Soalan Lazim Harta Sepencarian

Hanaffi menerima banyak aduan atau lebih kepada keluhan daripada para isteri kerana tidak menuntut harta
sepencarian selepas kematian pasangan.

“Harta sepencarian macam mana nak tuntut?”

Balu malang 1

“Harta dah agih, boleh tuntut ke?”

Balu malang 2

Akak tak pernah keluar duit untuk rumah, boleh tuntut harta sepencarian ke?”

Balu malang 3

Jadi siapa yang rugi? Mudah-mudahan artikel yang ringkas ini dapat membantu para isteri lebih berpengetahuan dan bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Definisi harta sepencarian

Harta sepencarian menurut undang-undang: Berdasarkan Seksyen 2, Akta Undang-undang Keluarga Islam
(Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) harta sepencarian ditakrifkan sebagai:

“Harta yang diperolehi bersama oleh suami dan isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan syarak.”

Harta tersebut boleh wujud dalam keadaaan:

  • Wujud atau bersama-sama berusaha mendapatkannya
  • Semasa perkahwinan ia berkuatkuasa
  • Berdasarkan hukum syarak

Soalan lazim harta sepencarian

Q1 : Saya dan suami telah mengeluarkan wang KWSP untuk membeli sebuah rumah bernilai RM400 000. Kami berdua berkongsi membayar deposit dan bayaran bulanan rumah tersebut. Jika berlaku sesuatu, adakah saya boleh menuntut rumah tersebut?
A : Ya, ia adalah harta sepencarian. Bagi kes ini, puan memberi sumbangan secara langsung.

Q2 : Saya dan suami bekerja sendiri. Hasil usaha perniagaan, kami membeli beberapa aset seperti rumah dan tanah. Ada rumah atas nama saya, tanah atas nama suami. Adakah ia dikira sebagai harta
sepencarian?

A : Ia juga dikira sebagai harta sepencarian. Masing-masing ada hak untuk menuntut.

Q3 : Saya suri rumah sepenuh masa, adakah layak saya menuntut harta sepencarian?
A : Ya, layak. Sumbangan puan secara tidak langsung juga melayakan puan mendapat harta sepencarian. Peranan puan seperti dibawah juga diambil kira.

  • Membantu menguruskan anak-anak
  • Menyediakan makan dan minum
  • Menjalankan tugas-tugas dirumah
  • Memberi sokongan moral

Sumbangan harta sepencarian boleh dikira dalam 2 bentuk:

  • Secara langsung. Contoh secara langsung adalah mengeluarkan wang dan tenaga untuk mendapatkan harta tersebut.
  • Secara tidak langsung. Contoh secara tidak langsung seperti diatas.

Q4 : Adakah bercerai masih boleh tuntut harta sepencarian?
A : Ya, masih boleh tuntut.

Q5 : Siapa yang layak untuk tuntut harta sepencarian?
A : Pasangan anda. Bukan anak.

Q6 : Dimana saya boleh tuntut harta sepencarian nie?
A : Mahkamah Tinggi Syariah. Saya senaraikan lokasi serta no telefon pejabat. Klik disini

Q7 : Kenapa En. Hanaffi agak tekankan harta sepencarian nie?
A : Sebab saya lihat ramai kaum ibu teraniaya dan tidak mendapat hak yang sepatutnya daripada pasangannya.

Q8 : Bagaimana nak tahu harta sepencarian?
A : Mudah saja. Pastikan harta itu wujud selepas kahwin. Mudahkan?

Contoh:

  • Puan dan suami bernikah pada 1 Dec 1998. Suami telah membeli sebuah kereta Wira sebelum perkahwinan pada tahun 1996, maka ia bukan harta sepencarian.
  • Pada tahun 1 Dec 2003, suami telah berjaya membeli sebuah rumah, maka rumah tersebut dikira sebagai harta sepencarian.
  • Andai pada tahun 1 Dec 2010 puan telah bercerai, maka apa-apa harta selepas tarikh penceraian tidak dikira sebagai harta sepencarian.

Q9 : Bolehkah harta sebelum kahwin declare sebagai harta sepencarian. Contoh 2 bulan sebelum kawin suami beli rumah.
A : Tak boleh. Sila rujuk contoh diatas.

Q10 : Saya berkahwin di Thailand, adakah saya layak tuntut harta sepencarian?
A : Tak layak, perkahwinan perlu didaftarkan di Malaysia terlebih dahulu.

Q11 : Apakah harta yang boleh disenaraikan sebagai harta sepencarian?
A : Soalan bagus. Harta terbahagi kepada 2 jenis, iaitu harta tak alih dan harta alih.

Harta tak alih:

  • Tanah
  • Rumah
  • Sawah
  • Banggunan
  • atau semua yang melekat pada tanah

Harta alih, adalah harta selain daripada harta tak alih seperti:

  • Duit (saving / current) dalam bank
  • Tabung Haji
  • ASB
  • Unit amanah
  • Shares
  • Kerete / motor
  • Barang kemas

Q12 : Bolehkah isteri menuntut harta seperti rumah dan tanah jika berlaku penceraian walaupun isteri tak bekerja?
A : Isteri boleh menuntut harta sepencarian melalui mahkamah syariah jika telah berlaku perceraian walaupun tidak bekerja atas faktor sumbangan tidak langsung dalam rumahtangga. Namun kadar biasanya sekitar 10-30% sahaja.

Q13 : Macam mana nak kuatkuasakan harta sepencarian selepas kematian?
A : Harta sepencarian boleh dituntut di Mahkamah Syariah oleh pasangan yang kematian pasangannya seperti isteri tuntut harta sepencarian daripada harta arwah suami. Caranya, isteri memohon di mahkamah syariah untuk mengisytiharkan harta-harta tertentu milik arwah suami sebagai harta sepencarian. Setelah
mahkamah syariah menimbang dan memutuskan harta yang dipohon sebagai harta sepencarian, maka perintah tersebut perlu dikemukakan ke pejabat unit pusaka kecil, JKPTG untuk dibahagikan kepada isteri.

Q14 : Adakah perniagaan dimasukkan harta sepencarian?
A : Perniagaan yang diusahakan boleh dikategorikan sebagai harta sepencarian.

Contoh 1:
Ali pemegang saham bagi syarikat Teraju Minda Sdn Bhd sebanyak 50%, maka isteri layak memohon harta sepencarian.

Contoh 2:
Ali dan Siti mengusahakan syarikat Teraju Minda Sdn Bhd dengan sher masing-masing adalah 80%:20%, jika berlaku penceraian, Siti layak memohon harta sepencarian keatas sher Ali iaitu 80%.

Q15 : Adakah harta sepencarian akan terus terlaksana seperti faraid?
A : Tidak automatik seperti hukum faraid, ia perlu dituntut di Mahkamah Syariah.

Q16 : Perlu ke tuntut harta sepencarian, kerana tiada hak lagi selepas bercerai?
A : Bekas isteri masih ada hak keatas harta, asalkan harta tersebut wujud selepas perkahwinan mereka.

Q17 : Adakah anak-anak si mati boleh tuntut harta sepencarian bagi pihak simati (isteri atau suami)?
A : Boleh menuntut. Adakalanya diterima oleh mahkamah. Anak-anak yang menuntut bagi pihak ibu, mereka perlu segera buat tuntutan. Jika lewat mahkamah beranggapan pihak isteri meredai bahagiannya. Disamping itu kemungkinan bukti-bukti atau fakta berkenaan hilang atau terhapus, ini akan menyukarkan lagi proses tuntutan.

Q18 : Adakah anak-anak bekas isteri boleh menuntut harta sepencarian isteri kedua?
A : Tidak boleh. Hanya boleh menunut harta yang ditinggalkan oleh arwah ayah mereka sahaja, setelah ditolak harta sepencarian yang dituntut.

Q19 : Isteri baru pujuk suami buat hibah bagaimana? Sedangkan bekas isteri masih ada hak.
A : Berkenaan isteri baru pujuk itu diluar kawalan. Tak semua madu bermasalah. Ada juga saya lihat isteri pertama juga bermasalah. Adakalanya suami adalah segala punca masalah. Hehe

Q20 : Adakah hibah akan terbatal jika bekas isteri menuntut harta sepencarian keatas rumah tersebut?
A : Hibah akan terbatal jika: Qabd atau serahan / penguasaan / terimaan / pendudukan / pemilikan tidak berlaku.

Contoh qabd tidak berlaku apabila:

  • Hibah hanya sekadar cakap mulut je.
  • Penghibah menghibah tetapi penerima tidak tahu. Hibah senyap-senyap je.

Tetapi jika hibah itu terlaksana dengan sempurna. Maka bekas isteri tidak mempunyai sebarang hak lagi keatas harta yang telah dihibahkan. Bekas isteri hanya boleh tuntut harta sepencarian bagi harta
yang tidak dihibahkan.

Q21 : Bagaimana jika duit lawyer, deposit rumah isteri yang bayar?
A : Boleh tuntut sebagai harta sepencarian, tetapi perlu sediakan bukti yang menunjukkan si isteri membayar kos tersebut. Mahkamah tidak terima hanya cakap mulut.

Q22 : Jika nama bersama bagi rumah,
tetapi suami telah hibahkan rumah tersebut. Adakah bekas isteri masih ada hak?

A : Soalan bagus. Jika nama bekas isteri ada dalam S&P, maka 50% adalah milik bekas isteri. Suami hanya layak menghibahkan 50% miliknya sahaja.

Anda boleh lanjutkan pembacaan tentang proses tuntutan harta sepencarian. Klik disini

Ingin tahu tentang 12 panduan wasiat? Klik disini

Jika ada soalan boleh hubungi saya atau join group telegram untuk maklumat lanjut. 

Klik untuk maklumat lanjut

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

185 Responses

  1. Saya nk bertanya, saya beli rumah sebelum berkahwin, offer to purchase sebelum Kahwin. Saya bayar deposit rumah sebelum kahwin tp bank loan selesai Selepas kahwin. Deposit rumah saya bayar.. Kalau cerai boleh ke si suami tuntut?

    1. tak boleh tuntut sebagai harta sepencarian. Harta sepencarian adalah harta yang wujud selepas perkahwinan. Cuma jika cik meninggal, suami adalah sebagai waris faraid.

