Soalan lazim hibah

Update 06 Feb 2021 – Harta Rumah Bercagar.
Update 27 Jun 2020 – Hibah Rumah Tidak Bercagar.

Pihak kami menyediakan hibah harta tidak bercagar dan hibah harta bercagar. Sila baca sehingga habis bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas sebelum membuat keputusan untuk menghibahkan harta. Terima kasih.

Q1 : Saya nie perlu buat wasiat atau hibah? Sebab ramai orang kempen hibah, saya agak keliru.
A : Ia bergantung kepada kondisi tuan / puan. Jika tuan / puan dalam kategori dibawah, maka hibah digalakkan.

  • Ada anak perempuan sahaja
  • Ada anak angkat
  • Pasangan yang tiada anak
  • Individu yang belum berkahwin
  • Individu yang berpoligami
  • Mualaf yang ingin berikan harta kepada keluarganya yang belum Islam
  • Membeli harta secara bersama
  • Individu yang ingin berikan hartanya kepada sesiapa yang diingini
  • Ahli perniagaan
  • Jemaah haji
  • Individu yang berkahwin semula

Q2 : Siapakah yang paling kritikal untuk buat hibah?
A : Mereka yang tidak mempunyai waris faraid lelaki sebagai pendinding . Sekiranya tuan hanya ada anak perempuan, maka sebahagian harta tuan akan diwarisi oleh adik-beradik tuan.

Q3 : Apakah itu hibah sebenarnya?
A : Hibah adalah pemberian harta secara kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki pada masa hidup dan tanpa balasan.

Q4 : Apakah harta yang boleh dihibahkan?
A : Harta seperti :

  • Hartanah
  • Unit trust
  • ASB
  • AHB
  • Fixed Deposit
  • Akaun simpanan emas (bukan barang kemas)
  • Tabung Haji – tanpa penamaan
  • Syarikat

Q5 : Apakah terdapat harta yang tidak boleh dihibahkan?
A : Ada, seperti berikut :

  • Harta diluar Malaysia
  • KWSP
  • Harta yang mempunyai susut nilai contoh kereta
  • Harta yang tak berdaftar seperti barang kemas, lukisan mahal, etc.
  • Harta yang dilarang syarak

Q6 : Adakah duit bank akan terus terbeku jika pemilik meninggal dunia?
A : Tidak. Pihak bank tidak akan bekukan duit si mati melainkan waris memaklumkan kepada bank atau terdapat transaksi yang mencurigakan. Boleh jadi waris mengeluarkan wang simati secara maxsima sebanyak 3 kali, bank call tiada jawapan. Maka bank akan sekat transaksi seterusnya.

Setakat ini, sistem JPN tiada link secara terus dengan bank.  Hanya link secara terus dengan JPJ sahaja, maka hanya boleh renew insurans sebanyak selama 3 tahun. Lepas tu JPJ akan minta surat kuasa.

Q7 : Adakah boleh hibah harta bercagar?
A : YA Boleh. Tetapi ada beberapa syarat yang harus dipenuhi untuk buat hibah harta bercagar. Teruskan membaca.

Q : Apakah syarat yang tetapkan oleh syarikat jika nak buat hibah harta bercagar?
A : Antara syarat utama adalah:

  • Pemberi Hibah MESTILAH menulis Wasiat dan melantik syarikat sebagai Wasi Utama.
  • Syarikat dilantik sebagai Pemegang Amanah Gantian di dalam Deklarasi Hibah dan Penerima Kuasa Wakil (Attorney).
  • Dokumen ini dinamakan PRI HIBAH iaitu dokumen Deklarasi Hibah dan Surat Kuasa Wakil.

Antara Syarat-syarat Hibah bagi Harta Bercagar:

(i) Pri Hibah bagi Harta Bercagar hanya terpakai untuk HIBAH DUA HALA sahaja (Hibah yang boleh dibatalkan). Benefisiari atau Penjaga HartamBenefisiari (Bapa atau Bapa Kepada Bapa (datuk) perlu menjadi pihak serta menandatangani Deklarasi Hibah.

(ii) Penghibah mestilah PEMILIK BERDAFTAR bagi harta bercagar tersebut dan pembiayaan/pinjaman bagi harta tersebut di atas pemilik berdaftar tersebut. (Bentuk pinjaman yang diterima adalah Pinjaman Perumahan, Pinjaman Bertempoh (Term Loan) atau Pinjaman Tetap (Fixed Loan)

(iii) Keseluruhan jumlah pinjaman dijamin oleh TAKAFUL ATAU INSURANS (Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) atau Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA)) dan ia melindungi keseluruhan tempoh pinjaman. Jika tempoh pinjaman adalah 20 tahun maka MRTT atau MRTA tersebut mestilah melindungi tempoh 20 tahun tersebut.

(iv) Benefisiari (penerima hibah) akan menerima harta hibah bercagar beserta bebanannya. Oleh itu jika terdapat baki/tunggakan pinjaman maka Benefisiari atau Penjaga Harta wajib menyelesaikannya sebelum pindah milik boleh dilaksanakan kepada Benefisiari selepas Penghibah meninggal dunia.

(v) Surat Pemberitahuan mengenai Hibah Harta Bercagar akan diberikan kepada institusi yang memberi pinjaman. Pihak syarikat akan menyediakan surat ini dan menguruskan penghantarannya dan Pemberi Hibah perlulah menandatangani surat tersebut bersama dokumen Deklarasi Hibah beliau.

(vi) Pemberi Hibah dan Penerima Hibah yang dibenarkan adalah seperti berikut bagi hibah harta bercagar:

  1. Milikan Tunggal (1 nama dan 1 pemimjam), maka boleh dihibahkan kepada sesiapa yang diingini.
  2. Milikan Bersama (2 nama dan 1 peminjam), maka pemilik yang buat pinjaman sahaja yang boleh buat hibah kepada sesiapa yang dia ingini.
  3. Milikan Bersama (2 nama dan 2 peminjam), maka hibah antara mereka sahaja dibenarkan.

(vii) Kesemua dokumen-dokumen berikut adalah wajib disertakan dan as-Salihin hanya akan meluluskan dan memproses arahan Pri Hibah jika dokumen-dokumen berikut lengkap.

Q : Adakah hibah ini boleh dibatalkan?
A : Hibah ini mempunyai 2 kategori:

  • Bersifat boleh dibatalkan
    • Pemberian daripada ibu bapa kepada anak.
    • Pemberian daripada datuk kepada cucu

  • Bersifat Tidak Boleh Dibatalkan
    • Pemberian kepada selain daripada anak dan cucu. Jika pembatalan berlaku tanpa persetujuan benefisiari maka benefisiari boleh menuntut nilai harta hibah tersebut daripada penghibah atau harta pusaka beliau.

Ia bergantung kepada anda, pihak kami boleh menyediakan pilihan seperti dibawah:

Pilihan 1 : Penerima Hibah dewasa dan bawah umur 18 tahun.
Tiada klausa Penerimaan dan Persetujuan untuk kembalikan aset sekiranya Penerima Hibah meninggal dunia dahulu. Maka harta tersebut akan pusaka penerima. Hibah tidak dibatalkan.

Pilihan 2 : Penerima Hibah dewasa.
Ada klausa Penerimaan dan Persetujuan oleh Penerima Hibah untuk kembalikan aset sekiranya beliau meninggal dunia dahulu. Maka Harta akan dikembalikan kepada Pemberi Hibah. Hibah akan terbatal.

Pilihan 3 : Penerima Hibah bawah umur 18 tahun.
Ada klausa penerimaan dam Persetujuan oleh Penjaga harta untuk kembalikan aset sekiranya Penerima Hibah meninggal dunia dahulu. Klausa ditandatangani oleh Penjaga. Maka Harta akan dikembalikan kepada Pemberi Hibah. Hibah akan terbatal.

Q : Boleh En Hanaffi terangkan, adakah terdapat perbezaan Pilihan (1-3) antara harta tidak bercagar dan harta bercagar?
A : Ok, bagi harta tidak bercagar, mereka boleh memilih mana-mana pilihan 1, 2 atau 3.

Bagi harta bercagar pula, WAJIB (mandatori) memilih pilihan 2 atau 3 sahaja, iaitu hibah akan terbatal jika penerima meninggal terlebih dahulu. Ini kerana pihak kami tidak dapat melakukan pindah milik kerana pemberi masih hidup dan loan rumah masih berjalan (belum selesai lagi).

Berbeza dengan rumah harta tidak bercagar, walaupun pemberi masih hidup. Kami boleh menjalankan proses tukar milik kepada waris-waris penerima hibah.

Q : Adakah terdapat perbezaan antara hibah harta tidak bercagar dengan hibah harta bercagar?
A : Perbezaan utama adalah dari segi harta itu sendiri. hehe. Gurau jer.

Perbezaan ini berlaku apabila anda memilih untuk hibah boleh dibatalkan atau tidak boleh dibatalkan.

a) Pihak-Pihak di dalam Deklarasi Hibah.

  • Hibah tidak boleh dibatalkan: Antara Pemberi Hibah dan pihak syarikat sahaja.

  • Hibah boleh dibatalkan: Antara Pemberi Hibah, Benefisiari Hibah atau Penjaga Harta (sekiranya benefisiari di bawah umur) dan pihak syarikat.

b) Penerimaan Hibah

Hibah tidak boleh dibatalkan: Penerimaan hibah oleh benefisiari melalui cara menerima sebahagian Manfaat yang ada dalam Harta Hibah sepanjang tempoh amanah- ( Al Qabd ). Tanggung jawab Pemberi Hibah untuk menyerahkan manfaat tersebut kepada Benefisiari .

Hibah boleh dibatalkan: Penerimaan Hibah dilakukan oleh benefisiari secara bertulis. Benefisiari juga bersetuju untuk tidak menerima sebarang manfaat harta hibah sepanjang tempoh amanah serta bersetuju bahawa Pemberi Hibah menikmati manfaat tersebut.

c) Implikasi apabila Benefisiari meninggal dunia dahulu dan Pemberi Hibah Masih Hidup.

