Ini kisah akak Zati (bukan nama sebenar).
Akak Zati panik dan call Hanaffi.
“Akak mimpi abang ko mati, terkejut akak.”
Saya pon berseloroh:
“Patut le, tiba-tiba tanya hibah dah berkuatkuasa ke belum.”
“Sain pon belum akak. Hahaha”
Ketawa kami. 😀
Dalam kami ketawa, abang (suami client) baru kehilangan akak kandung yang disayangi 3 bulan lepas.
Merumitkan keadaan apabila suami arwah menuntut hak faraid dari harta arwah. Maklumlah isteri berharta.
Si suami durjana ini tuntut sebab dia tahu dia layak 1/2 dari keseluruhan harta, maklumlah waris faraid sebenar.
Adik-beradik arwah 5 orang (3 lelaki, 2 perempuan). Masing-masing pening dengan kerenah abang ipar mereka.
Mereka yang nak mempertahankan hak wasiat terpaksa bayar lawyer RM24,000.00 dan bayar wasi RM9,000.00
Banyak juga tu…
Suami akak Zati bertanya dengan marah:
“Agak-agak Hanaffi, layak ke suami arwah? Sedangkan dia tak pernah ambil tahu makan minum arwah. Nafkah pon tak pernah bagi. Macam-macam hal buruk klu abang nak cerita semua!”
“Lagipon dalam wasiat, arwah dah tulis tiada bahagian untuk suaminya!”
Hanaffi bertanya dengan tenang. Ikutkan hati nak sekeh juga kepala dia nie. Haha
“Bercerai tak? Atau masih dalam ikatan?”
Suami akak Zati menjawab dengan perasaan ingin tahu dan marah.
“Rasanya masih ada ikatan suami-isteri. Masih duduk satu rumah. Cuma buat hal masing-masing.”
Saya menjawab:
“Layak terima. Masing-masing akan terima bahagian seperti berikut:
Suami – 8/16 bahagian
Adik lelaki 1 – 2/16 bahagian
Adik lelaki 2 – 2/16 bahagian
Adik lelaki 3 – 2/16 bahagian
Adik perempuan 1 – 1/16 bahagian
Adik perempuan 2 – 1/16 bahagian
Walaupon arwah dah tulis tak nak bagi pada suaminya, suami tetap dapat sebab waris faraid yang sah.
Layak 1/2 bahagian sebab mereka tidak mempunyai anak.
Suami akak Zati terus terdiam…
Selepas hampir setahun berlalu, akak Zati maklumkan pada saya. Arwah suami layak terima pusaka sebanyak 1/2 bahagian.
Bekas abang ipar suaminya telah berkahwin lagi hasil daripada harta pusaka arwah isteri. Agak terkilan dengan sikap abang iparnya, tetapi apa boleh buat. Terima saje lah.
Suami akak Zati buat hibah pada isterinya selepas apa yang berlaku pada arwah kakak kandungnya, proses ambil masa panjang.
Banyak perkara yang nak dibahaskan. Antaranya salah faham tentang wasiat, kepentingan hibah dan macam-macam lagi.
Nak bahas semua memang banyak. Tapi anda kena rajin membaca. Itu je. Mana nak datang ilmu jika malas membaca.
Kata abg Jazzman:
“Ilmu harus dicari, diterokai, difahami dan dihayati.”
Apabila ilmu Al-Quran dan ilmu pengurusan harta diabaikan. Lahirlah masyarakat puaka dalam institusi keluarga. Jangan salahkan sesiapa, tanggungjawab menimba ilmu adalah atas diri masing-masing.
Lebih merumitkan silatulrahim tidak dijaga, tanggungjawab diabaikan. Akan timbul macam-macam isu yang menyakitkan hati.
Jika Allah dah bagi secebis kesedaran menguruskan harta semasa hidup. Teruskan, jangan tangguh.
Jika anda rasa perlukan ilmu. Carilah.
Jika anda rasa perlukan individu untuk khidmat nasihat. Carilah.
Hubungi saya untuk pertanyaan di 016-5577653
atau
Whatsapp (klik link ini)
Anda juga disarankan membaca artikel bagi menambah pengetahuan tentang hibah. Klik disini
Berminat dengan hibah takaful? Klik disini