      1. Maaf ganggu.. Sy nak bertanya..arwah ayah saya ada beli rumah sebelum dia berkahwin.. Kami dah bertanya pada pihak pusaka kecil sebelum submit borang.. Mereka suruh masukkan shj nama ibu tiri dalam proses pusaka kecil & Sewaktu bicara baru bincangkan hak rumah tu.. Kemudian sewaktu bicara,, x ada sebarang pertanyaan mengenai rumah tersebut bahawa rumah itu bukan harta sepencarian bersama ibu tiri saya.. Tiba2 pihak hakim berikan total & jumlah faraid keseluruhan.. Setelah selesai semua,, baru kami perasan jumlah tersebut bahawa ibu tiri saya trmasuk sekali dalam proses faraid (kiranya dia termasuk dalam pembahagian faraid harta sepencarian sedang dia sepatutnya x ada) .. Ada cara ke untuk kami failkan rayuan utk kes ni? Kami x mahir urusan faraid ni..

        1. untuk faraid, ibu tiri layak keatas semua harta pusaka yang atas nama ayah.

          harta sepencarian hanya dituntut oleh pasangan yg masih hidup.

  2. Assalamualaikum Tuan,

    soalan saya, sekiranya rumah yg saya beli semasa setahun selepas berkahwin; semua proses membayar dan mendapatkan rumah tersebut diuruskan dan diusahakan oleh saya sepenuhnya tanpa bantuan suami.

    Adakah rumah ini adalah harta sepencarian?

    1. wasalam. Ya.. harta sepencarian adalah harta yang wujud selepas perkahwinan walaupon suami tidak ada sumbangan secara tunai.

    2. Salam Tuan,
      Adakah isteri pertama berhak menuntut harta sepencarian andai saya beli satu rumah lagi selepas atau sebelum perkahwinan kedua..
      Rumah pertama telh diiktiraf harta sepencarian.. bagaimana pula dgn rumah kedua dan wang simpanan

      1. masih boleh sbb harta tu wujud semasa isteri pertama hidup. Saya cadangkan en buat dokumentasi harta sepencarian. Dalam dokumen tu jelas nyatakan harta ini untuk isteri pertama, harta ini untuk isteri kedua. Jd jika en meninggal, masing-masing ada hak masing-masing dan telah bersetuju dengan pembahagian en.

        dokumen tu nama Perjanjian Aset Perolehan Bersama (PAPB). Boleh rujuk link ini : https://hanaffi.com/adakah-rumah-dua-2-nama-dikira-sebagai-harta-sepencarian/

        Andai perlu penjelasan boleh wasap saya terus 0165577653

  3. Assalamualikkum Tuan,

    Saya bercerai isteri kedua saya setelah menikah 5 bulan di Thailand yg diiktiraf Malaysia. Tapi saya belum dafter lagi perkahwinan di malaysia selepas becerai. Tidak lama lagi bekas isteri sendiri akan daftar perkahwinan/penceraian di Pejabat Agama Negeri di Malaysia tanpa kehadiran saya dengan tujuan tuntututan Mut’ah dan harta sepencarian. Soalan saya:

    a) layakkah isteri mendapat harta pencarian dari segi wang ringgit sedangkan langsung tidak keluarkan wang dalam perkahwinan in sedangkan dia bekerja dan bergaji.
    b) Berapa banyakkan wang ringgit dia boleh tuntut dari saya memandangkan tanggungan saya tinggi walaupun bergaji besar.
    c) Saya telah pon setuju pembahagian tanah 50% buat nya seperti tertakluk dalam geran tanah. Bolehkah dia tuntut nilai tanah dalam bentuk wang ringgit sedangkan tanah belum terjual. Dia juga tidak mengeluarkan wang langsung utk pembelian tanah.
    d) Perlukah saya membayar nafkah iddah sedangkan saya bercerai dgn isteri atas usul derhaka/nusyuz. Siapa yg menetapkan jumlah dan syarat nafkah iddah ini?

    Terimakasih

    1. 1. Asalkan ada harta yang wujud selepas perkahwinan boleh dituntut. Sebab salah satu sebab bekas isteri boleh menuntut harta sepencarian adalah disebabkan penceraian walaupon isteri bekerja. Cuma kadar akan ditentukan oleh mahkamah banyak mana exwife boleh tuntut.

      2. Ia akan ditentukan oleh hakim berdasarkan fakta yang dikemukan.

      3. Boleh. Layak terima walaupon tiada sumbangan secara langsung.

      4. Perkara ini akan menentukan kadar yang layak ex wife terima. Jika isteri derhaka, kemungkinan dapat sikit atau terus tidak layak. Jawapan merangkap 1, 2 & 3. Nafkah iddah saya perlu rujuk ahlinya.

      sama-sama. Mudah-mudahan menjawab persoalan en.

        1. En. Bagi soalan no 4. Isteri xlayak terima nafkah iddah, nafkah tertunggak dan sebarang bentuk kewangan yang lain.

          1. Salam tn
            Sekiranya berlakunya penceraian bekas isteri duduk d rumah yg d beli atas nama suami . Dan dalam perjanjian penceraian bekas isteri tidak benarkan bekas suami menjual rumah tersebut sehingga rumah itu habis d bayar oleh bekas suami.
            Soalan saya
            Adakah boleh bekas suami membuat tuntutan sepencarian memandangkan kan bekas isteri sudah berkahwin lain tapi masih tinggal dalam rumah tersebut.

          2. Kalau dah memang nama bekas suami pada geran tanah, bagi saya, suami tak perlu tuntut harta sepencarian. Memang suami dah ada hak atas rumah tu. Suami jual ajelah rumah tu & buatkan si isteri tu pula yang susah-susah untuk failkan injunksi & tuntut harta sepencarian.

        2. Assalammualaikum

          Sy nak Tanya .suami sy & bekas isteri dia Hampir 10tahun bercerai .Baru2 ni mereka bergdh disebabkan suami lambat bayar nafkah anak2 bekas isteri . Mase mereka bersama dulu, setahu sy mereka ddk menyewa .soalan sy , boleh ke bekas isteri die menuntut harta sepencarian SELEPAS Hampir 10tahun bercerai? Bekas isteri dia sekarang pun sudah berkahwin lain ..Sy mmg TIDAK masuk campur urusan mereka tapi kdg2 bekas isteri seolah2 memandang buruk pada sy .

          1. patut xboleh dah, lama tempoh penceraian.. hakim boleh anggap ex tak mahu tuntut.

  4. Assalamualaikum.. Sekiranya membeli rumah di atas nama bersama, loan bank menggunakan nama isteri sahaja kerala suami blacklist dan selebihnya menggunakan kwsp suami untuk cukupkan jumlah pembelian rumah. Setiap bulan di bayar oleh isteri melalui Bank isteri. Kemudian mereka bercerai.. Soalan saya, adakah si isteri mendapat hak ke atas rumah tersebut iaitu untuk mendapatkan rumah tersebut. Isteri bekerja dan mempunyai anak2..

    1. wasalam. Jika ikut undang-undang sivil dah jadi milik isteri sebenarnya. Jika dah bercerai, suami perlu kemukakan bukti yang dia bayar kepada isteri. Perkara macam nie agak rumit, jika isteri hidup mungkin ok lagi. Andai tiba-tiba isteri mati, susah bekas suami. Ada kes, harta tersebut menjadi hak isteri dan diagihkan secara faraid walaupun suami yang bayar kepada isteri.

      Andai kes berjaya dibuktikan, isteri layak tuntut harta sepencarian atas rumah tersebut. Tetapi rumah tersebut mesti wujud dalam tempoh perkahwinan. Boleh rujuk blog saya bahagian harta sepencarian. https://hanaffi.com/category/harta-sepencarian/

    2. Salam. Bolehkah isteri menuntut harta sepencarian ke atas hadiah sebuah rumah oleh ibu bapa suami

  5. Assalamualaikum tuan.. saya ada beberapa persoalan tentang pembahagian harta sepencarian.harap tuan dpt bantu saya memberi sedikit penjelasan untuk rujukan saya.terima kasih.

    1. saya berkahwin dgn suami pd 2005 dan telah bercerai pd 2018. dalam tempoh perkahwinan kami membeli sebuah rumah teres semi-d pd thn 2009. Dalam S&P ada nama saya dan suami, tetapi nama loan di bank hanya nama suami. Suami yg membayar ansuran bulanan rumah.Saya ada mengeluarkan kwsp saya untuk sebahagian deposit rumah , sedikit duit utk tambah baik rumah, membayar sebahagian bil2 rumah seperti electrik,air,astro,internet, dan yg lain sumbangan secara tidak langsung kpd rumahtangga tentang menguruskan rumah dan anak. saya seorang yg bekerja. Berapa tuntutan harta sepencarian yg layak utk saya. adakah saya blh menuntut separuh atau 30% sahaja atau kurang drpd itu?

    2. pada tahun 2015 kami membeli satu lg rumah teres 2 tingkat yg sepenuhnya atas nama saya. tetapi saya membayar sebahagian deposit begitu juga dgn suami. Ansuran bulanan dibayar oleh suami. Brp tuntutan yg layak utk saya?

    3. Soalan ini hanya pertanyaan secara am sahaja. Sekiranya aset diperolehi atas nama isteri dan dibiayai sepenuhnya oleh isteri dlm tempoh perkahwinan..adakah suami masih berhak menuntut harta sepencarian keatas aset tersebut?

    4. Adakah benar, untuk pengiraan pembahagian harta sepencarian, suami boleh menolak semua kos yg telah dikeluarkan termasuk ansuran bulanan walaupun dlm tempoh perkahwinan..bkn kah itu sebahagian nafkah tempat tinggal untuk isteri dlm tempoh perkahwinan. setelah ditolak semua baru pembahagian boleh dilakukan..adakah betul mcm tu?

    1. maaf lambat reply.
      1 dan 2, ia bergantung kepada keputusan hakim. Kadar antara 30-70% daripada nilai harta. Pn boleh buat tuntutan sendiri dimahkamah tinggi syariah atau dengan melantik peguam. Ketika saya jawab soalan pn, saya sedang bantu seorang balu dalam proses tuntutan harta sepencarian dan harta pusaka milik suaminya.

      3. Boleh

      4. Tidak. Ia bergantung pada tempoh perkahwinan, sumbangan langsung dan tidak langsung pn dalam tempoh perkahwinan.

      Pn dan suami boleh bincang dulu yang mana nak serah pada puan dan yang mana untuk suami.

