ia boleh dinyatakan dalam wasiat bagi diuruskan oleh wasi kelak.

2. Salah faham fungsi penama

Terdapat banyak isu berkenaan penama sebenarnya, antara yang berlaku. Pemilik akaun KWSP menamakan selain ahli waris sebagai wasi. Perkara ini pernah menjadi isu suatu ketika dahulu, si penama ini mengambil duit KWSP tersebut dan tidak mengagihkan kepada ahli waris.

Terdapat juga kes dikalangan ahli waris sendiri tidak amanah dalam menguruskan harta simati. Baru-baru ini salah seorang rakan fanpage Hanaffi Idris mengadu.

“Akak terima duit KWSP saja, bahagian lain tak dapat pun. Akak tak tahu nak buat apa, semua maklumat ada pada abang ipar”.

Hanaffi beranggapan, balu hanya menerima sebahagian kecil duit KWSP dan bahagian harta lain tidak diserahkan mengikut hukum syarak.

Penama fungsinya adalah sebagai pentadbir bagi harta simati sahaja bagi harta orang islam, manakala bagi harta orang bukan islam ia adalah sebagai pemilik mutlak. Tujuan penamaan adalah bagi memendekkan proses pengeluaran duit KWSP.

Anda juga boleh berwasiat duit KWSP, maka wasi yang dilantik akan berurusan dengan KWSP. Antara wasi yang boleh dilantik adalah daripada Majlis Agama Islam Selangor, Amanah Raya dan syarikat amanah As Salihin Trusree Berhad.

Jika tak nak wasiat duit KWSP pon boleh, tetapi penama mestilah berumur 18 tahun keatas dan dikalangan waris terdekat iaitu suami / isteri bagi mengelakan berlaku seperti kes diatas. Pihak KWSP tiada bidang kuasa memastikan penama menagihkan mengikut hukum syarak, ia adalah tanggungjawab penama itu sendiri. Kita doakan agar keluarga kita terhindar daripada fitnah dunia ini.

Allah juga telah berpesan kepada kita dalam surah Nisa, ayat 29:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَأۡكُلُوٓاْ أَمۡوَٰلَكُم بَيۡنَكُم بِٱلۡبَٰطِلِ إِلَّآ أَن تَكُونَ تِجَٰرَةً عَن تَرَاضٖ مِّنكُمۡۚ وَلَا تَقۡتُلُوٓاْ أَنفُسَكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُمۡ رَحِيمٗا 

29.  Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.

Terpulang kepada anda untuk wasiatkan duit KWSP atau melantik wasi dari kalangan ahli keluarga.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang wasiat. Klik disini

Atau boleh hubungi Hanaffi terus pada no nie. +60165577653

Hanaffi juga sertakan maklumat tambahan bagi sesiapa yang masih belum membuat penamaan pada KWSP. Sila teruskan membaca.

3. Penamaan

Berdasarkan info yang Hanaffi perolehi daripada Harian Metro 15hb Januari 2016, hampir 10.9 juta pencarum KWSP tanpa penama. Pencarum beranggapan tiada keperluan berbuat demikian kerana berasa masih muda dan proses mengambil harta simati adalah mudah. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya sehingga harta pusaka tidak dapat diuruskan mencecah RM70 Billion. KWSP sehingga kini giat menjalankan pelbagai program bagi meningkatkan kesedaran akan kepentingan penamaan.

3.1 Siapa yang boleh dinamakan?

  • Berumur 18 tahun keatas
  • Rakyat Malaysia atau Penduduk Tetap (PR) / Bukan Warganegara yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998

3.2 Dokumen yang diperlukan

Warganegara / PR

  • Borang KWSP 4
  • Salinan kad pengenalan / Mykad / Kad pengenalan tentera
  • Salinan dokumen pengenalan diri penama

Bukan warganegara

  • Borang KWSP 4
  • Salinan passport yang sahlaku
  • Salinan dokumen pengenalan diri penama

Download borang KWSP 4. Klik disini

3.3 Status penamaan

Jika tiada permohonan dalam masa setahun daripada tarikh kematian simati, penamaan akan terbatal. Maka waris perlu memohon pengeluaran secara tanpa penama. Jika terdapat penama yang meninggal terlebih dahulu, maka bahagian penama tersebut akan terbatal.