Hibah tidak boleh dibatalkan: Harta Hibah akan menjadi Harta Pusaka Benefisiari tetapi Pindah milik kepada pusaka benefisiari hanya akan dilaksanakan setelah Pemberi Hibah meninggal dunia.

Hibah boleh dibatalkan: Harta Hibah akan kekal menjadi milik Pemberi Hibah.

Q8 : Harta dihibahkan semasa hidup atau selepas mati?
A : Dokumentasi dibuat pada waktu hidup. Pelaksanaan pindah milik akan dilaksanakan selepas kematian.

Q9 : Adakah hibah boleh dicabar?
A : Hibah boleh dicabar jika pemberian itu tidak jelas. Boleh jadi dokumen yang disediakan tidak selari dengan undang-undang. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada keputusan hakim mahkamah syariah, ia bidang kuasa mahkamah syariah untuk memutuskan kedudukan hibah tersebut.

Setakat artikel ini dikemaskini, hibah harta tidak bercagar tidak pernah dicabar dimahkamah lagi. Pindah milik dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Q10 : Adakah hibah harta tidak bercagar atau harta bercagar perlu mendapatkan persetujuan ahli waris?
A : Tidak, selepas penghibah meninggal dunia. Pihak syarikat akan terus pindah milik kepada penerima hibah.

Q11 : Arwah ayah telah membuat dokumen hibah menyerahkan rumah tersebut kepada saya. Tetapi sekarang saya telah dihalau oleh adik-beradik. Bagaimana nak buat?
A : Dokumen hibah mesti disahkan oleh Mahkamah Syariah bagi menguatkuasakan hibah tersebut. Jika berlaku kes begini, puan disarankan melantik peguam untuk membantu puan dalam proses perundangan.

Q12 : Saya nak buat hibah di akaun KWSP boleh tak? Sebab, adik beradik suami asyik tanya, siapa penama bagi wang suami. Saya risau la.
A : Setakat ini, KWSP tidak menawarkan produk hibah. Jika lantik penama, tugas penama adalah pentadbir (wasi) yang perlu membahagikan wang KWSP kepada ahli waris nanti.

Q13 : Jika saya (isteri) buat hibah semasa hidup dan menyerahkan kepada harta tersebut kepada suami. Andai kami bercerai, adakah rumah tersebut saya boleh ambil semula?
A : Tidak boleh. Hibah yang boleh ditarik balik hanya hibah bapa / ibu kepada anak atau datuk / nenek kepada cucu. Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada perbincangan dan persetujuan bersama antara penghibah dan penerima. (Kes ini adalah bagi harta tidak bercagar sahaja).

Q14 : Jika anak saya bawah umur macam mana?
A : Boleh hibah secara hibah Amanah, ia akan dipindah milik apabila anak berumur 18 tahun kelak.

Q15 : Berapa kos untuk dokumen hibah?
A : Anggaran RM3+++

Q16 : Murah juga RM3+++ ya?
A : Jika anda buat harta hibah tidak bercagar, anda perlu buat wasiat juga. Hibah adalah untuk aset-aset tertentu sahaja. Aset-aset yang tidak dihibahkan perlu juga diuruskan dengan baik. Dan melalui wasiatlah aset-aset ini serta hutang piutang akan ditadbir dan diagihkan. Kami akan membuat pentadbiran harta pusaka secara keseluruhan.

Pihak syarikat akan uruskan keseluruhan harta si mati agar semua hutang dapat diselesaikan  dan diagihkan. Tanpa wasiat ada kemungkinan aset lain dan hutang akan dibiarkan serta tidak diuruskan dengan baik oleh pihak waris.

Hibah adalah pengagihan semata-mata dan ia tidaklah menyelesaikan pentadbiran harta pusaka secara total. Sebab itu perlu wasiat juga.

Q17 : Adakah terdapat fi lain?
A : Ada. Fi ini akan dikenakan selepas penghibah meninggal dunia. Saya akan buat pengiraan bagi mudah faham. Jika tak faham maklum saya boleh buat kiraan kasar untuk anda.

a) Fi pusaka / wasiat:

Nilai harta Fi
Nilai harta RM1,000,000.00 pertama 1.8%
Nilai harta antara RM1,000,001.00 hingga RM10,000,00.00 1.0%
Nilai harta antara RM10,000,001.00 hingga RM40,000,000.00 0.5%
Nilai harta RM40,000,001.00 dan keatas 0.25%

b) Fi hibah harta alih:

Nilai harta Fi
Nilai harta RM1,000,000.00 pertama 0.75%
Nilai harta antara RM1,000,001.00 hingga RM10,000,00.00 0.5%
Nilai harta antara RM10,000,001.00 dan keatas 0.25%

c) Fi hibah harta tak alih – RM2,000.00 bagi setiap lot / geran. Jika 2 tanah dan 2 rumah. Maka 4 x RM2,000

d) LHDN & Lawyer – anggaran 3%

Contoh, selepas dinilai aset semasa meninggal adalah RM2 juta. Pecahan seperti berikut:

  1. Aset dalam wasiat RM1,000,000
  2. Aset hibah harta alih (selain hartanah) bernilai RM500,000
  3. Aset hibah harta tak alih (rumah / tanah) bernilai RM500,000 – 1 rumah

Jom kita kira berapa anggaran fi yang dikenakan adalah:

a) RM1,000,000 x 1.8% = RM18,000

b) RM500,000 x 0.75% = RM3,750

c) RM2,000 bagi 1 lot rumah

d) RM500,000 x 3% = RM15,000

Total a + b + c + d (RM18,000 + RM3,750 + RM2,000 + RM15,000) = RM38,750 bagi aset bernilai RM2,000,000

Nota : Fi yang dikenakan berdasarkan nilai semasa meninggal. Bukan nilai semasa dokumentasi ini dibuat.

Q18 : Bagaimana nak buat hibah?
A : Hubungi saya Hanaffi Idris 016 5577 653 untuk penerangan lanjut.

Q19 : Apakah dokumen yang perlu saya sediakan?
A : Tahniah. Sediakan:

  • Ic anda
  • Ic penerima
  • Akaun Bank – Nama Bank, No. Akaun
  • Unit Amanah – Nama syarikat Unit Amanah, No. Akaun
  • Saham & Sekuriti di Bursa Malaysia – No. Akaun CDS
  • Saham Koperasi – Nama Koperasi, No. Ahli
  • KWSP – No. Ahli
  • Polisi Insurans & Takaful – Nama syarikat, No. Polisi
  • Rumah / Kondominium/ Pangsapuri/ Lot Kedai – Alamat
  • Tanah – H.S. (M) No, P.T. No, Lot No, Mukim, Daerah, Negeri
  • Kereta / Motor / Bot / Kapal Peribadi – Jenis kenderaan, No. Pendaftaran
  • Saham dalam perniagaan – Nama syarikat, No. Pendaftaran
  • ‘Safe Deposit Box’ – Nama Bank, No. Peti Simpanan
  • Keahlian Kelab (yang boleh diwarisi) – Kelab, No. Ahli

Nota: Sedia yang mana berkaitan saja. Setiap yang berkaitan 1 salinan saja diperlukan. Pastikan salinan jelas.

Q20 : Tuan, Sales and Purchase Agreement nak fotostat semua ke?
A : Dah ada geran, tak perlu dah. Jika harta masih bercagar perlu salinan sales and purchase agreement.

Q21 : Apakah jenis hibah yang ada dipasaran?
A : Terdapat 3 jenis iaitu

  • Hibah Mutlak
  • Hibah Amanah
  • Hibah Bersyarat

Q22 : Apakah perbezaan hibah diatas?
A : Jawapannya adalah seperti berikut :

Hibah Mutlak :
Hibah mutlak adalah dengan cara melaksanakan pemberian secara terus daripada penghibah kepada penerima hibah. Sebagai contoh : Bapa menghibahkan sebuah rumah kepada anaknya dan terus melaksanakan pindah milik (Borang 14A KTN) kepada nama anak.

Hibah Amanah :
Hibah amanah ialah pemberian secara terus oleh penghibah kepada penerima hibah tetapi penerima hibah belum / tidak berkelayakan memiliki harta tersebut. Oleh itu, badan berautoriti akan bertindak sebagai pemegang amanah bagi harta tersebut. Contohnhya penerima hibah adalah anak OKU atau kanak-kanak. Maka penghibah melantik pemegang amanah bagi menjaga harta tersebut sehingga anak berumur 18 tahun.

Hibah Bersyarat :
Hibah bersyarat adalah pemberian harta semasa hidup oleh penghibah kepada penerima hibah tetapi penghibah membuat syarat yang dipersetujui oleh penerima hibah contohnya; pemberi hibah masih ingin duduki harta hibah sehingga dia meninggal dunia.

Q23 : Tuan boleh huraikan tentang pelaksanaan hibah? Contoh dari segi dokumentasi dan apa-apa yang berkaitan?
A : Sebaik tuan mengisi borang hibah dan membuat bayaran, kami akan menyediakan Dokumen Perisytiharan Hibah. Dokumen tersebut antara lain akan mengandungi lafaz niat pemberi dan penerima hibah. Pihak kami akan melaksanakan pindah milik hibah selepas kematian penghibah.

Prosedur lepas dapat deposit dan document lengkap :

  1. Isi info dan upload dokumen melalui portal.
  2. Dah lengkap, submit / send via portal.
  3. Drafter / Legal Dept akan bagi draf Wasiat dan Hibah dalam masa 3-5 hari bekerja.
  4. Saya akan hantar draf melalui email atau whatsapp.
  5. Client semak draf jika ada kesilapan / perubahan / penambahan, saya akan amend. Tunggu 2nd draf.
  6. Dah ok, sesi tandatangan. Anda boleh bawa 2 saksi atau saya yang akan sediakan saksi. Bergantung kepada perbincangan nanti.