      Jika ada soalan boleh wasap saya 0165577653

  6. sekiranya rumah dibeli oleh isteri (nama geran nama isteri seorang dan segala perbelanjaan adalah ditanggun oleh isteri), namun si suami tidak mengeluarkan apa-apa perbelanjaan. Sekiranya berlaku kematian suami, bolehkah rumah itu difaraidkan kepada ibu bapa suami tadi sedangkan si isteri yang berusaha memiliki rumah tersebut termasuk membayar bulanan? Andaikan anak-anak arwah masih kecil.
    Terima kasih.

    1. Saya andai rumah tersebut adalah mili isteri. Maksudnya dalam geran adalah nama isteri.
      Jadi, jika suami meninggal dunia. Harta tersebut tidak akan difaraidkan kerana ia adalah milik isteri (bukan harta pusaka suami). Kenapa harta isteri nak serah pada mak ayah suami? hehe

      Suami meninggal, yang akan dimasukan dalam pusaka hanya harta si mati saja.

      Andaian kedua. Guna nama suami, tetapi isteri bayar.
      Yang ini akan difaraidkan walaupon si isteri membayarnya. Walaubagaimanapon si isteri boleh memohon harta sepecarian keatas harta tersebut sebelum diagihkan secara faraid.

      Jika ada apa2 nak tanya boleh wasap saya 0165577653

  7. Assalammualaikum.. en saya nak tanya .. ada kah saya masih ada hak ke atas rumah saya dgn bekas suami. Walaupun bekas suami telah bernikah lain. Dan rumah tu penama utama nama saya dan penama kedua nama bekas suami. Skrg bekas suami di penjarakan. Dan isteri nya menuntut rumah tu. Deposit rumah tu saya yg byr dan selepas bercerai bekas suami yang byr. Tp d sbkan dia di penjara kan.. bayaran bulanan saya yang perlu byr pada pihak bank. Kerana loan pun nama bersama dgn bekas suami. Jd macam hak saya dgn anak2 saya jika isteri skrg pun dlm proses tuntutan cerai dan nk rumah tu .. sedangkan itu nama saya dgn bekas suami. Apa perlu saya buat

  8. Assalammualaikum.. en saya nak tanya .. ada kah saya masih ada hak ke atas rumah saya dgn bekas suami. Walaupun bekas suami telah bernikah lain. Dan rumah tu penama utama nama saya dan penama kedua nama bekas suami. Skrg bekas suami di penjarakan. Dan isteri nya menuntut rumah tu. Deposit rumah tu saya yg byr dan selepas bercerai bekas suami yang byr. Tp d sbkan dia di penjara kan.. bayaran bulanan saya yang perlu byr pada pihak bank. Kerana loan pun nama bersama dgn bekas suami. Jd macam hak saya dgn anak2 saya jika isteri skrg pun dlm proses tuntutan cerai dan nk rumah tu pindah hak milik atas nama dia .. sedangkan rumah itu nama saya dgn bekas suami. Apa perlu saya buat .

    1. wasalam. Pn boleh buat tuntutan harta sepencarian keatas rumah tersebut. Jika nama puan dalam agreement jual beli, peluang untuk pn lebih cerah. Pn sebenarnya layak tuntut bkn hanya rumah, malah harta lain juga yang wujud selepas perkahwinan antara pn dan bekas suami. Jika pn diselangor boleh kita jumpa. Atau pn boleh dapatkan borang tunutan harta sepencarian di mahkamah tinggi syariah yang terdekat.

  9. Assalammualaikum… boleh tak saya nak bertanya mengenai tuntutan harta sepencaria… saya nk thu mengenai cara pengiraan dye.. sbagai contoh…. saya membeli umh dengan kaedah sewa/beli iaitu bayar bulan2 ketika bersuami isteri…. contoh lah ikat 9 tahun… yg saya sudah bayar ketika bersuami isteri selama 3 tahun sebelom cerai… jika ister dapat tuntuan sebanyak 1/3…. adakah 1/3 tu drpd tempoh 3 tahun… Atau jumlah harga keseluruhan rumah untuk tempoh 9 tahun itu…

    1. wasalam. ia bergantung byk faktor, antaranya:
      1. tempoh perkahwinan
      2. sumbangan pasangan secara langsung dan tidak langsung
      3. penceraian berlaku disebabkan apa, contoh siapa yang bermasalah.
      4. siapa yang menjaga anak

      kadar yang berkemungkinan 30-75%, ia bergantung kepada fakta kes.

  10. Assalammualaikum..adakah hak kepada bekas isteri sye..dye sudah mngambil smua harta sepencarian sperti wang simpanan dan lain2 lagi..dan skrg dye mahu mnuntut harta sepencarian sperti kereta..dan kereta tu atas nama saye dye hanya penjamin..sye membenarkan dye pakai kereta tu selama beberapa bulan..tapi bila saye nk mngambil kereta tu dye tidak benarkan..dan dye tuntut kereta tu sbgai hak sepencarian..adakah dye brpotensi besar utk dpt kereta tu..

    1. wasalam. maksud en ambil bahagian harta sepencarian tu mcm mana? Melalui cara undang-undang atau mcm mana? Ikutkan en punya, tapi cuba bincang secara damai. Jika perlu lantik lawyer, tp semua memerlukan duit.

  11. Assalamualaikum..nak tanya di amankah kedudukan harta sepencarian..misalnya hutang..ia perlu diselesaikan segera selepas seseorang meninggal..kerana ia adalah tanggungjawab daripada hidup dan dibawa sehingga mati..jadi bagaimana pulak dengan harta sepencarian…Adakah hartas sepencarian didahulukan selepas menyelesaikan hutang atau pembahagian faraidh yang didahulukan?

    1. wasalam.. hutang kena selesai dulu. Baru boleh buat tuntutan harta sepencarian dan faraid.

  12. assalamualaikum encik..
    semasa berkahwin kami memohon rumah dan mengusahakan tanah pemberian kerajaan. tanah dapat sebelum bercerai. rumah dapat selepas bercerai. tp mohon rumah sebelum bercerai. tanah tersebut di atas nama ex wife memandangkan abg dia kakitangan jabatan tanah. boleh ke saya tuntut? demi anak.

    1. wasalam. boleh tuntut tapi en perlu lantik peguam untuk uruskan tuntutan. sebab ikutkan, tuntutan atas tanah termasuk rumah.

  13. Assalamualaikum.
    Encik
    Saya bersuami tidak bekerja sepanjang perkahwinan. Adakah suami berhak menuntut harta sepencarian seperti wang simpanan sekiranya blaku penceraian.

    1. Assalamualaikum….adakah isteri layak menuntut harta sepencarian jika dia sendiri yg memfail kan kes penceraian di mahkamah???

      1. wasalam. tuntut boleh tuntut.. cuma berapa bahagian atau layak / tidak akan ditentukan oleh mahkamah. Hakim akan tengok faktor-faktor @ hujah yang diberikan nanti.

  14. Saya nak tahu jika isteri yang fail kes cerai Dan telah mengatakan bahawa dia tak nak tuntut apa pun cuma nak cerai Di mahkamah Dan telah Dicatit Dalam rekod peguam.. adakah dia masih berhak Minta harta sepencarian selepas setahun bercerai? Jika dia berhak kereta Dan rumah masih Dalam bayaran macam mana dibahagikan?

    1. tuntut memang boleh tuntut. cuma lepas atau tak saja.

      andai tuntutan berjaya rumah. ini contoh kiraan:
      i – Nilai pasaran RM350,000
      ii – Baki hutang di bank RM200,000
      iii – Baki (selepas ditolak hutang & kos) RM150,000

      Andai isteri layak 1/3

      Bahagian suami RM150,000 x 2/3 = RM100,000
      Bahagian isteri RM150,000 x 1/3 = RM50,000

      Apa-apa keputusan adalah daripada mahkamah.

    1. sama2. apa saja harta yang wujud selepas perkahwinan boleh diistihar sebagai harta sepencarian.

  15. Salam sy nak.tnye arwah ayah sy pernah berkhawin Dan isteri pertama meninggal dunia..arwah peneroka felda..berkhawin pulak dengan mak sy selama 40 tahun.tp tudak mempunyai anak bersama2..sy sebagai ank angkat shj..mak ingin menuntut harta sepencarian sebb pernah tanam semula..Dan rumah tu mak keluarkan duit kwsp untuk renovate..boleh ke..walaupun die tidal membuka tanah felda bersama2?ayah sy mempunyai ank seramai 5 orng dengan isteri pertama..

    1. Wasalam. boleh tetapi proses tuntutan mesti berlaku di mahkamah syariah. Kadar juga akan ditentukan nanti.

  16. Assalaamu’alaykum Tuan,
    Saya inginkan pencerahan untuk kes di bawah.

    Atikah telah membeli sebuah rumah, dengan tempoh pinjaman perumahan selama 30 tahun, dan perjanjian pinjaman tersebut atas nama dia seorang. Begitu juga pemilikan rumah itu didaftarkan atas nama dia seorang sahaja.
    Pada tahun ke-5, Atikah telah berkahwin dengan seorang lelaki, dan mereka tinggal bersama di rumah tersebut. Jika suami Atikah meninggal selepas 8 tahun berkahwin, bagaimanakah status rumah yang mereka diami itu, untuk dua situasi berikut:

    1) Pinjaman perumahan bulanan terus dibayar oleh Atikah sahaja selepas berkahwin.

    2) Pinjaman perumahan bulanan dibayar oleh suami Atikah seorang ataupun dibayar secara bersama antara Atikah dan suaminya.

    Nota: Dalam kedua-dua kes, nama pemilikan rumah (ie atas geran) masih atas nama Atikah.
    Soalan: Adakah rumah itu kekal menjadi milik mutlak Atikah selepas suaminya meninggal, ataupun rumah itu dianggap sebagai harta pusaka suami yang perlu dibahagikan antara ahli waris?

    Mohon penjelasan. Terima kasih.

    1. wasalam..

      rumah tersebut masih milik atikah dan tidak akan jadi pusaka suaminya, kerana dalam geran nama atikah. Walaupon suami atikah membayar, ia tidak dikira sebagai pusaka suaminya. Bayaran itu boleh jadi nafkah atau hibah kepada atikah.

      Ia tidak akan dibahagi 2 sebab geran atas nama atikah.

