Adakah Semua Harta Atas Nama Si Mati Adalah Harta Pusaka Yang Perlu Di Faraidkan?

Harta Pusaka
Home » Harta Pusaka » Adakah Semua Harta Atas Nama Si Mati Adalah Harta Pusaka Yang Perlu Di Faraidkan?

Harta Yang Mana Perlu Difaraidkan?

Umum mengetahui apabila seseorang Muslim itu meninggal dunia, semua harta yang dimilikinya akan menjadi harta pusakanya. Apabila menjadi harta pusaka, harta tersebut perlu ditabdir mengikut aturan yang telah ditetapkan oleh syariah Islam dan juga undang-undang sivil.

Turutan pentadbiran harta pusaka adalah seperti berikut.

  1. Membayar kos pengurusan jenazah si mati
  2. Melunaskan semua hutang-hutang si mati
  3. Melaksanakan wasiat ke atas harta si mati sekiranya ada
  4. Mengagihkan harta pusaka mengikut aturan faraid atau atas muafakat waris

Oleh itu, waris dan pentadbir harta si mati perlu jelas apakah yang termasuk dalam senarai harta pusaka si mati, dan apa pula harta yang tidak termasuk sebagai harta pusaka.

Harta pusaka si mati boleh dikategorikan dalam dua kumpulan, harta alih dan harta tidak alih.

pusaka isi rumah

Jawapan Ringkas :

Tak semua harta atas nama si mati adalah harta pusaka dan tak semua harta atas nama si mati wajib difaraidkan. Sebab itu pentingnya memahami ilmu dan hukum faraid dan pengurusan harta pusaka dalam islam. Secara ringkanya, marilah kita fahamkan apa itu harta pusaka dan jenis harta. DEFINISI HARTA PUSAKA

Segala apa yang menjadi kepunyaan si mati di masa hidupnya, kemudian ditinggalkan untuk waris-warisnya sama ada harta benda, hak-hak dan apa yang termasuk dalam miliknya setelah dia mati.

———–

Pada dasarnya, harta pusaka ialah segala apa yang ditinggalkan oleh si mati selepas kematiannya sama ada dalam bentuk harta alih seperti emas, perak, duit, perabot dan sebagainya, atau dalam bentuk harta tidak alih seperti tanah, rumah dan sebagainya. Kesemua ini termasuklah dalam takrifan harta peninggalan. Maka, apabila meninggalnya seseorang dan meninggalkan sekian-sekian harta seperti di atas, maka hendaklah ia dibahagikan kepada para warisnya yang berhak

Berdasarkan kepada takrifan harta pusaka, segala isi rumah hendaklah dibahagikan secara faraid kepada seluruh ahli warisnya yang berhak. Adapun sesuatu barangan yang telah dipastikan bahawa ia milik orang lain seperti isteri atau selainnya, maka ia tidaklah menjadi harta pusaka si mati.

Bagi menentukan pembahagian terhadap harta pusaka tersebut, maka ia perlulah dinilai terlebih dahulu. Seterusnya barangan yang tiada nilai atau mempunyai nilai yang kecil, bolehlah diambil atau digunakan tanpa perlu melalui proses faraid, namun perlulah mendapat keizinan para waris yang lain. Sehubungan dengan itu, di sinilah terletaknya unsur utama dalam hal pembahagian harta iaitu sikap bertolak ansur dan keprihatinan.

jenis harta pusaka

Harta alih ialah harta yang bukan dalam bentuk tanah ataupun rumah. Ia adalah seperti: Duit simpanan dalam bank. Wang Tunai.

HARTA ALIH- Kereta- Wang tunai
– Akaun bank- Duit di kwsp, asb- Barangan kemas,- Saham dan sebagainya.

Harta tak alih ialah tanah atau kepentingan di atasnya. Contohnya ialah: Tanah yang mempunyai geran dan nama si mati didaftarkan atas namanya. Si mati ada mengusahakan ataupun memohon tanah A.A atau T.O.L semasa hidup daripada membuat bayaran premium

HARTA TAK ALIH- Tanah- Rumah- Kebun
– Bangunan dan sebaginya. 

