Ramai yang tidak sedar dengan kepentingan surat kuasa mentadbir. Dalam urusan rasmi atau pentadbiran, surat kuasa mentadbir sering menjadi dokumen penting yang digunakan untuk mengesahkan sesuatu perkara secara bertulis. Ramai yang mungkin pernah mendengar istilah ini, tetapi tidak semua benar-benar memahami fungsi, format, dan kepentingan surat kuasa dalam dunia perundangan serta pengurusan.
Artikel ini akan bantu anda faham:
- Apa itu surat kuasa mentadbir dan perintah faraid
- Kenapa perintah faraid tidak cukup untuk urus harta
- Proses permohonan surat kuasa mentadbir
- Kesan jika dokumen ini tidak disediakan
- Situasi sebenar yang sering berlaku dalam keluarga
- Apa Itu Surat Kuasa Mentadbir?
- Apa Itu Perintah Faraid?
- Kenapa Perintah Faraid tidak Cukup?
- Proses Permohonan Surat Kuasa Mentadbir
- Ikuti kisah benar bagi kes perebutan waris
- Jadual Perbandingan: Surat Kuasa Mentadbir vs Perintah Faraid
- Bila tahu tentang kepentingan Surat Kuasa, dapat elak pertikaian waris
- Kesan jika tiada Surat Kuasa Mentadbir
- Situasi sebenar
- Kepentingan Surat Kuasa : Sokongan Undang-Undang dan Institusi
- Bila Perlu Mohon Surat Kuasa Mentadbir?
- Soalan Lazim (FAQ)
- Kepentingan surat kuasa mentadbir. Jangan biarkan Harta beku .
- Jejak Tuan Hanaffi di media sosial
Apa Itu Surat Kuasa Mentadbir?
Surat Kuasa Mentadbir ialah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Sivil atau Pusaka Kecil. Ia memberi kuasa sah kepada waris atau individu yang dilantik untuk mengurus semua harta pusaka si mati.
Dengan surat ini, waris boleh:
- Mengeluarkan wang dari akaun bank si mati.
- Menjual rumah atau tanah yang ditinggalkan.
- Menukar nama pemilik harta kepada waris.
- Menutup akaun, urus cukai, dan selesaikan hutang si mati.
Tanpa surat mentadbir ini, semua urusan rasmi akan tersekat. Bank tidak akan benarkan pengeluaran.
Pejabat tanah tidak akan proses pindah milik. Dan agensi kerajaan tidak akan layan permintaan waris.
Apa Itu Perintah Faraid?
Perintah Faraid pula ialah dokumen yang menyatakan kadar pembahagian harta mengikut hukum Islam. Ia dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah selepas proses pengesahan waris selesai.
Contoh pembahagian faraid:
- Anak lelaki: 2 bahagian
- Anak perempuan: 1 bahagian
- Isteri: 1/8 jika ada anak
- Suami: 1/4 jika tiada anak’
Namun, perintah ini tidak memberi kuasa kepada sesiapa untuk urus atau pindahkan harta.
Ia hanya senarai siapa dapat berapa, bukan kebenaran untuk ambil atau urus harta tersebut.
Kenapa Perintah Faraid tidak Cukup?
Ramai waris salah faham. Mereka fikir bila dah dapat perintah faraid, mereka boleh terus urus dan bahagi harta. Tapi sebenarnya:
Perintah faraid adalah dokumen kebenaran rasmi untuk urus harta.
Contohnya:
- Nama anda ada dalam perintah faraid
- Anda tahu anda dapat 2 bahagian
- Tapi anda tetap tidak boleh keluarkan duit si mati dari bank
- Anda juga tidak boleh tukar nama rumah kepada nama anda
Institusi seperti bank dan pejabat tanah perlukan dokumen rasmi yang membuktikan anda ada kuasa sah. Dokumen itu ialah Surat Kuasa Mentadbir.
Proses Permohonan Surat Kuasa Mentadbir
Permohonan surat kuasa mentadbir boleh dibuat di dua tempat:
- Mahkamah Tinggi Sivil
- Pusaka Kecil
- Amanah Raya Berhad
Dokumen yang diperlukan:
- Sijil kematian si mati
- Senarai harta pusaka (rumah, tanah, akaun bank, dll.)
- Senarai waris yang layak
- Perintah faraid (jika ikut hukum Islam)
- Surat sokongan daripada waris lain (jika perlu)
Proses surat kuasa mentadbir ringkas:
- Isi borang permohonan
- Serahkan dokumen sokongan
- Hadir ke sesi pendengaran (jika dipanggil)
- Tunggu kelulusan
- Terima surat kuasa mentadbir
Ikuti kisah benar bagi kes perebutan waris
Rumah terbiar
Pernah lalu depan rumah yang kosong, catnya mula mengelupas, tingkap berdebu, dan pagar berkarat? Mesti anda pun pernah nampak rumah terbiar begini.
Ramai anggap itu cuma rumah lama yang tak berpenghuni. Tapi di sebalik dinding reput itu, ada kisah waris yang masih belum selesai urus pusaka.
