Adakah Rumah Dua (2) Nama Dikira Sebagai Harta Sepencarian?

0
Adakah Rumah Dua (2) Nama Dikira Sebagai Harta Sepencarian?

En. Ahmad & isteri membeli sebuah rumah sebagai aset bersama dan didaftarkan atas 2 nama (En.Ahmad & isteri). Tanpa diduga En. Ahmad terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia, adik beradik En. Ahmad menuntut hak pewarisan daripada rumah tersebut kerana mereka merupakan waris faraid disebabkan En. Ahmad dan isteri tidak mempunyai anak lelaki tetapi isteri En. Ahmad menuntut bahagian suaminya sebagai harta sepencarian dan tidak mahu melepaskan rumah yang dibeli bersama arwah suaminya.

RUMAH DUA NAMA BUKAN HARTA SEPENCARIAN

Anggapan mengenai pembelian rumah 2 nama (suami & isteri) dikira sebagai Harta Sepencarian adalah SALAH sama sekali!

Aset yang didaftarkan atas 2 orang pemilik bermaksud setiap satu pihak mempunyai 50% sahaja pemilikan daripada aset tersebut.

Harta hanya boleh dikira sebagai Harta Sepencarian melalui pengisytiharan waktu hidup @ tuntutan di Mahkamah Syariah sahaja, bukan automatik milik pasangan.Permasalahan yang kerap berlaku: Pasangan boleh hilang tempat berlindung apabila berlaku kematian salah satu pihak dan bahagian 50% perlu diagih mengikut hukum Faraid.

Harta masih dalam pinjaman, berlaku kesukaran pindahmilik harta apabila takaful/insurans hanya melindungi 50% bahagian si mati sahaja, dan harta hanya boleh dipindahmilik setelah harta 100% bebas tangunggan hutang.

Lebih memilukan apabila pinjaman dilakukan oleh satu pihak sahaja, dan kematian berlaku ke atas pihak yang bukan peminjam. Takaful/insurans tidak melindungi bahagian tersebut dan pindahmilik tidak akan boleh dilakukan sehingga hutang dilangsaikan.

Solusi:

Pasangan suami/isteri boleh membuat perancangan melalui Perjanjian Aset Perolehan Bersama (PAPB) atau Hibah untuk memastikan pasangan layak memiliki 100% aset yang dimiliki sekiranya berlaku kematian salah seorang pasangan.

Soalan Lazim Harta Sepencarian:

Q1 : Apakah itu harta sepencarian?
A : Harta sepencarian menurut undang-undang: Berdasarkan Seksyen 2, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 (Akata 303) harta sepencarian ditakrifkan sebagai:

“Harta yang diperolehi bersama oleh suami dan isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan syarak.”

Harta tersebut boleh wujud dalam keadaaan:

  • Wujud atau bersama-sama berusaha mendapatkannya
  • Semasa perkahwinan ia berkuatkuasa
  • Berdasarkan hukum syarak

Q2 : Apakah nama dokumen ini?
A : Perjanjian Aset Perolehan Bersama (PAPB), dahulu dikenali sebagai Deklarasi Harta Sepencarian. Ia adalah kaedah penetapan hak pemilikan harta atas dasar perkahwinan.

Q3 : Siapakah yang terlibat dalam Perjanjian Aset Perolehan Bersama (PAPB) ini?
A : Suami dan isteri atau suami dan isteri-isteri dan perkahwinan mesti sah mengikut undang-undang Malaysia. Anak-anak tiada kena mengena dalam PAPB.

Q4 : Adakah terdapat harta sepencarian dalam islam?
A : Sebenarnya di Malaysia harta sepencarian ini berasal daripada amalan adat dalam kalangan masyarakat Melayu iaitu adat Temenggung dan adat Perpatih. Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan sebahagian kecil Melaka manakala adat Temenggung diamalkan di negeri-negeri selain dari negeri di atas.

Adat Temenggung mentakrif harta sepencarian sebagai harta yang diperoleh oleh kedua-dua suami dan isteri semasa perkahwinan. Seandainya perkahwinan itu telah mencapai usia tiga tahun dan pasangan telah mempunyai anak, maka harta sepencarian adalah harta yang pasangan peroleh atau miliki sebelum mereka berkahwin. Mengikut prinsip asasnya, jika pasangan bercerai atau salah seorang daripada pasangan meninggal dunia maka kedua-dua pihak berhak mendapat bahagian di dalam harta sepencarian tersebut (dalam hal perceraian) atau pasangan yang masih hidup berhak mendapatkan harta sepencarian (dalam hal kematian).

Pada dasarnya tidak terdapat dalil khusus di dalam al-Quran dan al-Sunnah yang menerangkan kedudukan Harta Sepencarian dalam Islam. Pemakaiannya diambil dari segi kaedah ‘uruf. Dalam perundangan Islam, apabila sesuatu ‘uruf diakui kebaikannya dan diberi pengiktirafan undang-undang, maka ia bertukar menjadi suatu peraturan yang mesti diikuti.