      1. Terima kasih tuan atas jawapan yang ringkas tapi jelas.
        Cuma saya ada satu lagi soalan susulan; saya pernah terbaca jika dilakukan sesuatu penambahan atau pemajuan terhadap harta tersebut oleh mana2 pihak selepas berkahwin, maka harta itu bertukar menjadi harta sepencarian.

        Kita sambung contoh Atikah di atas; jika selepas berkahwin, Atikah DAN suaminya telah melakukan renovation terhadap rumah tersebut, di mana mereka telah membina extension pada bahagian ruang tamu (i.e. membina ruang tamu kedua pada rumah tersebut), maka adakah rumah itu kekal menjadi milik Atikah sepenuhnya ATAU akan berubah menjadi harta sepencarian setelah kematian suami itu? Adakah renovation itu dikira sebagai penambahan/pemajuan terhadap harta?

        Mohon penjelasan pihak tuan. Terima kasih, wassalam.

        1. Jika suami tuntut harta sepencarian, total cost renovation boleh dituntut tetapi rumah tersebut masih milik atiqah.

  17. Assalamualaikum Tuan Hanaffi.. Saya ingin bertanya satu soalan mengenai harta sepencarian.

    Cth keadaan begini:
    Ali, seorang duda mempunyai anak 5 orang, telah membeli sebuah rumah di KL dan geran rumah dan loan bank (tempoh 20 tahun loan) adalah atas nama Ali seorang sahaja. Selepas 2 tahun, Ali berkahwin dgn Ana (perkahwinan kedua selepas bercerai dgn isteri pertama). Selepas 25 tahun Ana dan Ali berkahwin, Ali meninggal dunia. Adakah Ana berhak menuntut hak sepencarian ke atas rumah tersebut (rumah tersebut telah habis dibayar dan tiada lagi hutang dgn bank). Ana menuntut sebegitu kerana walaupun rumah itu dibeli sebelum mereka berkahwin, tempoh hutang dgn bank utk pembelian rumah itu selama 20 tahun dan Ana ada membantu dlm membayar ansuran bulanan utk rumah itu bilamana Ali dlm kesempitan wang. Ana juga ada membantu dlm urusan maintenance/baikpulih rumah tersebut. Soalan saya adakah Ana berhak menuntut rumah itu sbg hak seprncarian baginya? Mohon pencerahan.

    Terima kasih. Semoga Allah merahmati dan meberkati Tuan..

    1. wasalam. ana boleh menuntut bahagian yang ana telah bantu bayar tu, tetapi untuk menuntut sebahagian besar rumah tersebut kemungkinan tidak layak sebab ia tidak dikira harta sepencarian ana dan arwah suaminya.

      Ana boleh nyatakan berapa kos yang telah dikeluarkan bagi menuntut bahagiannya.

  18. Assalamualaikum.
    Saya ingin bertanya tentang harta sepencarian.
    1. Anak lelaki saya telah meninggal dunia Feb 2020.
    a. Dia meninggalkan seorang balu dan tidak meninggalkan anak.
    b.Dia meninggalkan harta mudah aleh dan tak mudah alih.
    Harta mudah alih atas nama beliau sahaja dan tidak berpenama
    1. EPF
    2.ASN
    3.Wang dlm Trust Unit
    Harta tak mudah alih hanya atas nama beliau sahaja,
    1.Sebuah rumah teres atas nama beliau sahaja yang di beli 6 tahun sebelum dia kawin dan setahu saya dia seorang yang membiayai pembayaran nya dan sewaktu dia meninggal insurance MRT telah cover seluruh nya.
    2.Sebuah pangsapuri pembelian nya baru 2 thn lepas dan maseh dlm pembinaan fasa terakhir dan MRt Insurance dah cover sepenuh nya ia itu sewaktu hidup bersama isteri nya.
    Setahu saya tahu dia lah yang mengurus dan membiaya nya.

    Soalan saya manakah harta yang di ketogorikan harta sepencarian.

    Terima kaseh.

    1. wasalam. mengikut faraid isteri layak tuntut 1/4 daripada keseluruhan nilai harta suaminya. Bagi harta sepencarian pula, isteri layak tuntut bagi harta yang wujud selepas perkahwinan mereka.

      semoga urusan pusaka diselesaikan dengan tenang dan hikmah. Jika perlu bantuan boleh hubungi saya secara terus di 0165577653

  19. Assalamualaikum ,Berapa kah pula kadar bagi harta sepencarian yang boleh di tuntut.

    Terima Kaseh.

    1. Boleh tuntut sebanyak yang boleh. Cuma kadar yang akan ditetapkan bergantung kepada sumbangan pihak yang menuntut. Ia akan ditentukan oleh hakim nanti kadar yang sepatutnya.

  20. assalammualaikum tuan

    saya ingin bertanya. saya baru saya bercerai dgn isteri sy dan masih dlm tempoh eddah. perceraian sepatutnya secara fasakh tp ditukar ke cerai biasa dimana saya yg melafazkannya dgn syarat bekas isteri sy mengaku semua tuduhan didalam fasakh adalah bohong. dia mengaku dia berbohong beberapa tuduhannya didalam tuntutan fasakh itu dan saya pon melafazkan cerai.
    soalan saya.. saya ingin menuntut harta sepencarian sebuah rumah. rumah tersebut sy mengeluarkan epf saya untuk membayar bulanan rumah sebanyak total 100k dan bekas isteri juga mengeluarkan epf dia dan ada membayar bulan2 melalui gajinya… bolehkah sy menuntut sebagai harta sepencarian kerana nama rumah atas nama bekas isteri saya tiada nama saya. dan jika dlm tempoh eddah ini dia cepat tukar nama rumah tu kenama org lain ( sebab rumah dah habis byr ) adakah blh dianggap harta sepencarian jika sudah ditukar nama tanpa pengetahuan saya?

    terima kasih

    1. Boleh. En perlu sediakan maklumat pembayaran yang en telah buat selama ini. En juga perlu lantik lawyer untuk uruskan tuntutan di mahkamah syariah.

      1. salam tuan,
        kalau isteri tukarkan nama rumah kepada org lain sblm sy membuat tuntutan harta sepencarian, masih bolehkah sy menuntut harta sepencarian?

  21. Assalamualaikum tuan, saya mahu bertanya jika anak-anak membeli barang menggunakan wang mereka sendiri, adakah barang tersebut juga akan dikira sebagai harta sepencarian ketika proses penceraian berlaku?

    1. Sebenarnya ya.

      Ia juga dikira sebagai harta pusaka jika mereka meninggal. Cuma, barang-barang seperti baju, mesin basuh dan seangkatan dengannya tidak dimasukkan kedalam dokumen harta pusaka kerana tiada rekodkan hakmilik pada barang tersebut. Sebagai contoh rumah ada geran, buku akaun ada no akaun dan pemiliknya.

      Diharap barang tersebut diagihkan secara sepakat / persetujuan waris.

  22. Assalammualaikum en hanaffi,
    Saya nk bertanya berkenaan harta sepencarian. Semoga tuan dapat membantu. Soalan saya:

    1) Saya membeli rumah setahun sebelum berkahwin secara pembiayaan bank selama 20 tahun. S&P ditandatangani sebelum berkahwin. Rumah siap dibina selepas berkahwin. Adakah rumah berkenaan dikira sebagai harta sepencarian?

    1. wasalam. Pendapat saya tidak, kerana dibeli sebelum perkahwinan. En dalam proses penceraian ke?

  23. Assalamualaikum tuan, jika harta tersebut bukan atas nama suami atau nama isteri tapi atas nama dari keluarga si suami bolehkah isteri tuntut harta tersebut? contoh semasa dalam perkahwinan si suami keluarkan kereta tetapi bukan atas nama suami atau isteri kerana kelayakan suami rendah, dan isteri pun tiada langsung keluarkan wang untuk kereta tersebut, bolehkah isteri menunut hak kereta tersebut? maaf tuan soalan agak terabur sikit. Mohon penjelasan tuan?

    1. jika aset tu bukan atas nama suami/isteri.. ia tak akan masuk dalam pusaka mereka. jadi tak boleh tuntut.

  24. as salam…bekas isteri sudah mniggal…sebelum mninggal arwah tuntut hrta sepencarian…harta sepencarian tu sebuah rumah yg belum di jual lg..arwah mati dulu sblum jual…adakah waris berhak dpt lg harta sepencarian tu…kerana belum jual lagi masa arwah mniggal…lg pun ank2 ada bersama sy…adakah ada lgi waris selain ank2 yg blh tuntut harta spencarian tu…mengharapkan jawapan…

    1. wasalam. adakah telah diputuskan oleh mahkamah mcm mana? Jika hakim belum putuskan, maka tuntutan tersebut terbatal.

      Jika sudah diputuskan, perlu ikut keputusan hakim.

      Jika dah diputuskan, maka hak arwah akan ikut waris faraidnya. contoh mak ayah arwah.

      Ada anak lelaki x? jika ada harta hanya kepada mak, ayah dan anak-anak sahaja.

  25. Assalam tuan. Arwah ayah sy dh meninggal. Arwah dulu ada bina rumah dalam perkahwinan dia dgn ibu sy. Ibu sy istri kedua, mrka brkahwin slps istri pertama meninggal. Jadi anak2 hasil perkahwinan ayah saya dgn istri pertamanya berniat untuk menukar nama rumah ini kepada nama kami semua beradik termasuk kmi beradik hasil perkahwinan ayah dgn istri kedua. Is it possible? Sebab ibu sy berharap seboleh2nya nama rumah ini diletakkan nama kami adik-beradik ( hasil perkahwinan kedua) sahaja oleh kerana dia terlibat 100% dalam membian rumah ini. Sepanjang pembinaan rumah ini, anak2 perkahwinan pertama juga ada memberi sedikit bantuan berupa wang.

    1. saya cadang ibu tuntut harta sepencarian keatas rumah tersebut, supaya ia menjadi milik ibu 100%, kemudian terpulang kepada ibu nak masukkan nama siapa.

      Perlu lantik lawyer untuk uruskan hal ini.

      1. Jadi slps ayah sy meninggal, rmh ini sepatutnya diletakkan nama ibu sy la kan tuan? Klau kmi terus ke pejabat utk tkr nama takpa kan? Sbb geran rmh semua ada kt ibu sy skrg..

