ifaraid calculator
Hanaffi akan share Apps yang biasa digunakan oleh Hanaffi sendiri semasa sesi konsultansi. Apps nie sangat mudah guna dan user friendly, tak perlu sebarang kepakaran atau pengetahuan mendalam tentang faraid.
Sangat banyak membantu Hanaffi semasa sesi konsultansi.
Sila download di app store : https://apps.apple.com/my/app/ifaraid-calculator/id941013002
1. Selepas download, terus ke bahagian “about” dan tukar kepada bahasa “Malay”. Melainkan anda memang nak belajar guna bahasa english. hehe

2. Dibahagian Pengenalan anda boleh belajar sedikit sebanyak tentang ilmu faraid. Klik list tersebut, akan keluar penerangan.



3. Dibahagian Senarai Waris ini, anda perlu masukkan senarai waris faraid anda. Contoh diatas Hanffi masukkan waris faraid isteri 3 (hehe), bapa, emak dan anak lelaki dan anak perempuan.



4. Dibahagian Pokok Waris akan keluar bahagian faraid dan gamba rajah faraid yang anda isi. Anda boleh masukkan adik-beradik simati, datuk dan sesiapa dalam aps ini.



5. Dibahagian Jadual Pengiraan, akan boleh masukkan anggaran nilai harta yang dimiliki. Klik pada simbol $ dan tekan. Senarai pecahan mengikut nilai telah diagaihkan.