Nota: Jika ada hibah, saya akan bawa seorang lawyer civil sebagai saksi dan tandatangan Surat Kuasa Wakil.

Q24 : Saya hibahkan rumah kepada isteri, andai bercerai adakah hibah tersebut masih berkuatkuasa?
A : Hibah mutlak akan terus berkuat-kuasa.

Q25 : Jika saya hibahkan kepada 4 orang anak dengan 25% setiap orang. Katalah saya melahirkan seorang anak lagi. Bolehkah saya tukar kepada 20% setiap orang?
A : Boleh dengan membatalkan (menarik balik) hibah yang lama dan buat hibah yang baru.

Q26 : Ada ke akta hibah? Apa kaitan antara perlembagaan persekutuan dan enakment pentadbiran agama islam (negeri Selangor) 2003?
A : Akta hibah telah didraf tetapi belum dibentangkan dalam parlimen. Kaitan perlembagaan persekutuan dan enakment pentadbiran agama islam 2003 adalah hal ehwal hibah dibawah bidang kuasa negeri dan kuasa mahkamah syariah diperuntukan dibawah sek 61(3) epains iaitu pemberian dan alang marad al maut.

Q27 : Jadi hibah yang tuan buat nie macam mana?
A : Hibah harta tidak bercagar dan harta bercagar.

Q28 : Jika loan atas nama suami, tapi isteri yang bayar. Isteri boleh buat hibah?
A : Maknanya harta atas nama suami. Isteri tak boleh buat hibah sebab bukan milik mutlak isteri.

Q29 : Kenapa tak boleh buat hibah sedangkan isteri yang bayar?
A : Banyak kes macam nie. Tetapi undang-undang Malaysia akan lihat dokumen / konstruktif. Yang penting harta atas nama siapa.

Bila meninggal isteri kena buat tuntutan untuk membuktikan harta itu dia yang bayar. Jika pejabat pusaka nampak longgar, harta tersebut tetap milik suami. Jika dia berjaya convince pejabat pusaka yang dia yang bayar, maka harta tersebut tak akan jadi pusaka. Ia boleh dituntut terus turun milik kepada isteri. Sangat rumit kes macam nie. Banyak kes yang tak dapat convince sebab dia hanya bagi keterangan verbal sahaja. Tiada bukti yang kukuh.

Q30 : Jika rumah masih berhutang dan tak de MRTT/MRTA. Tapi ada sijil takaful life yang boleh cover loan rumah. Boleh terima buat hibah?
A : Tak boleh.

Q31 : Jika MRTT/MRTA hanya cover 50%, tapi dah bayar 70% loan. Terima tak?
A : Perlu rujuk syarat hibah harta bercagar.

Q32 : Jika buat pengyistiharan hibah kepada isteri. Kerajaan beli rumah untuk buat highway macam mana?
A : Jika kerajaan ambil, lupuslah harta tu. Tetapi harta itu tetap hak isteri jika terima pampasan bagi hibah mutlak. Bagi hibah bersyarat ia bergantung kepada kondisi perjanjian yang dibuat.

Q33 : Jika buat wasiat atau hibah. Loan dah lepas tapi kunci belum dapat boleh ke?
A : Wasiat boleh. Hibah tak boleh.

Q34 : Rumah hibah kepada isteri. Rumah milik suami, boleh refinance tak?
A : Boleh.

Q35 : Betul ke jika selepas 7 tahun harta tak dituntut. File akan dilupuskan? Maksudnya harta akan terus dibekukan?
A : Selepas 7 tahun berada di pendaftar wang tak dituntut, duit akan lupus menjadi hasil negara.

Q36 : Jika rumah dah abis loan. Tapi nak di pindah milik lepas mati boleh tak?
A : Boleh tetapi dokumentasi hibah perlu berlaku semasa hidup dengan Surat Kuasa Wakil (Power of Attorney) pihak syarikat akan pindak milik kepada penerima hibah selepas menerima berita kematian penghibah.

Q37 : Jika buat Dokumen Pengisytiharan Hibah kepada isteri. Lepas tu suami jual rumah tersebut. Adakah duit hasil jualan rumah akan diserahkan kepada isteri? Atau hibah akan terbatal?
A : Ya perlu serah kepada isteri sebab rumah itu hak isteri melainkan isteri rela untuk dilepaskannya.

Q38 : Saya dan suami nak beli rumah di Jalan Kebun Shah Alam. Kawasan rumah tu hanya rezab melayu sahaja. Masalah sekarang saya asal dari Sabah suami Kelantan jadi rumah tu hanya boleh letak nama suami sorang sahaja. Saya nak tanya sekiranya suami saya meninggal adakah rumah tu jadi milik saya kalau suami dah letak nama pewaris atas nama saya?
A : Jika ada sekatan. Ia akan tertakluk kepada sekatan tersebut.

Q39 : Adakah boleh hibahkan kepada isteri warga asing?
A : Kena tengok sekatan tanah. Kalau tanah rezab melayu, tanah bumiputera. Tak boleh. Pemilikan tanah untuk warga asing juga tertakluk kepada nilai harta min RM600k jika tak silap yang terkini. Kurang pada tu, tak boleh.

Dari segi jadi Pemegang Amanah pun, kena tengok sekatan kepada geran juga dulu.

Jika hartanah tersebut dijual dan hasil jualan boleh diserahkan kepada isteri warga asing.

Q40 : Bolehkah hibah tanah pertanian kurang satu (1) ekar?
A : Boleh, tetapi mesti kepada seorang saja dan nama mesti ada dalam geran.

Q41 : Hibah yang dibuat oleh TH adalah hibah mutlak. Jika penerima hibah mati bagaimana?
A : Jika penerima hibah mati dahulu sebelum pemberi hibah, maka waris faraidnya ada hak atas harta tu.

Q42 : Boleh hibah kepada 3 nama atas 1 rumah?
A : Boleh, satu lot harta boleh dihibahkan kepada lebih dari seorang.

Q43 : Adakah pihak tuan terima hibah rumah yang masih liabiliti (rumah tersebut dilindungi takaful)?
A : Ya, boleh, tetapi perlu penuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat.

Q44 : Jika hibah kepada anak bawah umur boleh?
A : Boleh. Lantik pemegang amanah sehingga dia berumur 18 tahun.

Q45 : Jika saya nak batalkan hibah kepada anak, adakah perlu tunggu anak saya berumur 18 tahun dan perlu mendapat persetujuannya?
A : Bila-bila saja boleh dan tak perlu tunggu mereka umur 18 tahun.

Q46 : Jika hibah harta bercagar. Hak milik akan pindah selepas penghibah mati kan?
A : Ya. Akad pemberian hibah disempurnakan dahulu. Proses turun milik adalah selepas kematian.

Q47 : Jika penerima hibah meninggal bagaimana?
A : Pihak syarikat menyediakan beberapa pilihan kepada anda, iaitu:

Pilihan 1 : Penerima Hibah dewasa dan bawah umur 18 tahun.
Tiada klausa Penerimaan dan Persetujuan untuk kembalikan aset sekiranya Penerima Hibah meninggal dunia dahulu. Maka harta tersebut akan pusaka penerima.

Pilihan 2 : Penerima Hibah dewasa.
Ada klausa Penerimaan dan Persetujuan oleh Penerima Hibah untuk kembalikan aset sekiranya beliau meninggal dunia dahulu. Maka Harta akan dikembalikan kepada Pemberi Hibah.

Pilihan 3 : Penerima Hibah bawah umur 18 tahun.
Ada klausa penerimaan dam Persetujuan oleh Penjaga harta untuk kembalikan aset sekiranya Penerima Hibah meninggal dunia dahulu. Klausa ditandatangani oleh Penjaga. Maka Harta akan dikembalikan kepada Pemberi Hibah.

Q48 : Saya nak buat hibah pada tanah saya, sebab hubungan saya dengan keluarga suami tak berapa mesra. Ada isu sikit.
A : Ya, boleh, tetapi perlu penuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat.

Q49 : Kalau kita dah hibahkan rumah bermakna dah jadi milik anak-anak atau bila kita dah meninggal baru jadi milik mereka? Akak plan nak hibahkan sekarang tapi sementara masih hidup biarlah akak yang ambil sewa rumah tu dahulu untuk kegunaan akak sebab akak tak bekerja tapi bila mati baru jadi milik anak, boleh ke macam tu?
A : Jika kita hibahkan, maka akan menjadi milik anak-anak. Proses turun milik boleh dilakukan selepas meninggal dunia. Puan boleh nyatakan syarat bahawa selagi hidup, puan masih ingin menikmati harta yang telah dihibahkan tersebut. Puan boleh nyatakan syarat dan dipersetujui oleh penerima hibah.

Q50 : Bagaimana dan apakah jenis harta yang boleh terus dihibahkan kepada anak angkat saya? Saya runsing kalau saya dah tak ada. Anak angkat saya akan hidup merempat. Saya takut manalah tau, pasal harta adik beradik berebut. Kesian kat anak saya nanti.
A : Puan boleh hibahkan rumah atau mana-mana harta tak alih melalui kami. Bagi harta alih lain, seperti wang tunai, puan boleh hibahkan terus dengan memasukkan ke dalam akaun anak angkat tersebut. Untuk makluman puan, pada masa ini di pasaran, ada beberapa institusi kewangan yang telah wujudkan produk hibah seperti Tabung Haji, ASB dan Takaful.

Q51 : Adakah hibah yang dibuat akan terikat dengan akta tanah?
A : Hibah akan terikat dengan undang-undang berkaitan tanah seperti GSA 1960 sekiranya tanah tersebut adalah tanah felda atau tanah berkelompok.

