Adakah Rumah Dua (2) Nama Dikira Sebagai Harta Sepencarian?

En. Ahmad & isteri membeli sebuah rumah sebagai aset bersama dan didaftarkan atas 2 nama (En.Ahmad & isteri). Tanpa diduga En. Ahmad terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia, adik beradik En. Ahmad menuntut hak pewarisan daripada rumah tersebut kerana mereka merupakan waris faraid disebabkan En. Ahmad dan isteri tidak mempunyai anak lelaki tetapi isteri En. Ahmad menuntut bahagian suaminya sebagai harta sepencarian dan tidak mahu melepaskan rumah yang dibeli bersama arwah suaminya.

RUMAH DUA NAMA BUKAN HARTA SEPENCARIAN

Anggapan mengenai pembelian rumah 2 nama (suami & isteri) dikira sebagai Harta Sepencarian adalah SALAH sama sekali!

Aset yang didaftarkan atas 2 orang pemilik bermaksud setiap satu pihak mempunyai 50% sahaja pemilikan daripada aset tersebut.

Harta hanya boleh dikira sebagai Harta Sepencarian melalui pengisytiharan waktu hidup @ tuntutan di Mahkamah Syariah sahaja, bukan automatik milik pasangan.Permasalahan yang kerap berlaku: Pasangan boleh hilang tempat berlindung apabila berlaku kematian salah satu pihak dan bahagian 50% perlu diagih mengikut hukum Faraid.

Harta masih dalam pinjaman, berlaku kesukaran pindahmilik harta apabila takaful/insurans hanya melindungi 50% bahagian si mati sahaja, dan harta hanya boleh dipindahmilik setelah harta 100% bebas tangunggan hutang.

Lebih memilukan apabila pinjaman dilakukan oleh satu pihak sahaja, dan kematian berlaku ke atas pihak yang bukan peminjam. Takaful/insurans tidak melindungi bahagian tersebut dan pindahmilik tidak akan boleh dilakukan sehingga hutang dilangsaikan.

Solusi:

Pasangan suami/isteri boleh membuat perancangan melalui Perjanjian Aset Perolehan Bersama (PAPB) atau Hibah untuk memastikan pasangan layak memiliki 100% aset yang dimiliki sekiranya berlaku kematian salah seorang pasangan.

Soalan Lazim Harta Sepencarian:

Q1 : Apakah itu harta sepencarian?
A : Harta sepencarian menurut undang-undang: Berdasarkan Seksyen 2, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 (Akata 303) harta sepencarian ditakrifkan sebagai:

“Harta yang diperolehi bersama oleh suami dan isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan syarak.”

Harta tersebut boleh wujud dalam keadaaan:

  • Wujud atau bersama-sama berusaha mendapatkannya
  • Semasa perkahwinan ia berkuatkuasa
  • Berdasarkan hukum syarak

Q2 : Apakah nama dokumen ini?
A : Perjanjian Aset Perolehan Bersama (PAPB), dahulu dikenali sebagai Deklarasi Harta Sepencarian. Ia adalah kaedah penetapan hak pemilikan harta atas dasar perkahwinan.

Q3 : Siapakah yang terlibat dalam Perjanjian Aset Perolehan Bersama (PAPB) ini?
A : Suami dan isteri atau suami dan isteri-isteri dan perkahwinan mesti sah mengikut undang-undang Malaysia. Anak-anak tiada kena mengena dalam PAPB.

Q4 : Adakah terdapat harta sepencarian dalam islam?
A : Sebenarnya di Malaysia harta sepencarian ini berasal daripada amalan adat dalam kalangan masyarakat Melayu iaitu adat Temenggung dan adat Perpatih. Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan sebahagian kecil Melaka manakala adat Temenggung diamalkan di negeri-negeri selain dari negeri di atas.

Adat Temenggung mentakrif harta sepencarian sebagai harta yang diperoleh oleh kedua-dua suami dan isteri semasa perkahwinan. Seandainya perkahwinan itu telah mencapai usia tiga tahun dan pasangan telah mempunyai anak, maka harta sepencarian adalah harta yang pasangan peroleh atau miliki sebelum mereka berkahwin. Mengikut prinsip asasnya, jika pasangan bercerai atau salah seorang daripada pasangan meninggal dunia maka kedua-dua pihak berhak mendapat bahagian di dalam harta sepencarian tersebut (dalam hal perceraian) atau pasangan yang masih hidup berhak mendapatkan harta sepencarian (dalam hal kematian).