Rujukan: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan.

Q5 : Apakah harta yang boleh dideclare sebagai harta sepencarian?
A : Harta seperti :

  • Hartanah
  • Unit trust
  • ASB
  • AHB
  • Fixed Deposit
  • Akaun simpanan emas (bukan barang kemas)
  • Syarikat

Nota: Harta berhutang juga boleh dimasukkan sebagai harta sepencarian.

Q6 : Apakah terdapat harta yang tidak boleh dimasukkan dalam dokumen ini?
A : Ada, seperti berikut :

  • Harta diluar Malaysia
  • KWSP
  • Harta yang mempunyai susut nilai contoh kereta
  • Harta yang tak berdaftar seperti barang kemas, lukisan mahal, etc.
  • Harta yang dilarang syarak

Q7 : Saya jarang dengar tentang harta sepencarian, biasanya hibah. Adakah ia diiktiraf undang-undang?
A : Dari perspektif undang-undang, Seksyen 122 (1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 memperuntukkan, mahkamah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat suatu perintah perceraian untuk memerintahkan supaya aset yang diperoleh pada masa perkahwinan dengan usaha bersama dibahagikan antara mereka atau supaya aset yang diperoleh pihak itu pada masa perkahwinan dengan usaha bersama dibahagikan antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan dibahagikan antara pihak itu.

Seksyen 122 (2) pula merujuk kepada faktor yang diambil kira oleh mahkamah dalam pembahagian harta sepencarian berkenaan antaranya:

  • Takat sumbangan yang dibuat tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi memperoleh aset itu.
  • Apa-apa yang terhutang oleh salah satu pihak yang dilakukan bagi manfaat bersama mereka.
  • Keperluan anak yang belum dewasa daripada perkahwinan itu jika ada.

Tertakluk kepada Seksyen 122( 2), mahkamah juga boleh memerintahkan supaya aset itu dijual dan hasil jualan dibahagikan sama rata antara kedua-dua pihak seperti dinyatakan dalam seksyen 122(3).

Dalam Seksyen 122(4), mahkamah dengan kuasa yang ada boleh membahagikan aset itu atau hasil jualan mengikut apa-apa kadar yang difikirkan munasabah, tetapi pihak yang memperoleh aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang lebih besar.

Jika berlaku tuntutan harta sepencarian, ia akan diberi keutamaan sebelum pembahagian faraid dilaksanakan.

Q8 : Apakah kelebihan deklarasi harta sepencarian?
A : Banyak kelebihan deklarasi ini dibuat, antaranya:

  1. Harta yang masih dalam gadaian boleh dinyatakan dalam deklarasi ini.
  2. Suami isteri boleh memutuskan dan bersetuju dengan cara pembahagian harta yang dimiliki.
  3. Semua pihak berpuas hati dengan bahagian masing-masing.
  4. Boleh memberikan hak yang lebih kepada isteri.
  5. Melindungi hak suami-isteri.
  6. Mempercepatkan proses pembahagian harta.
  7. Tiada pertelingkahan tentang pembahagian harta.
  8. Harta yang dinyatakan tidak termasuk dalam pembahagian faraid / pusaka.

Harta sepencarian adalah tanda penghargaan atau hadiah kepada pasangan sepanjang tempoh perkahwinan. Walaupun sumbangan secara langsung tiada, tanggungjawab si isteri terhadap keluarga, memberikan sokongan kepada si suami sehingga mampu untuk membayar dan memiliki harta tersebut juga dianggap satu sumbangan tidak langsung daripada si isteri.

Q9 : Apakah PAPB ini boleh dibatalkan?
A : Selepas anda sain dokumen ini (menetapkan kadar yang ingin diserahkan kepada pasangan), ia akan terus berkuat-kuasa. Ia hanya boleh dibatalkan dengan persetujuan si penerima.

Andai anda mempunyai isteri-isteri, maka persetujuan para isteri diperlukan bagi membatalkan PAPB ini.

Q10 : Proses untuk buat macam mana?
A : Anda sediakan maklumat berkaitan, kemudian saya akan submit kepada HQ.

Prosedur lepas dapat deposit dan document lengkap :

  1. Isi info dan upload dokumen melalui portal.
  2. Dah lengkap, submit / send via portal.
  3. Drafter / Legal Dept akan bagi draf Wasiat dan Harta Sepencarian dalam masa 3-5 hari bekerja.
  4. Saya akan hantar draf melalui email atau whatsapp.
  5. Client semak draf jika ada kesilapan / perubahan / penambahan, saya akan amend. Tunggu 2nd draf.
  6. Dah ok, sesi tandatangan. Anda boleh bawa 2 saksi atau saya yang akan sediakan saksi. Bergantung kepada perbincangan nanti.

