Soalan lazim hibah
Home » Hibah » Soalan Lazim Hibah

Pihak kami menyediakan hibah harta tidak bercagar dan hibah harta bercagar termasuk juga hibah tunai. Teruskan membaca bagi mendapatkan maklumat penuh.

1. Umum

Q : Saya nie perlu buat wasiat atau hibah? Sebab ramai orang kempen hibah, saya agak keliru.
A : Ia bergantung kepada kondisi tuan / puan. Jika tuan / puan dalam kategori dibawah, maka hibah digalakkan.

  • Ada anak perempuan sahaja
  • Ada anak angkat
  • Pasangan yang tiada anak
  • Individu yang belum berkahwin
  • Individu yang berpoligami
  • Mualaf yang ingin berikan harta kepada keluarganya yang belum Islam
  • Membeli harta secara bersama
  • Individu yang ingin berikan hartanya kepada sesiapa yang diingini
  • Ahli perniagaan
  • Jemaah haji
  • Individu yang berkahwin semula

Q : Siapakah yang paling kritikal untuk buat hibah?
A : Mereka yang tidak mempunyai waris faraid lelaki sebagai pendinding . Sekiranya tuan hanya ada anak perempuan, maka sebahagian harta tuan akan diwarisi oleh adik-beradik tuan.

Baca : Kadar Dan Syarat Bagi Setiap Ahli Waris

Q : Apakah itu hibah sebenarnya?
A : Hibah adalah pemberian harta secara kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki pada masa hidup dan tanpa balasan.

Baca : Memahami Hibah Dalam Islam

Q : Adakah hibah boleh dicabar?
A : Hibah boleh dicabar jika pemberian itu tidak jelas dan tidak selari dengan undang-undang sivil dan syariah. Bagi hibah berkaitan dengan hartanah, hanya lawyer dan syarikat amanah sahaja yang layak menyediakan dokumen hibah.

Jika berlaku pertikaian ia akan bergantung kepada keputusan hakim mahkamah syariah kerana ia adalah bidang kuasa mahkamah syariah untuk memutuskan kedudukan hibah tersebut.

Setakat artikel ini dikemaskini, pindah milik dapat kepada penerima dilaksanakan dengan sempurna.

Q : Adakah hibah perlu mendapatkan persetujuan ahli waris?
A : Tidak perlu. Ia adalah hak pemilik harta sepenuhnya untuk menentukan kadarnya.

2. Perkhidmatan Hibah

Pihak kami menyediakan dokumen hibah serta menguruskan pelaksaan hibah selari dengan undang-undang Sivil dan Syariah

Baca : Siapa Perlu Hibah Dalam Perancangan Harta

2.1. Penyediaan Dokumen Hibah

Q : Apakah dokumen yang perlu saya sediakan?
A : Tahniah. Sediakan:

  • Ic anda
  • Ic penerima
  • Akaun Bank – Nama Bank, No. Akaun
  • Unit Amanah – Nama syarikat Unit Amanah, No. Akaun
  • Saham & Sekuriti di Bursa Malaysia – No. Akaun CDS
  • Saham Koperasi – Nama Koperasi, No. Ahli
  • KWSP – No. Ahli
  • Polisi Insurans & Takaful – Nama syarikat, No. Polisi
  • Rumah / Kondominium/ Pangsapuri/ Lot Kedai – Alamat
  • Tanah – H.S. (M) No, P.T. No, Lot No, Mukim, Daerah, Negeri
  • Kereta / Motor / Bot / Kapal Peribadi – Jenis kenderaan, No. Pendaftaran
  • Saham dalam perniagaan – Nama syarikat, No. Pendaftaran
  • ‘Safe Deposit Box’ – Nama Bank, No. Peti Simpanan
  • Keahlian Kelab (yang boleh diwarisi) – Kelab, No. Ahli

Nota: Sedia yang mana berkaitan saja. Boleh diserahkan secara pdf atau hardcopy.

Q : Apakah harta yang boleh dihibahkan?
A : Harta seperti :

  • Hartanah
  • Unit trust
  • ASB
  • AHB
  • Fixed Deposit
  • Akaun simpanan emas (bukan barang kemas)
  • Tabung Haji – tanpa penamaan
  • Syarikat

Q : Apakah terdapat harta yang tidak boleh dihibahkan?
A : Ada, seperti berikut :

  • Harta diluar Malaysia
  • KWSP
  • Harta yang mempunyai susut nilai contoh kereta
  • Harta yang tak berdaftar seperti barang kemas, lukisan mahal, etc.
  • Harta yang dilarang syarak

Q : Adakah Sales and Purchase Agreement perlu lengkap?
A : Ya, sangat diperlukan.

Bagi hibah harta bercagar dokumen yang diperlukan iaitu Salinan Sales And Purchase Agreement, Facility Agreement dan Sijil MRTA / MRTT.

Anda boleh serah dalam bentuk pdf atau hardcopy.

Q : Rumah dalam pembinaan boleh buat hibah?
A : Boleh

2.2. Jenis Hibah

Q : Apakah jenis hibah yang ada dipasaran?
A : Terdapat 3 jenis iaitu

  • Hibah Mutlak
  • Hibah Amanah
  • Hibah Bersyarat

Q : Apakah perbezaan hibah diatas?
A : Jawapannya adalah seperti berikut :

Hibah Mutlak :
Hibah mutlak adalah dengan cara melaksanakan pemberian secara terus daripada penghibah kepada penerima hibah. Sebagai contoh : Bapa menghibahkan sebuah rumah kepada anaknya dan terus melaksanakan pindah milik (Borang 14A KTN) kepada nama anak.

Hibah Amanah :
Hibah amanah ialah pemberian secara terus oleh penghibah kepada penerima hibah tetapi penerima hibah belum / tidak berkelayakan memiliki harta tersebut. Oleh itu, badan berautoriti akan bertindak sebagai pemegang amanah bagi harta tersebut. Contohnhya penerima hibah adalah anak OKU atau kanak-kanak. Maka penghibah melantik pemegang amanah bagi menjaga harta tersebut sehingga anak berumur 18 tahun.

Baca : 9 Kelebihan Hibah Amanah Anda Perlu Tahu

Hibah Bersyarat :
Hibah bersyarat adalah pemberian harta semasa hidup oleh penghibah kepada penerima hibah tetapi penghibah membuat syarat yang dipersetujui oleh penerima hibah contohnya; pemberi hibah masih ingin duduki harta hibah sehingga dia meninggal dunia.