Pada dasarnya tidak terdapat dalil khusus di dalam al-Quran dan al-Sunnah yang menerangkan kedudukan Harta Sepencarian dalam Islam. Pemakaiannya diambil dari segi kaedah ‘uruf. Dalam perundangan Islam, apabila sesuatu ‘uruf diakui kebaikannya dan diberi pengiktirafan undang-undang, maka ia bertukar menjadi suatu peraturan yang mesti diikuti.

Rujukan: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan.

Q5 : Apakah harta yang boleh dideclare sebagai harta sepencarian?
A : Harta seperti :

  • Hartanah
  • Unit trust
  • ASB
  • AHB
  • Fixed Deposit
  • Akaun simpanan emas (bukan barang kemas)
  • Syarikat

Nota: Harta berhutang juga boleh dimasukkan sebagai harta sepencarian.

Q6 : Apakah terdapat harta yang tidak boleh dimasukkan dalam dokumen ini?
A : Ada, seperti berikut :

  • Harta diluar Malaysia
  • KWSP
  • Harta yang mempunyai susut nilai contoh kereta
  • Harta yang tak berdaftar seperti barang kemas, lukisan mahal, etc.
  • Harta yang dilarang syarak

Q7 : Saya jarang dengar tentang harta sepencarian, biasanya hibah. Adakah ia diiktiraf undang-undang?
A : Dari perspektif undang-undang, Seksyen 122 (1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 memperuntukkan, mahkamah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat suatu perintah perceraian untuk memerintahkan supaya aset yang diperoleh pada masa perkahwinan dengan usaha bersama dibahagikan antara mereka atau supaya aset yang diperoleh pihak itu pada masa perkahwinan dengan usaha bersama dibahagikan antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan dibahagikan antara pihak itu.

Seksyen 122 (2) pula merujuk kepada faktor yang diambil kira oleh mahkamah dalam pembahagian harta sepencarian berkenaan antaranya:

  • Takat sumbangan yang dibuat tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi memperoleh aset itu.
  • Apa-apa yang terhutang oleh salah satu pihak yang dilakukan bagi manfaat bersama mereka.
  • Keperluan anak yang belum dewasa daripada perkahwinan itu jika ada.

Tertakluk kepada Seksyen 122( 2), mahkamah juga boleh memerintahkan supaya aset itu dijual dan hasil jualan dibahagikan sama rata antara kedua-dua pihak seperti dinyatakan dalam seksyen 122(3).

Dalam Seksyen 122(4), mahkamah dengan kuasa yang ada boleh membahagikan aset itu atau hasil jualan mengikut apa-apa kadar yang difikirkan munasabah, tetapi pihak yang memperoleh aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang lebih besar.

Jika berlaku tuntutan harta sepencarian, ia akan diberi keutamaan sebelum pembahagian faraid dilaksanakan.

Q8 : Apakah kelebihan deklarasi harta sepencarian?
A : Banyak kelebihan deklarasi ini dibuat, antaranya:

  1. Harta yang masih dalam gadaian boleh dinyatakan dalam deklarasi ini.
  2. Suami isteri boleh memutuskan dan bersetuju dengan cara pembahagian harta yang dimiliki.
  3. Semua pihak berpuas hati dengan bahagian masing-masing.
  4. Boleh memberikan hak yang lebih kepada isteri.
  5. Melindungi hak suami-isteri.
  6. Mempercepatkan proses pembahagian harta.
  7. Tiada pertelingkahan tentang pembahagian harta.
  8. Harta yang dinyatakan tidak termasuk dalam pembahagian faraid / pusaka.

Harta sepencarian adalah tanda penghargaan atau hadiah kepada pasangan sepanjang tempoh perkahwinan. Walaupun sumbangan secara langsung tiada, tanggungjawab si isteri terhadap keluarga, memberikan sokongan kepada si suami sehingga mampu untuk membayar dan memiliki harta tersebut juga dianggap satu sumbangan tidak langsung daripada si isteri.