Selepas arwah ayah meninggal, rumah pusaka di kampung dibiarkan begitu saja. Anak-anak tahu bahagian masing-masing ikut faraid. Ada yang nak jual, ada yang nak simpan. Tapi tiada siapa ada dokumen sah untuk urus.
Tanpa surat kuasa mentadbir, rumah itu kekal atas nama si mati. Tak boleh dijual, tak boleh ditukar milik, tak boleh dijaga secara rasmi.
Akhirnya, rumah yang dulu jadi tempat berkumpul keluarga… kini jadi bangunan terbiar yang susut nilai dan menyimpan kenangan yang tergantung.
Duit ada, tapi tak boleh dikeluarkan
Bayangkan seorang ibu tunggal meninggal dunia. Tinggalkan simpanan RM80,000 dalam akaun bank. Anak-anak tahu duit itu ada. Mereka perlukan dana segera untuk urus pengebumian, bayar hutang tertunggak, dan teruskan kehidupan.
Tapi bila mereka ke bank, jawapannya ringkas:
Tanpa dokumen itu, duit tidak boleh dikeluarkan.
Proses permohonan ambil masa berbulan. Dalam tempoh itu, waris terpaksa pinjam duit luar, tanggung tekanan kewangan, dan rasa terkilan kerana harta yang ditinggalkan tidak dapat digunakan.
Masalah ini bukan luar biasa. Ia berlaku setiap hari. Dan ramai masih belum tahu kenapa perintah faraid sahaja tidak cukup.
Jadual Perbandingan: Surat Kuasa Mentadbir vs Perintah Faraid
| Aspek | Kepentingan Surat kuasa mentadbir | Perintah Faraid |
Maksud | Dokumen rasmi daripada Mahkamah Tinggi Sivil. Surat yang memberi kuasa kepada pentadbir untuk mengurus dan mengagihkan harta pusaka si mati. | Dokumen daripada Mahkamah Syariah. Dokumen yang mengesahkan siapa waris berak. Kadar bahagian mereka mengikut hukum faraid. |
Tujuan | Melantik seorang atau beberapa pentadbir untuk mengurus harta pusaka. (jual, pindah milik, bayar hutang, dan lain-lain) | Menentukan pembahagian harta pusaka Islam berdasarkan syarak. (contoh: anak lelaki 2 bahagian, anak perempuan 1 bahagian). |
| Bidang kuasa | Mahkamah Tinggi Sivil (di bawah undang-undang sivil Malaysia). | Mahkamah Syariah (di bawah undang-undang Islam). |
| Siapa yang terlibat? | Pentadbir dilantik oleh mahkamah, biasanya waris atau individu dipercayai. | Semua waris Islam yang sah menurut hukum faraid. |
| Fungsi utama | Memberi kuasa sah kepada pentadbir untuk mengurus harta pusaka si mati. | Memberi pengesahan rasmi kadar pembahagian harta pusaka mengikut hukum Islam. |
| Proses | Permohonan dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil. Perlukan bukti kematian dan senarai harta diperlukan. | Permohonan dibuat di Mahkamah Syariah. Senarai waris dan hubungan dengan si mati dibuktikan. |
| Kesan | Tanpa surat ini, pentadbir tidak boleh sah mengurus harta pusaka. Sebagai contoh: jual rumah si mati. | Tanpa perintah ini, pembahagian faraid tidak boleh disahkan secara rasmi. Tanpa perintah faraid, ia boleh menimbulkan pertikaian. |
Hubungi kaitan antara 2 dokumen | Surat Kuasa mentadbir diperlukan untuk melaksanakan pembahagian harta pusaka selepas perintah Faraid diperoleh. | Perintah Faraid diperlukan untuk menentukan kadar bahagian harta. Ia di perlukan sebelum pentadbir boleh agihkan harta. |
Bila tahu tentang kepentingan Surat Kuasa, dapat elak pertikaian waris
1. Lantik Pentadbir Awal
Pilih seorang waris yang dipercayai dan dipersetujui semua untuk urus permohonan surat kuasa.
2. Simpan Dokumen Lengkap
Pastikan semua dokumen seperti sijil kematian, senarai harta, dan perintah faraid disimpan dengan baik.
3. Gunakan Khidmat Profesional
Jika ada pertikaian, lantik peguam atau rujuk Amanah Raya untuk mediasi.
4. Komunikasi Terbuka
Bincang secara terbuka dan elakkan andaian. Semua waris perlu tahu proses dan status permohonan.
5. Jangan Tangguh
Lebih lama ditangguh, lebih tinggi risiko harta terbiar, susut nilai, atau dirampas.
Untuk lebih faham mengenai proses surat, boleh rujuk artikel cara permohonan surat mentadbir .
Kesan jika tiada Surat Kuasa Mentadbir
1. Urusan tertangguh bertahun-tahun
Tanpa surat kuasa, akaun bank tak boleh dibuka, rumah tak boleh dijual, dan harta tidak boleh diurus. Waris terpaksa tunggu lama, kadang-kadang bertahun.