Q : Bagaimana proses dokumentasi disediakan?
A : Berikut adalah tatacara penyediaan dokumen hibah:

  1. Setelah mendapat maklumat lengkap, pihak kami akan drafkan dokumen hibah. Ia mengambil 3-5 hari waktu bekerja.
  2. Setelah siap, pihak kami akan emailkan draf tersebut untuk semakan.
  3. Setelah disemak dan disahkan oleh pihak anda. Pihak kami akan sediakan dokumen untuk ditandatangan.
  4. Proses tandatangan oleh pihak anda dan syarikat.
  5. Setelah itu pihak kami akan hantar dokumen tersebut untuk di stamp di mahkamah.
  6. Setelah selesai, pihak kami akan menyerah dokumen salinan kepada anda. Dokumen asal akan disimpan di dalam peti besi.

2.3. Kos Hibah

Q : Berapa kos untuk dokumen hibah?
A : Adalah seperti dibawah:

  • Harta tidak bercagar bermula dari RM2650
  • Harta bercagar bermula dari RM2850

Jika anda buat harta hibah tidak bercagar, anda perlu buat wasiat juga. Hibah adalah untuk aset-aset tertentu sahaja. Aset-aset yang tidak dihibahkan perlu juga diuruskan dengan baik. Dan melalui wasiatlah aset-aset ini serta hutang piutang akan ditadbir dan diagihkan. Kami akan membuat pentadbiran harta pusaka secara keseluruhan.

Pihak syarikat akan uruskan secara menyeluruh harta si mati agar semua hutang dapat diselesaikan  dan diagihkan. Tanpa wasiat ada kemungkinan aset lain dan hutang akan dibiarkan serta tidak diuruskan dengan baik oleh pihak waris.

Hibah adalah pengagihan semata-mata dan ia tidaklah menyelesaikan pentadbiran harta pusaka secara total. Sebab itu perlu wasiat juga.

Baca : 12 Panduan Wasiat

Q : Adakah terdapat fi lain?
A : Ada. Fi ini akan dikenakan selepas penghibah meninggal dunia. Saya akan buat pengiraan bagi mudah faham. Jika tak faham maklum saya boleh buat kiraan kasar untuk anda.

a) Fi pusaka / wasiat:

Nilai hartaFi
Nilai harta RM1,000,000.00 pertama1.8%
Nilai harta antara RM1,000,001.00 hingga RM10,000,00.001.0%
Nilai harta antara RM10,000,001.00 hingga RM40,000,000.000.5%
Nilai harta RM40,000,001.00 dan keatas0.25%

b) Fi hibah harta alih:

Nilai hartaFi
Nilai harta RM1,000,000.00 pertama0.75%
Nilai harta antara RM1,000,001.00 hingga RM10,000,00.000.5%
Nilai harta antara RM10,000,001.00 dan keatas0.25%

c) Fi hibah harta tak alih – RM2,000.00 bagi setiap lot / geran. Jika 2 tanah dan 2 rumah. Maka 4 x RM2,000

d) LHDN & Lawyer – anggaran 3%

Contoh, selepas dinilai aset semasa meninggal adalah RM2 juta. Pecahan seperti berikut:

  • Aset dalam wasiat RM1,000,000
  • Aset hibah harta alih (selain hartanah) bernilai RM500,000
  • Aset hibah harta tak alih (rumah / tanah) bernilai RM500,000 – 1 rumah

Jom kita kira berapa anggaran fi yang dikenakan adalah:

a) RM1,000,000 x 1.8% = RM18,000

b) RM500,000 x 0.75% = RM3,750

c) RM2,000 bagi 1 lot rumah

d) RM500,000 x 3% = RM15,000

Total a + b + c + d (RM18,000 + RM3,750 + RM2,000 + RM15,000) = RM38,750 bagi aset bernilai RM2,000,000

Nota : Fi yang dikenakan berdasarkan nilai semasa meninggal. Bukan nilai semasa dokumentasi ini dibuat.

2.4. Pelaksanaan Hibah

Q : Harta dihibahkan semasa hidup atau selepas mati?
A : Dokumentasi dibuat pada waktu hidup. Pelaksanaan pindah milik kepada penerima hibah akan dilaksanakan selepas kematian penghibah.

Walaubagaimanapun anda boleh meletakkan syarat tambahan bagi melaksanakan pindah milik antaranya:

  • Koma
  • Lumpuh kekal
  • Penyakit kritikal
  • Penghibah menarik diri daripada hibah

Q : Jika penerima hibah meninggal bagaimana?
A : Pihak syarikat menyediakan beberapa pilihan kepada anda, iaitu:

Pilihan 1 :

Penerima Hibah dewasa dan bawah umur 18 tahun.
Tiada klausa Penerimaan dan Persetujuan untuk kembalikan aset sekiranya Penerima Hibah meninggal dunia dahulu. Maka harta tersebut akan pusaka penerima.

Pilihan 2 :

Penerima Hibah dewasa.
Ada klausa Penerimaan dan Persetujuan oleh Penerima Hibah untuk kembalikan aset sekiranya beliau meninggal dunia dahulu. Maka Harta akan dikembalikan kepada Pemberi Hibah.

Pilihan 3 :

Penerima Hibah bawah umur 18 tahun.
Ada klausa penerimaan dam Persetujuan oleh Penjaga harta untuk kembalikan aset sekiranya Penerima Hibah meninggal dunia dahulu. Klausa ditandatangani oleh Penjaga. Maka Harta akan dikembalikan kepada Pemberi Hibah.

3. Jenis Harta Hibah

3.1. Harta Tidak Bercagar

Q : Rumah tidak bercagar, tetapi nak di pindah milik lepas mati boleh tak?
A : Boleh tetapi dokumentasi hibah perlu berlaku semasa hidup dengan Surat Kuasa Wakil (Power of Attorney) pihak syarikat akan pindak milik kepada penerima hibah selepas menerima berita kematian penghibah.

3.2. Harta Bercagar

Q : Adakah boleh hibah harta bercagar?
A : YA Boleh. Tetapi ada beberapa syarat yang harus dipenuhi untuk buat hibah harta bercagar. Teruskan membaca.

