Saya percaya, dikalangan pembaca mesti keliru tentang hibah. Hibah dan harta pusaka adakah perkara yang sama? kalau nak wasiatkan harta pusaka kepada anak angkat bagaimana urusannya. Apa kaitan pula dengan cara hibah untuk anak angkat. Dalam artikel ini, saya akan bincangkan bagaimana cara hibah untuk anak angkat dengan adil dan tepat dalam Islam. Persoalannya, bolehkah seorang ayah atau ibu mewariskan harta pusaka kepada anak angkatnya?
Soalan : Bolehkan seorang ayah atau ibu mewariskan harta pusakanya kepada anak angkatnya?
Sebelum menjawab persoalan ini, perlulah difahami bahawa Islam adalah agama yang adil dan prihatin kepada semua golongan manusia. Secara asasnya, memang benar anak angkat tidak berhak mewarisi harta pusaka secara faraid.
Namun, ibu bapa angkat mempunyai pilihan untuk memberikan sebahagian hartanya kepada anak angkat semasa hidup yang dinamakan sebagai hibah.
Maksud Anak Angkat :
Anak angkat merujuk kepada anak yang dijaga dan dibesarkan oleh ibu bapa angkat seperti anak kandung. Kebiasaannya, pasangan yang tidak mempunyai anak memilih untuk mengambil anak angkat bagi melengkapkan kehidupan berkeluarga. Hubungan ini terbina atas kasih sayang, tanggungjawab, dan keikhlasan, di mana ibu bapa angkat memberikan sepenuh perhatian, dan anak angkat pula berbakti serta mengasihi mereka sepanjang hayat.
Anak angkat tidak tersenarai sebagai waris yang berhak mewarisi harta pusaka ibu bapa angkatnya mengikut hukum faraid. Ini kerana anak angkat tiada hubungan pertalian darah secara syarak dan tidak boleh dinasabkan kepada bapa angkat mengikut hukum syarak sekali pun anak tersebut telah dibinkan kepada bapa angkat di dalam sijil kelahiran.
Isu Pewarisan Anak Angkat
Isu pewarisan anak angkat sering menjadi persoalan dalam masyarakat. Dalam hukum faraid Islam , anak angkat tidak termasuk sebagai waris yang sah kerana tiada pertalian darah.
Oleh itu, mereka tidak berhak menerima harta pusaka secara automatik selepas kematian ibu bapa angkat.
Namun, ibu bapa angkat boleh menggunakan kaedah seperti hibah, wasiat (maksimum 1/3 harta), atau penamaan harta untuk memastikan anak angkat mendapat bahagian yang diinginkan.
Langkah ini penting bagi mengelakkan konflik keluarga dan memastikan kebajikan anak angkat terjamin selepas pemergian ibu bapa angkat.
Firman Allah
Jom fahami firman Allah S.W.T:
لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِّمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ مِمَّا قَلَّ مِنْهُ أَوْ كَثُرَۚ نَصِيبًا مَّفْرُوضًا ﴿٧﴾
Maksudnya: Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).
Dalam ilmu perwarisan atau dalam bahasa arabnya, ilmu faraid atau ilmu mirath, ulama’ telah meletakkan sebab-sebab yang membolehkan bagi seseorang itu mewarisi harta si mati pada tiga perkara iaitu:
Hubungan keturunan
Pernikahan
Wala’ (Pembebasan hamba)al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab; 16/53
Hukum dan Cara hibah untuk anak angkat
Sekiranya tiada wasiat yang dibuat oleh si mati, maka secara automatiknya jatuh hukum Faraid, kerana anak angkat memang tidak termasuk dalam ahli faraid.
Tetapi, jika ahli waris setuju untuk melepaskan haknya (bahagiannya) kepada ahli bukan faraid maka DIBOLEHKAN.
Dalam situasi dimana jika arwah atau si mati ada meninggalkan anak kandung. Maka, anak-anak lelaki Puan tidak ada tanggungjawab didalam islam untuk berkongsi harta pusaka arwah dengan anak angkat tersebut.
Namun, sekiranya mereka rasa bersetuju untuk melepaskan hak / berkongsi hak maka dibolehkan. TIDAK BERDOSA. Ia hanya akan HARAM jika diberi tanpa persetujuan ahli-ahli faraid.

