Pengurusan Harta Pusaka

Update 19hb Oct 2022

Adakah anda mengalami masalah untuk menguruskan harta pusaka?

Saya Hanaffi Idris boleh bantu anda dalam penguruskan harta pusaka yang ditinggalkan. Saya berpengalaman dalam pengurusan harta pusaka islam dan telah menyelesaikan proses tuntutan sehingga selesai.

Saya yakin, jika anda google saja dah boleh dapat cara untuk menyelesaikan masalah ini, persoalannya adakah anda mampu untuk menggalas tanggungjawab ini? Anda mungkin tahu sikit-sikit, tapi masih tak jelas dan tiada masa untuk menguruskannya. Adakalanya dah bincang dengan keluarga tetapi tidak diputuskan secara rasmi kerana tidak jelas tentang undang-undang sedia ada.

Jika pengurusan harta pusaka tidak diselesaikan segera atau tiada tindakan, akan timbul masalah lain sehingga merumitkan masalah pusaka ini. Antaranya:

  • Waris faraid meninggal dunia sehingga menyebabkan kematian berlapis.
  • Pergaduhan antara ahli waris kerana tiada pemudahcara atau orang tengah bagi menyelesaikan tuntutan.
  • Dokumen hilang atau lupus sehingga tiada siapa yang sanggup untuk menguruskan harta pusaka si mati.

Antara tugas yang boleh saya bantu anda adalah:

  1. Mengenalpasti aset dan liabiliti si mati.
  2. Mengenalpasti orang yang berhak ke atas harta pusaka.
  3. Memohon sijil Faraid daripada pihak yang berkuasa (jika perlu).
  4. Mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir.

Surat Kuasa Mentadbir sangat diperlukan bagi menguruskan harta pusaka si mati yang tidak berwasiat. Ini membolehkan harta pusaka si mati diuruskan secara sah mengikut undang-undang.

Soalan Lazim Pengurusan Harta Pusaka

Q : Bila waktu yang sesuai untuk pengurusan harta pusaka si mati?
A : Segera yang mungkin, anda tak perlu risau jika orang lebel “gila harta”. Jika dibiarkan, saya takot akan berlaku kematian waris yang berhak / dokumen penting hilang atau lupus. Ini akan merumitkan lagi proses pentadbiran pusaka.

Jika cepat, harta pusaka dapat dimanfaat dengan segera bagi faedah semua waris. Betul tak?

Mengelakkan berlakunya tanah terbiar dan mengelakkan wang simpanan simati dalam mana-mana institusi kewangan, atau koperasi, saham-saham, bon daripada dipindahkan kepada Pentaftar Wang Tak Dituntut. 

Q : Apakah dokumen yang diperlukan untuk pengurusan harta pusaka?
A : Antaranya adalah:

  • Salinan Sijil Kematian 
  • Salinan Kad Pengenalan Waris (salinan muka hadapan dan belakang) dan salinan Kad Pengenalan /Sijil Kelahiran bagi waris yang berumur kurang dari 18 tahun.
  • Salinan Sijil Perkahwinan atau Daftar Perkahwinan simati.
  • Salinan Geran yang lengkap beserta Pelan Tapak bagi harta tak alih yang dituntut jika ada Hakmilik / Geran; atau 
  • Salinan Surat Perjanjian Jual Beli harta tak alih yang dituntut atau Daftar Pegangan (Registry of Holding) jika harta tersebut masih belum mempunyai Hakmilik / Geran.
  • Salinan Bil / Resit Cukai Pintu (Taksiran) jika berkaitan.      
  • Salinan dokumen-dokumen yang terkini berkaitan dengan pemilikan harta alih simati seperti penyata akaun simpanan, sijil saham, insurans, hakmilik kenderaan dan lain-lain (jika berkaitan).
  • Salinan dokumen Penyata Hutang Piutang simati (jika berkaitan).

Q : Siapa yang boleh jadi pemohon pengurusan harta pusaka?
A : Saya akan bantu dari segi teknikal, pemohon adalah dari kalangan ahli waris. Antara mereka yang layak adalah:

  • Suami
  • Isteri
  • Bapa, ibu, anak dan lain-lain waris yang boleh mewarisi harta si mati
  • Pemiutang
  • Pemegang gadaian
  • Penerima wasiat
  • Baitulmal
  • Penghulu
  • Pegawai Penempatan
  • Pemegang Amanah (trustee)
  • Penerima Amanah
  • Pemegang Surat Kuasa Wakil (Power of Attorney)
  • Amanah Raya Berhad
  • Pembeli

Q : Berapa lama proses pengurusan harta pusaka akan selesai?
A : Jangkaan 4-5 bulan, tetapi ini bergantung pada keadaan. Adakalanya cepat / adakalanya memakan masa yang panjang. Sebab itu saya sarankan, submit dulu. Tak perlu nak tunggu perfect baru nak submit. Takot banyak perkara luar jangka berlaku.