Q : Apakah syarat yang tetapkan oleh syarikat jika nak buat hibah harta bercagar?
A : Antara syarat utama adalah:

  • Pemberi Hibah MESTILAH menulis Wasiat dan melantik syarikat sebagai Wasi Utama.
  • Syarikat dilantik sebagai Pemegang Amanah Gantian di dalam Deklarasi Hibah dan Penerima Kuasa Wakil (Attorney).
  • Dokumen ini dinamakan PRI HIBAH iaitu dokumen Deklarasi Hibah dan Surat Kuasa Wakil.

Antara Syarat-syarat Hibah bagi Harta Bercagar:

(i) Pri Hibah bagi Harta Bercagar hanya terpakai untuk HIBAH DUA HALA sahaja (Hibah yang boleh dibatalkan). Benefisiari atau Penjaga Harta Benefisiari (Bapa atau Bapa Kepada Bapa (datuk) perlu menjadi pihak serta menandatangani Deklarasi Hibah.

(ii) Penghibah mestilah PEMILIK BERDAFTAR bagi harta bercagar tersebut dan pembiayaan/pinjaman bagi harta tersebut di atas pemilik berdaftar tersebut. (Bentuk pinjaman yang diterima adalah Pinjaman Perumahan, Pinjaman Bertempoh (Term Loan) atau Pinjaman Tetap (Fixed Loan)

(iii) Keseluruhan jumlah pinjaman dijamin oleh TAKAFUL ATAU INSURANS (Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) atau Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA)) dan ia melindungi keseluruhan tempoh pinjaman. Jika tempoh pinjaman adalah 20 tahun maka MRTT atau MRTA tersebut mestilah melindungi tempoh 20 tahun tersebut.

(iv) Benefisiari (penerima hibah) akan menerima harta hibah bercagar beserta bebannya. Oleh itu jika terdapat baki/tunggakan pinjaman maka Benefisiari atau Penjaga Harta wajib menyelesaikannya sebelum pindah milik boleh dilaksanakan kepada Benefisiari selepas Penghibah meninggal dunia.

(v) Surat Pemberitahuan mengenai Hibah Harta Bercagar akan diberikan kepada institusi yang memberi pinjaman. Pihak syarikat akan menyediakan surat ini dan menguruskan penghantarannya dan Pemberi Hibah perlulah menandatangani surat tersebut bersama dokumen Deklarasi Hibah beliau.

(vi) Pemberi Hibah dan Penerima Hibah yang dibenarkan adalah seperti berikut bagi hibah harta bercagar:

  1. Milikan Tunggal (1 nama dan 1 peminjam), maka boleh dihibahkan kepada sesiapa yang diingini.
  2. Milikan Bersama (2 nama dan 1 peminjam), maka pemilik yang buat pinjaman sahaja yang boleh buat hibah kepada sesiapa yang dia ingini.
  3. Milikan Bersama (2 nama dan 2 peminjam), maka hibah antara mereka sahaja dibenarkan.

(vii) Kesemua dokumen-dokumen berikut adalah wajib disertakan dan syarikat hanya akan meluluskan dan memproses arahan Hibah jika dokumen-dokumen berikut lengkap.

Q : Adakah hibah ini boleh dibatalkan?
A : Hibah ini mempunyai 2 kategori:

  • Hibah boleh dibatalkan
    • Pemberian daripada ibu bapa kepada anak.
    • Pemberian daripada datuk kepada cucu
  • Hibah Tidak Boleh Dibatalkan
    • Pemberian kepada selain daripada anak dan cucu. Jika pembatalan berlaku tanpa persetujuan benefisiari maka benefisiari boleh menuntut nilai harta hibah tersebut daripada penghibah atau harta pusaka beliau.

Q : Apa yang membezakan hibah boleh dibatalkan dengan hibah tidak boleh dibatalkan?
A : Ia berkaitan dengan pemilikan harta tersebut selepas kematian mana-mana pihak.

Sebagai contoh jika penghibah meninggal dulu harta tersebut akan diserahkan kepada penerima hibah. Jika penerima hibah meninggal dulu, maka harta tersebut akan diserahkan kembali kepada penerima atau menjadi harta pusaka penerima hibah.

Bagi hibah harta bercagar, pihak syarikat menetapkan hibah boleh terbatal jika penerima meninggal dunia dahulu daripada penhgibah kerana berkaitan dengan hutang yang masih belum selesai.

Pihak kami tidak dapat melakukan pindah milik kerana pemberi hibah masih hidup dan loan rumah masih berjalan (belum selesai lagi).

Berbeza dengan rumah harta tidak bercagar, walaupun pemberi masih hidup. Kami boleh menjalankan proses tukar milik kepada waris-waris penerima hibah.

Q : Jika rumah masih berhutang dan tiada MRTT/MRTA. Tapi ada sijil takaful life yang boleh cover loan rumah. Boleh terima buat hibah?
A : Tak boleh.

Q : Jika MRTT/MRTA hanya cover 50%, tapi dah bayar 70% loan. Terima tak?
A : Tidak boleh.

3.3. KWSP

Q : Saya nak buat hibah di akaun KWSP boleh tak? Sebab, adik beradik suami asyik tanya, siapa penama bagi wang suami. Saya risau la.
A : Setakat ini, KWSP tidak menawarkan produk hibah. Jika lantik penama, tugas penama adalah pentadbir (wasi) yang perlu membahagikan wang KWSP kepada ahli waris nanti.

Baca : Kenapa Tiada Hibah KWSP

3.4. Tabung Haji

Q : Hibah yang dibuat oleh TH adalah hibah mutlak. Jika penerima hibah mati bagaimana?
A : Jika penerima hibah mati dahulu sebelum pemberi hibah, maka waris faraidnya ada hak atas harta tu.

3.5. Tanah

Q : Adakah hibah yang dibuat akan terikat dengan akta tanah?
A : Hibah akan terikat dengan undang-undang berkaitan tanah seperti GSA 1960 sekiranya tanah tersebut adalah tanah felda atau tanah berkelompok.

Q : Adakah dokumen hibah yang dibuat selari dengan undang-undang?
A : Ya. Selari dan dikuatkuasakan dengan peruntukan dalam Kanun Tanah Negara 1965 (KTN), Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, Akta Hakmilik Strata 1985, Enakmen rezab melayu negeri-negeri dan undang-undang lain yang berkaitan.

Q : Bolehkah hibah tanah pertanian kurang satu (1) ekar?
A : Boleh, tetapi mesti kepada seorang saja dan nama mesti ada dalam geran.

Q : Boleh hibah kepada 3 nama atas 1 rumah?
A : Boleh, satu lot harta boleh dihibahkan kepada lebih dari seorang.

