Semasa sebelum zaman covid-19, saya kerap dijemput untuk sesi penerangan berkaitan Pengurusan Harta.
Sesi ini saya dengan Ustaz Don, program utama adalah Ustaz Don. Program ini dianjurkan oleh Majlis Agama Negeri Sembilan.
Artist tetap Ustaz Don, saya watak sampingan saja. Hehe
Topik yang dibincangkan berkaitan wasiat, hibah dan pusaka.
Apabila sesi soal jawab, saya terima banyak sangat soalan. Disini saya tahu, masih ramai yang belum merancang harta mereka.
Antara soalan yang saya terima dari peserta.
“Ustaz, nak tanya.. Suami saya dah letak penama KWSP saya. Itu kira duit saya kan?”
“Suami saya ada letak 50% saya, 50% anak saya. Patut ke kami bagi pada mak ayah mertua?”
“Kawan saya ada masalah dengan KWSP nie, arwah suami letak nama adiknya. Lepas tu ambil dan tak serah langsung pada balu dan anak-anak arwah.”
“KWSP nie boleh letak siapa-siapa ke?”
“Ustaz, saya ada masalah tak boleh keluar duit KWSP, sebab tiada penama. Pegawai KWSP cakap kena dapatkan Surat Kuasa dulu. Macam mana tu?”
“Ustaz ada waris faraid meninggal macam mana? Adakah hak mereka terbatal?”
Dan banyak lagi berkaitan dengan masalah harta pusaka..
Sebenarnya saya kesian pada balu-balu dan mereka yang terlibat dengan masalah pusaka ini. Saya akan kongsikan maklumat penting berkaitan KWSP.
Diharap pembaca boleh amik iktibar dari soalan-soalan mereka.
============
AMBIL PEDULI
============
Soalan 1 : “Ustaz, nak tanya.. Suami saya dah letak penama KWSP saya. Itu kira duit saya kan?”
Jawapan : Tidak. Rujuk maklumat dibawah.
Apa yang diputuskan pada 19 September 2000 Kali Ke-49 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia adalah :
– Wang KWSP & wang simpanan adalah harta pusaka yang mesti dibahagi mengikut hukum faraid.
– Penama KWSP adalah wasi / pentadbir harta.
– Penama hendaklah membahagikan wang KWSP mengikut hukum faraid.
Soalan 2 : “Suami saya ada letak 50% saya, 50% anak saya. Patut ke kami bagi pada mak ayah mertua?”
Jawapan : Berdasarkan maklumat diatas. Penerima adalah PENTADBIR, maka dia perlu agihkan kepada waris faraid yang layak.
Soalan 3 : “Kawan saya ada masalah dengan KWSP nie, arwah suami letak nama adiknya. Lepas tu ambil dan tak serah langsung pada balu dan anak-anak arwah.”
Jawapan : Sejujurnya saya terima banyak aduan begini. Bukan hanya KWSP saja, termasuklah Tabung Haji, penama takaful/insurans.
Boleh nak dapatkan balik dengan perintah dari mahkamah. Jika nak buat ini melibatkan kos yang besar juga. Jika anda mampu boleh lantik lawyer untuk uruskan. Masa yang diambil juga panjang, adakalanya masa tu lah tiba-tiba duit dah “hilang”.
Soalan 4 : “KWSP nie boleh letak siapa-siapa ke?”
Jawapan : Lantik isteri dan letak bahagian 100%. Biar isteri pegang duit dulu dari adik-beradik sendiri. Saya risau nanti pembahagian mengikut emosi!
Soalan 5 : “Ustaz, saya ada masalah tak boleh keluar duit KWSP, sebab tiada penama. Pegawai KWSP cakap kena dapatkan Surat Kuasa dulu. Macam mana tu?”
Jawapan : Ya betu. 3 tempat untuk dapatkan iaitu di Amanah Raya, Pusaka Kecil dan Mahkamah Tinggi.
– Jika si mati tidak meninggal harta tidak alih dan kurang dari rm600K di Amanah Raya.
– Jika si mati meninggalkan harta tak alih juga, boleh ke Pusaka Kecil atau di Mahkamah Tinggi. Jika kurang rm2 juta boleh ke Pusaka Kecil, jika lebih rm2 juta kena ke mahkamah tinggi.
Soalan 6 : “Ustaz ada waris faraid meninggal macam mana? Adakah hak mereka terbatal?”
Jawapan : Tidak, akan turun pula kepada waris-warisnya.
============
PENYELESAIAN KEPADA MASALAH INI
============
1. Penama KWSP sila letak nama isteri atau pasanugan dan bahagian 100% bagi memudahkan urusan nanti.
2. Buat wasiat bagi melantik wasi untuk menguruskan harta pusaka.
3. Hibahkan sebahagian harta kepada isteri jika mempunyai anak bawah umur.
4. Disarankan juga hibah takaful sebagai pengganti pendapatan apabila kita meninggal.
Hibah Takaful (klik disini)
Hibah Harta (klik disini)
Hubungi saya untuk pertanyaan di 016-5577653
atau
Whatsapp (klik link ini)
2 Responses
Penama ada lah bekas suami simati.semasa hidup isteri nya telah msukan nama suami sebagai penama kwsp.siisteri nya telah meninggal dunia selepas penama ( bekas
suami).ank kandung prempuan simati ingin mngeluarkan baki wang simpanan kwsp milik simati sebagai pentabir atau pemegang amanah kpd adik beradiknya dlm harta pusaka.anak nya tidak percaya dan meragukan bila bekas suami nya dpt mnuntut wang KWSP kerana bimbang bila ayah dpt jumlah wang KWSP
kwsp tetap akan bagi pada penama yang didaftarkan.