3.4 Tuntutan duit KWSP selepas kematian pencarum

Berikut adalah dokumen yang diperlukan:

  • Borang KWSP 9KM (AHL) dan Senarai Semak Dokumen. Klik disini
  • Maklumat Akaun Bank (Akaun Simpanan/Akaun Semasa/Surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/Akaun Harta Pusaka Simati – NamaSimati)
  • Dokumen Bukti Pertalian (Sijil Daftar Kahwin/Sijil Akuan Sumpah Kahwin bagi Ahli Bukan Islam dan telah berkahwin sebelum 1 Mac 1982)
  • Surat Kuasa (Surat Pentadbiran Mahkamah/Institusi Perundangan/Amanah Raya Berhad (ARB)
  • Salinan Dokumen Pengenalan Diri pemohon bersama salinan asal untuk tujuan pengesahan
  • Salinan Dokumen SijilKelahiran pemohon bersama salinan asal untuk tujuan pengesahan (jika perlu)
  • Sijil Kematian ahli ATAU Sijil Kematian penama (jika penama telah meninggal dunia)
  • SijilKelahiran ahli (jika ahli belum berkahwin) ATAU Sijil Perkahwinan (jika ahli telah berkahwin) ATAU Surat Penceraian ahli/bukti pertalian dengan pemohon (jika ahli sudah bercerai)
  • Borang Perakuan Tanggungjawab (Islam – Lampiran A). Klik disini
  • Borang PerakuanTanggungjawab (Bukan Islam – Lampiran B). Klik disini

3.5 Siapa yang layak memohon apabila tanpa penamaan? 

Bagi ahli yang telah berkahwin: Balu/duda ahli, anak-anak (atau penjaganya), ibu bapa, adik-beradik atau Pentadbir Pusaka

Bagi ahli yang belum berkahwin: Ibu bapa, adik-beradik ahli atau Pentadbir Pusaka

3.6 Duit simati yang boleh dikeluarkan adlah seperti berikut:

3.7 Duit bantuan daripada KWSP

Anda boleh memohon daripada KWSP sebanyak RM2,500 dan ia adalah sebagai tanda simpati KWSP terhadap waris.

3.8 Syarat-syarat bantuan

  • Ahli yang telah meninggal dunia adalah Warganegara, Penduduk Tetap (PR) dan Bukan Warganegara (yang mendaftar sebelum 1 Ogos 1998)
  • Orang tanggungan ahli (balu/duda/anak/ibu bapa) Tertakluk kepada status perkahwinan ahli
  • Permohonan mesti diterima dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli
  • Ahli mati sebelum mencapai umur 60 tahun
  • Ahli masih mempunyai simpanan KWSP

Mudah-mudahan maklumat diatas dapat membantu anda dalam merancang pengurusan harta kelak. Boleh hubungi saya jika anda berminat untuk buat wasiat.

Sebarang soalan boleh hubungi Hanaffi pada no ini +60165577653

Assalam.

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

2 Responses

  1. salam..
    saya Pn Carol nak bertanya berkaitan dng pengeluaran wang kwsp utk balu dan anak-anak bawah 18 tahun. balu tidak bekerja dan mempunyai 2 orang anak seorg berusia 5 tahun dan seorang lagi berusia 9 tahun. wang simpanan kwsp arwah suami tdk dpt dikeluarkan atas alasan perlu surat penurunan kuasa seperti yg dinaklumkan oleh pihak kwsp. si balu mendapat perintah mahkamah syariah bahawa dia adalah pemegang amanah berkaitan. disebabkan balu tidak bekerja kerana anak masih kecil mereka tdk mempunyai sumber kewangan yg mencukupi utk menanggung perbelanjaan harian dan persekolahan anak2. soalan saya apa sebenarnya dimaksudkan “surat penurunan kuasa” dan bagaimana untuk memperolehinya? terima kasih.

    1. wasalam. setakat pengetahuan saya tiada “surat penurunan kuasa”. Tak pernah dengar.

      Jika nak dapatkan surat kuasa di mahkamah tinggi sivil hanya perlukan 2 pentadbir saja. Duit akan diserahkan kepada pentadbir yang dilantik oleh mahkamah.

      Jika nak saya bantu uruskan boleh wasap saya 0165577653

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!