4. Hibah Kepada:

4.1. Isteri

Q : Saya hibahkan rumah kepada isteri, andai bercerai adakah hibah tersebut masih berkuatkuasa?
A : Ya akan terus berkuat-kuasa.

Q : Jika loan atas nama suami, tapi isteri yang bayar. Isteri boleh buat hibah?
A : Maknanya harta atas nama suami. Isteri tak boleh buat hibah sebab bukan milik mutlak isteri.

Q : Kenapa tak boleh buat hibah sedangkan isteri yang bayar?
A : Banyak kes macam nie. Tetapi undang-undang Malaysia akan lihat dokumen / konstruktif. Yang penting harta atas nama siapa.

Bila meninggal isteri kena buat tuntutan untuk membuktikan harta itu dia yang bayar. Jika pejabat pusaka nampak longgar, harta tersebut tetap milik suami.

Jika dia berjaya convince pejabat pusaka yang dia yang bayar, maka harta tersebut tak akan jadi pusaka. Ia boleh dituntut terus turun milik kepada isteri. Sangat rumit kes macam nie. Banyak kes yang tak dapat convince sebab dia hanya bagi keterangan verbal sahaja. Tiada bukti yang kukuh.

Q : Rumah hibah kepada isteri. Rumah milik suami, boleh refinance tak?
A : Boleh.

Q : Hibah kepada isteri rumah, tetapi kerajaan beli rumah untuk buat highway macam mana?
A : Jika kerajaan ambil, lupuslah harta tu. Tetapi harta itu tetap hak isteri jika terima pampasan bagi hibah mutlak. Hibah boleh dibatalkan dengan persetujuan penerima.

Q : Jika buat Dokumen Pengisytiharan Hibah kepada isteri. Lepas tu suami jual rumah tersebut. Adakah duit hasil jualan rumah akan diserahkan kepada isteri? Atau hibah akan terbatal?
A : Ya perlu serah kepada isteri sebab rumah itu hak isteri melainkan isteri rela untuk dilepaskannya.

Baca : Proses Tuntutan Harta Sepencarian

4.2. Anak Kandung

Q : Jika anak saya bawah umur macam mana?
A : Boleh. Ia akan dipindah milik apabila anak berumur 18 tahun kelak.

Q : Saya hibahkan kepada 4 orang anak dengan 25% setiap orang. Katalah saya melahirkan seorang anak lagi. Bolehkah saya tukar kepada 20% setiap orang?
A : Boleh dengan membatalkan (menarik balik) hibah yang lama dan buat hibah yang baru.

Q : Hibah kepada anak bawah umur boleh?
A : Boleh. Lantik pemegang amanah sehingga dia berumur 18 tahun.

Q : Batalkan hibah kepada anak, adakah perlu tunggu anak saya berumur 18 tahun dan perlu mendapat persetujuannya?
A : Bila-bila saja boleh dan tak perlu tunggu mereka umur 18 tahun.

Q : Saya ibu kepada 2 orang anak perempuan. Apa yang perlu dilakukan untuk memastikan rumah milik saya menjadi milik anak-anak saya. Rumah saya loan kerajaan dan masih tinggal 12 tahun pembayaran.
A : Ya, boleh. Tetapi perlu penuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat.

Q : Bolehkah rumah dihibahkan kepada anak, tetapi penghibah masih tinggal disitu?
A : Boleh, pemilik harta masih boleh tinggal situ.

4.3. Anak Angkat

Q : Jika anak saya bawah umur macam mana?
A : Boleh. Ia akan dipindah milik apabila anak berumur 18 tahun kelak.

Baca : Hibah Kepada Anak

Q : Saya hibahkan kepada 4 orang anak dengan 25% setiap orang. Katalah saya melahirkan seorang anak lagi. Bolehkah saya tukar kepada 20% setiap orang?
A : Boleh dengan membatalkan (menarik balik) hibah yang lama dan buat hibah yang baru.

Q : Hibah kepada anak bawah umur boleh?
A : Boleh. Lantik pemegang amanah sehingga dia berumur 18 tahun.

Q : Batalkan hibah kepada anak, adakah perlu tunggu anak saya berumur 18 tahun dan perlu mendapat persetujuannya?
A : Bila-bila saja boleh dan tak perlu tunggu mereka umur 18 tahun.

Q : Saya ibu kepada 2 orang anak perempuan. Apa yang perlu dilakukan untuk memastikan rumah milik saya menjadi milik anak-anak saya. Rumah saya loan kerajaan dan masih tinggal 12 tahun pembayaran.
A : Ya, boleh. Tetapi perlu penuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat.

Q : Bagaimana dan apakah jenis harta yang boleh terus dihibahkan kepada anak angkat?
A : Boleh hibahkan rumah atau mana-mana harta tak alih seperti simpanan di bank melalui kami. Antara pilihan lain adalah hibah takaful yang akan memberikan pampasan kepada penerima selepas pemilik polisi meninggal dunia.

Baca : Kepentingan Dan Kelebihan Hibah Takaful

4.4. Warga Asing

Q : Adakah boleh hibahkan kepada isteri warga asing?
A : Ya. Boleh

5. Isu Berkaitan Hibah

Q : Arwah ayah telah membuat dokumen hibah menyerahkan rumah tersebut kepada saya. Tetapi sekarang saya telah dihalau oleh adik-beradik. Bagaimana nak buat?
A : Jika berlaku kes begini, puan disarankan melantik peguam untuk membantu puan dalam proses perundangan. Proses pertama yang perlu dibuat adalah mengesahkan hibah di Mahkamah Syariah samada ia dokumen yang berkuatkuasa atau sebaliknya.

Q : Isteri buat hibah semasa hidup dan menyerahkan kepada harta tersebut kepada suami. Andai kami bercerai, adakah rumah tersebut saya boleh ambil semula?
A : Tidak boleh. Hibah yang boleh ditarik balik hanya hibah bapa / ibu kepada anak atau datuk / nenek kepada cucu. Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada perbincangan dan persetujuan bersama antara penghibah dan penerima.

Baca : Antara Faraid, Hibah Dan Wasiat Mana Satu Yang Terbaik?

6. Soalan Harta Pusaka

Q : Adakah duit bank akan terus terbeku jika pemilik meninggal dunia?
A : Tidak. Pihak bank tidak akan bekukan duit si mati melainkan waris memaklumkan kepada bank atau terdapat transaksi yang mencurigakan. Boleh jadi waris mengeluarkan wang simati secara maxsima sebanyak 3 kali, bank call tiada jawapan. Maka bank akan sekat transaksi seterusnya.