  26. Asalammualikum. Saya sudah sah bercerai pada tahun 2013 dan akhirnya memberanikan diri untuk melaporkan ke mahkamah untuk pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah pada tahun Mei 2014 dan jatuh hukum pada Okt 2014.

    Dalam tahun 2015 Saya hendak berkahwin dan bekas suami membuat tuntutan ke atas Saya utk sebut semula kes perceraian pada tahun 2013. Oleh kerana ini sijil cerai Saya yg pada tahun x dpt diproses. Dan beliau membuat sebut semula kes ke mahkamah tanpa Pengetahuan Saya.

    Beliau berkata Saya kena Setuju utk turunkan tandatangan utk tidak menuntut nafkah tertunggak, hutang putiang, harta sepencarian dan mutaah bagi membolehkan beliau menarik semula sebut semula kes.

    Memandangkan tidak mahu membebankan suami kini Saya Setuju utk melepaskan kesemuanya tanpa keikhlasan Saya. Pada Saya beliau mengambil kesempatan untuk menganiaya dan menidakkan hak saya.

    Pada tahun 2018, Saya ada hubungi beliau untuk mengeluarkan nama Saya dari rumah yang kami beli. Tetapi beliau tidak berbuat demikian.

    Maka pada tahun 2021, peguam belum ada hubungi Saya untuk turunkan tandakan kerana rumah yang kami beli dahulu sudah hendak dijual.

    Persoalnya, Boleh kah Saya meminta bayaran ke atas penurunkan tandatangan saya?

    1. Pn tak pernah setuju pun untuk lepaskan hak terhadap rumah. Yang saya faham, pn hanya setuju untuk lepaskan hak pn terhadap nafkah tertunggak, hutang piutang, harta sepencarian dan mutaah. Rumah tu dah memang hak pn.

      Pn memang berhak tuntut bahagian pn. Itu hak pn.

      Jika tiada penyelesaian, jual dan amik bahagian masing-masing.

  27. Assalamualaikum. Kakak saya meninggal dunia meninggalkan 1 ibu kandung, suami dan 4. anak ( 2 lelaki, 2 perempuan). Selama ini kami mengetahui dari lisan (A)kakak yg dia menjual 1 rumah atas namany dan hasil jualan rumah tersebut 100% digunakan bagi membeli sebuah rumah dgn tambahan wang pendahuluan suaminya.
    Masalahnya setelah kakak meninggal dunia, suaminya mendakwa 90% rumah itu miliknya. kesilapan di sini ialah pembelian rumah baru tersebut menggunakan cek akaun si suami. Adakah masih ada peluang untuk mencabar dakwaan 90% tersebut. T/k.

    1. wasalam. Jika dalam geran nama arwah, mungkin suami nak tuntut harta sepencarian. Saya tak pasti arwah ada anak atau tidak.

      Jika arwah ada anak lelaki. Peratus mereka adalah besar dan adik-beradik en tiada bahagian. Cuma suami, anak dan makayah arwah saja yg dapat.

      Jika mereka tiada anak. Peratus suami dapat 1/2, dan suami layak buat tuntutan harta sepencarian, maka bahagiannya akan lebih besar.

      Kes ini, mahkamah syariah saja yang akan buat keputusan. Jika keluarga en dapat buktikan sumbangan suami sedikit, maka sikitlah bahagian dia.

  28. Assalamualaikum tuan
    Sya telah berpisah dgn arwah suami. Arwah Suami ada bernikah bru dn mempunyai 2 org ank hasil dr berkhwinan mereka. Saya nk bertanya adakah anak dr hasil prkhwinan mereka berhak menuntut harta sepencarian saya dn arwah suami?

    1. Was Alam. Maaf bertanya, pn dah berpisah lama ke? Sepatutnya harta sepencarian pn tuntut semasa bercerai dulu. Susah jika dah lama berpisah, sekarang baru nak tuntut.

      Pn tidak bagi harta pusaka arwah, tetapi untuk harta sepencarian pn boleh cuba tuntut di mahkamah syariah. Harta sepencarian nie tidak automatik akan jadi milik pn.

      Saya cadang pn lantik lawyer syariah untuk uruskan perkara ini.

  29. soalan
    duit simpanan hasil jualan tanah pusaka simati..adakah boleh dikira sebagai harta sepencarian.sedangkan harta tu diperoleh sebelum berkahwin.tapi duit simpan tersimpan dlm bank semasa sekarang.?

  30. Assalamualaikum,Tuan saya telah bercerai pada Mac tahun ini dan semasa bercerai bekas suami tidak izinkan saya memasukkan tuntutan nafkah anak dan mengungut utk tidak melepaskan saya.Sehingga kini masih tidak memberi nafkah anak.Sepanjang 11 tahun berkahwin bekas suami tidak pernah membayar sewa rumah sehingga saya membeli rumah atas nama saya sendiri,bolehkah saya menuntut nafkah dari segi tanggungjawab tidak menyediakan tempat tinggal,malah hampir setiap bulan perbelanjaan kebanyakan ditanggung oleh saya.Loan kereta juga ada yang saya bayar walaupun nama bekas suami.Dari segi penyediaan pakaian saya dan anak-anak pula bekas suami jarang sediakan dan kebanyakan ditanggung oleh saya.Pihak bekas suami dan keluarga bertindak mengungut saya akan saman saya sekiranya menuntut semua ini.Apakah solution terbaik buat saya dan anak-anak?Dan bekas suami adalah pesakit yg dialisis dan bekerja di sektor kerajaan,semua kos perubatan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.Mohon pencerahan dari pihak Tuan.Terima Kasih.

    1. Salam. Untuk Anak bawah 18 tahun satu tuntutan nafkah boleh dibuat untuk memastikan bahawa bekas Suami akan membayar nafkah Anak tersebut (jika kerajaan, pihak bekas isteri boleh mohon untuk penolakan gaji). Nafkah Anak perlu dituntut dan ditetapkan jumlah, selepas itu jika tidak dibayar maka baru lah dianggap penghutang penghakiman. Untuk issue kereta, boleh semak harga kereta sekarang dan boleh tuntut harta sepencarian

  31. Saya bercerai pd 2005 dan membuat tuntutan harta sepencarian pd thn 2013 dgn mengambil peguam. Selama tempoh perkahwinan saya ada membuat sumbangan secara langsung dpd pembelian hartanah hingga byrn ansuran blnan. Suami tidak bekerja tetap jadi tiada pendapatan tetap. Downpayment rmh adalah dari pengeluaran KWSP saya. Saya adalah peminjam utama krn saya bekerja dan suami tidak bekerja. Tetapi nama dlm pinjaman bank ada nama suami dan dlm geran ada nama suami. Kebanyakkan sumbangan secara langsung adalah dari saya. Selepas bercerai suami berkahwin lain dan tinggal di rmh tersebut bersama isteri baru. Suami tidak benarkan saya mengambil hak saya. Selepas bercerai saya tidak berkahwin sehingga kini. Masalah saya adalah saya telah dianiaya oleh pegawai sulh dan suami utk terpaksa bersetuju dgn penyelesaian sulh tanpa keredhaan saya dimana bila Perintah Mahkamah dikeluarkan saya hanya mendpt 1/3 bhg dan bekas suami 2/3 bhg sedangkan saya yg membuat segala pembayaran atau sumbangan keatas rmh tersebut. Bekas suami hanya tinggal bersama isteri baru tanpa membayar ansuran rmh sehingga saya kena blacklisted dari pihak bank. Saya mohon kpd pegawai sulh tersebut utk membawa kes saya dibicara di Mahkamah tapi tidak diambil peduli oleh pegawai sulh tersebut.
    Bolehkah saya nemohon utk dibicarakan di Mahkamah walaupun Perintah telah dikeluarkan tanpa persetujuan sukarela dan tanpa redha dari saya kerana ada unsur paksaan dan penganiayaan semasa sesi sulh? Kini bekas suami telah meninggal dunia iaitu 5 bln selepas Perintah dikeluarkan.
    Mohon pencerahan tuan. Terima kasih.

    1. Salam. Untuk hal ini, tidak boleh disemak semula. Ini kerana, kesan persetujuan sulh dan dijadikan perintah adalah bersifat res judicata, maka tidak boleh diubah langsung. Sepatutnya peguam memainkan peranan dalam membawa hak2 anak guam di Mahkamah.

  32. Assalamualaikum tuan,
    Saya ada beli sebuah rumah (atas nama saya, saya byr lawyer fee, so far installment juga) selepas berkahwin dengan suami saya yang merupakan seorang duda anak 1.
    Soalan saya adalah: Jika suami saya meninggal dunia, adakah anak dia dengan ex wife dulu boleh menuntut harta sepencarian bagi pihak ayah dia untuk rumah itu?

    1. anak dan ex wife tak layak tuntut pusaka atau harta sepencarian atas rumah pn.

      cuma walaupon pn bayar segalanya, adakah suami yang sain sales & purchase agreement? jika suami ada sain juga agreement tersebut, anak layak tuntut pusaka keatas bahagian suami / bapanya.

      1. Terima kasih atas jawapan tuan diatas. S&P saya sign seorang.. sebab rumah tu saya beli nama saya seorang selepas kahwin.. Saya ada baca yg waris layak tuntut harta sepencarian.. Tula saya risau sebab exwife dia sejenis nak tuntut duit je sekarang ni. Takut jika suami meninggal, selepas kematian gunakan anak dia utk tuntut selagi boleh..

  33. Salam tuan.sy nk tnye..kakak sy..sudeh bercerai..ad bukti die curang die mgaku d msj die curg.hnya pengakuan shja..tnpa bukti lain..die ingin buat tntutan blh ke? Rumah nama suami die spnuhnya..dan jika suami die hibahkn rumah tu kpd bakal isteri baru die sy msh ad hak kah? Hibah baru berlaku selepas sy bercerai..slh kah disisi undang2?

    1. buat tuntutan harta sepencarian di mahkamah. biar hakim yang tentukan bahagaian yang kakak layak.

      berkenaan dengan hibah tu. jika kakak layak, hibah boleh dibatalkan.

