Select Page

Proses tuntutan harta sepencarian

Penting ke ambil tahu tentang harta sepencarian? Penting! Sebab masih ramai yang belum tahu bagaimana nak buat tuntutan harta sepencarian. Baca sampai habis, sebab penting nie!

Hanaffi sediakan beberapa soalan lazim tentang harta sepencarian.

Q1: Apa itu harta sepencarian?
A: Harta sepencarian adalah harta yang wujud atau diusahakan bersama-sama dalam tempoh perkahwinan samada harta alih atau tidak alih yang telah ditentukan oleh hukum syarak. Ia juga boleh jadi harta sebelum kahwin, tetapi mesti yang diusahakan atau sumbangan bersama.

Q2: Macam mana kita nak tentukan harta sepencarian tersebut?
A: Bagus soalan ini, dalam borang permohonan harta sepencarian anda perlu nyatakan nanti. Ia terdiri dari dua bahagian.

1. Sumbangan secara langsung
Kedua-dua pihak (suami isteri) telah bersama-sama menyumbang dengan mengeluarkan modal bagi mendapatkan aset tersebut. Contoh suami-isteri mengeluarkan sumbangan bagi membayar rumah yang mereka beli.

2. Sumbangan tidak langsung
Bagi sumbangan tidak langsung, ia bukan sumbangan dari bentuk wang bagi mendapatkan aset tersebut. Ia boleh jadi dari segi nasihat, idea, dorongan, semangat kepada pasangan bagi mendapatkan aset tersebut. Contoh suami bekerja dan memberikan sumbangan secara langsung dengan mengeluarkan wang bagi mendapatkan aset tersebut, manakala isteri tidak bekerja. Isteri menjalankan tanggungjawab menjaga rumahtangga, menjaga anak-anak sepanjang tempoh perkahwinan. Isteri masih dianggap memberi sumbangan walaupon tidak berbentuk wang.

Bila nak buat tuntutan perlu ada bukti yang jelas (berdokumen), sebab jika sekadar cakap mulut akan merumitkan dan menyusahkan mahkamah membuat keputusan. Akhirnya mahkamah akan membuat keputusan dengan bukti dan alasan yang diterima akal dengan merujuk kes-kes terdahulu. Lebih rumit jika perlu mendapatkan persetujuan beberapa pihak dan ada pihak yang terlibat sudah meninggal dunia. Lantik lawyer yang arif dalam tuntutan harta sepencarian jika kita tiada kepakaran dalam bidang ini. Sediakan duit saje, minimum RM10K hehe

Sebaiknya buat perancangan awal seperti nyatakan didalam wasiat agar memudahkan urusan pentadbiran kelak. Buka file baru RM300.00 seumur hidup, adakah itu mahal juga? Jika nak dibandingkan kesusahan yang bakal ditempuhi oleh pasangan yang masih hidup.

Q3: Jika isteri beli rumah, isteri saje yang bayar bagaimana?
A: Itu dikira sebagai harta sepencarian. Fahamkan Q1. Asalkan lepas berkahwin dikira sebagai harta sepencarian, tambah pula suami ada bayar deposit atau mengeluarkan sumbangan keatas harta tersebut. Suami layak tuntut harta sepencarian mengikut kadar sumbangan.

Q4: Bila boleh tuntut harta sepencarian dan bila?
A: Ia boleh dituntut dalam beberapa keadaan seperti berikut.

  • Selepas pasangan meninggal dunia
  • Selepas pencerian
  • Tuntutan poligami

Q5: Berapakah kadar yang boleh dituntut harta sepencarian?
A: Mahkamah yang akan tentukan. Walaubagaimanapon harta sepencarian ini akan dilihat dari beberapa aspek iaitu.

  • Kadar sumbangan yang diberikan bagi mendapatkan harta tersebut.
  • Kadar hutang yang ditanggung oleh pembayar bagi mendapatkan harta tersebut.
  • Keperluan anak-anak yang belum dewasa dalam perkahwinan.

Q6: Apakah proses tuntutan harta sepencarian?

  • Secara sulk – melalui cara pengakuan dan penyerahan hak kepada pihak pasangan. Contoh, suami menyatakan rumah tersebut adalah harta sepencarian dan beliau tidak mahu menuntut dan menyerahkan kepada bekas isteri dan anak-anak.
  • Secara ansuran balik – Bagi pihak yang ingin memiliki harta tersebut, maka dia harus membayar tunai dengan kadar yang sepatutunya diterima oleh pasangan.
  • Secara penjualan – Bagi mereka yang tidak lagi mahu memiliki harta tersebut, maka ia perlu dijual dan diagihkan mengikut kadar yang telah dipersetujui.
  • Dibahagi dua secara sama rata – Bagi mereka yang bersama-sama menyumbang dalam memiliki aset tersebut.