Setakat ini, sistem JPN tiada link secara terus dengan bank.  Hanya link secara terus dengan JPJ sahaja, maka hanya boleh renew insurans sebanyak selama 3 tahun. Lepas tu JPJ akan minta surat kuasa.

Q : Betul ke jika selepas 7 tahun harta tak dituntut harta akan terus dibekukan?
A : Bagi tunai, selepas 7 tahun berada di pendaftar wang tak dituntut. Bagi harta tanah ia akan milik si mati sehingga ada waris menguruskannya.

Baca : Pengurusan Harta Pusaka

7. Kesimpulan

Pemilik harta sewajarnya mengambil peluang untuk melaksanakan hibah ketika masih berpeluang untuk merancang bagi mengelakan masalah dikemudian hari.

Baca : Antara Faraid, Hibah Dan Wasiat Mana Satu Yang Terbaik?

8. Hubungi Kami

Pihak kami mampu menyediakan dokumen hibah dan sempurnakan penyerahan hibah kepada penerima. Hubungi En Hanaffi Idris 016-5577653 untuk dapatkan khidmat nasihat.

Jika ada sebarang soalan, komen dibawah. Kami akan segera jawab persoalan anda!

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

  1. Contohnya saya ada 3 tanah. Saya cuma buat hibah satu tanah shj. Setelah saya meninggal, adakah caj hibah 1% berdasarkan nilai tanah itu shj atau nilai semua 3 tanah.?

    • Nilai 1% adalah bagi harta yang dihibahkan. Bagi harta yang tidak dihibahkan akan dibahagikan secara faraid.

  2. Salam.saya suri rumah. Suami beli rumah n buat nama dia.. Loan n cnp semua nama dia..
    Jika loan lulus semua.. Boleh ke suami buat wasiat.. Rumah itu dberikn kepada saya..
    Tapi rumah itukan belum habis bayar lagi..
    Kemudian hari.. Dia tidak medatangkn masalah ke

    • Jika wasiat boleh dinyatakan menyerahkan kepada puan walaupon belum habis bayar. Sebab ia akan dimula diserahkan selepas kematian suami. Walaubagaimana pon masih perlu mendapat persetujuan ahli waris, adakah mereka bersetuju menyerahkan 100% kepada puan.

      Bagi hibah tak boleh, kena tunggu habis bayar dulu. Sebab status harta masih tak sempurna milik lagi (masih loan). Hibah akan diserahkan terus semasa hidup, sebab tu perlu selesai hutang dulu.

  3. Bolehkan bapa hibah kepada anak2 bawah umur. Dan letakkan nama isteri sebagai penjaga amanah sehinggalah ank2 cukup umur 18 tahun, tetapi isteri itu bukan warganegara Malaysia ?

    • Hibah kepada anak bawah umur tiada masalah. Apa yang kami praktis, bagi anak bawah umur harta tersebut akan dijaga oleh jabatan berkenaan sehingga anak berumur 18 tahun.

  4. Jika rumah dibeli atas nama suami &isteri. Bolehkah jika suami hibahkan kepada isteri (menjadi milik isteri jika suami meninggal) dan dalam masa yang sama, bolehkah isteri hibahkan kepada suami (menjadi milik suami jika isteri meninggal dahulu) ? Bagaimana dokumen yang perlu disediakan jika boleh?

    • Buat masa nie, jika suami serah kepada puan dah jadi puan punya harta 100%. Jika puan pula hibah kepada suami, ia akan kekal 1/2 hak masing-masing. Sebaiknya 1 way saja, sama ada puan kepada suami atau suami kepada puan.

      Jika nak buat hibah hanya bagi harta yang dah abis loan saja. Harta berhutang kami tak terima buat masa nie. Harta loan kami KIV dulu.

  5. Segala fi yang berkaitan dengan hibah perlu diselesaikan sekaligus atau boleh ansur2 sedikit demi sedikit sampai habis… Mohon pencerahan…

  6. bapa telah pindah milik tanah kepada kami 4beradik.Di atas tanah tersebut ada 2buah rumah yang telah di bina oleh bapa, dan kedudukan rumah tersebut berada di bahagian tanah saya dan sedikit di bahagian abang saya. bolehkah saya membuat hibah tanah bahagian saya kepada anak saya. untuk pengetahuan tuan, hanya tanah di buat pindah milik oleh bapa saya. rumah tersebut adakah automatik menjadi milik kepada saya atau perlu di buat pindah milik seperti tanah?

    • boleh buat hibah. Saya cadangkan, pn beli bahagian rumah yang dah masuk tanah abang. Sebab ini pon kemudian hari akan jadi isu besar. Sepatutnya masuk dengan rumah sekali, tetapi biarlah berbincang dengan waris lain supaya tak jadi isu kemudian hari. Ayah masih hidupkan? ajak berbincang dengan ayah sekali.

  7. Assalamu’alaikum..bolehkah suami menghibahkan rumah kepada estrinya yang berstatus warga asing?

    Terima kasih

    • wasalam. Dari segi hukum boleh. Cuma bila melibatkan undang-undang sivil takot ada masalah. Jika nak buat boleh, kena semak dulu beberapa perkara sebelum buat hibah supaya tak timbul masalah kemudian hari.

  8. Assalamualaikum.

    Sekiranya terdapat 2 nama di dalam geran tanah (ibu dan bapa saya), boleh kah hibah dibuat kepada saya? Kedua-dua mereka mahu menghibahkan tanah tersebut kepada saya. Adakah ia melibatkan satu dokumen hibah atau dua dokumen hibah? Mohon pencerahan Tuan..

    • Wasalam. Boleh hibah kepada en. tiada masalah. Akan jadi 2 dokumen, sebab pemilik berbeza walaupon dalam satu tanah yang sama. Apa-apa boleh wasap saya 0165577653. Maaf lambat replay sebab baru buka website.

    • Salam Tuan, saya huda dari johor baharu ingin membuat hibah utk rumah teres kepada suami saya warganegara singapura. Saya ada 2 anak lelaki dan 1 org perempuan

      Tapi merujuk kepada geran rumah ada tulisan sekatan kepentingan “tanah yg terkandung dlm hak milik ini tidak boleh dijual atau dipindah milik dgn apa cara sekalipun kepada bukan warganegara/syarikat asing tanpa persetujuan pihak berkuasa negeri”.