Q11 : Berapa kos untuk dokumen ini?
A : Anggaran RM3+++

Q12 : Murah juga RM3+++ ya?
A : Jika anda buat deklarasi harta sepencarian, anda perlu buat wasiat juga. Deklarasi harta sepencarian adalah untuk aset-aset tertentu sahaja. Aset-aset yang tidak termasuk dalam deklarasi harta sepencarian perlu juga diuruskan dengan baik. Dan melalui wasiatlah aset-aset ini serta hutang piutang akan ditadbir dan diagihkan. Kami akan membuat pentadbiran harta pusaka secara keseluruhan.

Pihak syarikat akan uruskan keseluruhan harta si mati agar semua hutang dapat diselesaikan  dan diagihkan. Tanpa wasiat ada kemungkinan aset lain dan hutang akan dibiarkan serta tidak diuruskan dengan baik oleh pihak waris.

Deklarasi harta sepencarian adalah pengagihan semata-mata dan ia tidaklah menyelesaikan pentadbiran harta pusaka secara total. Sebab itu perlu wasiat juga.

Q13 : Adakah terdapat fi lain?
A : Ada. Fi ini akan dikenakan selepas penghibah meninggal dunia. Saya akan buat pengiraan bagi mudah faham. Jika tak faham maklum saya boleh buat kiraan kasar untuk anda.

a) Fi yang dikenakan adalah:

Nilai hartaFi
Nilai harta RM1,000,000.00 pertama1.8%
Nilai harta antara RM1,000,001.00 hingga RM10,000,00.001.0%
Nilai harta antara RM10,000,001.00 hingga RM40,000,000.000.5%
Nilai harta RM40,000,001.00 dan keatas0.25%

Contoh, selepas dinilai aset semasa meninggal adalah RM2 juta.

Jom kita kira berapa anggaran fi yang dikenakan adalah:

RM2,000,000 x 1.8% = RM28,000

RM28,000 bagi aset bernilai RM2,000,000

Nota : Fi yang dikenakan berdasarkan nilai semasa meninggal. Bukan nilai semasa dokumentasi ini dibuat.

Q14 : Apakah maklumat yang perlu saya sediakan?

  • Ic anda
  • Ic penerima
  • Akaun Bank – Nama Bank, No. Akaun
  • Unit Amanah – Nama syarikat Unit Amanah, No. Akaun
  • Saham & Sekuriti di Bursa Malaysia – No. Akaun CDS
  • Saham Koperasi – Nama Koperasi, No. Ahli
  • KWSP – No. Ahli
  • Polisi Insurans & Takaful – Nama syarikat, No. Polisi
  • Rumah / Kondominium/ Pangsapuri/ Lot Kedai – Alamat
  • Tanah – H.S. (M) No, P.T. No, Lot No, Mukim, Daerah, Negeri
  • Kereta / Motor / Bot / Kapal Peribadi – Jenis kenderaan, No. Pendaftaran
  • Saham dalam perniagaan – Nama syarikat, No. Pendaftaran
  • ‘Safe Deposit Box’ – Nama Bank, No. Peti Simpanan
  • Keahlian Kelab (yang boleh diwarisi) – Kelab, No. Ahli
  • Barang kemas

Nota: Sedia yang mana berkaitan saja. Setiap yang berkaitan 1 salinan saja diperlukan. Pastikan salinan jelas.

Q15 : Bagaimana pelaksanaan PAPB ini?
A : Jika berlaku kematian, pentadbir atau wasi akan memindahmilik aset kepada penerima melalui Geran Probet.

Q16 : Bagaimana jika berlaku penceraian hidup?
A : Ia masih berkuat-kuasa. Jika suami (pemilik harta/pemberi) seorang yang menghormati perjanjian ini maka perlu laksanakan sepertimana yang dipersetujui.

Sekiranya pihak suami (pemberi) mempertikaikan perjanjian ini, pihak isteri boleh menggunakan dokumen ini sebagai bukti harta sepencarian yang telah dipersetujui di Mahkamah Syariah.

Q17 : Jika berlaku poligami bagaimana?
A : Pihak penerima boleh tuntut harta sepencarian menggunakan dokumen PAPB ini. Pihak mahkamah sangat menggalakkan jika tuntutan berdasarkan dokumen yang telah dipersetujui. Ini akan memudahkan pihak hakim membuat keputusan yang sewajarnya.

Ok, saya nak bantu anda, itupon jika anda nak. Saya tak paksa.

Anda boleh whatsapp saya http://www.wasap.my/+60165577653

atau

Call saya untuk appointment 0165577653

atau layari website saya untuk dapatkan ebook PERCUMA. Klik disini https://hanaffi.com

Jangan lupa SHARE & LIKE post nie supaya orang lain dapat manfaat dari sharing anda!

LEAVE A REPLY