Inilah kepentingan surat kuasa dalam urusan harta pusaka.
Contoh:
Akaun bank si mati masih aktif, tapi waris tak boleh keluarkan duit. Rumah si mati tidak boleh dijual kerana nama pemilik belum ditukar.
2. Pertikaian Antara Waris
Tiada siapa ada kuasa sah. Maka timbul konflik. Ada yang nak jual rumah, ada yang tak setuju. Ada yang rasa terpinggir, ada yang rasa dipinggirkan.
Contoh:
Seorang anak nak urus pusaka, tapi adik-beradik lain tidak setuju. Tiada siapa ada kuasa sah untuk buat keputusan.
3. Kos tambahan dan beban kewangan
Waris mungkin perlu lantik peguam, bayar denda, atau tanggung kos pentadbiran yang tinggi. Semua ini boleh dielakkan jika surat kuasa disediakan awal.
Contoh:
Bayaran guaman RM3,000, cukai tertunggak RM5,000, dan kos pengurusan harta RM2,000. Semua ini jadi beban kepada waris.
4. Harta terbiar dan hiilang Nilai
Rumah yang tidak dijaga boleh rosak, tanah yang tidak diurus boleh dirampas, dan aset boleh susut nilai. Harta yang sepatutnya jadi rezeki waris akhirnya jadi liabiliti.
Contoh:
Rumah si mati dibiarkan kosong bertahun-tahun. Akhirnya reput, bocor, dan susah dijual. Nilai pasaran jatuh.
Situasi sebenar
Bayangkan seorang ayah meninggal dunia dan meninggalkan rumah serta simpanan bank. Waris tahu bahagian masing-masing mengikut faraid. Tapi:
- Bank tidak akan melepaskan wang
- Pejabat tanah tidak akan proses pindah milik rumah
- Agensi kerajaan tidak akan layan permintaan waris
Maka, walaupun kadar faraid sudah jelas, waris tetap tidak boleh mengurus harta tersebut secara sah.
Sekiranya tahu awal tentang kepentingan surat kuasa, tiada masalah berbangkit.
Kepentingan Surat Kuasa : Sokongan Undang-Undang dan Institusi
Dalam sistem perundangan Malaysia:
- Surat Kuasa Mentadbir diperlukan untuk urus harta pusaka tanpa wasiat
- Institusi kewangan dan pejabat tanah perlukan dokumen ini sebagai bukti sah
- Perintah faraid hanya panduan pembahagian, bukan kuasa pentadbiran
Tanpa dokumen sah, institusi tidak akan layan permintaan waris.
Bila Perlu Mohon Surat Kuasa Mentadbir?
1. Si mati tidak tinggalkan wasiat (non-testate)
• Ini syarat utama. Jika ada wasiat, prosesnya berbeza (melibatkan probet).
2. Ada harta pusaka yang perlu diurus atau dibahagikan
• Contohnya: rumah, tanah, akaun bank, kenderaan, saham, KWSP, insurans.
3. Waris ingin urus atau pindah milik harta si mati secara sah
• Tanpa surat ini, waris tidak boleh bertindak secara rasmi di mata undang-undang.
4. Tiada pentadbir dilantik sebelum ini
• Jika belum ada sesiapa yang diberi kuasa, waris perlu mohon di Mahkamah Tinggi.
5. Nilai harta melebihi RM2 juta
• Jika kurang dari RM5 juta dan tiada wasiat, boleh mohon di Pejabat Pusaka Kecil.
Soalan Lazim (FAQ)
Bolehkah waris urus harta pusaka hanya dengan perintah faraid?
Tidak boleh. Perintah faraid tidak memberi kuasa sah untuk urus atau pindah milik harta.
Siapa boleh mohon surat kuasa mentadbir?
Waris terdekat atau individu yang dipersetujui oleh semua waris.
Berapa lama proses surat kuasa di ambil?
Bergantung kepada dokumen lengkap, nilai harta, dan sama ada ada pertikaian. Biasanya 1–3 bulan.
Apa tindakan seterusnya ?
• Semak sama ada si mati ada wasiat atau tidak
• Kumpul dokumen penting (sijil kematian, senarai harta, senarai waris)
• Rujuk Mahkamah Tinggi atau Amanah Raya untuk permohonan
• Bincang dengan waris lain dan lantik pentadbir yang sesuai
• Elakkan konflik dengan komunikasi terbuka dan dokumen sah
Kepentingan surat kuasa mentadbir. Jangan biarkan Harta beku .
Surat kuasa mentadbir bukan sekadar dokumen. Ia adalah kunci utama untuk membuka laluan kepada semua urusan rasmi berkaitan harta pusaka.
Jangan tunggu sampai harta terbiar atau waris bertelagah.
Fahami proses, lengkapkan dokumen, dan urus pusaka dengan tenang dan sah. Ini lah kepentingan surat kuasa mentadbir yang ramai tak tahu.
Siapa Tuan Hanaffi Idris
Jejak Tuan Hanaffi di media sosial
Youtube : Hanaffi Idris