  34. Assalamualaikum Tuan ..sy ada pertanyaan…situasi sy mcm ni…contoh si suami nak tuntut harta sepencarian untuk kereta, barang kemas dan telefon bimbit boleh ke? Kereta ada dua buah…yg satu kereta si isteri masih pakai dan satu lagi kereta si isteri dalam proses nak jual…dua2 kereta dah habis bayar bebas hutang…walaupun kereta atas nama si isteri boleh ke si suami nak tuntut harta sepencarian sebab kereta tu beli cash guna duit si suami sorang? kena bagi bankstatement ke untuk membuktikan bahawa si suami yang bayar untuk harta tersebut ? Sebab memang ada bukti bankstatment yg si suami yang bayar semua…bukan kongsi bayar dengan si isteri…bolehkah si suami dapat hak mutlak untuk harta sepencarian tersebut atau kena bahagi dua? Si isteri bekerja bukan suri rumah…jadi tiada sumbangan tidak langsung seperti menguruskan anak2(takda anak), gosok pakaian si suami (suami gosok baju sendiri) atau menjaga makan minum suami (tidak memasak)…terima kasih 😊

  35. Salam tuan..
    bagaimana untuk mengambil semula kereta yang telah diambil oleh bekas suami sy sedangkan dia telah membeli kereta lain? saya telah beberapa kali minta namun tidak diendahkan? apakah tindakan undang² boleh dilakukan? kereta tersebut telah sy daftarkan di mahkamah sebagai harta sepencarian.

    1. kereta atas nama siapa? jika suami punya. itu kerata dia. jika nak buat permohonan harta sepencarian kena buat di mahkamah syariah.

      1. kereta atas nama saya. bekas suami menggunakannya tanpa membayar bayaran bulanan. apakah tindakan yang boleh saya lakukan untuk mengambil semula kereta tersbut?

  36. isteri bekerja sendiri dan membeli rumah dan tanah atas nama syarikat sdn bhd milik isteri. adakah suami boleh tuntut sebagai harta sepencarian jika berlaku penceraian

  37. Assalamualaikum Tuan.

    saya ingin membeli sebuah rumah tanpa pengetahuan suami. Segala urusan dan wang yang digunakan untuk membeli rumah tersebut 100% daripada hasil usaha dan gaji saya sendiri.
    Soalan saya:
    1. Adakah itu dikira sebagai Harta Sepencarian?
    2. Sekiranya saya rahsiakan, dan berlaku penceraian, adakah boleh untuk saya terus rahsiakan? Kerana saya beranggapan suami tiada hak di atas hasil gaji saya dan apa sahaja yang saya belanjakan menggunakannya.
    3. Sekiranya berlaku penceraian, adakah bekas suami boleh menuntut rumah tersebut walaupun dia tiada sumbangan dalam pembelian dan tidak tahu mengenainya?

    1. wasalam.
      1. jika suami nak tuntut berkemungkinan dapat bahagian tetapi sangat kecil atau tidak dapat langsung.

      2. boleh, tiada masalah.

      3. jawapan no 1

  38. Assalamualaikum

    Pertanyaan Saya.. jika Kita telah bercerai hampir 6 tahun. Adakah masih boleh menuntut harta sepencarian semasa aaya masih isteri nya. . Walaupun masing2 sudah mendirikan rumahtangga yg baru.
    Terima kasih.

  39. Assalamualaikum.saya ingin bertanya bagaimana sekiranya suami & isteri telah meninggal dan tiada anak.rumah yg didi dulu adalah atas nama suami.suami mempunyai isteri ke 2 & adik.namun,isteri ke 2 tidak dapat dihubungi dan tidak tahu berada di mana.manakala adik pula duduk di Indonesia dan telah putus hubungan juga.
    Jadi boleh kah adik beradik arwah si isteri menuntut rumah tersebut?sekiranya tidak boleh,apa yg patut dilakukan?

    1. adik beradik masih boleh uruskan harta pusaka tersebut, tetapi hanya sekadar melantik pentadbir sahaja. jika nak jual perlu dapatkan perintah jualan dari mahkamah.

      jika perlu orang untuk uruskan boleh hubungi saya 0165577653

  40. As’salamualaikum en.
    Soalan sy…masa sy hendak bercerai dulu bekas suami ada meletakkan 3 syarat..yg 1. bahawa sy tidak boleh menuntut harta sepencarian selepas bercerai, ke 2 tidak boleh dakwa dakwi dan ke 3 tidak boleh tuntut nafkah anak sekiranya ank dibwh jagaan sy..dimana syarat tersebut dibuat secara bertulis dan telah dibawa ke pejabat sumpah untuk diendorse…oleh kerana sy mahu bercerai dgn bekas suami sy terpaksa merelakan syarat tersebut…soalan sy en. Adakah 3 syarat tersebut sah dr segi undang2 dan adakah pihak mahkamah boleh membatalkan syarat tersebut yg mana membolehkan sy menuntut hak sy selepas bercerai memandangkan ank2 seramai 3 org dibawah jagaan sy…dan sy ada beli rumah dgn kongsi nama kerana waktu itu gaji dia tidak latak untuk membuat pinjaman…hampir 12 tahun sy bercerai…harap en. dpt bg pendapat..terima kasih.

    1. ia tidak sah selagi tidak disahkan di mahkmah syariah. pn berhak menuntut hak yang fikirkan wajar untuk kelangsungan hidup pn dan anak-anak.

      detail kes saya tahu kenapa cerai, jadi mohon rujuk kepada peguam untuk bantu kes pn.

  41. Assalamualaikum,
    Saya seorang isteri berkerjaya dan mempunyai pendapatan yang tinggi berbanding suami, saya ada menyimpan di dalam Tabung Haji, ASB dan membeli saham menggunakan duit gaji saya sendiri. Adakah ia dikira sebagai harta sepencarian?

  42. Assalamualaikum..

    Sekiranya suami saya meninggal dunia, adakah anak2 dari isteri ke2 berhak menuntut ke atas harta suami..sdgkan segala harta yg ada diperolehi sebelum dia berpoligami..

    1. ya. harta pusaka semua waris layak terima pusaka. cuma harta sepencarian sahaja isteri baru xlayak tuntut jika harta tu telah wujud sebelum perkahwinan suami dengan madu.

      jika perlu buat perancangan rapi boleh wasap saya 0165577653

  43. Assalamualaikum encik, saya nak tanya, jika berlaku perceraian antara suami isteri, adakah boleh si isteri menuntut kembali wang sumbangan yang diberikan kepada si suami untuk membina rumah di atas tanah milik suami? Terima kasih encik.

    1. jika ada rekod boleh tuntut. tetapi ia bergantung kepada pemilik rumah tu juga. Jika rumah geran bersama, mungkin ada masalah sikit, jika geran memang nama suami sahaja, tiada masalah. Ia dikira sebagai sumbangan langsung dan tidak langsung.

  44. Assalamualaikum ada hamba Allah ni bertanya..kereta dengan moto suami hadiahkan kepada isteri…tapi guna nama suami sbb si isteri tiada lesen lagi nak tukar ke atasnya…jadi bila si suami meninggal…adakah moto dan kereta itu dimasukkan dalam faraid jugak ke..ke MCM mana

    1. itukan masih harta suami. akan difaraikan.

      tetapi boleh istihar sebagai harta sepencarian.

      apa2 boleh wasap saya jika nak istihar harta tersebut sebagai harta sepencarian.

  45. saya isteri kedua, isteri pertama suami saya telah meninggal 5 tahun lepas 2 tahun selepas it suami saya meninggal, boleh tak saya menuntut harta sepencarian atas ruamh dan tanah milik isteri pertama suami saya

  46. Salam ,

    Saya nk bertanya ,Untuk pasangan yang tidak mempunyai anak atau waris.
    sekiranya aset seperti rumah dan kereta ni dibeli atas nama isteri dan dalam agreement mmg atas nama isteri sahaja.
    Sekiranya suami meninggal,adakah adik beradik arwah suami ada hak untuk menuntut harta tersebut?

    1. wasalam. itu kira hak isteri.

      cuma menjadi masalah pula sekiranya isteri meninggal dulu, akan jadi harta pusaka isteri.

      jadi en sangat disaran merancang bagaimana nak agihkan harta tersebut jika isteri meninggal awal dari en.

      jika perlukan bantuan boleh hubungi saya 0165577653

  47. Assalammualaikum tuan..
    Sy tlh bcerai dgn bekas suami 7 thn dan mpunyai 4 org ank bsamanya (3 perempuan dan seorg lelaki)…dan kami ada sbuah rumah ats nama bsama semasa kami msh mjadi suami isteri …
    Persoalannya jika blaku kematian antara kami adakah isteri barunya blh menuntut (rumah) hak bhg bekas suami sy itu? T.ksh.

  48. Salam..

    Saya nak tanya, kalau suami isteri mendirikan rumah di atas tanah bapa belah isteri, dan 90% kos pembinaan rumah ditanggung isteri..segala dokumen dan resit2 untuk pembinaan atas nama isteri, adakah suami berhak tuntut harta sepencarian terhadap rumah tersebut..

    1. ikutkan dah salah.

      1. jika bapa meninggal tanah dan rumah akan jadi harta pusaka bapa.

      2. sepatutnya suami yang menyediakan tempat tinggal bukan isteri.

  49. Assalam Encik. Saya perlukan pencerahan untuk masalah saya. Saya pernah bertunang dulu dengan seorang lelaki dan membeli rumah menggunakan nama kami bersama. Tetapi jodoh tak sampai, kami putus tunang dan lelaki tersebut menghalau saya dari rumah itu. Dia berkahwin dengan isterinya dan tinggal bersama di rumah yang kami beli itu. Dan saya sambung belajar dan berkahwin dengan lelaki lain..saya ade 2 orang anak dari hasil perkahwinan saya..bekas tunang saya pula ade seorang anak bersama isteri dia..kemudian saya bercerai dengan suami saya..Tak lama kemudian saya jumpa semula dengan bekas tunang saya utk bertanya pasal rumah..kami berkawan semula dan berkahwin..sekarang bekas tunang saya tu dah pun jadi suami saya tapi saya adalah isteri kedua..ade berlaku sedikit pergaduhan antara kami suami isteri dan saya menuntut semula rumah yang kami pernah beli yang mana sekarang dia masih tinggal di rumah itu bersama isteri pertamanya..suami Taknak keluar dari rumah tu..katanya saya perlu bayar pampasan iaitu loan yang dia telah bayar selama dia duduk situ..saya tau dia tak boleh menuntut hak macam tu sebab dia yang tinggal dirumah tu jadi dia la yang perlu bayar loan rumah tersebut kenapa pula saya perlu bayar semula loan² yang dia dah bayar selama ni..jadi soalan saya..