Q52 : Saya ibu kepada 2 orang anak perempuan. Apa yang perlu dilakukan untuk memastikan rumah milik saya menjadi milik anak-anak saya. Rumah saya guna loan kerajaan dan masih tinggal 12 tahun pembayaran.
A : Ya, boleh, tetapi perlu penuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat.

Q53 : Adakah dokumen hibah yang dibuat selari dengan undang-undang?
A : Ya. Selari dan dikuatkuasakan dengan peruntukan dalam Kanun Tanah Negara 1965 (KTN), Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, Akta Hakmilik Strata 1985, Enakmen rezab melayu negeri-negeri dan undang-undang lain yang berkaitan.

Q54 : Apakah peranan peguamcara dalam pelaksanaan hibah hartanah bercagar?
A : Berdasarkan seksyen 37(2) Akta Profession Guaman 1976, hanya peguamcara mempunyai kelayakkan untuk menyediakan dokumen yang berkaitan harta tak alih dan pengamanahan. Peguamcara mesti memastikan dokumen hibah hartanah adalah sah dan berkuatkuasa.

Peranan peguamcara adalah:

  • Memastikan mereka memahami dan mengetahui kesan hibah hartanah yang dibuat keatas harta tersebut.
  • Memastikan dokumen yang disediakan mengikut kehendak anak guam.
  • Memastikan pihak-pihak terlibat melaksanakan segala syarat bagi menjadikan hibah tersebut sah.

Q55 : Jika syarikat amanah gulung tikar macam mana?
A : Jika cik buat dengan syarikat persendirian/lawyer berbeza dengan syarikat amanah. Syarikat amanah nak tutup bukan boleh suka-suka nak tutup. Ia perlukan kebenaran dari mahkamah baru syarikat amanah boleh tutup. Selagi tiada sebab yang muhasabah, maka ia tak boleh tutup sesuka hati.

Bagi syarikat persendirian/lawyer sangat risiko andai tutup, boleh tutup tanpa perlu kebenaran mahkamah.

Tambahan lagi, dokumen wasiat/hibah yang original akan masukkan dalam sampul dan sealed. Kemudian simpan dokumen tersebut dalam bilik kebal. Pihak lawyer tidak menyediakan perkhidmatan ini.

Syarikat amanah akan buat copies. Dan akan buat Custodian Card (Kad Penyimpanan dokumen) yang tertera nama client beserta bar code.

Semua dokumen disimpan dalam bilik kebal. Hanya dibawa keluar bila meninggal / bila perlu dibawa keluar. Bilik kebal ikut spesifikasi Bank Negara. Macam bilik kebal bank-bank tu.

Nanti bila dah meninggal dan maklum syarikat amanah, pihak kami akan keluarkan dokumen wasiat/hibah dari bilik kebal dan bawa untuk pembacaan dihadapan waris-waris.

Seal tu akan digunting dan dibuka dihadapan waris-waris.

Manakala yang copy, 1 pihak kami simpan dalam fail. 1 lagi akan berikan kepada client bersama Custodian Card yang dah siap tertera nama client dan bar code.

Biasanya ambil masa dalam 1-2 bulan lepas dokumen yang di sign diterima oleh kami.

—————

 

Sebarang kemuskilan boleh hubungi saya untuk pertanyaan di 016-5577653

atau

Whatsapp (klik button dibawah)

Klik untuk maklumat lanjut

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

124 Responses

  1. Contohnya saya ada 3 tanah. Saya cuma buat hibah satu tanah shj. Setelah saya meninggal, adakah caj hibah 1% berdasarkan nilai tanah itu shj atau nilai semua 3 tanah.?

    1. Nilai 1% adalah bagi harta yang dihibahkan. Bagi harta yang tidak dihibahkan akan dibahagikan secara faraid.

  2. Salam.saya suri rumah. Suami beli rumah n buat nama dia.. Loan n cnp semua nama dia..
    Jika loan lulus semua.. Boleh ke suami buat wasiat.. Rumah itu dberikn kepada saya..
    Tapi rumah itukan belum habis bayar lagi..
    Kemudian hari.. Dia tidak medatangkn masalah ke

    1. Jika wasiat boleh dinyatakan menyerahkan kepada puan walaupon belum habis bayar. Sebab ia akan dimula diserahkan selepas kematian suami. Walaubagaimana pon masih perlu mendapat persetujuan ahli waris, adakah mereka bersetuju menyerahkan 100% kepada puan.

      Bagi hibah tak boleh, kena tunggu habis bayar dulu. Sebab status harta masih tak sempurna milik lagi (masih loan). Hibah akan diserahkan terus semasa hidup, sebab tu perlu selesai hutang dulu.

  3. Bolehkan bapa hibah kepada anak2 bawah umur. Dan letakkan nama isteri sebagai penjaga amanah sehinggalah ank2 cukup umur 18 tahun, tetapi isteri itu bukan warganegara Malaysia ?

    1. Hibah kepada anak bawah umur tiada masalah. Apa yang kami praktis, bagi anak bawah umur harta tersebut akan dijaga oleh jabatan berkenaan sehingga anak berumur 18 tahun.

  4. Jika rumah dibeli atas nama suami &isteri. Bolehkah jika suami hibahkan kepada isteri (menjadi milik isteri jika suami meninggal) dan dalam masa yang sama, bolehkah isteri hibahkan kepada suami (menjadi milik suami jika isteri meninggal dahulu) ? Bagaimana dokumen yang perlu disediakan jika boleh?

    1. Buat masa nie, jika suami serah kepada puan dah jadi puan punya harta 100%. Jika puan pula hibah kepada suami, ia akan kekal 1/2 hak masing-masing. Sebaiknya 1 way saja, sama ada puan kepada suami atau suami kepada puan.

      Jika nak buat hibah hanya bagi harta yang dah abis loan saja. Harta berhutang kami tak terima buat masa nie. Harta loan kami KIV dulu.

  5. Segala fi yang berkaitan dengan hibah perlu diselesaikan sekaligus atau boleh ansur2 sedikit demi sedikit sampai habis… Mohon pencerahan…

  6. bapa telah pindah milik tanah kepada kami 4beradik.Di atas tanah tersebut ada 2buah rumah yang telah di bina oleh bapa, dan kedudukan rumah tersebut berada di bahagian tanah saya dan sedikit di bahagian abang saya. bolehkah saya membuat hibah tanah bahagian saya kepada anak saya. untuk pengetahuan tuan, hanya tanah di buat pindah milik oleh bapa saya. rumah tersebut adakah automatik menjadi milik kepada saya atau perlu di buat pindah milik seperti tanah?

    1. boleh buat hibah. Saya cadangkan, pn beli bahagian rumah yang dah masuk tanah abang. Sebab ini pon kemudian hari akan jadi isu besar. Sepatutnya masuk dengan rumah sekali, tetapi biarlah berbincang dengan waris lain supaya tak jadi isu kemudian hari. Ayah masih hidupkan? ajak berbincang dengan ayah sekali.

  7. Assalamu’alaikum..bolehkah suami menghibahkan rumah kepada estrinya yang berstatus warga asing?

    Terima kasih

    1. wasalam. Dari segi hukum boleh. Cuma bila melibatkan undang-undang sivil takot ada masalah. Jika nak buat boleh, kena semak dulu beberapa perkara sebelum buat hibah supaya tak timbul masalah kemudian hari.

  8. Assalamualaikum.

    Sekiranya terdapat 2 nama di dalam geran tanah (ibu dan bapa saya), boleh kah hibah dibuat kepada saya? Kedua-dua mereka mahu menghibahkan tanah tersebut kepada saya. Adakah ia melibatkan satu dokumen hibah atau dua dokumen hibah? Mohon pencerahan Tuan..

    1. Wasalam. Boleh hibah kepada en. tiada masalah. Akan jadi 2 dokumen, sebab pemilik berbeza walaupon dalam satu tanah yang sama. Apa-apa boleh wasap saya 0165577653. Maaf lambat replay sebab baru buka website.

    2. Salam Tuan, saya huda dari johor baharu ingin membuat hibah utk rumah teres kepada suami saya warganegara singapura. Saya ada 2 anak lelaki dan 1 org perempuan

      Tapi merujuk kepada geran rumah ada tulisan sekatan kepentingan “tanah yg terkandung dlm hak milik ini tidak boleh dijual atau dipindah milik dgn apa cara sekalipun kepada bukan warganegara/syarikat asing tanpa persetujuan pihak berkuasa negeri”.

      Adakah masih boleh dihibahkan atau bagaimana cara lain utk saya hadiahkan kepadanya selepas kematian saya nanti.

      Terima kasih.

  9. As salam Tuan,

    Selamat Hari Raya.

    Saya nak bertanya hal hibah … selepas tanah mak saya hibahkan kepada saya & adik. Boleh ke kami terus buat hibah bersyarat utk dihibahkan kepada anak anak bila kami tiada nanti?. ada cool period ke utk kami buat hibah baru.

    kalau tidak di hibah jika kami meninggal sebelum sempat di hibahkan harta berbalik pd pemberi.

    Terima kasih Tuan.

    1. Wasalam. Selepas hibah tu dah buat atau belum? hehe

      Jika buat dengan saya, pemberi boleh buat pilihan:
      1. Jika penerima meninggal dunia, harta tersebut akan jadi hak pusaka cik. Maka waris cik akan terima bahagian termasuk anak, suami dan ayah.

      2. Jika penerima meninggal dunia, harta tersebut akan berpatah balik jadi hak pemberi semua, harta tersebut tak jadi harta pusaka cik.

      Jika belum buat apa2, maka pemilik harta bebas untuk buat macam mana hartanya. Nak hibah atau tidak. Sebarang soalan boleh wasap saya 0165577653

  10. assalamualaikum sy nk tnye..ayah sy dh meninggal.dn duit insuran cidb name sy.duit tu hanya sy j boleh tuntut duit itu konsep hibah..adkah duit itu hak milik sy atau sy prlu faraid..