      Adakah masih boleh dihibahkan atau bagaimana cara lain utk saya hadiahkan kepadanya selepas kematian saya nanti.

      Terima kasih.

  9. As salam Tuan,

    Selamat Hari Raya.

    Saya nak bertanya hal hibah … selepas tanah mak saya hibahkan kepada saya & adik. Boleh ke kami terus buat hibah bersyarat utk dihibahkan kepada anak anak bila kami tiada nanti?. ada cool period ke utk kami buat hibah baru.

    kalau tidak di hibah jika kami meninggal sebelum sempat di hibahkan harta berbalik pd pemberi.

    Terima kasih Tuan.

    • Wasalam. Selepas hibah tu dah buat atau belum? hehe

      Jika buat dengan saya, pemberi boleh buat pilihan:
      1. Jika penerima meninggal dunia, harta tersebut akan jadi hak pusaka cik. Maka waris cik akan terima bahagian termasuk anak, suami dan ayah.

      2. Jika penerima meninggal dunia, harta tersebut akan berpatah balik jadi hak pemberi semua, harta tersebut tak jadi harta pusaka cik.

      Jika belum buat apa2, maka pemilik harta bebas untuk buat macam mana hartanya. Nak hibah atau tidak. Sebarang soalan boleh wasap saya 0165577653

  10. assalamualaikum sy nk tnye..ayah sy dh meninggal.dn duit insuran cidb name sy.duit tu hanya sy j boleh tuntut duit itu konsep hibah..adkah duit itu hak milik sy atau sy prlu faraid..

    • wasalam. Jika tak silap saya penama yang dinamakan adalah pentadbir bukan pemilik. Jadi cik sebagai pentadbir bagi harta tersebut, jadi perlu difaraidkan. Saya tak pernah dengar duit cidb sebagai hibah. Jika cik ada maklumah sahih boleh kongsi dengan saya. 🙂

  11. Assalamualaikum,
    Saya dan bapa adalah nama bersama untuk rumah yang masih berhutang dengan bank. Mengikut kenyataan sebelum ini bagi harta yang masih ada hutang tidak boleh dihibahkan. Contoh ayah saya bersetuju untuk serahkan rumah kepada saya. Tetapi memandangkan nama bersama memungkinkan ahli keluarga lain layak menuntut. Jadi untuk memudahkan urusan kelak jika salah seorang meninggal dunia perlu ke buat hibah? Terima kasih.

    • Perlu untuk hibah, jika puan mampu beli bahagian ayah itu lebih baik. Jika masing-masing meninggal, bahagian masing-masing ada hak waris faraid. Jika puan ada keluarga, maka 1/2 bahagian milik suami dan anak-anak.

  12. Salam sy nak bertanya.sy anak angkat. Ibu angkat sy ingin buat hibah menyatakan sy boleh tiggal di atas tanah milik anaknya. Sekarang ini tanah atas nama saya disebabkan sy ingin buat loan utk bina rumah diatas tanah itu. Selepas selesai pembayaran loan rumah tanah itu akan bertukar nama anaknya kembali. Adakan rumah itu turut menjadi milik adik sy dan selepas sy dan adik sy meninggal dunia adakan anak2nya boleh menghalau anak2 sy dari rumah itu. Apa perlu sy buat untuk mengekalkan rumah itu milik sy dan tidak dihalau.

    • Saya rasa lebih baik puan beli rumah atau tanah atas nama pn. Jangan amik risiko. Kenapa nak kembalikan kepada anaknya pula? Jika ikut undang-undang, rumah atas tanah, jadi pemilik adalah tuan tanah. Susah nak asingkan, dalam geran tak nyatakan rumah hanya tanah.

      Jadi pendapat saya, beli rumah / tanah sendiri.

  13. Assalamualaikum, sy seorg mualaf, sy telah membeli sbuah rumah loan kerajaan dan potongan melalui slip gaji sy sndri, apakah suami sy layak menuntut rumah trsebut sekiranya kami bcerai atau sy meninggal? dan bagaimana pula dengan keluarga bahagian sy yg bukan Islam?

    • Wasalam.
      1. Jika rumah beli lepas kawin suami layak tuntut harta sepencarian sekiranya cerai hidup atau cerai mati.
      2. Jika pn ada anak waris faraid adalah suami dan anak-anak.
      3. Jika pn nak serah sebahagian harta pn kepada waris bukan islam boleh. Tetapi mesti buat wasiat. Kadar yang akan diterima adalah 1/3 daripada nilai harta puan (keseluruhan). Kereta, rumag, cash dan etc..

    • boleh. mohon berhbung dengan ejen takaful puan. Boleh pilih samada nak manfaat kematian dihibahkan atau melantik wasi bagi wang tersebut.

  14. Salam.
    Saya ingin bertanya, ayah saya mahu menghibahkan rumah beliau yang masih terikat dengan loan kerajaan kepada saya..tetapi dengan syarat (hibah bersyarat) hanya akan menjadi milik saya, selepas kematian beliau.
    Soalan saya,
    1. Bolehkah ayah saya membuat sendiri hibah (tulis sendiri)?
    2.Apakah proses yang perlu dilakukan untuk valid hibah?
    3. Perlukah pengesahan LHDN, Mahkamah Syariah?
    Terima kasaih..

    • wasalam. Doc hibah tak boleh buat sendiri.
      1. Berdasarkan akta profesion guaman 1976, seksyen 37 (2) menyatakan hanya lawyer yang boleh sediakan dokumen ini.
      2. Dokumen yang buat sendiri atau copy paste dimana-mana takot tidak selari dengan undang-undang negara berkaitan seperti Kanan Tanah Negara 1965, Akta Tanah (Penempatan Berkelompok) 1960, Akta Pemilikan Strata 1985, Enekmen Tanah Rezab Melayu dan lain-lain lagi.
      3. Kemungkinan rukun dan syarat hibah tidak diikuti.

      Walaupon dicop oleh pesuruhjaya sumpah atau mereka yang terlibat, takot di tolak. Nak selamat buatlah dengan syarikat amanah.

      Berkenaan isu rumah loan terdapat khilaf antara mazhab, mazhab syafie dan hambali tidak iktiraf harta tidak milik sempurna untuk buat hibah. Manakala bagi mazhab hanaffi dan maliki membenarkan. Jadi disini akan timbul masalah lagi, sebab ia bergantung kepada hakim yang akan menentukan hibah tersebut. Ada yang lepas ada yang tidak lepas.

