Ramai keluarga menghadapi kesukaran selepas kehilangan orang tersayang. Bukan sahaja dari segi emosi, tetapi juga dalam menguruskan harta yang ditinggalkan. Kepentingan pengurusan harta pusaka sering kali diabaikan sehingga timbul isu perebutan, kelewatan proses, atau ketidaktentuan hak waris. Tanpa perancangan awal, pembahagian harta boleh menjadi rumit, memakan masa, dan kadangkala menimbulkan konflik antara ahli keluarga.
Artikel ini sesuai untuk mereka yang ingin mula merancang, atau sekadar memahami hak dan tanggungjawab sebagai waris.
- Ilmu dan Kepentingan Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam
- a) Kenapa Perlu Urus Harta Pusaka Sebelum Meninggal
- b) Fahami Undang-Undang Harta Pusaka untuk Elak Masalah
- c) Cabaran dan Kepentingan Pengurusan Harta Pusaka dan Jalan Penyelesaian
- d) Peranan dan Tanggungjawab Dalam Pengurusan Harta Pusaka Islam
- Sebab Itu, Penting Memahami Kepentingan Pengurusan Harta Pusaka Dengan Teliti Dan Tertib.
- Hubungi Kami
Ilmu dan Kepentingan Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam
Realiti yang sukar dan patut disedari orang rakyat Malaysia khususnya yang Islam dalam menguruskan harta pusaka!
Pengurusan harta pusaka dalam kalangan umat Islam merupakan suatu prosedur yang perlu difahami oleh semua pihak, khasnya masyarakat Islam sendiri.
Sering kali kita dengar tentang pertikaian harta pusaka seperti :
Masalah ini boleh mencetuskan perebutan harta.
Ahli keluarga mula bergaduh dan bermasam muka.
Ada yang terpaksa membawa kes ke mahkamah.
Pertikaian berlarutan dan hubungan menjadi renggang.
Dalam kes yang serius, ia boleh melibatkan jenayah.
Contohnya ugutan, ancaman nyawa, atau pembunuhan.
Kenapa Masalah Perebutan Harta Pusaka ini terjadi?
Permasalahan adalah bermula kerana kurangnya pengetahuan tentang kepentingan pengurusan harta pusaka. Terutamanya dalam kalangan keluarga atau waris yang terlibat.
Harta secara umumnya dikategorikan kepada dua sifat yang berbeza, iaitu harta alih dan harta tak alih.
Harta alih ialah seperti kereta, motosikal, basikal, pinggan mangkuk, pakaian, peralatan mekanikal dan sebagainya yang bersifat boleh pindah pergerakannya secara fizikal.
Manakala harta tak alih pula ialah aset tetap seperti tanah, bangunan dan harta fizikal yang bersifat kekal dan tidak boleh dipindahkan ke lokasi yang berbeza.
Mengapa penting mengetahui tertib pengurusan harta pusaka dalam Islam?
Bantu memastikan waris yang ditinggalkan dapat meneruskan kehidupan dengan harmoni dan mempunyai saraan ekonomi yang mencukupi.
Secara umum, harta pusaka bolehlah dinyatakan sebagai harta peninggalan si mati.
Harta tersebut perlu diuruskan oleh waris yang masih hidup dengan tertib atau berdasarkan urutan yang sepatutnya.
Pengurusan harta pusaka Islam bermula setelah berlakunya kematian dan selesainya proses pengebumian jenazah.
Sebab itu, saya syorkan anda membaca dan dapatkan gambaran kasar pengurusan harta pusaka untuk Islam Khususnya di Malaysia ini. Boleh lihat disini kajian kes sebenar dan realiti pengurusan harta pusaka

a) Kenapa Perlu Urus Harta Pusaka Sebelum Meninggal
Pengurusan harta pusaka bukan sekadar penting, malah satu kewajipan.
Ia memainkan peranan utama dalam mempersiapkan masa depan kewangan dan kehidupan waris selepas ketiadaan anda.
Di Malaysia data menunjukkan hampir RM40 billion wang tidak dituntut .
Hal ini kerana tidak memahami proses tuntutan harta pusaka di Malaysia. Kebanyakkan rakyat merasakan harta akan auto dapat. Realitinya adalah berbeza.
Sebab itu sebagai orang Islam anda kena paham. Pengurusan harta pusaka merupakan langkah yang penting untuk memastikan bahawa harta dan aset anda dapat diuruskan. Serta dibahagikan secara sesuai dan adil kepada waris selepas ketiadaan anda .
Mengapa penting merancang harta pusaka lebih awal?
Merancang dan menguruskan harta pusaka lebih awal membantu menjamin kestabilan kewangan waris selepas kematian. Ia memastikan keperluan asas seperti pendidikan, penjagaan kesihatan, dan kehidupan harian mereka terus terpelihara.
Bagaimana pengurusan harta pusaka mencegah konflik keluarga?
Tanpa perancangan yang jelas, harta pusaka boleh menjadi punca perselisihan antara ahli keluarga. Pengurusan yang teratur dan adil membantu mengurangkan risiko pertikaian serta memastikan pembahagian harta berjalan lancar.
Mengapa penting membuat wasiat atau merancang harta pusaka?
Perancangan awal membolehkan anda menentukan cara pembahagian harta selepas kematian . Ini memastikan kehendak dan niat anda dihormati serta dilaksanakan dengan adil.