    1. wasalam. Jika tak silap saya penama yang dinamakan adalah pentadbir bukan pemilik. Jadi cik sebagai pentadbir bagi harta tersebut, jadi perlu difaraidkan. Saya tak pernah dengar duit cidb sebagai hibah. Jika cik ada maklumah sahih boleh kongsi dengan saya. 🙂

  11. Assalamualaikum,
    Saya dan bapa adalah nama bersama untuk rumah yang masih berhutang dengan bank. Mengikut kenyataan sebelum ini bagi harta yang masih ada hutang tidak boleh dihibahkan. Contoh ayah saya bersetuju untuk serahkan rumah kepada saya. Tetapi memandangkan nama bersama memungkinkan ahli keluarga lain layak menuntut. Jadi untuk memudahkan urusan kelak jika salah seorang meninggal dunia perlu ke buat hibah? Terima kasih.

    1. Perlu untuk hibah, jika puan mampu beli bahagian ayah itu lebih baik. Jika masing-masing meninggal, bahagian masing-masing ada hak waris faraid. Jika puan ada keluarga, maka 1/2 bahagian milik suami dan anak-anak.

  12. Salam sy nak bertanya.sy anak angkat. Ibu angkat sy ingin buat hibah menyatakan sy boleh tiggal di atas tanah milik anaknya. Sekarang ini tanah atas nama saya disebabkan sy ingin buat loan utk bina rumah diatas tanah itu. Selepas selesai pembayaran loan rumah tanah itu akan bertukar nama anaknya kembali. Adakan rumah itu turut menjadi milik adik sy dan selepas sy dan adik sy meninggal dunia adakan anak2nya boleh menghalau anak2 sy dari rumah itu. Apa perlu sy buat untuk mengekalkan rumah itu milik sy dan tidak dihalau.

    1. Saya rasa lebih baik puan beli rumah atau tanah atas nama pn. Jangan amik risiko. Kenapa nak kembalikan kepada anaknya pula? Jika ikut undang-undang, rumah atas tanah, jadi pemilik adalah tuan tanah. Susah nak asingkan, dalam geran tak nyatakan rumah hanya tanah.

      Jadi pendapat saya, beli rumah / tanah sendiri.

  13. Assalamualaikum, sy seorg mualaf, sy telah membeli sbuah rumah loan kerajaan dan potongan melalui slip gaji sy sndri, apakah suami sy layak menuntut rumah trsebut sekiranya kami bcerai atau sy meninggal? dan bagaimana pula dengan keluarga bahagian sy yg bukan Islam?

    1. Wasalam.
      1. Jika rumah beli lepas kawin suami layak tuntut harta sepencarian sekiranya cerai hidup atau cerai mati.
      2. Jika pn ada anak waris faraid adalah suami dan anak-anak.
      3. Jika pn nak serah sebahagian harta pn kepada waris bukan islam boleh. Tetapi mesti buat wasiat. Kadar yang akan diterima adalah 1/3 daripada nilai harta puan (keseluruhan). Kereta, rumag, cash dan etc..

    1. boleh. mohon berhbung dengan ejen takaful puan. Boleh pilih samada nak manfaat kematian dihibahkan atau melantik wasi bagi wang tersebut.

  14. Salam.
    Saya ingin bertanya, ayah saya mahu menghibahkan rumah beliau yang masih terikat dengan loan kerajaan kepada saya..tetapi dengan syarat (hibah bersyarat) hanya akan menjadi milik saya, selepas kematian beliau.
    Soalan saya,
    1. Bolehkah ayah saya membuat sendiri hibah (tulis sendiri)?
    2.Apakah proses yang perlu dilakukan untuk valid hibah?
    3. Perlukah pengesahan LHDN, Mahkamah Syariah?
    Terima kasaih..

    1. wasalam. Doc hibah tak boleh buat sendiri.
      1. Berdasarkan akta profesion guaman 1976, seksyen 37 (2) menyatakan hanya lawyer yang boleh sediakan dokumen ini.
      2. Dokumen yang buat sendiri atau copy paste dimana-mana takot tidak selari dengan undang-undang negara berkaitan seperti Kanan Tanah Negara 1965, Akta Tanah (Penempatan Berkelompok) 1960, Akta Pemilikan Strata 1985, Enekmen Tanah Rezab Melayu dan lain-lain lagi.
      3. Kemungkinan rukun dan syarat hibah tidak diikuti.

      Walaupon dicop oleh pesuruhjaya sumpah atau mereka yang terlibat, takot di tolak. Nak selamat buatlah dengan syarikat amanah.

      Berkenaan isu rumah loan terdapat khilaf antara mazhab, mazhab syafie dan hambali tidak iktiraf harta tidak milik sempurna untuk buat hibah. Manakala bagi mazhab hanaffi dan maliki membenarkan. Jadi disini akan timbul masalah lagi, sebab ia bergantung kepada hakim yang akan menentukan hibah tersebut. Ada yang lepas ada yang tidak lepas.

  15. Salam,
    1) arwah ayah sy dah meninggal dunia dan rumah nama ibu saya. Ibu yang bayar dan sy mendapat tahu arwah juga turut sama terlibat dalam urusan pembelian rumah ini. Sy nak tanya En. rumah ini telah habis bayar dan atas nama ibu saya. Bolehkan rumah ini dihibahkan kepada anak?
    2) Ibu menghibahkan kepada anak sebagai balasan anak duduk dirumahnya ( Perjanjian ibu dan anak).
    Saya musykil dengan kenyataan di seperti Q3 tanpa balasan. Adakah hibah dibenarkan dalam situasi begini?

    Q3 : Apakah itu hibah sebenarnya?
    A : Hibah adalah pemberian harta secara kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki pada masa hidup dan tanpa balasan.

    3) saya tandatangan Hibah kosong di mana sy tak tahu apa2 yg dihibahkan. Soalan saya konsep hibah begini di benarkan dalam Islam? Dalam Islam setiap perkara perlu jelas seperti yang saya tengok Tanyalah Ustaz yang menyatakan Hibah kena jelas.
    Minta pencerahan.Terima kasih.

    1. wasalam.
      1. Boleh
      2. Ia mungkin hasrat ibu nak pastikan anda menemaninya. Ia tidak salah disisi syarak, mungkin sebab tiada siapa nak teman ibu en.
      3. Betul hibah macam nie tidak boleh diterima pakai, sebab ijab dan kabul perlu dilaksanakan dengan jelas. Hibah mcm nie boleh dipertikai oleh waris faraid yang lain.

  16. Asslmkm..saya berbelah bagi antara hibah atau buat pindah milik rumah melalui pejabat tanah. Kedua-dua cara pun ada kuat lemahnya. Yang penting pada saya ialah yang mana lebeh mudah dan cepat di uruskan. Minta pandangan tuan.

    1. wasalam. Ia bergantung kepada en sebenarnya. Jika:
      1. En mmg nak serah terus pon boleh, tetapi en kena redo selepas pindah milik kepada pemilik baru. Apa-apa yang berlaku ia sudah jadi hak milik pemilik baru. En sudah tiada hak keatas harta.

      2. Jika en nak serah selepas kematian en pon boleh tetapi ijab dan kabul (kontrak) wajib dilaksanakan sekarang. Tambahan lagi en diberi pilihan samada ia akan jadi milik en semula jika penerima meninggal dunia dan tidak akan jadi harta pusaka pemilik baru. Jika dah pindah milik sekarang, jika penerima meninggal ia akan jadi harta pusaka si mati dan akan difaraidkan.

      Jika en boleh bgtaw siapa penerima, umur berapa, status penerima mungkin lebih mudah saya nak huraikan.

      Cuma kebanyakkan yang saya jumpa mereka lebih rela pindah milik selepas mereka meninggal dunia. Ia adalah pendapat saya, tetapi keputusan ditangan en.

  17. Salam encik,

    Mak sy ade serahkan rumah pusaka kepada sy secara lisan. macam mana cara untuk sy dapatkan pengesahan yg sah bhawa rumah tersebut sudah jadi milik sy.

    1. kena buat pengesahan hibah di mahkamah syariah. Banyak perkara yang akan dilihat. Semoga berjaya.

  18. Assalamualaikum, saya ingin memohon pencerahan.
    1) Adakah harta hibah perlu dihibah seadil yang boleh yakni salah seorang adik beradik akan mendapat kurang nilainya daripada yang lain?
    2) Ibu saya mempunyai wang tunai yang disimpan di dalam akaun Maybank dan akaun ASB yang baru saja diterima melalui arwah ayah saya. Ibu hendak menghibahkan wang tunai tersebut sebagai hibah bersyarat/tertangguh kepada saya, iaitu selagi ibu saya masih hidup, beliau boleh menggunakan wang tersebut dengan apa carapun. Sekarang ni, adik saya berdua juga tinggal bersama-sama ibu saya dan wang tersebut sedikit sebanyak telah juga digunakan oleh adik beradik saya dengan persetujuan ibu saya. Apakah saya harus menerima sahaja wang tersebut, sekiranya bakinya tinggal tak seberapa sedangkan adik beradik saya tersebut telah mendapat harta hibah yang lain daripada ibu saya dan dalam masa yang sama mereka juga menggunakan wang tunai yang bakal menjadi hak saya kelak. Saya rasakan keadaan ini tidak adil dan teraniaya.

    1. wasalam. saya rasa pn pernah call saya. Semoga dipermudahkan segala urusan. Terim kasih sbb call saya.

  19. Salam tuan…
    1. Jika rumah dibeli atas nm isteri…di byr oleh isteri…apa kedudukan rumah tersebut jika suami meninggal?
    Bolehkah keluarga suami tuntut hak sebab pasangan tiada anak lelaki…
    2. Bagaimanakah cara untuk memastikan anak2 dan isteri/suami mendapat hak ke atas rumah tersebut?