  15. Salam,
    1) arwah ayah sy dah meninggal dunia dan rumah nama ibu saya. Ibu yang bayar dan sy mendapat tahu arwah juga turut sama terlibat dalam urusan pembelian rumah ini. Sy nak tanya En. rumah ini telah habis bayar dan atas nama ibu saya. Bolehkan rumah ini dihibahkan kepada anak?
    2) Ibu menghibahkan kepada anak sebagai balasan anak duduk dirumahnya ( Perjanjian ibu dan anak).
    Saya musykil dengan kenyataan di seperti Q3 tanpa balasan. Adakah hibah dibenarkan dalam situasi begini?

    Q3 : Apakah itu hibah sebenarnya?
    A : Hibah adalah pemberian harta secara kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki pada masa hidup dan tanpa balasan.

    3) saya tandatangan Hibah kosong di mana sy tak tahu apa2 yg dihibahkan. Soalan saya konsep hibah begini di benarkan dalam Islam? Dalam Islam setiap perkara perlu jelas seperti yang saya tengok Tanyalah Ustaz yang menyatakan Hibah kena jelas.
    Minta pencerahan.Terima kasih.

    • wasalam.
      1. Boleh
      2. Ia mungkin hasrat ibu nak pastikan anda menemaninya. Ia tidak salah disisi syarak, mungkin sebab tiada siapa nak teman ibu en.
      3. Betul hibah macam nie tidak boleh diterima pakai, sebab ijab dan kabul perlu dilaksanakan dengan jelas. Hibah mcm nie boleh dipertikai oleh waris faraid yang lain.

  16. Asslmkm..saya berbelah bagi antara hibah atau buat pindah milik rumah melalui pejabat tanah. Kedua-dua cara pun ada kuat lemahnya. Yang penting pada saya ialah yang mana lebeh mudah dan cepat di uruskan. Minta pandangan tuan.

    • wasalam. Ia bergantung kepada en sebenarnya. Jika:
      1. En mmg nak serah terus pon boleh, tetapi en kena redo selepas pindah milik kepada pemilik baru. Apa-apa yang berlaku ia sudah jadi hak milik pemilik baru. En sudah tiada hak keatas harta.

      2. Jika en nak serah selepas kematian en pon boleh tetapi ijab dan kabul (kontrak) wajib dilaksanakan sekarang. Tambahan lagi en diberi pilihan samada ia akan jadi milik en semula jika penerima meninggal dunia dan tidak akan jadi harta pusaka pemilik baru. Jika dah pindah milik sekarang, jika penerima meninggal ia akan jadi harta pusaka si mati dan akan difaraidkan.

      Jika en boleh bgtaw siapa penerima, umur berapa, status penerima mungkin lebih mudah saya nak huraikan.

      Cuma kebanyakkan yang saya jumpa mereka lebih rela pindah milik selepas mereka meninggal dunia. Ia adalah pendapat saya, tetapi keputusan ditangan en.

  17. Salam encik,

    Mak sy ade serahkan rumah pusaka kepada sy secara lisan. macam mana cara untuk sy dapatkan pengesahan yg sah bhawa rumah tersebut sudah jadi milik sy.

    • kena buat pengesahan hibah di mahkamah syariah. Banyak perkara yang akan dilihat. Semoga berjaya.

  18. Assalamualaikum, saya ingin memohon pencerahan.
    1) Adakah harta hibah perlu dihibah seadil yang boleh yakni salah seorang adik beradik akan mendapat kurang nilainya daripada yang lain?
    2) Ibu saya mempunyai wang tunai yang disimpan di dalam akaun Maybank dan akaun ASB yang baru saja diterima melalui arwah ayah saya. Ibu hendak menghibahkan wang tunai tersebut sebagai hibah bersyarat/tertangguh kepada saya, iaitu selagi ibu saya masih hidup, beliau boleh menggunakan wang tersebut dengan apa carapun. Sekarang ni, adik saya berdua juga tinggal bersama-sama ibu saya dan wang tersebut sedikit sebanyak telah juga digunakan oleh adik beradik saya dengan persetujuan ibu saya. Apakah saya harus menerima sahaja wang tersebut, sekiranya bakinya tinggal tak seberapa sedangkan adik beradik saya tersebut telah mendapat harta hibah yang lain daripada ibu saya dan dalam masa yang sama mereka juga menggunakan wang tunai yang bakal menjadi hak saya kelak. Saya rasakan keadaan ini tidak adil dan teraniaya.

    • wasalam. saya rasa pn pernah call saya. Semoga dipermudahkan segala urusan. Terim kasih sbb call saya.

  19. Salam tuan…
    1. Jika rumah dibeli atas nm isteri…di byr oleh isteri…apa kedudukan rumah tersebut jika suami meninggal?
    Bolehkah keluarga suami tuntut hak sebab pasangan tiada anak lelaki…
    2. Bagaimanakah cara untuk memastikan anak2 dan isteri/suami mendapat hak ke atas rumah tersebut?

    • wasalam.

      1. Suami tiada kena mengena. Hanya jadi pusaka bila pn yang meninggal.
      2. Saya cadang buat deklarasi harta sepencarian kepada suami, jika pn meninggal akan diserahkan kepada suami. Jika nak buat hibah boleh (kepada anak) jika harta tersebut dah selesai loan.

      Jika terdapat sebarang soalan boleh call/wasap: 016-5577653 atau klik link wasap ini: https://wa.me/60165577653

  20. Salam.
    Saya ingin bertanya, ayah saya mahu menghibahkan rumah beliau yang masih terikat dengan loan kerajaan kepada saya..tetapi dengan syarat (hibah bersyarat) hanya akan menjadi milik saya, selepas kematian beliau.
    Soalan saya,
    1. Bolehkah ayah saya membuat sendiri hibah (tulis sendiri)
    2. Bolehkah pengesahan Mahkamah Syariah tanpa menggunakan khidmat peguam?

    • wasalam. lebih baik cik batalkan niat untuk hibah jika dokumentasi buat sendiri. Sebab tak valid. tq

  21. Salam encik Hanafi
    Saya ada anak angkat OKU, harta apa ye boleh dihibahkan?
    Jika nak batal hibah kemudian boleh ke?