b) Fahami Undang-Undang Harta Pusaka untuk Elak Masalah
Jika anda faham asas undang-undang berkaitan harta pusaka, anda boleh elak banyak masalah di masa depan.
Sebagai contoh:
- Perebutan harta antara waris.
- Proses tuntutan yang rumit dan lambat.
- Pembahagian yang tidak adil.
- Kes mahkamah yang berpanjangan.
- Konflik keluarga yang merosakkan hubungan.
Pertikaian warisan:
Hari ini, kita sering lihat kes tuntutan harta pusaka yang mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan.
Ada yang berlarutan hingga puluhan tahun kerana tiada perancangan awal.
Sebab itu, penting untuk kita peka tentang kepentingan pengurusan harta pusaka sejak awal lagi. Supaya waris tidak terbeban dan proses pentadbiran berjalan lancar.
Pemahaman tentang undang-undang pemindahan harta pusaka dapat menyebabkan perselisihan di antara waris. Hal ini dapat mengakibatkan pertikaian yang panjang, mahal dan merugikan hubungan keluarga.
Dengan memahami undang-undang, anda dapat menghindari ketidakpastian dan konflik yang mungkin timbul.
Pemindahan harta yang tidak diinginkan:
Tanpa pemahaman yang jelas tentang pengurusan harta pusaka, ada risiko besar harta anda tidak dipindahkan seperti yang anda inginkan.
Ia mungkin digunakan dengan cara yang tidak sepatutnya. Atau lebih menyedihkan, jatuh ke tangan yang tidak layak.
Dengan memahami asas undang-undang dan proses pewarisan. anda boleh merancang pemindahan harta secara teratur, adil, dan selari dengan niat anda.
Masalah undang-undang:
Pelanggaran undang-undang dalam pengurusan harta pusaka boleh membawa kesan yang serius di masa hadapan.
Antaranya termasuk penyalahgunaan kuasa, penipuan, atau pelanggaran hak waris yang sah.
Masalah sebegini bukan sahaja menimbulkan konflik keluarga, malah boleh membawa kepada tindakan undang-undang yang memakan masa dan kos.
Dengan pemahaman yang jelas tentang peraturan dan proses pewarisan, risiko ini dapat dielakkan.
Seterusnya harta pusaka dapat diurus dengan adil, telus, dan berkat.

c) Cabaran dan Kepentingan Pengurusan Harta Pusaka dan Jalan Penyelesaian
Disebabkan masyarakat di Malaysia yang kurang cakna hal dengan kepentingan pengurusan harta pusaka.
Banyak masalah timbul. Ini adalah antara masalah yang sering dihadapi apabila mentadbir harta pusaka.
Untuk menguruskan tuntutan dan pembahagian harta pusaka, pemohon perlu membuat permohonan rasmi kepada institusi yang berkaitan.
Institusi pengurusan harta pusaka yang terlibat termasuk:
- Amanah Raya Berhad
- Unit Pusaka Kecil (Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian – JKPTG)
- Mahkamah Tinggi
Pemilihan institusi bergantung kepada nilai dan jenis harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati.
Setiap institusi mempunyai prosedur tersendiri, dan penting untuk pemohon memahami syarat serta dokumen yang diperlukan sebelum membuat permohonan.
Secara asasnya, pengurusan harta pusaka tidaklah begitu sukar jika mempunyai dokumen yang lengkap dan kesemua waris memberi kerjasama.
Proses Tuntutan Harta Pusaka Menjadi Sukar Jika :
Namun begitu terdapat beberapa situasi dimana proses pengurusan harta pusaka ini menjadi begitu rumit dan sukar seperti:
- Tidak tahu harta-harta (nilai dan jenis) yang dimiliki si mati.
- Ada waris simati yang tidak boleh di kesan.
- Ada waris si mati yang tidak mahu memberi kerjasama.
- Tidak ada persetujuan di antara waris untuk lantik pentadbir.
- Ada waris tidak bersetuju & pertikaikan tentang pembahagian.
- Tidak tahu prosedur untuk membuat permohonan untuk mengurus harta pusaka.
- Ada pihak tidak dikenali menuntut harta simati / mengaku sebagai waris simati.
- Terlalu ramai waris berlapis-lapis dan sukar untuk di kesan.
- Pentadbir meninggal dunia sebelum urusan harta simati sempat diurus tadbir.