    1. wasalam.

      1. Suami tiada kena mengena. Hanya jadi pusaka bila pn yang meninggal.
      2. Saya cadang buat deklarasi harta sepencarian kepada suami, jika pn meninggal akan diserahkan kepada suami. Jika nak buat hibah boleh (kepada anak) jika harta tersebut dah selesai loan.

      Jika terdapat sebarang soalan boleh call/wasap: 016-5577653 atau klik link wasap ini: https://wa.me/60165577653

  20. Salam.
    Saya ingin bertanya, ayah saya mahu menghibahkan rumah beliau yang masih terikat dengan loan kerajaan kepada saya..tetapi dengan syarat (hibah bersyarat) hanya akan menjadi milik saya, selepas kematian beliau.
    Soalan saya,
    1. Bolehkah ayah saya membuat sendiri hibah (tulis sendiri)
    2. Bolehkah pengesahan Mahkamah Syariah tanpa menggunakan khidmat peguam?

    1. wasalam. lebih baik cik batalkan niat untuk hibah jika dokumentasi buat sendiri. Sebab tak valid. tq

  21. Salam encik Hanafi
    Saya ada anak angkat OKU, harta apa ye boleh dihibahkan?
    Jika nak batal hibah kemudian boleh ke?

  22. Assalamualaikum tuan,saya hanya ada anak perempuan dibawah umur,sekiranya saya membuat hibah bersyarat Dan menjdkan isteri saya sbagai Pmgang Amanah slps kmatian saya,Adakah ianya sah seandainya Surat hibah tersebut ditandatangani Peguam serta saksi.tanpa pengesahan Dr mahkamah syariah.t.kasih..

    1. Wasalam. Saya cadang en buat dokumen yang sah disisi undang-undang melalui lawyer atau syarikat amanah. Lebih baik syarikat amanah kerana mereka specialist dalam bidang perundangan.

      Saya wakil dari sayarikat amanah, setakat ini kami buat tiada masalah berkenaan anak bawah umur dan selari dengan undang-undang sivil dan syariah. Jika perlukan khidmat nasihat boleh call atau wasap link ini: https://wa.me/60165577653

  23. Assalamualaikum,

    Saya banyak membeli insurans untuk diri saya dan suami. Suami pernah bercerai dan ada anak-anak bersama pasangan terdahulu. Saya baru dapat tahu (sebenarnya baru faham) bahawa nominee pada insurans hanya sebagai pemegang amanah dan bukan penerima.

    Soalan saya, bagaimana cara untuk saya/suami hibahkan semua insurans tersebut supaya nominee adalah penerima hibah. Untuk makluman, semua insurans suami, saya adalah pemegang polisi dan suami hanya orang yang dilindungi. Saya risau jika apa-apa berlaku pada suami, semua insurans yang saya beli akan difaraidkan.Dalam kes ini, adakah saya layak mendapat sepenuhnya pampasan suami?

    Dan saya juga berniat untuk serahkan pampasan insurans majoriti saya kepada suami dan anak-anak (supaya suami dapat menguruskan anak-anak) selain kepada ibu-bapa saya.

    Bagaimana cara untuk memastikan semua pampasan insurans dan harta saya/suami diberi kepada orang yang diberi hibah?

    1. wasalam.
      1. Jika takaful masih boleh ubah kepada penerima hibah. Hanya perlu call ejen untuk isi borang penamaan, untuk kemaskini.
      2. Jika insurans, juga boleh tapi saya pn perlukan dokumen sampingan untuk menyerahkan pampasan kepada penerima. Dokumen ini dinamakan Pri-ti. Ia disediakan oleh syarikat amanah, syarikat amanah akan menyerahkan pampasan bila berlaku kematian kepada penerima yang pn nyatakan.

      Kelebihan dibuat dokumen ini:
      1. Boleh meletakkan penerima gantian
      2. Boleh meletakkan pembahagian bersyarat
      3. Boleh meletakkan arahan untuk pembayaran berperingkat atau membentuk tabung amanah untuk jangka masa panjang.
      4. Mengawal perbelanjaan suami/isteri atau anak-anak.
      5. Mengelakkan pergaduhan antara ahli waris.
      6. Pengagihan wang polisi kepada anak sekiranya mereka masih dibawah umur (18tahun) semasa kematian pemilik polisi.

      Boleh hubungi saya untuk dibantu 0165577653

      Atau klik link wasap: https://wa.me/60165577653

  24. Salam,
    Apabila hibah dibuat adakah Kita masih perlu bayar Cukai harta pusaka? Jika Ada berapa peratus?.

    1. jika hibah cukai akan dikenakan oleh LHDN. En boleh download apps ini EASYLAW utk kirakan cukai yang dikenakan.

    2. Assalamualaikum. Saya nak bertanya..Sekiranya suami membuat hibah bersyarat pada isterinya sebuah rumah dimana suami akan tinggal dirumah itu sehinggalah dia meninggal dunia, tetapi di pertengahan jalan berlaku penceraian, adakah bekas suami itu Masih boleh tinggal dirumah tersebut atau bekas isteri boleh menjual rumah yg dihibahkan tersebut?

      1. jika pemilik harta adalah suami, maka si isteri kena keluar dari rumah tersebut.

  25. Assalam encik..
    Saya nak tanya berkenaan hibah.
    Saya dan suami baru beli rumah tak sampai setahun dan rumah atas nama kami berdua. Rumah ada ambil takaful. Boleh tak suami nak buat hibah rumah atas nama saya?

    1. wasalam. Setakat ini syarikat saya xbuat lagi bagi hibah harta bercagar. Tapi tak pasti akan datang. Esok (26hb Jan 2021) kami ada meeting berkenaan hibah harta bercagar. Jika ada boleh saya akan maklum semula. TQ

  26. Salam, tuan duduk mana?sy nak cerita Kat dlm nie agak rumit.. Kalau boleh saya nak jmpa Dan mntak pandang an n jwapan..

  27. Salam en hanaffi, saya nak tanya dengan lebih lanjut mengenai proses hibah hartanah bercagar, sebab saya ada baca untuk hibah ni, kena dapat consent daripada pemegang gadaian.

    1. wasalam. Yang penting sekali mesti memenuhi syarat hibah. Bahagian consent nie tak pe.

  28. Salam en hanaffi, saya nak tanya, kalau saya memilih untuk membuat hibah amanah kerana benefisiari yang masih bawah umur dan kurang upaya. Siapakan yang akan menandatangani pengisytiharan hibah dan perjanjian persetujuan hibah tersebut? adakah kanak kanak terseut atau pemegang amanah?

    1. wasalam.

      Kalau hibah bersyarat, wali mal kena sign. Bapa kandung dia.

      Kalau hibah mutlak, tak payah sign. Hanya penghibah sain.

  29. assalam
    saya ingin bertanya boleh ke rumah joint loan hendak dihibahkan kepada anak angkat saya yang bawah umur
    apa prosedur jika saya hendak menghibahkan harta bercagar kepada anak angkat yang bukan warganegara

    1. Wasalam. boleh

      syarat joint loan, mesti ada mrta/mrtt yang cover penuh nama penghibah. Saya anggap rumah 2 nama, 2 loan.

      contoh pn yang nak buat hibah, jadi mrta/mrtt mesti cover penuh atas nama pn. Loan 25 tahun, sijil mrta/mrtt juga 25 tahun.

      dokumen yang diperlukan:
      – salinan ic penghibah
      – maklumat diri penerima
      – salinan sijil mrta/mrtt (boleh dapatkan dari bank jika tiada)
      – facility agreement
      – sales and pruchase agreement
      boleh serah dlm bentuk pdf atau hardcopy.

  30. assalamualaikum
    sambungan dari persoalan sblm ini pasal hibah harta bercagar.mengenai MRTT/MRTA .semasa saya buat loan dengan bank,bank hanya tawarkan saya untuk 15 tahun sahaja dan selebihnya baki 10 thn lagi( loan 25 tahun) saya terpaksa bayar sendiri untuk sambung lagi 10 tahun tu.adakah saya memenuhi syarat hibah bercagar.tq

    1. wasalam. tak memenuhi syrat hibah harta bercagar.

      Tak layak jika nak bat hibah kepada anak. Tetapi jika pn berhasrat nak serah pd suami, saya boleh cadangkan dokumen harta sepencarian. Dokumen ini tak perlu syarat mrta/mrtt.

      apa2 boleh whatsapp saya 0165577653

  31. Salam Tuan, saya ingin bertanya selepas deklarasi hibah itu disetemkan di pejabat LHDN, perlukah saya daftarkan di Mahkamah Syariah? Atau adakah pendaftaran hibah hanya perlu dilakukan selepas penghibah meninggal dunia?

    1. ini bergantung kepada syarikat yang uruskan dokumen hibah cik.

      setiap operasi syarikat berbeza.

  32. sy buat dokument wasiat
    pada bahagian unit trust dari kwsp sy letak
    60% isteri
    20% ank1
    20% ank2
    adakah ini dikira hibbah?.
    1. jika sy panjang umur pd waktu kwsp boleh dikeluarkan sudah tentu saya ingin gunakan untuk hari2 tua saya. apakah saya telah hilang hak dan kawalan keatas duit tersebut?
    2. isteri telah berpisah dengan sy bolehkah sy mengubah kandungan wasiat tersebut?

  33. Assalam. Ayah mertua saya mempunyai 4 org anak. Dan satu²nya harta Ayah mertua saya iaitu rumah yang didiami oleh Ayah mertua bersama² keluarga telah dihibahkan kepada anak yang bongsu. Dan skrg Ayah mertua pun sudah meninggal dunia.
    Rumah tersebut telah dimiliki oleh anak yang bongsu.
    Anak² yang tiga org lagi tidak mendapat apa² bahagian.
    Persoalan:
    Bolehkah rumah yg merupakan harta tunggal milik ayah dihibahkan hanya kepada anak yang bongsu sahaja?

