Case Study 11 : Tuntutan Gila!

Ini cerita Kak Som (bukan nama sebenar).

Kak Som menyatakan dengan penuh perasaan marah:

“Macam nak gila dibuatnya, masa tu anak-anak pon kecik lagi.”

“Memang diorang tak de perasaan langsung!!!?”

“Yang jadi dalang adik ipar. Mertua padahal tak de masalah, tak nak pon tapi last-last mertua tuntut hak juga.”

Akhirnya air mata Kak Som mengalir membasahi pipi.

Kak Som sedih sangat sebab, ketika arwah hidup. Mereka bersatu sebagai satu keluarga yang bahagia. Kak Som masih ingat ketika adik ipar susah, Kak Som bantu dengan duit sendiri dengan ikhlas.

Sebab diorang segan nak minta pada arwah, sebab arwah selalu bantu diorang (adik-beradik arwah). Tetapi malang tidak berbau, segala bantuan yang pernah diberikan tidak dihargai.

Pengorbanan Kak Som dibalas dengan tuntutan yang bukan-bukan. Letih nak hadap.

Itu cerita 10 tahun lalu. Kak Som sedar kepentingan menguruskan harta semasa hidup.

Kak Som juga dah baca buku Hanaffi sehingga habis dan mohon Hanaffi bantu lebih ramai orang diluar sana. Hanaffi bantu Kak Som membuat wasiat bagi hartanya supaya diuruskan oleh wasi dikemudian hari.

Kini, Kak Som rasa lega sebab urusan wasiatnya telah siap. Nak Hanaffi bantu anda seperti Kak Som? Hubungi 0165577653

Kak Som banyak bertanya tentang penama dan pentadbir kerana cerita duka bermula apabila arwah meletakkan nama emak dan adik-beradiknya kebanyakkan harta. Berikut adalah antara soalan yang ditanya oleh Kak Som.

Soalan Kak Som: Adakah penama sebagai pemilik harta?

Jawapan: Penama bukanlah pemilik harta tersebut, ini berdasarkan fatwa yang telah dikeluarkan pada oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada pada 20 September 1973 di mesyuarat Majlis Raja-raja yang ke-96 bahawa:

Penama-penama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Wang Simpanan Pejabat Pos, Bank, Insurans dan Syarikat Kerjasama adalah sebagai orang-orang yang melaksanakan wasiat si mati atau wasi. Mereka boleh menerima wang si mati dari sumber-sumber tersebut untuk dibahagikan kepada orang-orang yang berhak menurut pembahagian Faraid.

Sudah jelas dinyatakan penama atau wasi bagi harta orang islam hanya pentadbir bagi harta simati sahaja dan ia perlu diagihkan secara faraid atau muafakat. Tetapi penama harta orang bukan islam mereka adalah penerima bagi harta tersebut.

Soalan Kak Som: KWSP bagaimana pula? Adakah penama hanya pentadbir sahaja?

Jawapan: Sudah jelas dinyatakan seperti diatas. Boleh juga rujuk apa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia:

  • Wang KWSP & wang simpanan adalah harta pusaka yang mesti dibahagi mengikut hukum faraid.
  • Penama KWSP adalah wasi / pentadbir harta.
  • Penama hendaklah membahagikan wang KWSP mengikut hukum faraid.

Muktamat. Tak boleh nak argue dah lepas nie, jika dah faham. Ada lagi…

Hukum pembayaran KWSP bagi ahli yang memeluk Islam, pada 27 Januari 2004 Kali Ke-61 – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan:

  • Mengikut hukum syarak, orang bukan Islam tidak berhak mewarisi harta orang Islam dan begitulah sebaliknya.
  • Jika seseorang bukan Islam memeluk Islam dan mempunyai simpanan KWSP dan telah menamakan penama orang bukan Islam maka hendaklah menukar penama tersebut kepada orang Islam. Jika tiada penama orang Islam dan tiada waris Islam yang berhak ke atas harta tersebut setelah beliau mati maka harta itu tidak menjadi hak kepada penama yang bukan Islam, sebaliknya hendaklah diserahkan kepada Baitumal.
  • Orang Islam boleh membuat wasiat kepada orang bukan Islam tidak melebihi 1/3 daripada hartanya.

Itulah sebab kes seperti Kak Som berlaku apabila penama anggap harta arwah milik mutlak mereka. Lebih memburukkan keadaan apabila mereka cuba menafikan hak waris faraid yang lain.