Q : Adakah semua waris perlu hadir semasa sesi permohonan?
A : Tidak perlu.

Q : Dimanakan permohonan harta pusaka akan dihantar?
A : Saya akan mohon dimana harta tak alih paling banyak. Contoh aset si mati terdapat di Kedah dan Selangor, tetapi paling banyak di Kedah. Jadi Kedah adalah tempat permohonan dibuat dan dibicarakan nanti.

Q : Adakah semua waris perlu hadir semasa sesi bicara harta pusaka nanti?
A : Digalakkan hadir. Pemohon wajib hadir. Bagi mereka tidak dapat hadir kena maklum awal-awal. Nanti senang sikit urusan.

Q : Bagaimana harta pusaka diagihkan?
A : Terdapat beberapa cara antaranya:

  • Pembahagian secara Faraid
  • Pembahagian secara muafakat (perlu semua waris setuju dengan pembahagian yang dicadangkan)
  • Pembahagian bagi pegangan desa di bawah Akta Tanah (Kawasan – kawasan Penempatan Berkelompok) 1960  tidak boleh dibuat lebih dari dua orang. Jika lebih dari dua orang yang berhak dan mereka tidak bersetuju secara muafakat memberi kepada dua orang sahaja daripada mereka, Pentadbir Tanah boleh menjual pegangan itu dan hasil jualannya dibahagikan di kalangan orang yang berhak.

Q : Ada waris tak puas hati macam mana?
A : Pertama kita runding awal dulu. Bagi mendapatkan persetujuan awal bagaimana harta nak diagihkan. Jika terdapat bukti si mati telah hibah / wasiat, sila kemukakan bukti.

Jika melibatkan Mahkamah Syariah, perlu setelkan ini dulu baru teruskan untuk pusaka. Biasanya ia melibatkan perkara seperti pengesahan wasiat / hibah / tuntutan harta sepencarian.

Q : Adakah boleh waris yang tidak dinamakan mengambil atau menuntut wang untuk perbelanjaan harian / nafkah dari pada harta pusaka si mati?
A : Boleh. Tiada masalah. Berdasarkan Seksyen 3 (1) Akta Pewarisan (Peruntukan Keluarga) 1971 membolehkan waris memohon peruntukan daripada harta pusaka bersih simati.

Q : Adakah boleh waris ambil sebahagian wang untuk kegunaan harian?
A : Jika tunai ditangan boleh guna, jika duit tersebut masih di bank tidak boleh keluarkan. Bank akan minta surat Kuasa baru boleh serahkan kepada pemohon.

Disarankan tunggu sehingga proses pengurusan harta pusaka selesai dahulu sebab mungkin ada hutang yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Q : Institusi manakah en Hanaffi Idris akan buat pengurusan harta pusaka?
A : Ia berdasarkan jenis harta dan nilai yang ditinggalkan.

  • Amanah Raya – Harta alih sahaja bernilai RM600,000 ke bawah.
  • Pejabat Pusaka Kecil – Harta alih dan tidak alih bernilai RM2,000,000 ke bawah.
  • Mahkamah Tinggi – Harta alih bernilai RM600,000 ke atas atau harta alih dan tidah bernilai RM2,000,000 keatas.

Q : Adakah terdapat fi yang akan dikenakan? Jika waris tak nak bayar macam mana?
A : Ya, ada. Jika tak bayar tiada proses pentadbiran pusaka akan dijalankan. Fail akan ditutup sehingga kos tersebut dibayar.

Q : Adakah sijil faraid diperlukan dalam proses pengurusan harta pusaka dan dimana boleh mohon?
A : Ia bergantung kepada keadaan.

Jika proses tuntutan berlaku di Amanah Raya, sijil faraid diperlukan bagi nilai harta alih melebihi RM100,000 atau waris berlapis.

Jika di Pejabat Pusaka Kecil dan Mahkamah Tinggi, tak perlu kebiasaannya.