    2. Bolehkah anak² yang laon menuntut rumah tersebut seperti tuntutan harta pusaka?

    1. 1. cik perlu tengok dokumen pindah milik untuk pastikan bagaimana proses hibah berlaku. tiada masalah untuk hibah kepada seorang anak sahaja.

      2. jika sudah tukar kepada nama anak bongsu, tak boleh nak tuntut dah. Cik boleh buat carian rasmi di pejabat tanah untuk semakan, samada masih nama arwah atau dah di pindah milik semasa hayat ayah.

  34. Assalam. Sekiranya penghibah tidak mati. Bayaran yg dibyar mengikut tempoh itu pula bagaimana?

    1. maaf soalan tidak jelas. bayaran apa tu?

      jika saya uruskan, bayaran dokumen hanya sekali sahaja. tiada bulanan.

  35. Persoalan :
    1) Sy merupakan ibu tunggal y tinggal bersama mak dan ayah dan menjaga mereka. Semasa ayah masih hidup dia mahu menyerahkan dan menghadiahkan rumah y kami duduki kepada sy kerana sy y menjaga mereka dan mahu memastikan tiada adik beradik lain y menuntut hak ke atas rumah itu. Permasalahannya rumah itu dibina atas tanah status pertanian dan keluasan tanah hanya 1.25ekar. Pada mulanya ayah hanya mahu menyerahkan keluasan tapak rumah sahaja tetapi apabila merujuk kepada pihak pejabat tanah mereka berkata tidak boleh memindahkan nama hanya utk keluasan tapak rumah sahaja, keluasan y mahu dipindahkan mestilah sekurang2nya satu ekar. Oleh y demikian ayah bersetuju untuk pindahkan nama sy ke atas seluruh geran. Bermaksud tukarkan terus nama sy ke atas keseluruhan tanah.

    2)Tetapi pada masa itu sy tidak bersetuju kerana sy merasakan ia tidak adil untuk adik beradik y lain walaupun ayah masih punya tanah di 2 tempat y lain. Sy takut adik beradik lain menganggap sy menjaga kedua ibubapa tidak ikhlas dan mgharapkan balasan.
    3) Ayah juga masih berkeras untuk memberikan rumah kepada sy sehingga memberitahu kpd ibu dan ibu saudara sy bahawa mereka adalah saksi bahawa rumah y kami duduki mahu diserahkan kepada sy sahaja jika berlaku apa2 kepadanya nanti.
    4) Tidak lama kemudian ayah meninggal dan sekarang adik beradik y lain menuntut untuk rumah y didiami sekarang difaraidkan. Persoalan adakah rumah itu boleh difaraidkan sedangkan ayah mahu menghadiahkan rumah itu kpd sy ketika dia masih hidup lagi?Adik beradik y lain juga menuntut y mereka juga berhak ke atas rumah itu. Sy sedikit ralat walaupun mereka tahu ayah mahu hadiahkan kepada sy mereka tetap ingin menuntutnya. Sy tidak mahu harta y lain cukup rumah n tanah bahagian rumah sahaja.
    5) Adakah pemberian itu dianggap hibah? walaupun hanya berkata secara lisan sahaja. Adakah pemberian itu sah atau tidak jika tidak secara bertulis? Adakah sy boleh menuntut rumah itu atau perlu difaraidkan seperti y dikehendaki adik beradik y lain?

    1. wasalam pn.

      Hibah secara lisan perlu dibuktikan di mahkamah syariah terlebih dahulu bagi membuktikan hibah lisan tersebut sah. Itu sahaja caranya. Jika mahkamah mendapati hibah tersebut tidak sah. Maka harta pusaka arwah perlu difaraidkan.

  36. Salam…Soalan: Jika ayah hibah rumah kpd anak lelaki dan dah dibuat pindahmilik nama pada geran tetapi ayah nak tuntut balik atas alasan tertentu boleh ke?

  37. Adakah hibah yang di buat melalui pihak insurans seperti takaful Prudential yang mana terdapat bayaran bulanan. Hibah diikat pada tempoh tertentu dan amaun tertentu diserahkan kepada pewaris jika sesuatu menimpa pembayar. Adakah ini dibolehkan? Selain itu adakah pembayar mendapat pelepasan cukai terhadap bayaran bulanan yg dibayar?

    1. boleh. itu adalah manfaat takaful. rasanya dpt pelepasan cukai, tapi boleh rujuk dengan ejen takaful.

  38. Assalamualaikum, mohon pencerahan. Sekiranya emak ada buat surat cara amanah untuk memegang sebidang tanah miliknya untuk anak-anaknya di bawah umur. Namun surat amanah tersebut dibuat melalui pegum tetapi tak didaftarkan di pej tanah atau buat pengesahan di mahkamah. Emak da meninggal dunia dan kami ingin menuntut milik tanah/rumah tersebut. Kami ke Pej Pesaka namun mereka suruh buat pengesahan di mahkamah. Masih boleh buat pengesahan ke jika emak sudah meninggal? atau apa cara yang perlu kami ambil?

    1. salam. boleh bg saya tgk surat amanah tu? sbb sekarang tak dapat nak advise lebih lanjut. jika boleh share, wasap saya 0165577653.

      Tq

  39. salam en. rumah yang saya duduk ni atas nama mak..bulanan dibayar oleh saya kerana mak akan memberikan rumah ini kepads saya..skrg mak da meniggal tapi abah tiba² xbersetuju menyerahkan nya pada saya. dia berkeras mahu rumah ditukar atas nama dia dan bila dia meninggal nanti akan diserahkan pada abg sulung saya. bolehkah saya menuntut rumah ini kerana emak memang sudan berjanji untuk memberi pada saya.

    1. susah nak kata mcm nie. sbb ikut undang2 bahagian mak adalah milik waris faraid.

      jika ayah nak pon perlu persetujuan semua waris.

      cuma cadangan sy, en boleh buktikan yg en bayar duit secara bulanan.

      jadi boleh mohon pertimbangan waris yang lain.

  40. Assalam, 1 unit Rumah dan tanah diatas nama isteri, dari mula membeli tanah, pembinaan rumah sehingga selesai. Semua dibiayai oleh isteri saya sendiri. Jika isteri saya meninggal dunia, adakah adik beradik isteri saya atau adik beradik saya boleh menuntut keatas harta dan apakah perlu dihibah kepada saya terdahulu?

    T. Kasih

    1. wasalam… en tiada anak dengan isteri?

      jika tiada, bahagian en hanya layak 1/2, baki pada adik beradiknya.

      jika nak pastikan ia menjadi milik en 100%, wajib buat hibah. Boleh hubungi saya 0165577653

  41. Emak ambil hibah takaful..boleh tak klu hanya bagi pada seorang anak sahaja dari 7 anak .emak juga menyuruh membaiki rumah pusaka dan langsai hutangnya serta simpan duit untuk keperluan akan datang seperti menampung kos majlis tahlil dan lain2. Dan menyuruh membahagikan sebahagian kecil sahaja kepada anak -anak yang lain. Boleh kah buat ini jika penerima hibah bersetuju.

    1. betul, ia bergantung kepada penerima hibah tu nanti. ia milik mutlak kepada penerima.

  42. salam. saya nak tanya. kalau arwah mak ada hibah rumah dan tanah tapi mak xsempat siap documen. adakah hibah itu diterima? dan bagaimana cara saya nk tuntut hibah itu sekiranya hibah itu dikira sah dekat pusaka harta kecil? saya ada saksi yg mak saya hibah rumah dan tanah tu. skrg ada adik beradik saya bantah hibah itu. sekiranya ada adik beradik saya bantah tapi hibah itu sah, adakah hibah itu akan saya dapat? terima kasih.

    1. wasalam.

      En boleh bawa kes hibah ini ke mahkamah syariah untuk buktikan ia adalah hibah. jika tak, kena ikut faraid juga.

  43. Cik .. bapa mertua sy telah mewariskan anak perempuanya tetapi bapa mertua sy ada 3 lg anak .. adalah mereka juga boleh menuntut harta ni

    1. boleh selagi mana harta tersebut masih nama pemilik harta.

      jika harta tu dah dipindah milik, itu dah kira harta pemilik baru.

  44. Assalamualaikum .. emak Saya telah mendapat duit dari Jualan Tanah pusaka .. beliau bercadang menggunakan duit tersebut untuk membaiki rumah peninggalan Aruah ayah Saya Dan juga sebagai perbelanjaan perkahwinan adik days.. dia telah memasuki duit tersebut ke Salam akaun bank Saya untuk menguruskannya .. Namun demikian, emak Saya telah meninggal dunia sebelum hasratnya tercapai.. apakah hukum duit yg dimasuk ke dalam akaun bank Saya .. adalah perlu di faraidkan atau melaksanakan amanah Aruah emak Saya..

    1. asal hukum duit tu adalah hak waris faraid.

      jika semua waris bersetuju untuk buat sepertimana hasrat arwah.. xde masalah boleh teruskan.

      jika ibu berbuat tanpa persetujuan ahli waris faraid, maka haram untuk laksanakan kerana ada bahagian waris lain keatas harta pusaka tersebut.

  45. Salam tuan,

    Kalau ada bisnes enterprise, bila meninggal apa jadi kepada akaun semasa? Bila owner meninggal, akaun semasa dibekukan. So, semasa hidup, boleh ke owner buat hibah akaun semasa?

    1. untuk syarikat enterprise, jika pemilik meninggal dunia, bank akan sekat segala transaksi.. kena dapatkan surat kuasa untuk uruskan nanti.

      boleh hibah, selepas tu sayrikat akan ditutup dan akan akan diserahkan kepada penerima.

  46. Salam. Saya nak tanya kalau saya dihibahkan sebahagian harta dengan syarat saya berkahwin dengan sesorang tetapi saya tidak dapat tunaikan syarat itu atas sebab tertentu, adakah hibah tersebut masih sah?

