Cara Dapatkan Sijil Faraid

1
Cara Dapatkan Sijil Faraid

Anda boleh memohon sendiri sijil faraid di mahkamah syariah. Prosedur ringkasnya sebagaimana berikut:

i. Menyediakan notis permohonan untuk mendapatkan sijil faraid.

ii. Menyediakan afidavit sokongan bagi menyokong permohonan sijil faraid tersebut.

iii. Mengekshibitkan dokumen-dokumen sokongan seperti salinan sijil kematian si mati, salinan surat nikah pasangan si mati, salinan sijil kelahiran anak-anak si mati, salinan sijil kematian bagi waris-waris fardhu si mati yang telah meninggal dunia lebih awal dari si mati, dan lain-lain dokumen yang sesuai sebagai lampiran kepada afidavit sokongan.

iv. Memfailkan notis permohonan beserta afidavit sokongan dan ekshibit-ekshibit tersebut di mahkamah syariah tempat pemohon bermastautin.

v. Mahkamah syariah akan menghantar notis mengenai tarikh perbicaraan kepada pemohon.

vi. Pemohon hadir dengan membawa salinan asal dokumen yang diekshibitkan. Sila bawa saksi bersama.

vii. Mahkamah akan menyoalsiasat pemohon tentang waris-waris si mati bagi mengesahkan waris-waris yang layak mendapat harta pusaka si mati.

viii. Mahkamah akan menyoalsiasat saksi-saksi bagi mengesahkan siasatan terhadap pemohon.

ix. Setelah mahkamah berpuas hati, hakim syarie akan mengeluarkan perintah pengesahan waris dan pembahagiannya mengikut faraid (sijil faraid).

x. Setelah siap sijil faraid dimeterai, pemohon boleh mengambilnya di pejabat pendaftaran Mahkamah Syariah.

Terima kasih kepada En Ahmad Tirmizi Abdullah kerana berkongsi ilmu yang penting bagi memudahkan waris mendapatkan sijil Faraid.

Harap anda dapat info berguna hari ini. Apa-apa jangan lupa fikirkan tentang orang tersayang!

Anda ingin mengetahui tentang hibah. Klik disini.

Hanaffi Idris
Pakar Perancangan Harta Pusaka Islam
hanaffi.com
016-5577 653

LEAVE A REPLY