Mudahkan?
Lepas nie anda juga boleh jadi perunding professional seperti Hanaffi. hehe
Hubungi saya untuk pertanyaan di 016-5577653
atau
Whatsapp (klik link ini)
33 Responses
Assalma tuan. Bagus kiranya apps ini disediakan pula dalam versi android.
wasalam. ada yang versi web. Ini dibangunkan oleh USM. Tuan boleh ke link dibawah.
http://faraid.usm.my/msl/default.html
Dibahagian tepi kiri atas, terdapat penerangan juga.
AlhamduliLlah tahniah. Sebelum ni terpaksa buka buku faraidh jika ada permasalahan yg perlu diselesaikan. Sekarang buka apps pulak, terus dpt hasilnya. Terbaik tuan
alhamdullilah. semoga dipermudahkan 🙂
semua terbaik..
terima kasih en 🙂
En, jika si mati mempunyai 9 anak tetapi seorang telah meninggal sebelum hari bicara. harta puasa perlu dibahagikan kepda 9 org juga atau 8 org yg masih hidup ??.
masih dapat sebab dia meninggal selepas pemilik harta meninggal.
Tuan.. Jika si mati se orang lelaki ada 3 anak lelak 2 masih hidup 1 telah mati dan 3 anak perempuan serta 1 isteri..
Adakah anak lelaki yang telah sama hak seperti anak lelaki masih hidup
Tak. Jika anak lelaki telah meninggal awal, maka tiada bahagian, melainkan akan lelaki tersebut telah meninggal selepas si ayah meninggal. Maka ada bahagian anak tadi.
Mereka yang layak adalah:
Isteri 1/8
Baki harta kepada 3 anak perempuan dan 2 lelaki.
Jika si mati mempunyai emak dan ayah. Maka mereka juga layak 1/6 setiap orang.
Kalau arwah bapa tiada anak lelaki, hanya 5 anak perempuan dan 1 anak perempuan tiri, siapakah waris nyer lagi – ibubapa sudah lama meninggal .
Dah harta tanah sudah dibahagi 2 semasa mak ayah masih hidup selepas bercerai, arwah mak ada 6 anak perempuan sahaja tiada lelaki tapi masih ada seorang adik lelaki. Macam mana nak kira ? Ni berkaitan tanah felda.
waris faraid adalah anak kandung ayah dan adiknya saja.
tanah telah dibahagi 2 dengan bekas isteri tu mcm mana? adakah sekadar cakap mulut? Jika ia dibuat secara sah dengan proses pindah milik dibuat, maka harta yang akan jadi harta pusaka adalah 1/2 bahagian sahaja.
Saya ada pertanyaan, keluarga sy ada kematian berlapis, pertama, arwah adik meninggal, kemudian ayah. Jadi tinggal ibu dan 5 beradik lelaki. Atuk dan nenek sebelah ayah juga telah meninggal dan sebelah ibu juga sama. Jadi bagaimana pembahagian faraid berkenaan encik? Ibu akan dpt berapa bahagian dan 5 beradik lelaki tadi berapa bahagian? Terima kasih
sorry saya xdpt bagi jawapan yg tepat sebab maklumat kematian tak jelas.
Assalamualaikum….
Abah dan emak telah meninggal dunia …ayah ada ditinggalkan harta seperti tanah getah dan rumah ..
Kami ada 11 orang …semua perempuan..
Bagaimana penyelesaian untuk kami adik beradik memperolehi has setiap kami dakam pembahagian harta tersebut
kena uruskan pusaka, jika tiada orang boleh bantu. Saya boleh uruskan. Call atau wasap saya 0165577653
salam tuan.
pemunya harta nenek(telah meninggal dunia)
anak 5 (4 lelaki 1 perempuan ) anak lelaki yang hidup 2 orang.3 da mninggal.
cucu lelaki 5 perempuan 3.
cucu2 boleh dapat bahagian??
wasalam, jika anak 5 orang masih hidup ketika pemilik harta meninggal. Maka semua mereka layak terima pusaka walaupon ada diantara anak meninggal selepas itu.
jika anak-anak telah berkahwin, maka pasangan dan cucu kepada pemilik harta juga layak terima.
semoga menjawab persoalan en..
Salam tuan
Adakah isteri ada hak dgn KWSP suami sebelum dan selepas suami meninggal
sebelum milik suami. seleapas meninggal hak waris faraid itu pon setelah ditolak hutang-hutang arwah.
Salam tuan
Adakah isteri ada hak dgn KWSP suami sebelum dan selepas suami meninggal. Kalau suami masih ada berapa isteri dapat
sebelum milik suami. seleapas meninggal hak waris faraid itu pon setelah ditolak hutang-hutang arwah.
isteri layak 1/8 bahagian utk faraid.
masa suami hidup, atas suami nak bagi berapa. Hak suami
Salam tuan.macam mana pembahagian faraid jika aruah tidak berkahwin.waris yg tinggal ibu serta seorang adik beradik lelaki dan 3 org adik beradik perempuan.
waris faraid adalah sepertimana yang en senaraikan.
Salam tuan,
Saya baru nak uruskan pembahagian tanah pusaka ayah (beberapa bidang tanah). Arwah telah meninggal pada 15/03/2022.
Pada masa yang sama, terdapat tanah arwah datuk(meninggal tahun 1950) belum di buat pembahagian faraid dan tanak milik arwah nenek (meninggal tahun 2001).
Bolehkah diuruskan secara serentak atau urusan perlu dimulai satu persatu mengikut turutan datuk – nenek – ayah.
Situasi kedua, terdapat 3 adik beradik datuk tidak mempunyai waris. Adakah kami cucu saudara layak menuntut ke atas tanah tinggalan tersebut. Kami mempunyai sijil daftar kematian nenek saudara tetapi tidak mempunyai sebarang dokumen 2 arwah datuk saudara.
1. uruskan yang mana boleh dan mudah dulu.
2. utk kes nie saya cadang dapatkan perintah faraid / sijil faraid. boleh rujuk JPN, tapi saya rasa JPN tak bagi juga info tu. tapi boleh cuba dulu.
Salam tuan. Arwah datuk meninggal pd 2001, tgglkn anak ppuan tunggal (mak sy) dan isteri (nenek, meninggal pd 2012). Arwah tgglkn harta pusaka yg x diwasiatkan dan x diuruskan pembhgnnya smpi hari ni. Arwah masa meninggal xde adik beradik (kakak & adik ppuan dh meninggal), kakak arwah tiada anak kandung, adikp ppuan arwah ada 6 anak llaki, 4 anak ppuan. Kes sy ni kategori kematian berlapis, tp bhgn harta arwah utk mak saya adalah 1/2, betulkan sy tuan jika salah.
ya. adik beradik atuk ada bahagian. jadi kena uruskan juga, jika tak akan kekal nama atuk dan makin sukar diuruskan. walaupon cik tahu berapa bahagian pon ia tidak dapat dimanfaatkan. ia akan sekadar tahu saja..
baik tuan. terima kasih atas balasan dan penjelasan.
Assalamualaikum tuan.
Arwah bapa saya ada tinggalkan sebidang tanah kebun getah. Selepas kematian arwah, pokok getah ditebang untuk tanaman semula. Hasil jualan batang getah lebih kurang 20k. Adakah perlu difaraidkan duit tu?
Sejak arwah bapa meninggal,Urusan tanah ladang di ambil alih oleh ibu saya.
wasalam. perlu faraid juga. apa2 saja yg ditinggalkan termasuk harta yang dijual perlu difaraid.
Salam tuan, kes ayah saya meninggal pada tahun 2008, urusan faraid selesai kecuali bagi urusan rumah, nenek saya meninggal selepas ayah saya meninggal. Soalan saya, jika saya membuat urusan harta pusaka bagi rumah, adakah ia mengikut nilai semasa rumah sewaktu ayah saya meninggal pada tahun 2008 atau mengikut harga semasa pada tahun 2023, ayah saya hanya berwasiat mulut sahaja semasa hidup.
akan ikut nilai semasa di uruskan. penilaian di pusaka kecil akan ikut nilai terkini.