Sijil faraid boleh mohon di Mahkamah Syariah. Jika anda ingin mengetahui cara mohon sijil faraid, klik disini

Q : Siapa yang layak terima pusaka si mati?
A : Mereka adalah waris faraid si mati yang masih hidup selepas kematian si mati (berdasarkan hukum faraid).

Untuk mengetahui waris faraid dan kiraan bahagian yang layak diterima, klik disini

Q : Si mati tidak mempunyai waris bagaimana?
A : Berdasarkan hukum faraid, waris ganti layak terima dan kemungkinan juga baitulmal layak terima.

Q : Waris setuju nak agih sama rata bagaimana pula?
A : Boleh tiada masalah. Yang penting semua waris faraid mesti sepakat dan bersetuju.

Q : Bagaimana harta yang ada penamaan? Seperti KWSP atau tabung haji?
A : Bagi harta yang menpunyai penamaan, penama itu berhak mengeluarkan harta tersebut dan wajib diuruskan secara amanah dan mengikut cara undang-undang islam.

  • Kos pengurusan jenazah
  • Tolak hutang si mati, samada dengan manusia atau Allah.
  • Agihkan wang kepada ahli waris yang layak.

Q : Penama KWSP adalah waris bawah umur bagaimana?
A : Penama yang dibawah umur akan dibatalkan jika penama tersebut didaftarkan pada 1 Jan 2017 keatas.

Q : Si mati berhasrat nak serahkan wang KWSP kepada penama bagaimana?
A : Tanpa wasiat, kita tak tahu hasrat sebenar si mati walaupon pernah cakap kepada saudara mara. Ramai yang letak penama KWSP isteri dan anak-anak dan anggap mereka layak terima. Pada hakikatnya tidak. Mereka hanya sebagai pentadbir, melainkan dinyatakan dalam wasiat.

Anda boleh wasiatkan duit KWSP maklumat lanjut, klik disini

Q : Si mati ada hutang yang masih belum diselesaikan bagaimana? Jika waris pon tidak tahu si mati berhutang atau tidak bagaimana?
A : Jika waris tahu hutang si mati, boleh gunakan tunai yang ada untuk membayar hutang tersebut.

Pihak waris atau saya boleh semak dengan Bank Negara, dengan menyemak record CCRIS. Cara terbaik adalah selepas Surat Kuasa dikeluarkan, pentadbir terus rujuk dengan pihak bank untuk mengetahui baki hutang yang masih ada.

Q : Adakah hutang si mati akan ditolak daripada harta pusaka si mati secara automatik?
A : Ia akan bergantung kepada tempat yang dimohon Surat Kuasa.

  • Amanah Raya – Amanah Raya akan jadi pentadbir, maka baki hutang akan diselesaikan terlebih dahulu sebelum baki diagihkan kepada ahli waris.

  • Pejabat Pusaka Kecil & Mahkamah Tinggi – Seorang pentadbir akan dilantik dikalangan waris. Tugas pentadbir ini yang akan menyelesaikan hutang si mati dengan aset yang ditinggalkan. Institusi bertanggungjawab keluarkan Surat Kuasa saja.

Kalau hutang melebihi aset maka semua kena guna untuk langsai hutang. Tiada aset yang boleh diagihkan kepada waris.

Q : Ada waris yang tidak beri kerjasama bagaimana? Mereka masih dapat bahagian faraid ke?
A : Jika waris lain ada duit, waris lain boleh tebus (beli) bahagian waris yang tak beri kerjasama tu dengan tunai. Tunai akan disimpan di Amanah Raya. Manakala hartanah dapat kepada waris yang membayar.

Andai waris lain tak mampu gantikan dengan tunai, maknanya masuk nama waris yang tak bagi kerjasama tu dalam geran.

Q : Si mati berhutang dengan saya bagaimana?
A : Boleh tuntut, diharap Pemiutang dapat mengemukakan bukti yang jelas bahawa si mati berhutang dengan anda.

Q : Wasi atau penama gagal menjalankan tanggungjawab dengan amanah bagaimana?
A : Waris faraid boleh mengenakan tindakan undang-undang keatas wasi berkenaan. Perlu lantik lawyer, boleh rujuk Biro Bantuan Guaman. Atau anda lantik mana-mana lawyer yang anda mudah untuk berurusan.