Q9 : Apakah PAPB ini boleh dibatalkan?
A : Selepas anda sain dokumen ini (menetapkan kadar yang ingin diserahkan kepada pasangan), ia akan terus berkuat-kuasa. Ia hanya boleh dibatalkan dengan persetujuan si penerima.

Andai anda mempunyai isteri-isteri, maka persetujuan para isteri diperlukan bagi membatalkan PAPB ini.

Q10 : Proses untuk buat macam mana?
A : Anda sediakan maklumat berkaitan, kemudian saya akan submit kepada HQ.

Prosedur lepas dapat deposit dan document lengkap :

  1. Isi info dan upload dokumen melalui portal.
  2. Dah lengkap, submit / send via portal.
  3. Drafter / Legal Dept akan bagi draf Wasiat dan Harta Sepencarian dalam masa 3-5 hari bekerja.
  4. Saya akan hantar draf melalui email atau whatsapp.
  5. Client semak draf jika ada kesilapan / perubahan / penambahan, saya akan amend. Tunggu 2nd draf.
  6. Dah ok, sesi tandatangan. Anda boleh bawa 2 saksi atau saya yang akan sediakan saksi. Bergantung kepada perbincangan nanti.

Q11 : Berapa kos untuk dokumen ini?
A : Anggaran RM3+++

Q12 : Murah juga RM3+++ ya?
A : Jika anda buat deklarasi harta sepencarian, anda perlu buat wasiat juga. Deklarasi harta sepencarian adalah untuk aset-aset tertentu sahaja. Aset-aset yang tidak termasuk dalam deklarasi harta sepencarian perlu juga diuruskan dengan baik. Dan melalui wasiatlah aset-aset ini serta hutang piutang akan ditadbir dan diagihkan. Kami akan membuat pentadbiran harta pusaka secara keseluruhan.

Pihak syarikat akan uruskan keseluruhan harta si mati agar semua hutang dapat diselesaikan  dan diagihkan. Tanpa wasiat ada kemungkinan aset lain dan hutang akan dibiarkan serta tidak diuruskan dengan baik oleh pihak waris.

Deklarasi harta sepencarian adalah pengagihan semata-mata dan ia tidaklah menyelesaikan pentadbiran harta pusaka secara total. Sebab itu perlu wasiat juga.

Q13 : Adakah terdapat fi lain?
A : Ada. Fi ini akan dikenakan selepas penghibah meninggal dunia. Saya akan buat pengiraan bagi mudah faham. Jika tak faham maklum saya boleh buat kiraan kasar untuk anda.

a) Fi yang dikenakan adalah:

Nilai harta Fi
Nilai harta RM1,000,000.00 pertama 1.8%
Nilai harta antara RM1,000,001.00 hingga RM10,000,00.00 1.0%
Nilai harta antara RM10,000,001.00 hingga RM40,000,000.00 0.5%
Nilai harta RM40,000,001.00 dan keatas 0.25%

Jom kita kira berapa anggaran fi yang dikenakan adalah:

RM2,000,000 x 1.8% = RM28,000

RM28,000 bagi aset bernilai RM2,000,000

Nota : Fi yang dikenakan berdasarkan nilai semasa meninggal. Bukan nilai semasa dokumentasi ini dibuat.

Q14 : Apakah maklumat yang perlu saya sediakan?

  • Ic anda
  • Ic penerima
  • Akaun Bank – Nama Bank, No. Akaun
  • Unit Amanah – Nama syarikat Unit Amanah, No. Akaun
  • Saham & Sekuriti di Bursa Malaysia – No. Akaun CDS
  • Saham Koperasi – Nama Koperasi, No. Ahli
  • KWSP – No. Ahli
  • Polisi Insurans & Takaful – Nama syarikat, No. Polisi
  • Rumah / Kondominium/ Pangsapuri/ Lot Kedai – Alamat
  • Tanah – H.S. (M) No, P.T. No, Lot No, Mukim, Daerah, Negeri
  • Kereta / Motor / Bot / Kapal Peribadi – Jenis kenderaan, No. Pendaftaran
  • Saham dalam perniagaan – Nama syarikat, No. Pendaftaran
  • ‘Safe Deposit Box’ – Nama Bank, No. Peti Simpanan
  • Keahlian Kelab (yang boleh diwarisi) – Kelab, No. Ahli
  • Barang kemas

Nota: Sedia yang mana berkaitan saja. Setiap yang berkaitan 1 salinan saja diperlukan. Pastikan salinan jelas.