  22. Assalamualaikum tuan,saya hanya ada anak perempuan dibawah umur,sekiranya saya membuat hibah bersyarat Dan menjdkan isteri saya sbagai Pmgang Amanah slps kmatian saya,Adakah ianya sah seandainya Surat hibah tersebut ditandatangani Peguam serta saksi.tanpa pengesahan Dr mahkamah syariah.t.kasih..

    • Wasalam. Saya cadang en buat dokumen yang sah disisi undang-undang melalui lawyer atau syarikat amanah. Lebih baik syarikat amanah kerana mereka specialist dalam bidang perundangan.

      Saya wakil dari sayarikat amanah, setakat ini kami buat tiada masalah berkenaan anak bawah umur dan selari dengan undang-undang sivil dan syariah. Jika perlukan khidmat nasihat boleh call atau wasap link ini: https://wa.me/60165577653

  23. Assalamualaikum,

    Saya banyak membeli insurans untuk diri saya dan suami. Suami pernah bercerai dan ada anak-anak bersama pasangan terdahulu. Saya baru dapat tahu (sebenarnya baru faham) bahawa nominee pada insurans hanya sebagai pemegang amanah dan bukan penerima.

    Soalan saya, bagaimana cara untuk saya/suami hibahkan semua insurans tersebut supaya nominee adalah penerima hibah. Untuk makluman, semua insurans suami, saya adalah pemegang polisi dan suami hanya orang yang dilindungi. Saya risau jika apa-apa berlaku pada suami, semua insurans yang saya beli akan difaraidkan.Dalam kes ini, adakah saya layak mendapat sepenuhnya pampasan suami?

    Dan saya juga berniat untuk serahkan pampasan insurans majoriti saya kepada suami dan anak-anak (supaya suami dapat menguruskan anak-anak) selain kepada ibu-bapa saya.

    Bagaimana cara untuk memastikan semua pampasan insurans dan harta saya/suami diberi kepada orang yang diberi hibah?

    • wasalam.
      1. Jika takaful masih boleh ubah kepada penerima hibah. Hanya perlu call ejen untuk isi borang penamaan, untuk kemaskini.
      2. Jika insurans, juga boleh tapi saya pn perlukan dokumen sampingan untuk menyerahkan pampasan kepada penerima. Dokumen ini dinamakan Pri-ti. Ia disediakan oleh syarikat amanah, syarikat amanah akan menyerahkan pampasan bila berlaku kematian kepada penerima yang pn nyatakan.

      Kelebihan dibuat dokumen ini:
      1. Boleh meletakkan penerima gantian
      2. Boleh meletakkan pembahagian bersyarat
      3. Boleh meletakkan arahan untuk pembayaran berperingkat atau membentuk tabung amanah untuk jangka masa panjang.
      4. Mengawal perbelanjaan suami/isteri atau anak-anak.
      5. Mengelakkan pergaduhan antara ahli waris.
      6. Pengagihan wang polisi kepada anak sekiranya mereka masih dibawah umur (18tahun) semasa kematian pemilik polisi.

      Boleh hubungi saya untuk dibantu 0165577653

      Atau klik link wasap: https://wa.me/60165577653

  24. Salam,
    Apabila hibah dibuat adakah Kita masih perlu bayar Cukai harta pusaka? Jika Ada berapa peratus?.

    • jika hibah cukai akan dikenakan oleh LHDN. En boleh download apps ini EASYLAW utk kirakan cukai yang dikenakan.

  25. Assalam encik..
    Saya nak tanya berkenaan hibah.
    Saya dan suami baru beli rumah tak sampai setahun dan rumah atas nama kami berdua. Rumah ada ambil takaful. Boleh tak suami nak buat hibah rumah atas nama saya?

    • wasalam. Setakat ini syarikat saya xbuat lagi bagi hibah harta bercagar. Tapi tak pasti akan datang. Esok (26hb Jan 2021) kami ada meeting berkenaan hibah harta bercagar. Jika ada boleh saya akan maklum semula. TQ

  26. Salam, tuan duduk mana?sy nak cerita Kat dlm nie agak rumit.. Kalau boleh saya nak jmpa Dan mntak pandang an n jwapan..

  27. Salam en hanaffi, saya nak tanya dengan lebih lanjut mengenai proses hibah hartanah bercagar, sebab saya ada baca untuk hibah ni, kena dapat consent daripada pemegang gadaian.

  28. Salam en hanaffi, saya nak tanya, kalau saya memilih untuk membuat hibah amanah kerana benefisiari yang masih bawah umur dan kurang upaya. Siapakan yang akan menandatangani pengisytiharan hibah dan perjanjian persetujuan hibah tersebut? adakah kanak kanak terseut atau pemegang amanah?

    • wasalam.

      Kalau hibah bersyarat, wali mal kena sign. Bapa kandung dia.

      Kalau hibah mutlak, tak payah sign. Hanya penghibah sain.

  29. assalam
    saya ingin bertanya boleh ke rumah joint loan hendak dihibahkan kepada anak angkat saya yang bawah umur
    apa prosedur jika saya hendak menghibahkan harta bercagar kepada anak angkat yang bukan warganegara

    • Wasalam. boleh

      syarat joint loan, mesti ada mrta/mrtt yang cover penuh nama penghibah. Saya anggap rumah 2 nama, 2 loan.

      contoh pn yang nak buat hibah, jadi mrta/mrtt mesti cover penuh atas nama pn. Loan 25 tahun, sijil mrta/mrtt juga 25 tahun.

      dokumen yang diperlukan:
      – salinan ic penghibah
      – maklumat diri penerima
      – salinan sijil mrta/mrtt (boleh dapatkan dari bank jika tiada)
      – facility agreement
      – sales and pruchase agreement
      boleh serah dlm bentuk pdf atau hardcopy.

  30. assalamualaikum
    sambungan dari persoalan sblm ini pasal hibah harta bercagar.mengenai MRTT/MRTA .semasa saya buat loan dengan bank,bank hanya tawarkan saya untuk 15 tahun sahaja dan selebihnya baki 10 thn lagi( loan 25 tahun) saya terpaksa bayar sendiri untuk sambung lagi 10 tahun tu.adakah saya memenuhi syarat hibah bercagar.tq

    • wasalam. tak memenuhi syrat hibah harta bercagar.

      Tak layak jika nak bat hibah kepada anak. Tetapi jika pn berhasrat nak serah pd suami, saya boleh cadangkan dokumen harta sepencarian. Dokumen ini tak perlu syarat mrta/mrtt.

      apa2 boleh whatsapp saya 0165577653

LEAVE A REPLY

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!