Q : Waris yang tidak mahu beri kerjasama dalam pengurusan harta pusaka bagaimana?
A : Tiada masalah, proses permohonan masih boleh dijalankan. Bahagian faraid mereka dikekalkan dan biar mereka tuntut di Amanah Raya.

Q : Waris tidak dapat dikesan bagaimana pula?
A : Bahagian faraid mereka di Amanah Raya, walaubagaimanapon usaha menjejak mereka perlu diusahakan. Boleh rujuk Jabatan Pendaftaran Negara.

Nak istihar waris sudah meninggal boleh, kena guna khidmat peguam untuk istihar kematian di Mahkamah Tinggi.

Q : Adakah boleh saya mengetahui aset yang ditinggalkan si mati yang diluar pengetahuan?
A : Tidak boleh. Setakat pengetahuan saya masih tiada sistem yang boleh trace semua maklumat harta si mati berdasarkan no ic.

Jika dipejabat tanah, untuk buat carian mesti ada maklumat tanah. Jika di bank anda perlu semak di setiap bank.

Q : Adakah boleh mengetahui si mati ada buat wasiat atau hibah dimana-mana agensi atau syarikat?
A : Kena hubungi setiap agensi berkaitan, rekod wasiat atau hibah juga tidak akan diketahui jika tiada siapa maklum pada mereka.

Q : Adakah terdapat perbezaan antara harta berwasiat dengan tidak berwasiat?
A : Pengurusan harta pusaka akan lebih cepat daripada biasa. Wasi yang dilantik akan terus menjalankan tugasnya tanpa perlu berbincang dengan waris untuk pelantikan pentadbir. Adakalanya perkara ini menimbulkan perbalahan antara waris kerana mereka tidak mempercayai antara satu sama lain.

Q : Jika perkahwinan yang tidak mengikut undang-undang negara Malaysia bagaimana? Adakah pasangan layak terima pusaka?
A : Perkahwinan perlu didaftarkan bagi melayakkan pasangan menerima pusaka.

Q : Tuntutan harta sepencarian bagaimana pula?
A : Ia perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum perbicaraan pusaka.

Q : Adakah anak luar nikah layak tuntut harta pusaka?
A : Anak luar nikah hanya layak tuntut pusaka bagi harta ibunya sahaja. Bahagian bapa tidak layak kerana nasab tidak jelas.

Q : Jika salah seorang waris faraid bawah umur atau mak/ayahnya nyanyuk bagaimana?
A : Bahagian anak bawah umur atau mak/ayahnya yang nyanyuk layak dan sah terima bahagian faraid.

Q : Waris tidak berminat dengan harta pusaka dan ingin jual harta tersebut bagaimana?
A : Surat Kuasa Mentadbir akan dikeluarkan oleh institusi berkenaan, pentadbir yang dilantik perlu memohon kebenaran perintah dari Mahkamah Tinggi untuk menjual.

Q : Adakah “Surat Ikatan Amanah” (Trust Deed) dianggap sebagai harta pusaka si mati?
A : Jika nama si mati sebagai nama yang memegang amanah tidak dianggap sebagai harta pusaka. Melainkan nama si mati adalah nama yang dipegang amanah, maka ia dianggap sebagai harta pusaka si mati.

Q : Adakah boleh rumah ditapak diserahkan kepada orang lain, lot tanah diserahkan kepada orang lain?
A : Tidak boleh, lot tanah akan beserta rumah sekali.

Q : Jika pentadbir meninggal dunia bagaimana?
A : Mohon ulang bicara dengan melantik pentadbir baru dikalangan ahli waris. 4 orang pentadbir boleh didaftarkan sebagai pentadbir.

Q : Apakah kuasa pentadbir?
A : Kuasa pentadbir terhad kepada penjagaan dan pengurusan harta si mati. Ia masih harta si mati.

Q : Bagaimana jika ada dikalangan waris tak setuju dengan individu yang dilantik sebagai pentadbir?
A : Jika di JKPTG – Apabila Permohonan telah dihantar, akan ada Bicara. Pegawai lantik Pentadbir masa Bicara. Jika waris-waris tak setuju, kena mohon ulang Bicara.

Jika di Mahkamah Tinggi – Selagi tak setuju bab pentadbir selagi tu tak boleh jalan. Mungkin ada cara melalui perintah Mahkamah tapi tak mudah.

Q : Waris faraid bawah umur bagaimana?
A : Bahagian mereka akan dikekalkan dan 1-2 pentadbir akan dilantik bagi mewakili mereka. Tiada persetujuan boleh diambil daripada mereka yang bawah umur atau OKU.