Q15 : Bagaimana pelaksanaan PAPB ini?
A : Jika berlaku kematian, pentadbir atau wasi akan memindahmilik aset kepada penerima melalui Geran Probet.

Q16 : Bagaimana jika berlaku penceraian hidup?
A : Ia masih berkuat-kuasa. Jika suami (pemilik harta/pemberi) seorang yang menghormati perjanjian ini maka perlu laksanakan sepertimana yang dipersetujui.

Sekiranya pihak suami (pemberi) mempertikaikan perjanjian ini, pihak isteri boleh menggunakan dokumen ini sebagai bukti harta sepencarian yang telah dipersetujui di Mahkamah Syariah.

Q17 : Jika berlaku poligami bagaimana?
A : Pihak penerima boleh tuntut harta sepencarian menggunakan dokumen PAPB ini. Pihak mahkamah sangat menggalakkan jika tuntutan berdasarkan dokumen yang telah dipersetujui. Ini akan memudahkan pihak hakim membuat keputusan yang sewajarnya.

Ok, saya nak bantu anda, itupon jika anda nak. Saya tak paksa.

Klik untuk maklumat lanjut

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

32 Responses

  1. Assalamualaikum Ustaz
    Nak tanya beberapa persoalan
    A. mengenai harta sepencarian. saya mempunyai rumah atas nama saya dan isteri. pembelian rumah ini di sumbang oleh wang isteri juga. 1. adakah ini dikira harta sepencarian. 2. boleh tak saya hibahkan bahagian saya ini. ini perkara 20 tahun lepas. rumah mempunyai MRTT
    B. saya telah membeli kereta baru (untuk menggantikan kereta lama) untuk isteri saya menggunakan nama saya. kereta ini juga dibeli menggunakan sebahagianya wang isteri dari hasil jualan kereta terdahulu ( kereta yang terdahulu atas nama isteri). kereta baru menggunakan nama saya disebabkan saya mempunyai kelebihan mendapat diskaun jika menggunakan nama saya. bolehkah saya hibahkan kereta ini kepada isteri. walapun sebenarnaya kereta ini memang kepunyaan dia. cuma nama dalam geran nama saya.

    C. saya telah berumur 57 tahun. dan wang kwsp sudah milik sepenuh saya mengikut Akta KWSP. jadi saya saya memang boleh menghibahkan duit ini kepada isteri/ anak saya kan?

    Wassalam

    1. wasalam.
      a.1 – sekiranya berlaku pencerian hidup / mati / poligami, isteri layak tuntut harta sepencarian sebelum harta tersebut difaraidkan.

      a.2 – boleh hibahkan sekarang semasa en masih hidup.

      b – untuk kenderaan kami tak buat hibah.

      c – kwsp tak boleh hibah jika duit tersebut masih dalam akaun KWSP. Jika dah keluarkan, tiada masalah. boleh hibahkan.

  2. assalamualkum en hanafi. sy bru kematian suami. nak tanya. suami tinggalkan moto, kereta dan rumah.rumah atas nama bersama.tp bole kah sy nk tuntut moto n kereta jgk atas harta sepencarian. sbb sepanjang hayat nya dulu. walaupon nama dia.tp moto sy yg byar monthly.skrg moto kete dah abis bayar

    1. boleh. kena failkan permohonan di mahkamah syariah. Siapa waris faraid? Jika waris dewasa mudah sikit, dapatkan persetujuan waris dulu. Dan semasa sulh minta persetujuan yang dibincangkan sebelum nie dan maklumkan kepada pegawai sulh.

  3. c – bagaimana pula dengan caruman yang berada dalam Skim Pencen Awam (PRS) atau simpanan tabung haji adakah boleh di hibahkan? walaupun kedua dua ini tidak memberi pulangan yang memberansangkan berbanding kwsp.

  4. Assalamualaikum …. Encik Hanafi …
    Saya ada beli sebuah rumah atas nama sqkdua nama peminjam saya seorang yg bayar.
    Semasa bekas isteri buat tuntutan nafkah ada juga buat permohonan rumah tersebut tidak boleh dijual sehingga habis bayar. Sekarang isteri sudah kawin lain, tapi masih menetap di rumah tersebut.
    Soalan saya :-
    Adakah saya masih boleh membuat tuntutan harta sepencarian. ..