d) Peranan dan Tanggungjawab Dalam Pengurusan Harta Pusaka Islam
Dalam pengurusan harta pusaka, terdapat beberapa peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh waris, pentadbir dan pengurus harta.
Jom kita ambil tahu peranan dan tanggungjawab mereka secara terperinci.
Waris.
Peranan waris adalah penting dalam pengurusan harta pusaka. Mereka memiliki tanggungjawab untuk:
- Memahami wasiat atau perjanjian harta pusaka: Waris perlu memahami dengan jelas isi kandungan wasiat atau perjanjian harta pusaka yang ditinggalkan oleh pewaris.
- Mereka harus mengetahui hak dan tanggungjawab mereka berdasarkan instruksi yang terdapat di dalamnya.
- Menguruskan harta pusaka dengan berhemat: Waris perlu menjaga harta pusaka dengan bijaksana dan bertanggungjawab. Mereka harus memastikan aset dan harta dijaga dengan baik dan digunakan dengan bijaksana untuk memenuhi keperluan keluarga dan pembangunan warisan.
- Berkomunikasi dengan pentadbir dan pengurus harta: Waris perlu berkomunikasi secara aktif dengan pentadbir dan pengurus harta untuk memastikan pengurusan yang lancar dan efisien. Mereka harus memberikan maklumat yang diperlukan, bekerjasama dalam pemindahan harta pusaka dan berunding tentang keputusan-keputusan penting yang melibatkan harta pusaka.
- Mematuhi undang-undang dan peraturan: Waris perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan pengurusan harta pusaka. Mereka harus melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan itikad baik dan kepatuhan undang-undang.
Pentadbir.
Pentadbir adalah individu atau pihak yang ditugaskan atau dilantik oleh pewaris atau mahkamah untuk menguruskan harta pusaka.
Tanggungjawab utama pentadbir termasuk:
- Menguruskan harta pusaka: Pentadbir bertanggungjawab untuk menguruskan harta pusaka dengan teliti dan hati-hati. Mereka harus menjaga aset dan harta mengurus pembayaran hutang, mengumpulkan pendapatan dan menjalankan urusan pentadbiran yang berkaitan.
- Melaksanakan wasiat atau perjanjian harta pusaka: Pentadbir harus melaksanakan wasiat atau perjanjian harta pusaka yang telah ditetapkan oleh pewaris. Mereka harus memastikan bahawa kehendak pewaris dihormati dan harta pusaka dipindahkan sesuai dengan instruksi yang terdapat di dalamnya.
- Menyediakan laporan pentadbiran: Pentadbir perlu menyediakan laporan pentadbiran secara berkala kepada waris dan mahkamah. Laporan ini mencakup keadaan harta pusaka, perbelanjaan, pendapatan dan aktiviti pentadbiran lainnya.
Pengurus Harta.
Pengurus harta adalah individu atau entiti yang dilantik untuk menguruskan harta pusaka, terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan pelaburan, pengurusan kewangan dan yang berkaitan. Dapatlah kita fahami besarnya tanggungjawab dalam menguruskan harta pusaka ini.
Sebab Itu, Penting Memahami Kepentingan Pengurusan Harta Pusaka Dengan Teliti Dan Tertib.
Tertib dalam pengurusan harta pusaka Islam bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh.
Memahami kaedah pembahagian harta pusaka dalam Islam adalah satu keutamaan.
Ia bukan sekadar amalan, tetapi satu tuntutan yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.
Setiap langkah pembahagian perlu berpandukan hukum yang sah agar hak waris terpelihara dan rezeki diagih dengan adil.
Di samping itu, memahami tertib pengurusan harta pusaka menurut Islam adalah amat penting demi menjaga objektif Maqasid Syariah.
Ia bertujuan untuk:
• Pelihara agama , nyawa , akal , harta , dan keturunan waris yang masih hidup
• Tegakkan keadilan dalam pembahagian harta pusaka.
• Elakkan pertikaian dan perebutan yang boleh merosakkan hubungan
• Keharmonian keluarga , masyarakat , dan negara
Manakala, kepentingan pengurusan harta pusaka yang berlandaskan syarak bukan sahaja menjamin hak waris, tetapi juga menjadi ibadah yang menyuburkan nilai kasih sayang dan tanggungjawab.
Klik untuk membaca
—> Pengurusan Harta Pusaka Bahagian 2 :Ini 11 Langkah Pengurusan Harta Pusaka yang Berkesan Di Malaysia.

Hubungi Kami
Jika ada pertanyaan berkenaan masalah harta pusaka atau perlukan bantuan guaman. Boleh hubungi En.Hanaffi untuk pertanyaan secara PERCUMA di 0165577653 atau Whatsapp (klik button dibawah)