Q7: Apakah dokumen yang diperlukan untuk buat tuntutan harta sepencarian?
A: Anda boleh rujuk senarai semak yang sediakan dalam borang tuntutan harta sepencarian. Nak list banyak juga nie. Haha

Antaranya:

  • Butir-butir perkahwinan
  • Butir-butir pihak penuntut
  • Nilai tafsiran harta tersebut oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
  • Sijil kematian
  • Surat mentadbir harta pusaka atau probet

NOTA PENTING : JIKA ANDA TAK TAHU NAK ISI APA, ATAU TAK FAHAM. ANDA BOLEH BERTANYA DI KAUNTER PERTANYAAN. PEGAWAI DISANA SEDIA MEMBANTU ANDA. JANGAN MALU BERTANYA!

Q8: Dimana nak dapatkan borang tuntutan harta sepencarian?
A: Anda akan terus boleh download borang tuntutan harta sepencarian. Ada 3 jenis borang iaitu:

Q9: Dimana nak tuntut harta sepencarian?
A: Nak buat tuntutan harta sepencarian hanya boleh dilakukan di mahkamah tinggi syariah sahaja. Setiap negeri hanya ada 1 mahkamah tinggi, bagi memudahkan anda Hanaffi senarai mahkamah tinggi di Malaysia. Hanaffi sediakan alamat pejabat bagi memudahkan anda.

Ingat, jangan ke mahkamah rendah syariah pula… Berikut adalah senarai mahkamah tinggi syariah diseluruh Malaysia.

Mahkamah Tinggi Syariah Selangor Darul Ehsan
Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid, Seksyen 5,
40000 Shah Alam Selangor
Tel: 03-5519 1291 / 03-5519 1294
Fax: 03-5510 5620

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan
Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan,
No 71, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas,
50676 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
Tel: 03-6205 7000/7200
Fax: 03-6205 7100

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Labuan
Bangunan Mahkamah Syariah, Jalan Tun Mustapha,
87000 WP Labuan.
Tel: 087-410 857
Fax: 087-410 885

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya
Bangunan Annexe, Istana Kehakiman, Presint 3,
62506 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Tel: 03-8880 4500
Fax: 03-8880 4564

Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Perlis
Darul Qada’ Tuanku Syed Sirajuddin,
Persiaran Jubli Emas, Jalan Pegawai,
01000 Kangar , Perlis.
Tel: 04-977 4846
Fax: 04-977 5107

Mahkamah Tinggi Syariah Kedah
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
06550 Bandar Muadzam Shah
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-700 1980/1982
Fax: 04-700 1989/1990

Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang
Daerah Timur Laut No. 3, Jalan Batu Gantung,
10450 Geogetown Pulau Pinang
Tel: 04-828 2727 / 827 8586
Fax: 04-82 96427

Mahkamah Tinggi Syariah Perak
Aras 5, Mahkamah Syariah Perak Darul Ridzuan, Jalan Pari,
Off Jalan Tun Abdul Razak,
30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Tel: 05-501 8448
Fax: 05-501 8523

Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan
Kompleks Mahkamah Syariah,
Bandar Baru Tunjung, Jalan Pasir Mas – Salor,
15510 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
Tel: 09-748 2206
Fax: 09-743 0476

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu
Aras 5, Bangunan Mahkamah Syariah, Jalan Sultan Mohamad,
21100 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel: 09-623 2323
Fax: 09-624 1510

Mahkamah Tinggi Syariah Pahang Darul Makmur
Jalan Masjid,
25000 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
Tel: 09-517 7966
Fax: 09-513 4805

Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan
Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan,
1054A, Jalan Sendayan,
71950 Bandar Sri Sendayan,
Negeri Sembilan.
Tel: 06-781 2444
Fax: 06-781 2424

Mahkamah Syariah Negeri Melaka
Kompleks Mahkamah Syariah Melaka,
Jalan Ayer Keroh Lama, Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka.
Tel: 06-333 3333 / 233 1084
Fax: 06-231 3913

Mahkamah Tinggi Syariah Johor Darul Takzim,
Bangunan Mahkamah Syariah Negeri Johor,
Lot 259, Jalan Abu Bakar,
80100 Johor Bharu, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-219 9000
Fax: 07-221 3133

Mahkamah Tinggi Syariah Pantai Barat Selatan,
Bangunan Mahkamah Syariah, Wisma MUIS, Beg Berkunci 130,
88739 Kota Kinabalu.
Tel: 08-825 8549
Fax: 08-825 7032

Mahkamah Tinggi Syariah Kuching,
Tingkat 5, Bangunan Mahkamah Syariah,
Jalan Satok, 93400 Kuching.
Tel: 08-24 9810
Fax: 08-24 8715

Lanjutkan pembacaan anda ke entry berikut “Soalan lazim harta sepencarian” bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

Sebarang kemuskilan boleh hubungi atau whatsapp saya di no berikut 0165577653