  5. Assalamualaikum..

    Saya ada beberapa soalan, seperti di bawah;

    Saya baru bercerai dengan suami pada 10 Jan 2022, atas kehendak suami, sepanjang perkhawinan kami ada harta bersama iaitu rumah, atas 2 nama dan pinjama juga atas 2 nama. Saya ingin menuntut rumah tersebut sebagai harta sepencarian, dan suami juga tidak inginkan rumah tersebut & berniat untuk menyerahkan segalanya kepada saya, tetapi dia tidak mahu saya menuntutnya di mahkamah syariah, dia mahu selesaikan di luar mahkamah. Jika saya ingin menuntut rumah tersebut sebagai harta sepencarian, tetapi rumah tersebut tiada MRTT/MLTA, dan usia pinjaman baru sahaja 3 tahun sedangkan tempoh pinjaman adalah 33 tahun, tetapi saya sendiri ada mengambil hibah untuk rumah tersbut under AIA bernilai RM 500,000.00 & loan rumah berkenaan adalah RM 579, 604.00.

    1. Adakah suami saya boleh menghibahkan rumah tersebut untuk 50% bahagian dia kepada saya?
    2. Boleh ke buat pertukaran nama pada hak milik rumah tersebut?
    3. Bagaimana prosesnya & kosnya?
    4. Apakag dokumen yang diperlukan?
    5. Siapa yang perlu melakukan hibah tersebut sedangkan saya yang ingin menuntut rumah itu? Adakah suami yang harus melakukan semua proses tersebut?

    Harap pihak tuan dapat membantu dalam permasalahan diatas. Terima Kasih

    1. Cara paling baik adalah pn tuntut rumah tersebut sebagai harta sepencarian. mahkamah akan keluarkan perintah yang jelas nanti.

      Jika pn perlukan peguam kami boleh bantu, boleh wasap saya 0165577653

      Jawapan:
      1. Boleh dengan syarat rumah tersebut ada mrttt/mrta. Personal takaful syarikat tak terima.

      2. Boleh selepasloan selesai.

      3. Tak boleh buat jika tiada mrtt/mrta.

      4. Maklumat harta dan ic penghibah dan penerima.

      5. Jika syarat lengkap.. yang buat suami kepada pn.

  6. Assalamualaikum..

    Saya ada beberapa soalan di bawah..

    Arwah Ayah baru sahaja meninggal, dan rumah yang kami sekarang 4 beradik dan Ibu duduk ini adalah atas nama Arwah Ayah dan bekas isteri dia.
    Sekarang, bekas isterinya mahukan rumah tersebut.

    Soalan saya –

    1 – Adakah kami dan Ibu berhak untuk menuntut bahagian kami secara faraid?

    2 – Bolehkan dia (bekas isteri) menghalau kami keluar rumah tanpa persetujuan?

    Harap Tuan dapat membantu soalan saya. Terima Kasih

    1. wasalam.

      1. boleh

      2. pada saya tidak wajar jika keluarga en duduk disitu tanpa persetujuan pemilik lagi satu. jadi jalan terbaik adalah dengan membeli bahagian pemilik lagi satu atau jual rumah tersebut dan amik bahagian masing-masing.

      apa-apa boleh wasap saya 0165577653

  7. Assalamualaikum tuan. Saya ada sedikit persoalan berkaitan abg saya dan harta pusaka arwah isteri kedua nya. Maklumat abg saya dan isteri2nya serta anak bersama isteri2nya.

    1: isteri pertama (ain) – cerai – anak
    1 org perempuan (lela) 25thn
    2: isteri kedua (nur) – meninggal
    dunia – anak 1 org perempuan
    (syikin) 18thn
    3: isteri ketiga (nora) – masih
    bersama – anak 1 org lelaki (zul)
    2thn

    Harta pusaka milik arwah isteri kedua (nur) pemberian dr arwah ibu bapanya berupa sebidang tanah berkeluasan suku ekar dan sebuah rmh yg ada diatas tnh tersebut. Tetapi arwah isteri keduanya telah menyebut bahawa harta pusaka tersebut adalah milik anak kandung nya syikin. (Mengikut pengetahuan saya tanah tersebut masih diatas nama arwah mertua abg saya sehingga skrg)

    Persoalan pertama. apakah hukum dlm islam jika abg saya bersama anak dgn isteri pertama serta bersama isteri ke 3 dan anak bersama isteri ke 3 masih mendiami rmh pusaka pemberian mertuanya kepada arwah isteri kedua tersebut sedangkan abg saya mempunyai rmh lain yg disewakan kepada penyewa.