Cara Hibah Untuk Anak Angkat
MELALUI INSTRUMENT WASIAT.
Cara buat hibah kepada anak angkat adalah dengan memberikan harta peninggalan kepada anak angkat. Gunakan instrumen wasiat. Dibenarkan mewasiatkan 1/3 daripada harta peninggalan kepada ahli bukan Faraid. Manakala 2/3 yang lain akan dibahagikan mengikut faraid.
CARA KEDUA MELALUI PRI-HIBAH.
Pri-hibah ialah pemberian aset kepada sesiapa sahaja untuk harta-harta yang spesifik. Contohnya, tanah, rumah, insurans dan lain-lain kepada anak angkat Puan.
Apabila pri-hibah telah dibuat, hibah harta ini tidak akan termasuk dalam pembahagian harta pusaka untuk ahli-ahli faraid.
Tetapi, harus diingatkan. Setelah berkuat kuasa pemberian hibah kepada bukan anak kandung tidak boleh dibatalkan.
Baca panduan lengkap hibah dalam Islam untuk faham proses, dokumen dan faham kelebihan Hibah.
Anak angkat bukan waris faraid, tapi anda masih boleh pastikan mereka dilindungi.

Adakah anak angkat layak menerima harta pusaka ?
Tidak. Anak angkat tidak termasuk dalam senarai waris faraid kerana tiada pertalian darah. Mereka tidak berhak menerima pusaka secara automatik selepas kematian ibu bapa angkat.
Mana lebih sesuai: hibah atau wasiat untuk anak angkat ?
Hibah lebih fleksibel kerana tiada had jumlah dan boleh dilakukan semasa hidup. Wasiat pula terhad kepada 1/3 dan hanya berkuat kuasa selepas kematian.
Berapa banyak harta boleh diwasiatkan kepada anak angkat ?
Maksimum 1/3 daripada jumlah harta boleh diwasiatkan kepada anak angkat, selagi waris lain bersetuju.
Kesimpulannya
Meskipun begitu, haruslah difahami walaupon tiada hak untuk mewarisi tidak bermakna anak angkat tidak berhak untuk memperolehi harta pusaka dengan cara yang lain seperti hibah dan juga wasiat.
Sebahagian ibu bapa zaman kini membiarkan terus anak angkat mereka tidak mendapat apa-apa disebabkan fahaman bahawa anak angkat tidak layak dan tidak berhak untuk diberikan apa-apa atau sebahagian dari harta pusaka.
Kesimpulannya, di sini anak angkat tidak berhak untuk mewarisi harta pusaka ibu atau bapa angkat mereka disebabkan tiada pertalian darah yang membolehkan berlakunya perwarisan pusaka.
Namun begitu, sebaiknya para waris yang lain mengasihani mereka ini (anak angkat) sepertimana ibu atau bapa angkat mereka mengasihani mereka sewaktu masih hidup.
Oleh yang demikian, antara langkah awal atau inisiatif lain yang boleh diambil oleh ibu atau bapa angkat sekiranya ingin memberikan sebahagian harta mereka kepada anak angkat mereka adalah melalui proses hibah dan juga wasiat.
Namun, mestilah kedua-dua proses ini dilakukan dengan cara yang adil iaitu tidak pula menyusahkan para waris yang lain atau bersikap berat sebelah dalam urusan pembahagian harta, serta mestilah mengikut petunjuk dan juga kadar yang telah ditentukan syariat Islam.
Klik untuk membaca
—> Pengurusan Harta Pusaka Melalui Instrumen Wasiat

Hubungi Kami
Jika ada pertanyaan berkenaan masalah harta pusaka atau perlukan bantuan guaman. Boleh hubungi En.Hanaffi untuk pertanyaan secara PERCUMA di 0165577653 atau Whatsapp (klik button dibawah)