    1. wasalam. Ikut mazhab syafie – Hibah sah, tapi syarat yg dikenakan tersebut terbatal.

      Syarat tu pun x boleh nak ikut

  47. Assalamualaikum..encik saya nak tanya..datuk saya ada hibah kan tanah pertanian dekat ayah saya sebnyk
    3 ekar..bolehkah klau ayah saya nak hibah kan pula tanah tersebut kepada saya dan kakak saya..?

    1. dah tukar nama ke? atau cakap2 saja hibah?

      jika xbuat apa2, belum jadi ayah punya.. maka xboleh hibah.

      jika dah nama ayah, boleh buat hibah.

      boleh wasap saya untuk buat hibah secara rasmi 0165577653

  48. Salam tuan..jika suami ingin ambil pelan hibah takaful dan letak saya sebagai penama tunggal,apa yang berlaku jika kami meninggal sekaligus contohnya asbab kemalangan sedangkan anak2 masih bawah umur..
    Bagaimana Jika sy minta dia letakkan penama sy 50% dan adik saya 50%, jika berlaku kematian suami dan saya,adakah adik sy boleh menuntut 50% lagi milik sy utk diuruskan.
    Ke 50% bahagian sy akn ke amanah raya dan boleh dituntut ahli keluarga suami utk difaraidkan sebab kami berhasrat utk hibah tu dapat pada adik sy sbg pemegang amanah(uruskan kehidupan/pelajaran anak2 sblm mereka cukup umur)

    1. sebenarnya agak susah jika meletakkan penama adik beradik. saya dah tengok banyak isu timbul.

      tetapi terpulang cik merancang bagaimana.

      dulu kami ada produk yang boleh diuruskan oleh syarikat amanah wang pampasan takaful, tetapi produk tu dah stop atas sebab isu yang dibangkitkan oleh pihak LHDN.

      setahu saya, tiada lagi kata putus…

  49. salam tuan..sy ingin bertanya..mase hidup arwah abah sy ade buat hibah utk sy sb sy anak angkat..proses hibah sume ambil mase 2 tahun utk mahkamah syariah kluarkan perintah mahkamah..sblum perintah mahkamah kluar..abah sy meninggal dan tahun ni perintah baru kluar..dalam perintah ade nyatakan 1 lot tanah dgn rumah ( ade geran), 8 ekar tanah pertanian (ade geran) dan 2 ekar tanah pertanian (belum dapat geran sblum ni dan tahun ni baru felda bagi geran) jd yang lot tanah dgn rumah dgn 8 ekar tanah pertanian sy sudah siap tukar nama geran atas nama sy tp disebabkn geran yg 2 ekar baru dapat..bile sy mahu tukarkn geran atas name sy..pejabat tanah suruh sy melalui pusaka kecil..dan perlu melalui mahkamah sivil..soalan sy tanah yg 2 ekar tu kan da termasok dlm list perintah mahkamah cume sy baru dapat geran kenapa pejbat tanah tak bole proses macam tanah rumah dengan tanah 8 ekar tu..kenape masih perlu ke mahkamah sivil lagi..sebelum ni bole buat kenapa yg geran 2 ekar geran baru dapat kena melalui mahkamah sivil lagi? bukanke mahkamah syariah da keluarkan perintah dan hibah ni dibuat masa arwah abah sy masih hidup..sy tak fham tuan

  50. Asslmualaikum tuan, saya nak tanya kalau bapa angkat ada tanah pertanian (rizab melayu) dan ingin menghibahkan tanah tersebut kepada anak angkatnya beragama islam, umur 33 tahun, warganegara malaysia, lahir di HKL, tetapi berketurunan indonesia, dan bukan berketurunan melayu, boleh ke si bapa angkat tersebut menghibahkan tanah tersebut? mohon penjelasan, terima kasih tuan

    1. hibah tu boleh dibuat, cuma pada pelaksanaan (tukar nama) akan jadi masalah sikit sebab ia status tanah rezab melayu hanya untuk melayu saja boleh terima.

      1. Terima kasih tuan kerana membalas pertanyaan saya, jadi untuk pelaksanaan tukar nama tersebut adakah masih boleh (berpeluang) ditukar nama atau tiada langsung (peluang) untuk tukar nama ya? Pernahkah berlaku kepada tuan kes seperti ini? dan pernahkah tuan menyelesaikan isu seperti ini sebelum ini? boleh tuan kongsikan? maaf byk bertanya.

  51. Bagaimana jika si pemberi hibah meninggal dunia kerana sebab sebab yg bukan dari sebab kematian biasa atau tua, sakit atau kemalangan.
    Contohnya meningal sebab kene hukuman gantung, meninggal kerana mangambil dadah, meninggal kerana alkohol, meningal kerana membunuh diri sebab penyakit mental, meninggal kerana berlumba haram dan sebagainya yg melanggar undang undang.

  52. Assalamualaikum,

    Saya ada beberapa persoalan berkaitan pemberian hibah:

    1. Seorang bapa yang uzur syarie atau sakit tua membuat hibah, namun hibah tersebut dari segi rukun iaitu ijabnya, lafaz ijab hibah tersebut telah dibuat dalam keadaan si bapa tersebut tidak mampu bercakap dengan jelas. Bacaan lafaz juga dipimpin oleh isterinya dan diikuti oleh si bapa tersebut. Bolehkah hibah tersebut dibuat?

    2. Hibah yang dibuat oleh suami kepada isterinya, bolehkah ditarik balik? Jika ya, apakah sebab yang membolehkan dan jika tidak, apakah pula sebabnya?

    3. Dalam wasiat, jika penerima atau benefisiari tersebut telah melakukan sesuatu perbuatan yang menyebabkan kematian pemberi wasiat, maka wasiat tersebut adalah batal berdasarkan Seksyen 14 EW Selangor 1999. Adakah hibah boleh terbatal jika berlaku situasi sama seperti yang dinyatakan dalam peruntukan wasiat tersebut?

    Saya memerlukan pencerahan daripada pihak tuan untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam keluarga terdekat saya. Terima Kasih.

    1. saya berpendapat, cik boleh bawa kes ini ke mahkamah syariah untuk pengesahan hibah. jika perlukan peguam syarie di selangor saya ada kawan yang boleh bantu.

  53. Assalamualaikum. Saya ada saham koperasi kelapa sawit. Bolehkah saham itu dihibahkan kepada suami saya?

  54. Assalamualaikum…Suami saya hibahkan rumah kepada 3 anak perempuan kami. Kami xde anak lelaki. Hibah ini terlaksana hanya setelah penghibah meninggal. Setelah meninggal kemana saya nk tuju utk sahkan hibah itu dan juga perlu kah saya masukan nma anak2 dlm geran rumah. Dokumen hibah diuruskan oleh lawyer.

  55. Adakah boleh jika sy ingin menukar pemilik polisi kepada isteri saya?
    Polisi sekarang, pemilik, person covered, payor adalah saya.
    sy ingin menukar pemilik polisi kepada nama isteri, person covered dan payor masih kekal nama saya.
    Boleh ke? mohon pencerahan.

  56. Assalammualaikum dan selamat petang kepada Tuan Hanafi,

    Saya ingin bertanya satu soalan kepada tuan Hanafi, iaitu isu hibah yang berkaiatan faraid.
    Soalan in mempunyai satu soalan utama dan ianya mempunyai sub soalan dari soalan utama.

    Situasi: Seorang ayah telah meninggal dunia dan menggunakan hibah bersyarat (merujuk pemberian sebuah rumah
    apabila ayah telah tiada kepada waris seramai tiga orang anak iaitu satu lelaki dan dua perempuan)

    Soalan: Seorang ayah telah menghibahkan sebuah rumah kepada tiga adik beradik iaitu seorang lelaki dan dua
    orang perempuan. Setelah rumah itu dimilik oleh waris dan telah dijual, adakah hasil jualan rumah yang
    diperolehi dari jualan rumah tersebut wajib difaraidkan atau tidak iaitu hanya perlu dibahagi tiga. Ini kerana
    pihak lelaki tidak mahu membahagi tiga tetapi pembahagian adalah mengikut kiraan faraid iaitu 2/4 bahagian
    dari hasil jualan. Manakala pihak perempuan menuntut untuk dibahagi tiga iaitu hasil dari jualan rumah tersebut.
    Saya mempunyai kekeliruan di sini kerana pemberian itu adalah secara hibah yang ditinggalkan oleh ayah.

    Semoga tuan Hanafi dirahmati allah swt.

    1. sepatutnya di agihkan sepertimana hibah telah dibuat. Soalan saya, adakah urusan ini dibuat sendiri atau pihak yang menyediakan hibah yang uruskan?

      jika penyedia hibah yang uruskan sepatutnya tidak timbul isu ini melainkan buat sendiri.

  57. Assalamualaikum Tuan,

    Ayah memberi hibah tanah kepada anak dari isteri ketiga kerana menjaganya ketika sakit tetapi hanya melalui lisan ketika hidup.
    tiada saksi melainkan isteri ketiga sahaja ketika itu.

    selepas 20 tahun ayah meninggal, kami hendak menjalankan kuasa di atas harta2 ayah termasuk rumah pusaka ayah. tetapi secara tiba tiba sahaja anak dari isteri ketiga mengaku bahawa ada sebahagian dari harta tersebut dihibahkan kepadanya. tetapi di geran belum pindah nama.

    adakah hibah itu terbatal, atau mereka boleh fight untuk dapatkan hibah tersebut. sedangkan selama 20 tahun mereka telah makan hak orang lain dan juga hak anak yatim disitu.

    1. perlu buat pengesahan hibah, jika sekadar lisan dan tiada saksi agak susah. kemungkinan mahkamah tak terima permohonan macam nie.

Leave a Reply to Ct Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!