Bayaran Pengurusan Harta Pusaka

Q : Adakah terdapat fi yang dikenakan oleh En Hanaffi Idris?
A : Ya, ada. Saya senaraikan dibawah, caj yang dikenakan bermula dari harga yang dinyatakan bagi mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir.

Amanah Raya – RM2,000

Pusaka Kecil, nilai harta bawah RM 1juta
Waris 1 lapis RM3,000
Waris 2 lapis RM4,000
Waris 3 lapis RM5,000

Pusaka Kecil, nilai harta RM1-2juta
Waris 1 lapis RM4,000
Waris 2 lapis RM5,000
Waris 3 lapis RM6,000

Mahkamah Tinggi
Kurang RM1juta pertama 1.8% (minimum RM5,000)
RM 1juta keatas 1%
RM 10juta keatas 0.5%
RM 50juta keatas 0.25%

Bayaran yang dikenakan oleh saya tidak termasuk kos guaman atau kos sekiranya melibatkan Mahkamah Syariah. Antara kos-kos yang diambil kira ialah kos carian, kos pengangkutan (mileage & tol), kos Pesuruhjaya Sumpah dan kos disbursement (upah runner, kertas, bil utiliti, etc).

Skop Kerja Pengurusan Harta Pusaka

Antara tugas yang boleh saya bantu anda adalah:

  1. Mengenalpasti aset dan liabiliti si mati.
  2. Mengenalpasti orang yang berhak ke atas harta pusaka.
  3. Memohon sijil Faraid daripada pihak yang berkuasa (jika perlu).
  4. Mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir.

Boleh hubungi saya untuk dibantu 0165577653

Soalan Lazim Skop Kerja Pengurusan Harta Pusaka

Q : Adakah pihak tuan hanya buat mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir?
A : Tidak, bagi proses turunmilik atau penyerahan kepada ahli waris juga saya buatkan bagi hartanah. Bagi tunai, pihak waris yang uruskan sendiri. Ini kerana pihak bank tidak mahu berurusan dengan pihak ke3.

Q : Apakah persediaan yang saya perlu buat bagi mendapatkan khidmat tuan?
A : Saya perlukan gambaran yang lebih jelas sebelum ambil kes tuan/puan. Antara soalan yang tuan/puan perlu maklum saya adalah:

  • Anggaran nilai harta?
  • Berapa nilai harta alih dan tidak alih?
  • Siapakah waris faraid pihak si mati?
  • Adakah terdapat anak bawah umur?
  • Adakah terdapat isteri lebih dari satu?
  • Adakah semua waris berada berdekatan?
  • Bagaimana hubungan antara waris (ini penting)?
  • Adakah pernah berbincang antara waris bagaimana harta si mati nak diagihkan?

Hubungi saya untuk pertanyaan di 016-5577653

atau

Whatsapp (klik button dibawah)

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

  1. Nak tanya tentang pembahagian harta pusaka.
    Jika si mati pernah mencuri seutas rantai dari si B semasa beliau hidup, adakah waris perlu menggantikan barang yang dicuri itu jika si B menuntut harta curi itu?

    • alhamdullilah, terma kasih atas komen. semoga ia bermanfaat.

      ada kes yang dapat saya bantu selesaikan dengan info dan ada juga saya kena bantu secara langsung. 🙂

      apa-apa pun alhamdullilah 🙂

  2. assalamualaikum.. mohon penjelasan arwah atok sudah meninggal dunia..mngglkn sebuah rumah untuk nenek yg sudah pun di brikan penama untuk nenek.. nenek tiada anak dari arwah.. yg ada beberapa org anak tiri..bolehkah nenek wasiatkn rmh trsbt kpd waris yg dia kehendaki contoh nye cucu kpd arwah suami beliau.. atau perlukah rmh trsbt di faraidkn jugak mngikut kaedah islam

    • ikut faraid nenek hanya layak 1/4.

      istilah penama tu kena jelas dulu, adakah atuk telah hibah kan kepada nenek? hanya sekadar cakap?

      Ini kes di kajang kan? Bila saya boleh jumpa nenek?

      Selagi urusan pusaka arwah belum selesai, nenek tidak boleh serahkan kepada sesiapa tanpa persetujuan ahi waris yang lain.