    1. bagaimana saya nak dapatkan semula rumah tu?

    2. Adakah apa² tuntutan yang boleh dibuat untuk Saman suami saya kerana menafikan hak saya ke atas rumah tersebut dan membenarkan isteri pertamanya tinggal di rumah itu sedangkan isteri pertamanya tiada hak ke atas rumah tersebut?

    1. berdasarkan undang-undang, pn ada bahagian 1/2. perkara nie perlu dibawa ke mahkamah untuk putuskan. pn perlu lantik lawyer untuk uruskan perkara nie.

  50. Assalamualaikum…saya nk mohon pcerahan…saya telah berkahwin dgn seorg duda ank dua..kdua2nya lelaki..suami bcerai dgn exwife sbb exwife yg failkn pceraian…
    Soalan saya hasil perkahwinan kmi ad ank seorang…tp ex wife ad tnya kn pasal harta untuk ank2 suami dan exwife…jd mcmna soal pembahagian harta untuk anak2 kami…terima kasih

  51. Salam..
    1) berapa peratus isteri dapat sekiranya membuat tuntutan harta sepencarian keatas sesuatu aset?
    2) suami ada membeli beberapa rumah sebelum berkahwin secara loan bank dan dijadikan rumah sewa. Bayaran sewa rumah bulanan tak cover pun loan bank. bolehkah rumah2 ini dituntut sebagai harta sepencarian memandangkan saya perlu menyumbang tenaga, masa , dan juga mempengaruhi pemberian nafkah bulanan si suami terhadap saya kerana suami perlu bayar loan rumah2 nya setiap bulan.

    1. wasalam

      1) tak tentu, bergantung kepada sumbangan isteri dan persetujuan waris-waris.

      2) tak masuk sebagai harta sepencarian sbb rumah dibeli sebelum kawin.

  52. Assalamualaikum, saya sudah di talak dua kali. Jadi atas sikap berjaga-jaga suami, dia membeli dua rumah dan dua bidang tanah atas nama kakaknya (loan suami). Sementara rumah yang saya menetap sekarang disewa. Persoalan saya, boleh ke saya tuntut harta sepencarian untuk rumah dan tanah sekiranya saya cerai lagi?

    1. pasti tak boleh sbb rumah tu bukan milik suami. ia adalah milik akak suami.

      masalah lain akan timbul apabila akak suami pulak meninggal.

  53. assalam tuan boleh kan bekas isteri mengambil duit simpanan bekas suami yg menggunakan bank simpanan bekas isteri?
    bekas isteri menyatakan itu duit dia

  54. Assalammualaikum tuan
    Soalan 1. saya seorang surirumahtangga telah memenangi hadiah berupa yg tunai dan berhajat utk buah hibah utk anak dan mak saya dibahagikan samarata jika bercerai bolehkah suami menuntut wang tersebut, beliau tidak ada beri sumbangan apa pun waktu saya menyertai peraduan tersebut

  55. Salam, sekiranya si isteri telah bercerai selama 10 tahun dan bekas suami pula dh ada isteri baru. Masih boleh tuntut hak harta sepencarian? Ada tempoh ke kalau tuntut harta sepencarian ?

    1. wasalam. biasanya org tuntut pada waktu bercerai.

      jika dah 10 tahun nak tuntut dah mcm xreleven. tetapi jika ingin mencuba, boleh cuba.. lantik peguam.

  56. Assalamu’alaikum tuan. Saya ingin bertanyakan soalan.

    Saya dan suami sedang dalam proses menfailkan perceraian di mahkamah. Suami menuntut saya untuk membayar /memulangkan kembali padanya:

    a) deposit rumah sewa yang saya dan anak2 sedang tinggal sekarang (deposit dibayar sepenuhnya oleh suami, sewa bulanan & utiliti dibayar sepenuhnya oleh saya)
    b) barangan kemas yang suami belikan untuk saya sebagai hadiah (dibayar sepenuhnya oleh suami)
    c) harga penuh telefon bimbit baru yang suami hadiahkan untuk saya sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan (perjanjian asal bersama suami: dia bayar separuh, saya bayar separuh. Semasa pembelian telefon, dia bayarkan penuh & saya perlu bayar kepadanya separuh harga. Tetapi dalam proses perceraian ini, dia tuntut saya bayar harga penuh telefon tersebut)

    Soalan saya: boleh ke dia tuntut semua item (a) hingga (c) dari saya ketika proses perceraian di mahkamah nanti? Saya berada di dalam kesulitan kewangan kerana memikirkan masalah ini (item a & c)

    1. a) menjadi kewajipan bapa untuk sediakan tempat berteduh pada anak2 walaupun telah bercerai. Tapi sekiranya tenancy agreement atas nama suami, kemungkinan besar dia boleh ambil

      b) hadiah yg diberi tak boleh di ambil balik..

      c) sekiranya tiada perjanjian bertulis, tak perlu bayar semula.. anggap hadiah seorang suami kepada isteri

  57. Assalam tuan.
    1. Selepas 2 tahun nikah saya dan suami beli rumah atas nama bersama. Kemudian suami bernikah dengan isteri ke2 sepuluh tahun selepas itu. Adakah isteri ke2 boleh tuntut harta sepencarian bila suami meninggal?

    2. Adakah bahagian suami pada rumah tersebut perlu difaraidkan kepada isteri ke2 dan anak2 mereka bila suami meninggal (anak2 bawah umur).

    1. 1 dan 2. untuk rumah, kesemua waris layak bahagian faraid. Jika nak tuntut harta sepencarian, puan yg kena buat tuntutan untuk bahagian suami.

      kemudian hakim yg akan tentukan, jika puan tak dapat 100% untuk 1/2 bahagian tu. Baki baru difaraidkan.

      saya cadang suami buat perancangan awal, samada hibahkan atau sediakan dokumen harta sepencarian..

      saya boleh bantu. apa2 boleh wasap saya 0165577653

  58. Assalamualaikum…
    1. Selepas berkahwin, saya membeli sebidang tanah dengan mengeluarkan wang KWSP (caruman sebelum berkahwin). Adakah dikira sebagai harta sepencarian.

      1. Assalamualaikum,sy ingin bertanya, bagaimana pembahagian rumah yg dibina menggunakan loan isteri sepenuhnya tetapi tanah milikan bersama suami isteri, bagaimana status harta tersebut selepas bercerai.

        1. jika bercerai banyak isu.. Lebih baik sama2 kongsi duit memandangkan pemilikan bersama..

  59. Assalamualaikum

    Suami berkahwin dan mempunyai 2 orang anak dan bercerai. Suami tiada sebarang harta.

    Kemudian setelah lama bercerai, suami berkahwin baharu. Hasil bersama isteri baru, banyak harta sepencarian dan harta bersama.
    Kemudian si suami meninggal.
    Bolehkah anak kepada isteri yang telah bercerai tadi menuntut harta sepencarian dan harta bersama arwah bapa mereka dengan isteri barunya itu.

    1. harta sepencarian isteri terdahulu xlayak tuntut..

      utk harta atas nama suami, anak-anaknya layak atas faraid.

  60. assalamualaikum,
    Saya ada beberapa soalan.
    Situasinya begini. Isteri telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak.si isteri lagi berharta dari suami. Didalam usia perkahwinan isteri ada membeli 3 buah rumah, asb, dan telah membuat caruman hibah kepada 3 anak anak. Kesemua rumah dibayar oleh isteri.

    1. Jika berlaku penceraian bolehkah si suami menuntut harta sepencarian terhadap aset si isteri?

    2. Kesemua rumah dihibahkan kepada anak2 adakah suami masih mempunyai hak utk harta sepencarian?

    3.polisi hibah tersebut boleh dituntut oleh suami ataupun tidak?anak masih dibawah umur 18 tahun.

    1. harta sepencarian adalah harta yang diusahakan sama-sama. Jika semua isteri yang usahakan, bukan harta sepencarian.

  61. Salam tuan.. Nk bertanya, saya dengan isteri sudah berkahwin 9tahun dan punya anak 2 orang.. Kami masih suami isteri yang sah.. soalan saya,.. Boleh tak kita keluarkan nama isteri dari pembelian rumah atas nama gabungan loan.. Nama pertma atas nama isteri dan ke2 atas nama saya.. bagaimana cara untuk saya keluarkan nama isteri jika isteri setuju kelaurkan nama dia atas rumah kami.. tq

  62. Assalamualaikum, Sy nak bertanya Mak sy menuntut hak sepencarian tanah felda arwah abah ,adik beradik lain semua setuju dengan tuntutan tersebut hanye sorang je y xsetuju.. Ape akan jadi kalo dia xsetuju sedangkan y lain settuju dengan tuntutan tersebut…

    1. tuntutan di buat dimana? sepatutnya di mahkamah syariah. Hakim akan tentukan berapa bahagian yg mak dapat dan baki akan difaraidkan.

  63. Assalamualaikum..
    Berdosakah saya jika saya tidak menuntut harta sepencarian sedangkan saya layak ?

  64. Assalamualaikum tuan, saya ada soalan tentang hak anak.
    Boleh ka anak2 bekas isteri pertama menuntut harta sepencarian yang diperolehi oleh c bapa dan isteri barunya selepas berkahwin?. Semasa perkhawinan pertama c bapa dengan isteri pertama tidak ada harta sepencarian langsung… hanya pada perkhawinan kedua barulah si suami dan isteri barunya mempunyai harta bersama dan mempunyai anak lelaki.
    Adakah anak2 bekas isteri pertama boleh menuntut harta sepencarian perkhawinan kedua bapanya.

  65. assalamualaikum. Saya nak tnya , ibu dan ayah saya bercerai dan ada membeli rumah ketika mereka bersama dulu . Kemudian ayah saya tlah berkahwin lg dgn pasangannya . Dan selepas tu ayah saya meninggal dunia , boleh kah ibu saya tuntut hak pencarian ke atas rumah tu ? Adakah si isteri baru ayah dpt memiliki hal tersebut ke atas nya .

