Permohonan Harta Sepencarian

Alhamdullilah. Selesai bantu client submit permohonan harta sepencarian.

Semoga balu mendapat hak yang sewajarnya. Moga Allah bantu permudahkan urusan kami. Amin 3x.

Saya sarankan buatlah perancangan awal bagi mengelakkan masalah timbul kemudian hari.

Jika malu nak jumpa boleh wasap dulu. Tanya-tanya, saya cuba bantu sedaya yang mampu.

0165577653

Boleh dapatkan maklumat tambahan disini. Klik disini

Soalan berkenaan harta sepencarian.

Saya bercerai isteri kedua saya setelah menikah 5 bulan di Thailand yang diiktiraf Malaysia. Tapi saya belum daftar lagi perkahwinan di Malaysia selepas becerai. Tidak lama lagi bekas isteri sendiri akan daftar perkahwinan / penceraian di Pejabat Agama Negeri di Malaysia tanpa kehadiran saya dengan tujuan tuntututan Mut’ah dan harta sepencarian. Soalan saya:

a) Layakkah isteri mendapat harta pencarian dari segi wang ringgit sedangkan langsung tidak keluarkan wang dalam perkahwinan ini sedangkan dia bekerja dan bergaji.

Jawapan: 3 keadaan membolehkan isteri menuntut harta sepencarian iaitu:

  • Memperoleh harta tersebut secara bersama. Ini bermaksud suami dan isteri berusaha mendapatkan rumah yang diduduki berdasarkan sumbangan secara langsung iaitu wang atau tenaga. Atau berdasarkan subangan secara tidak langsung seperti membantu suami seperti menjaga makan-minum, memberi sokongan dan lain-lain.
  • Semasa perkahwinan tersebut berkuatkuasa. Dalam tempoh perkahwinan harta tersebut wujud.
  • Perkahwinan mengikut syarak dan diiktiraf oleh undang-undang negara. Bagi pasangan yang ingin menuntut harta sepencarian, ia perlu didaftarkan di Malaysia terlebih dahulu dan memastikan harta tersebut halal berdasarkan syarak.

b) Berapa banyakkan wang ringgit dia boleh tuntut dari saya memandangkan tanggungan saya tinggi walaupun bergaji besar.

Jawapan: Mahkamah syariah yang akan tentukan kadarnya. Tetapi jika isteri nusyuz, kemungkinan isteri tidak layak menuntut harta sepencarian. Berikut adalah harta yang tidak layak dituntut oleh isteri, iaitu:

  • Aset yang diperolehi sebelum perkahwinan. Contoh Friend telah membeli rumah sebelum perkahwinan. Maka harta ini tidak boleh dituntut sebagai harta sepencarian.
  • Harta yang diperolehi daripada hibah. Contoh Friend menerima harta hibah (rumah) daripada emak kerana menjaganya. Jadi harta ini tidak layak dituntut oleh pasangan sebagai harta sepencarian.
  • Mewarisi harta pusaka sebelum atau selepas perkahwinan. Maka ia tidak dikira sebagai harta sepencarian.
  • Harta yang dibeli melalui hasil jualan harta diatas. Contoh dapat harta hibah atau pusaka kemudian jual dan beli aset baru. Ini tidak dikira sebagai harta sepencarian.
  • Wujud perjanjian antara suami-isteri bagi harta tersebut. Dokumen tersebut perlu ditandatangai oleh kedua-dua pihak. Jika berlaku pertikaian, dokumen ini menjadi bukti yang akan dikemukan kepada hakim.

c) Saya telah pun setuju pembahagian tanah 50% kepadanya seperti tertakluk dalam geran tanah. Bolehkah dia tuntut nilai tanah dalam bentuk wang ringgit sedangkan tanah belum terjual. Dia juga tidak mengeluarkan wang langsung untuk pembelian tanah.

Jawapan: Rujuk jawapan diatas, walaupun isteri tidak keluarkan duit sesen pun dia layak tuntut harta sepencarian. Walaubagaimanapun, jika nusyuz kemungkinan isteri tidak layak tuntut harta sepencarian. Tetapi jika dalam geran telah dinyatakan nama isteri. Ia adalah milik isteri melainkan en telah membuat deklarasi bahawa penama dalam geran hanya pemegang amanah. Ini perlukan dokumen lain.

d) Perlukah saya membayar nafkah iddah sedangkan saya bercerai dengan isteri atas usul derhaka / nusyuz?

Jawapan: Tak perlu kerana isteri yang nusyuz tidak layak memperoleh nafkah iddah, nafkah tertunggak dan segala bentuk kewangan yang lain. Mahkamah syariah yang akan tentukan jumlah jika layak.

e) Siapa yg menetapkan jumlah dan syarat nafkah iddah ini?

Jawapan: Mahkamah syariah yang akan menjatuhkan hukum atau jawapan berdasarkan keterangan nanti.

Hanaffi dah jawab soalan En Abu (bukan nama sebenar) secara ringkas. Hanaffi detail sikit supaya lebih jelas. Harap perkongsian kali ini ada manfaatnya.

Jika nak membaca, boleh di website. Klik disini

Hubungi saya untuk pertanyaan di 016-5577653

atau

Whatsapp (klik link ini)

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

8 Responses

  1. jika rumah tu dibeli sebelum kahwin,kemudian selepas kahwin rumah dijual dan beli kereta,boleh ke kereta tu dituntut sebagai harta sepencarian

  2. Salam.

    Bapa meninggal dunia dan telah meninggalkan sebidang tanah. senarai nama geran terdapat isteri dan nama emak kepada bapa(nenek).tetapi telah meninggal dunia dan adik bapa tinggal adik wanitanya sahaja.siap yg paling berhak dapat bahagian nenek dan berapa nisbahnya?samada semua bahagain nenek atau sebahagian kecil sahaja.bapa ada 3 anak lelaki dan 1 perempuan.

    1. Wasalam..

      en.. maafkan saya. dalam geran ada nama arwah bapa x? Kes faraid nie dah berlapis. Untuk selesaikan kes faraid nie. Saya perlu tahu:
      1. Semasa nenek meninggal siapa waris faraidnya?
      2. Isteri arwah masih hidup ke?

      Saya kuatir ada bahagian pakcik/makcik en..

  3. Maklumat pendedahan yang terbaik..
    maaf saya masih zero tentang perkara2 begini.. bila meningkat usia baru nk hadap..
    bagus la web/blog ni.. ada pengisian ilmu tentang bab harta.. =)
    *saya mintak izin ambil nombor hp senang apa2 untuk rujukan.

    1. boleh xde masalah en. sebenarnya banyak lagi benda nak share. Kena amik masa sikit nak tulis. hehe

  4. Adakah wang simpanan seperti dalam ASB , TH , KWSP , Saving/current acc dan saham boleh dituntut isteri sebagai harta sepencarian?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!