      • en. hanaffi nak tanya skit,setelah dapat surat kuasa apa proses perlu dibuat , soalan kedua,sebelum ini permohonan faraid ni semua dibuat dia kawasan kedah,bolehkah dibuat di negeri lain,maksudnya bukan ditempat yang sama.. terima kasih en hanaffi.

        • 1. dah dapat surat kuasa, kena uruskan harta si mati.

          2. guna sijil faraid yg dah buat tu, tak perlu nak apply sijil faraid lagi dah. melainkan si mati berbeza. boleh mohon di tempat pemohon saja.

  3. Assalamualaikum en hanaffi…
    Kalau adik lelaki bujang meninggal, ibu dan ayah masih ada tp dah uzur untuk menguruskan harta.. Adik beradik kandung yg tinggal 2 perempuan. Mcamna urusan untuk tuntutan harta trsebut?

      • Assalam Tuan…bapa saya Belum meninggal…Kami 6 beradik yg sulung perempuan saya no2..soalan saya bapa Ada sebuah rmah,rmah Tu telah dpecah renovet oleh kakak saya Tanpa bincang dgn adek beradik lain (kakak ni mcm gila harta) mungkin rmah Tu kakak yg NK duduk dgn ank2 nya ssdh siap…mcmne saya NK dptkn maklumat yg Adil tentang rmah ITU sesudah kematian bapa..APA yg perlu Kami manfaat kn rumah tersebut ssdh kematian bapa nnti…Mohon pertolongan tunjuk ajar utk pihak adek beradik Kami(kakak agak sombong jgk berkagak perangai)😎🙏

        • salah akak jika buat tanpa persetujuan dan berniat nak tinggsl disitu tanpa persetujuan ahli waris yang lain.

          jika akak nak bahagian tu, kena beli bahagian daripada adik-beradik yang lain.

  4. Kami adik beradik ingin menuntut wang kwsp dan ASB kakak yang telah meninggal dunia. Kami dan kakak adalah satu mak tapi lain ayah. Ayah kakak tak pernah jaga kakak sejak kecil dan tidak pasti masih hidup atau tidak. Masalah di sini ialah nama emak kakak dengan kami adik beradik tidak sama dalam surat beranak. Emak kami pula telah meninggal dunia tahun lepas. Bagaimana cara kami nak uruskan kwsp dan ASB kakak? Mohon pencerahan… terima kasih..

    • xde masalah, buat surat akuan sumpah menyatakan satu mak yang sama.

      proses tuntutan perlu dibuat di amanah raya.

  5. Salam..
    Tuan, ayah saya hanya meninggalkan sebuah kenderaan (kereta dibeli tunai) dan sedikit wang simpanan di bank (duit pencen), harta tak alih hanya sebuah rumah tetapi telah dipindah milik kepada nama abang saya semasa arwah ayah saya masih hidup..
    Bolehkah urusan tuntutan harta alih boleh dibuat tanpa harta tak alih di pejabat pusaka kecil?

  6. Assalamualaikum tuan..nak tye..bila dah masuk harta dalam pusakan kecil..dan dah dipanggil…berapa lama proses pembahagian harta ye?

  7. Assalamualaikum Tuan Hanaffi.

    Saya ada pertanyaan. Macam mana kalau waris-waris bersetuju untuk pembahagian harta pusaka secara muafakat dan bersetuju untuk lantik salah seorangnya untuk buat permohonan sebagai pentadbir di mahkamah tinggi, tetapi ada pula seorang waris yang enggan beri kerjasama untuk tandatangan apa-apa dokumen termasuklah afidavit penolakan.

    Boleh ke permohonan di mahkamah tinggi diteruskan? Kalau tak boleh, adakah boleh jika waris-waris yang bersetuju ni hantar Letter of Demand pada waris yang tak bersetuju?

    Terima kasih.

    • Waalaikumussalam. Pemohon boleh sitasi waris yang tak bagi kerjasama. Nanti mahkamah akan tentukan siapakah yang layak jadi pentadbir. Secara teori, boleh la buat sendiri kalau pandai sediakan kertas kausa sitasi, sediakan afidavit sokogan tambahan, sediakan afidavit jawapan, sediakan hujahan bertulis, berhujah secara oral, jawab klarifikasi, dan sebagainya. Selalunya pemohon diwakili peguam.

