Tiru sain jual harta pusaka!

Semasa di klinik, handphone berdering banyak kali. Tak pasti siapa macam hal urgent sangat.

Kali ke 6-7 Hanaffi jawab.

Ini kisah Zack (bukan nama sebenar).

Zack berkata: “En, saya ada soalan boleh menang ke jika saya dan adik beradik saman kakak kami yang menjadi pentadbir harta jual harta pusaka tanpa persetujuan dari kami, dah jual. Hasil jualan pon tak serah!”

Memang beremosi sungguh!

Sabar la Zack tak perlu jerit saya dengar. Hanaffi bermonolog dalam hati jer.

Hanaffi menjawab dengan tenang: “Saya yakin Zack boleh menang sebab pernah ada kes yang lebih kurang macam nie. Kes berlaku di Kuala Terengganu. Kakak mereka telah menjual 6 keping lot tanah harta pusaka arwah bapa mereka.”

“Dia siap tiru sain bagi proses jual beli tanah di Kemasik, Kemaman. Tere tak tere.”

“Bila jabatan kimia semak, semua tandatangan waris adalah palsu!”

Zack mula tenang dan gembira dengan jawapan yang Hanaffi bagi. Tetapi masalah lain pulak, Zack mula bercerita kisah mereka! haha

Zack: “ Ye ke.. lega la macam tu. Kami memang bagi kuasa kakak urus, tapi tak sangka la sampai macam nie. Rasa dari kecik tak pernah ada isu besar, bertengkar budak-budak itu biasala. Nama pon budak.

“Sejak kematian ayah kakak kami dah susah dihubungi. Bila call jarang jawab, whatsapp pon tak reply. Lepas seminggu baru la call / whatsapp mengalahkan menteri.

“bla..bla.. bla..” Panjang luah hati dia. Hehe

4 Perkara Tentang Pentadbir.

1. Pentadbir jangan pecah amanah seperti kisah Zack. Menyusahkan semua pihak nanti.

2. Pentadbir mesti serba tahu tentang undang-undang. Jika tak tahu sangat pon tak pe rujuk mereka yang pakar.

3. Urus segera bagi mengelakkan kematian ahli waris atau pentadbir itu sendiri. Ini akan merumitkan dan melambatkan urusan pusaka.

4. Pentadbir mesti seorang yang bebas dipengaruhi dari pada mana-mana ahli waris. Tak perlu nak lantik sehingga 2 pentadbir jika hubungan antara mereka baik. Prasangka antara waris sehingga timbul team A & team B dalam nak mentadbir harta pusaka. Akhirnya tidak selesai juga.

Banyak kes nak share tetapi cukuplah sampai disini. Harap anda boleh belajar sesuatu daripada kisah Zack. Nak urus atau tidak bergantung kepada anda sendiri.

Boleh hubungi Hanaffi untuk membantu anda dalam perangan harta.

Hibah Takaful (klik disini)

Hibah Harta (klik disini)

Hubungi saya untuk pertanyaan di 016-5577653

atau

Whatsapp (klik link ini)

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!