Panduan Pusaka Kecil Online

Panduan Pusaka Kecil Online
Home » Harta Pusaka » Panduan Pusaka Kecil Online

Pengenalan

Anda sedia maklum bahawa harta pusaka tidak terus secara automatik diagihkan kepada ahli waris, ia perlu di uruskan terlebih dahulu. Jika tidak, ia akan kekal milik si mati sampai bila-bila.

Secara umumnya waris perlu sediakan dokumen permohonan dan hantar kepada unit pembahagian pusaka kecil, kemudian dibicarakan, barulah diagihkan kepada waris-waris.

Untuk makluman anda, terdapat 3 agensi yang menguruskan harta pusaka di Malaysia, iaitu

1) Mahkamah Tinggi Sivil

Melibatkan harta alih dan tidak alih yang tidak berwasiat dan berwasiat. Akta yang terlibat adalah Akta Probate dan Pentadbiran 1959.

2) Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG)

Permohonan hanya diuruskan bagi yang mempunyai harta tak alih dan harta alih. Tanpa harta tak alih (hartanah), permohonan tidak akan diterima. Nilaian harta kurang daripada RM2 juta dan akta yang terlibat adalah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955.

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!