  8. Salam..tuan sy nak tnye suami sy telah meninggal dunia..dan caruman kwsp tiada penama ..dan sy sdh faraidkn..sy mempunyai 2 org ank ..seorg llk 2 thun..dan seorg perempuan..11 thun.jd kwsp bg tau sy bhgian anak sy akan blh keluarkn setelh mereka berumur 18 thun.jika dlm temph 18 thun jika terjadi sesuatu yg x diingini cth berlku kematian..adakah proses faraid perlu dilakukan semula..dan adakah ade cara lain utk keluarkn kwsp utk bhgian anak2 sy dgn lbh cepat..

    • wasalam.

      saya agak keliru disini, sebab pn maklum kwsp tiada penama dan sudah difaraidkan.

      tetapi pn bgtaw yang kwsp maklum kena tunggu anak 18tahun.

      saya nak jawab pon susah nie, sebab 2 keadaan yg berbeza.

  9. Salam Tuan, saya ada soalan yang agak rumit. Arwah asal dari Indonesia. Waktu arwah datang ke Malaysia anak arwah tidak ikut sekali. Arwah sudah memiliki ic warganegara tapi bila pihak pejabat semak ic, ibarat arwah tinggal seorang sahaja di Malaysia.
    Sekarang tiada document yang mengesahkan anak arwah adalah waris kepada arwah apabila mahu menuntut harta waris. Untuk makluman anak arwah juga sudah memiliki ic warganegara. Jadi apa yang anak arwah boleh lakukan?

    • wasalam. mesti ada surat beranak atau sijil kelahiran anak. Disitu sudah boleh buktikan anak tersebut anak arwah.

  10. nak tanya…sekiranya semua waris telah bersetuju untuk bahagi harta si mati sama rata dan telah menandatangani surat persetujuan tiba2 salah sorang dari waris ubah fikiran dan ingin membatalkan persetujuan sama rata dan dia nak harta si mati di farahid kan…boleh ke dia membatalkan urusan sedang dlm proses..?

    • bagi wasiat persetujuan hanya diterima pakai selepas kematian arwah. persetujuan semasa hidup tidak boleh diterima.

  11. Assalamualaikum,saya nak bertanya ayah saya baru meninggal saya nak tahu berapa persen saya dapat duit ganjaran arwah ayah saya sebab saya ni anak perempuan tunggal sudah berusia 22 tahun dan nenek sebelah ayah saya masih ada lagi pengurusan dibuat oleh pakcik saya.

  12. Assalamualaikum tuan,

    Harta pusaka terdiri dari wang tunai dan rumah serta tanah.

    Seorang dari 5 waris faraidh yg mempunyai hak sedikit ( 5%), enggan kerjasama.

    Boleh kah, bahagian waris yg enggan kerjasama ditebus dari wang tunai bahagian waris lain atau waris lain kena guna wang dari sumber lain dahulu; dan juga

    Adakah penebusan bahagian ini perlu persetujuan waris yg enggan kerjasama . Juga adakah perlukan perintah mahkamah.

    Mohon penjelasan. Terima kasih tuan.

    • wasalam.

      saya tak pasti kenapa sikit sangat tu..

      boleh ambil dari bahagian ang tunai yang arwah tinggalkan. tidak semestinya disetiap bahagian ahli waris perlu ada bahagian.

      saya tidak tahu dimana en uruskan. setiap urusan pusaka perlu lalui urusan pusaka di amanah raya / pusaka kecil / mahkamah tinggi. melainkan harta wang tunai telah diserahkan kepada penama untuk menguruskannya.

  13. Assalamualaikum,
    Saya penjaga mak saya sepenuh masa, dia menghidapi dementia (nyanyuk) terlantar. Saya selalu berurusan dengan bank menggunakan online membayar bil², membeli lampin dan susu untuk mak saya dengan bantuan pencen dia. 2 minggu lepas kad bank beliau didapati tidak aktif yang menyebabkan segala transaksi tidak boleh di lakukan. Berjumpa dengan pengurus bank, dia meminta surat kuasa mahkamah. Pencen mak saya hanya RM 1000 sebulan. Saya sekarang berdepan dengan bil tak bole di bayar dan segala barangan keperluan mak saya tidak dapat dibeli. Ada tak cara lain selain mendapatkan surat mahkamah yang kosnya tinggi.

    • wasalam. cuba ke amanah raya.

      5% bagi rm25k pertama
      2% bagi rm225k berikutnya
      3% bagi rm250k berikutnya
      2% bagi rm500k berikutnya
      1% keatas baki selebihnya.