    1. jika SPA (perjanjian jual) beli tu sain bersama, maka 1/2 dah memang milik bekas isteri. Bahagian tersebut tidak boleh dituntut oleh isteri arwah.

      cuba semak pemilikan dulu, adakah atas nama ayah sahaja.. jika atas nama ayah saja, nak tuntut kena lantik peguam uruskan. sepatutnya harta sepencarian dituntut semasa bercerai.. jika dah puluh tahun dah bercerai baru nak tuntut agak susah.

  66. Assalammualaikum Tuan,
    Adakah hak anak2 arwah suami saya keatas rumah yang dibeli atas nama saya dalam tempoh perkahwinan bersama arwah suami? (Geran dan S & P atas nama saya)
    Perkahwinan saya dengan arwah tidak mempunyai anak. Saya mempunyai anak hasil perkahwinan terdahulu dan begitu juga arwah.

  67. Salam saya nak tanya bagi pihak sahabat saya , dia dan suami mempunyai perniagaan sendiri dan diuruskan oleh mereka berdua (70% suami 30% isteri) sampai lah kawan saya mempunyai anak ke- 3. Selepas kelahiran anak ke – 3 , dia berhenti kerja kerana alahan yang teruk dan perniagaan diuruskan oleh suami sepenuhnya. Pada awal2 perkahwinan, mereka telah membuat satu penjanjian yg menyatakan jika berlakunya penceraian, 50% share syarikat akan dimiliki oleh kawan saya (30%+20% pampasan). Tetapi sebelum penceraian berlaku, suami dia telah Hibahkan 70% saham syarikat kepada isteri kedua nya. Maka boleh kah kawan saya menuntut balik 50% saham yang sepatutnya jadi milik dia tadi ?

    1. sepatutnya masih boleh, sebab perjanjian telah dibuat antara mereka. kena lantik peguam uruskan.

  68. Assalammualaikum tn..
    Isteri membuat pinjaman peribadi dengan pengetahuan dan persetujuan suaminya smasa dlm tempoh perkahwinan, yg digunakan untuk membayar habis pinjaman kereta yg dipakai oleh isteri itu sendiri dan selebihnya dgunakan utk kgunaan yg tidak dpt dpastikan.. kemudian isteri meminta cerai kepada suaminya.. Semua harta yg mereka miliki sebelum ini dbiarkn dengan bekas isteri seperti kereta dan tanah, anak2 juga berada di bwh jagaan bekas isteri.. Nafkah anak2 dberikan seperti yang dpersetujui dan dberikn lebih sekiranya drasakan perlu.. Bekas suami telah berkahwin baru..
    Bekas isteri menuntut bekas suami untuk membayar ansuran pinjaman peribadi yg telah dbuatnya sblm ini.. Adakah bekas suami seharusnya membayar ansuran pinjaman peribadi tersebut?

    1. itu hutang bekas isteri, jadi isterinya yang patut bayar. tiada kewajipan ex suami untuk bayar hutang ex isterinya.

  69. Salam Tuan,
    Arwah ayah berkahwin dengan isteri ke2 selepas isteri pertama meninggal. Rumah telah tersedia oleh ayah sblum mengahwini isteri ke2 iaitu duduk Rumah yg sama. Isteri ke2 juga baru meninggal dunia.
    Soalan:

    1)anak2 arwah isteri pertama bole tuntut harta sepencarian bagi pihak arwah mak mereka kah?

    2)bagaimana pula harta sepencarian untuk arwah isteri ke2?

    Harap, tuan dapat memberi pencerahan dalam senario ini.

    **snp nama arwah ayah

    1. 1. harta sepencarian hanya di tuntut oleh pasangan sahaja.

      2. boleh cuba buat permohonan di mahkamah syariah, tetapi ia akan melibatkan semua waris faraid.

  70. Adakah anak boleh menghalang harta sepencarian arwah ibu diberi pada orang lain seperti tanah walaupun tanah tersebut tiada nama arwah ibu

    1. harta sepencarian yang selayaknya menuntut adalah pasangan.

      sekiranya harta tu bukan milik si mati, maka ia adalah hak pemilik untuk melakukan sebarang urusan.

  71. Assalamulaikum,

    Saya nak tanya boleh ke saya menuntut harta sepencarian selepas 2 tahun lebih bercerai? Sepanjang perkahwinan( Kahwin pada Nov 2011 – Bercerai pada Apr 2021), kami ada pembantu rumah di rumah. Adakah saya layak mendapat harta sepencarian? kami mempunyai dua orang anak dah waktu dlm perkahwinan saya berkerja. (Nov 2011 – Dec 2018) Hanya tahun 2019 – 2021 saya tidak berkerja tapi kami masih mempunyai pembantu rumah. Saya menjadi surirumah dan menjaga rumah berserta dengan pembantu rumah saya. Saya juga merupakan seorang muallaf yg memfailkan cerai tersebut.

    Terima Kasih

    1. wasalam.

      Ya, Puan masih boleh harta sepencarian walaupun sudah 2 tahun bercerai. Ya, Puan layak mendapat harta sepencarian walaupun ada pembantu rumah. Mahkamah syariah time limitation dia lama sikit. As long as ada bukti, boleh aje bawa kes.

  72. Assalamualaikum tuan,

    Minta bantu pencerahan,
    Ibu saya telah menukarkan nama rumah kepada abang saya, dalam perjanjian lisan ibu akan beri rumah tersebut kepada abang saya selepas ibu tiada nanti. Pertukaran nama dibuat semasa abang saya masih ada isteri. Sekarang abang saya bercerai, bolehkah bekas isteri abang saya tuntut rumah tersebut?

  73. Assalamualaikum, saya nak bertanya.. bolehkah seorang isteri menuntut harta sepencarian sekiranya tanggungjawab dari segi zahir dan batin tak dilaksanakan bertahun2 (contohnya bergaduh dan tidak bertegur siapa dalam tempog 3-5 tqhun) adakah isteri masih layak untuk menuntut hal tersebut?

  74. Assalamualaikum, saya nak tanya.. sekiranya seorang isteri tidak bertegur dgn suami selama 3 tahun dan begitu juga tahun yg sebelum2 nya and berbaik dlm waktu yg singkat kemudian tidak bertegur berbulan2 dan juga bertahun2 sehingga mengabaikan tanggungjawab dari zahir dan batin sepanjang 28 tahun perkahwinan sehingga bercerai.. adakah isteri layak untuk menuntut harta sepencarian?

    1. sepatutnya semasa bercerai mohon harta sepencarian. samada layak atau tidak akan ditentukan oleh mahkamah, punca penceraian juga akan mempengaruhi keputusan mahkamah.

  75. Suami pernah berkahwin dan telah bercerai serta mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia 19 tahun. Mereka bercerai kerana bekas isteri menjalin hubungan dengan lelaki lain dan menuntut cerai kerana hendak berkahwin dengan lelaki lain yang juga telah berkahwin dan mempunyai anak (dan sebabkan perkahwinan ini turut terlerai). Sebelum bercerai, suami telah mendapat tahu perangai bekas isteri dan memberi peluang kepada bekas isteri tetapi keadaan hanya menjadi makin teruk. Setelah bekas isteri berkahwin baru dan mempunyai anak perempuan, setahun kemudian suami pula berkahwin baru. Rumah suami tinggal sekarang selepas berkahwin baru adalah rumah yang suami beli selepas perkahwinan pertama dahulu. Kini, suami dan isteri Baru mempunyai seorang anak perempuan berumur 2 tahun. Suami menyatakan semasa perceraian di mahkamah, bekas isteri tidak membuat sebarang tuntutan harta termasuk hak jagaan anak lelaki mereka. Kerisauan timbul jika bekas isteri tuntut hak sepencarian seperti rumah (suami masih bayar bulanan) setelah suami meninggalkan isteri baru menjadi balu, sedangkan sehingga kini suami masih menanggung bebanan hutang yang dibuat oleh bekas isteri dan bekas mentua atas nama suami tanpa sebarang usaha membayar semula hutang, dan tidak menepati janji mereka semasa sebelum bercerai. Jadi, mohon pencerahan berkenaan faraid rumah yang suami dan isteri baru tinggal ini jika suami pergi meninggalkan isteri baru. Mohon kongsikan info dan kepakaran dalam hal ini dan jika ada solusi yang bersesuaian.

    1. Pemilikan rumah atas nama siapa?

      Jika bercerai disebab nusyuz, maka isteri kemungkinan tidak layak mohon harta sepencarian.

  76. Maaf, nak bertanya, sekirannya seorang lelaki membeli kereta sebelum perkahwinan tapi duit depo kereta adalah daripada BAKAL ayah mertua sebagai HADIAH untuk kegunaan selepas perkahwinannya.

    Layakkah si isteri tu tuntut under harta sepencarian apabila bercerai kemudian hari nanti?
    Atas alasan ayahnya yang tolong bayarkan depo sebelum mereka berkahwin.

    Mohon pencerahan. Terima kasih.

    1. bagi saya itu adalah hibah antara pemberi dan penerima. ia bukan hasil usaha sama-sama diantara pasangan, maka ia bukan harta sepencarian.

  77. Assalamualaikum, suami saya ada membeli 2 buah rumah semasa dalam tempoh berkahwin dengan bekas isteri. Satu atas nama suami dan dibayar sepenuhnya oleh suami. Rumah ini didiami oleh kami sekarang.

    Satu lagi atas nama bekas isteri tapi dibeli dengan menggunakan duit suami pada masa itu & didiami oleh bekas isteri.

    Selepas beberapa tahun bercerai, bekas isteri hendak menuntut harta sepencarian.

    Soalan saya, adakah bekas isteri boleh menuntut rumah yang sedang didiami oleh kami? Dan bolehkah suami saya juga menuntut harta sepencarian rumah yang didiami bekas isteri?

    1. pada saya, suami juga patut tuntut rumah yang dibayar oleh suami sepenuhnya. jika perlukan bantuan boleh call saya 0165577653

  78. Assalammualaikum, maaf nak bertanya. sebelum kami bernikah saya dan suami ada membeli kereta akan tetapi kereta atas nama suami.
    dari awal, bulanan kereta kami berkongsi bayar selama 5tahun, dan untuk sekarang saya sambung bayar sendiri. jadi seperti diatas encik terangkan kereta tak akan diiktiraf sebagai harta sepencarian kerana dibeli sebelum berkahwin.

    soalan saya, jika terjadi sesuatu kepada suami, apakah saya berhak menuntut hak saya diatas kereta itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!