    Persoalan kedua. Dalam hukum faraid, adakah dibenarkan jika abg saya menyuruh anaknya bersama isteri pertama mendirikan rumah diatas tnh pusaka arwah isteri kedua nya sehingga menimbulkan perbalahan dgn keluarga arwah isteri keduanya. Saya kurang berkenan dgn cara abg saya. Lbh2 lagi anaknya (syikin) bersama arwah isteri keduanya masih terlalu muda dan saya yakin masih tdk memahami haknya keatas harta pusaka tinggalan arwah ibunya.

    1. hukumnya haram, kerana itu bukan milik mereka. sebab ia adalah milik bapa mertuanya jika bapa mertuanya masih hidup.

      abg en kurang pengetahuan tentang pengurusan harta pusaka. mohon dia bertaubat dan rujuk kepada mereka yang lebih arif sebelum membuat sebarang tindakan.

      berdasarkan cerita en, “pemberian bapanya kepada arwah anaknya” itu bagaimana? sefaham saya bapa mertua abg masih hidup.

  8. Salam.tuan saya ada soalan..rumah saya beli atas nama saya geran juga nama saya.suami tidak mahu namanya ada dlm geran..sekiranya suami saya meninggal boleh ke ank2 tiri saya tuntut harta sepencarian ayahnya.kami beli rumah selepas suami saya bcerai dgn isterinya.. dan kami dikurniakan 2 cahaya mata lelaki

    1. bahagian atas nama suami adalah hak milik waris faraid. jika suami meninggal bahagian tersebut akan difaraidkan.

      saya cadang, suami buat hibah kepada puan. barulah ia menjadi milik pn sepenuhnya.

      1. salam tuan , nak tanya , kalau 2 biji kereta atas nama isteri tapi yg kreta first tu di beli sbelum kawin tapi suami yg pakai .. kereta second atas nama isteri juga tapi suami yg belikan .. tapi suami curang and nak bercerai mcm mana yaa ? apa tindakan yg isteri bole lakukan untuk dpt akan harta tersebut .. sebab suami sorok kan

        1. Bekas pasangan boleh tuntut harta sepencarian dlm beberapa keadaan.

          1- harta yg diperoleh sebelum kahwin, namun selepas kahwin harta tersebut diusahakan/diuruskan bersama oleh pasangan.

          2- harta diperoleh semasa perkahwinan, tidak kisah nama didaftarkan atas nama siapa pun, selagi diusahakan secara bersama ie bayarkan bulanan bank,deposit, renovation, boleh dituntut

          Dlm situasi di atas tu, mahu tidak mahu perlu mulakan proses mahkamah untuk tuntut hak. Jika perlukan peguam, boleh wasap saya 0165577653

          1. asslamualaikum sy nak tnya,jika sy beli rumah mengunakan kwsp sy dan asb sy, jika sy meninggal adakah kah rumah itu akan dapat pada suami?sy berkawin dengan duda anak 1 .dan sy mempunyai 2 org anak dari suami pertama..sedangkan rumah 100% sy bayar ,dan jika terjadi apa2 pada suami sy adakah anak tiri sy jugak dapat rumah tersebut sedangkan sy ada anak kndung dari asal perkwinan pertama.perkawinan yg kedua sy tiada anak

          2. asb boleh hibah, maka akan anak kandung puan saja yang terima bahagian.

            untuk rumah jika puan tak buat hibah, suami layak terima pusaka melalui faraid jika puan meninggal dulu.

            anak tiri layak terima bahagian rumah jika, puan meninggal, kemudian suami pula meninggal. Anak tiri akan ambil dari bahagian suami puan.

            jika suami meninggal dulu dari puan, maka harta pusaka tak melibatkan suami ataupun anak tiri puan.