Soalan Kak Som: KWSP boleh tuntut sebagai harta sepencarian ke?

Jawapan: Isu harta sepencarian juga difatwakan sebab apa yang orang faham, bila dah kawin semua harta pasangan boleh dituntut. Untuk KWSP lain sikit.

Hukum menjadikan caruman KWSP sebagai harta sepencarian, pada 22 Februari 2005, Kali Ke-67 – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan bahawa wang caruman KWSP tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian dan menetapkan wang tersebut sebagai harta pusaka yang perlu dibahagikan mengikut hukum faraid.

Soalan Kak Som: Penama bawah umur bagaimana?

Jawapan: Tidak sarankan sebab Hanaffi pernah jumpa kes penama bawah umur. Duit didalam KWSP tidak boleh dikeluarkan sehingga anak tersebut berumur 18 tahun keatas. Jika semasa kejadian anak baru 2 tahun, maka kena tunggu 16 tahun lagi baru boleh buat tuntutan. Sanggup tunggu? Hanaffi sarankan letak penama adalah pasangan atau individu yang dipercayai.

Jika buat wasiat, pentadbir akan uruskan semua. Tiada isu harta terpaksa dibekukan sehingga penama berumur 18 tahun.

Soalan Kak Som: Apa beza penama dan pentadbir.

Jawapan: Tugas mereka hampir sama tugas mereka iaitu menguruskan harta simati. Ia boleh jadi penama individu atau organisasi, disarankan dibuat secara berdokumen dan bersaksi bagi memudahkan urusan kelak.

Soalan Kak Som: Jika Kak Som letak penama seperti dibawah dan ingin nyatakan didalam wasiat bahagian yang mereka terima, boleh ke? Atau nak letak penama seorang dewasa sahaja

Jawapan: Apabila Kak Som buat wasiat, maka pentadbir adalah dari organisasi yang dilantik. Jadi wasi yang akan uruskan ke semua harta Kak Som selepas Kak Som meninggal. Tak perlu tukar kepada seorang penama dewasa pon tak pe.

Jika Kak Som telah nyatakan penama dalam KWSP seperti berikut:

• Penama Anak 1 (15 tahun) -25%
• Penama Anak 2 (13 tahun) -25%
• Penama Anak 3 (7 tahun) -25%
• Penama Anak 4 (2 tahun) -25%

Kak Som hanya perlu nyatakan dalam wasiat seperti berikut: Pembahagian bagi KWSP seperti yang berikut:

• Anak 1 (Lelaki 15 tahun) -25%
• Anak 2 (Lelaki 13 tahun) -25%
• Anak 3 (Perempuan 7 tahun) -25%
• Anak 4 (Perempuan 2 tahun) -25%

Mudahkan? Wasi akan uruskan semua harta dan menyerahkan harta seperti yang nyatakan oleh Kak Som. Mana lebih atau mana kurang bergantung kepada Kak Som dan perbincangan antara bersama waris nanti.

Soalan Kak Som: Jika Kak Som letak penama, tetapi tak nak buat wasiat? Boleh ke?

Jawapan: Boleh tiada masalah tetapi situasi akan berbeza. Banyak masalah timbul sebab anak-anak Kak Som masih kecil, mereka tak boleh jadi pentadbir. Siapa yang nak mohon surat kuasa mentadbir di Unit Pembahagian Pusaka Kecil di JKPTG? Mohon perintah faraid di Mahkamah Syariah? Melunaskan hutang Kak Som dan membuat pembahagian pusaka kepada waris faraid?

Ini adalah antara punca harta beku semakin meningkat. Lagipon anak-anak Kak Som masih kecik lagi. Dengan membuat wasiat, harta anak Kak Som akan di uruskan oleh mereka yang pakar sehingga anak-anak Kak Som berumur 18tahun. Tiada isu harta diseleweng oleh penjaga atau pentadbir individu, seperti apa yang telah berlaku pada Kak Som sebelum ini.

Jika anda ingin mengetahui dokumen yang perlu disediakan bagi menulis wasiat. Sila download senarai semak wasiat. Klik disini

Jika anda masih kurang jelas, anda boleh rujuk:

Soalan lazim wasiat. Klik disini

Soalan lazim hibah. Klik disini

Soalan lazim faraid. Klik disini

Hubungi saya untuk pertanyaan di 016-5577653

atau

Whatsapp (klik link ini)

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!