Haruslah di ingat termasuk di dalam bahagan Harta Pusaka juga adalah 

-Hutang si mati yang dijelaskan selepas kematian.
-Kutipan sewa dari harta si mati.
-Dividen/faedah yang terbit dari harta si mati.
-Premium insurans.
-Barang yang terbit selepas kematian seseorang dari hasil usaha si mati semasa hayatnya.
-Semua harta yang diperolehi oleh si mati semasa hayatnya secara halal seperti melalui jualbeli, mendapat pusaka, melalui hibah, hadiah, sedekah dan melalui wasiat.

Bukan Harta Pusaka :

-Harta yang telah diberi/dihibahkan kepada orang lain semasa hayatnya.
-Harta yang telah dijual oleh si mati.
-Harta yang telah diwakafkan.
-Harta yang dipegang amanah oleh si mati.
-Pemberian/sumbangan oleh orang yang menziarahi si mati.
-Wang pencen, ganjaran terbitan dan SOCSO.
-Imbuhan dan saguhati.
-Pampasan insurans dan manfaat takaful.
-Khairat kematian.

Banyak salah faham dan pertikaian yang berlaku tentang harta pusaka kerana kekeliruan tentang status harta pusaka tersebut. Status harta juga sebenarnya boleh dirujuk dan disemak secara terperincisary per satu melalui dokumen harta, dokumen sokongan atau polisi tertentu yang dibuat supaya lebih jelas dan tepat.

harta Pusaka dan kesannya

Maka, adalah penting dalam menilai adakah sesuatu barang itu termasuk dalam harta pusaka perlulah diterapkan sikap yang baik dalam menguruskannya bagi menjaga hubungan baik antara keluarga dan waris.

Antara nilai murni lain yang perlu diambil kira sewaktu proses pembahagian pusaka ini juga termasuklah sikap kebertanggungjawaban, kasih sayang dan empati kepada waris yang baru sahaja kehilangan keluarga serta tidak mementingkan diri sendiri semata mata.

Hal ini kerana, apabila berlakunya kematian, lalu sikap-sikap tidak baik seperti tamak dan mementingkan diri sendiri ini muncul, maka ia boleh meruntuhkan dan juga merenggangkan hubungan baik sesama.

Sebagai ahli keluarga adalah penting untuk menguruskan hal ini secara berhemah. Jika keberatan maka elokkan diserahkan kepada pihak ketiga sebagai wasi bagi menjaga hubungan silatulrahim antara keluarga.

kasih sayang kepada waris harta pusaka

Kesimpulannya

Kesimpulannya, segala sesuatu yang ditinggalkan si mati termasuklah perabot rumah sekalipon dan juga isinya pada asasnya merupakan harta pusaka yang perlu dibahagikan secara faraid kepada para warisnya yang berhak.

Dalam masa yang sama, sikap bertolak ansur dan juga keprihatinan perlulah ada sewaktu menentukan jenis harta yang perlu dibahagikan secara faraid agar tidak pula menzalimi orang lain ataupun merenggangkan hubungan silaturahim sesama ahli waris.

Jangan lah kerana sedikit harta keluarga berpecah belah. Sebab itu pentingnya memahami ilmu faraid dan pengurusan harta pusaka dalam Islam.

Jika ingin membaca berkenaan 101 soalan lazim pengurusan harta pusaka. Klik disini untuk ke blog bacaan.

Semoga coretan ringkan ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada anda.. Kami berdoa kepada Allah, semoga Allah sentiasa menunjukkan kita ke jalan yang benar dan diredhai-Nya

Hubungi Kami

Jika ada pertanyaan berkenaan masalah harta pusaka atau perlukan bantuan guaman. Boleh hubungi En.Hanaffi untuk pertanyaan secara PERCUMA di 0165577653 atau Whatsapp (klik button dibawah)
author avatar
En.Hanaffi Idris

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!