          3. Sy nak tnya sebab sy x Faham kenapa kalau sy x buat hibah , rumah dapat dekat anak tiri sy sedangkan sy ada anak kandung sendiri dan rumah tersebut tiada berkaitan dengan suami sy ???kalau kata sy meninggal dunia’bukan kah rumah atau harta sy dapat pada anak kandung sy ???

          4. anak tiri tiada kaitan dengan puan. waris faraid adalah suami dan anak kandung. Jika puan tiada anak lelaki, sebahagian harta akan ke adik beradik puan jika tiada ayah.

            Puan dapat nasihat dari orang yang salah pada saya.

          5. rumah yang sy beli itu tiada kaitan langsung dengan suami,dan sy membeli rumah tersebut dngnn mengunakan kwsp sy dan ASB loan yg sy buat.dan dalam ASB loan itu sy ada hibah untuk dua org anak sy lelaki dan perempuan.sy perlukan penjelasan,adakah anak tiri sy jugak akan dapt jika suami sy meninggal sedangkan dalam dalam senarai hibah yg sy buat itu cuma ada nama anak2 kandung sy saja

          6. asb boleh hibah, maka akan anak kandung puan saja yang terima bahagian.

            untuk rumah jika puan tak buat hibah, suami layak terima pusaka melalui faraid jika puan meninggal dulu.

            anak tiri layak terima bahagian rumah jika, puan meninggal, kemudian suami pula meninggal. Anak tiri akan ambil dari bahagian suami puan.

  9. Boleh tanye,contohnye,nama rumah/motor/kereta bukan atas nama suami atau isteri,ia diletakkan atas name orang lain selain suami isteri itu boleh dijadikan harta sepencarian atau tidak

  10. Mohon bertanya, jika harta yg dibuat secara loan bersama, tp bayaran bulanan adalah secara nisbah 1:3 (suami bayar 1 bhg, isteri 3 bahagian), jika berlaku kematian pasangan, adakah bhg faraid pasangan adalah 50% atau dikira mengikut sumbangan bulanan? isteri bersetuju membuat bayaran bulanan lebih banyak kerana mengambil kira rezeki gajinya yang lebih. Mohon bantu beri penerangan secara ringkas dan tindakan yang patit diambil.

    1. Jika SPA sain bersama, maka bahagian faraid adalah 50%:50%. Ia tiada kena mengena dengan kadar pembayaran.

      Saya nak tahu, apa yang cik nak buat? adakah perancangan harta? Jika ya, saya boleh cadangankan hibah atau harta sepencarian.

      Mohon hubungi saya untuk keterangan lanjut.

  11. as salam tuan, sya membeli rumah dgn meletakan 2 nama iaitu nama sya dan isteri.Pembelian dengan kaedah loan LPPSA atas nama sya & hnya saya yg membuat pembayaran

    Soalan sya :
    1. bolehkan sya nk membuat hibah back to back iaitu sekiranya salah seorg meninggal 50% dr harta tersebut akan dpt kpd penama yg masih hidup
    2.Dokumen ape yg diperlukan
    3.Berapakn kos yg diperlukan

    1. wasalam.

      1. en boleh buat hibah kepada pasangan atau anak-anak. bahagian isteri boleh buat harta sepencarian serah pada en.

      2. salinan ic en dan isteri, salinan mrta, salinan SPA

      3. bermula dari rm2850 untuk hibah saja. jika nak campur dengan harta sepencarian rm5500

  12. Assalammualaikum tuan sy nk tanya abg sy meningal dahulu sebelum ayah kemudian abg sy ada membena rumah mesra rakyat atas tanah ayah sy dan setelah ayah meningal tanah ayah tukar nama sy soalan sy apehak setatus rumah tersebut dan sekarang bekas akak ipar sy yg tinggal rumah tersebut seandainye sy ingin rumah tersebut blh ke sy suruh bekas akak ipar sy keluar dari rumah tersebut

    1. tak mungkin dapat bina rumah mesra rakyat atas tanah orang lain. mungkin geran adalah atas nama arwah abang.

      jika dah betul dah tukar nama en, di sini ada masalah sikit dari segi faraid.. siapa yang layak secara faraid keatas rumah tu?

Leave a Reply to Nurul syafikah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!