Hanaffi menerima banyak aduan atau lebih kepada keluhan daripada para isteri kerana tidak menuntut harta
sepencarian selepas kematian pasangan.
“Harta sepencarian macam mana nak tuntut?”
Balu malang 1
“Harta dah agih, boleh tuntut ke?”
Balu malang 2
Akak tak pernah keluar duit untuk rumah, boleh tuntut harta sepencarian ke?”
Balu malang 3
Jadi siapa yang rugi? Mudah-mudahan artikel yang ringkas ini dapat membantu para isteri lebih berpengetahuan dan bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Definisi harta sepencarian
Harta sepencarian menurut undang-undang: Berdasarkan Seksyen 2, Akta Undang-undang Keluarga Islam
(Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) harta sepencarian ditakrifkan sebagai:
“Harta yang diperolehi bersama oleh suami dan isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan syarak.”
Harta tersebut boleh wujud dalam keadaaan:
- Wujud atau bersama-sama berusaha mendapatkannya
- Semasa perkahwinan ia berkuatkuasa
- Berdasarkan hukum syarak
Soalan lazim harta sepencarian
Q1 : Saya dan suami telah mengeluarkan wang KWSP untuk membeli sebuah rumah bernilai RM400 000. Kami berdua berkongsi membayar deposit dan bayaran bulanan rumah tersebut. Jika berlaku sesuatu, adakah saya boleh menuntut rumah tersebut?
A : Ya, ia adalah harta sepencarian. Bagi kes ini, puan memberi sumbangan secara langsung.
Q2 : Saya dan suami bekerja sendiri. Hasil usaha perniagaan, kami membeli beberapa aset seperti rumah dan tanah. Ada rumah atas nama saya, tanah atas nama suami. Adakah ia dikira sebagai harta
sepencarian?
A : Ia juga dikira sebagai harta sepencarian. Masing-masing ada hak untuk menuntut.
Q3 : Saya suri rumah sepenuh masa, adakah layak saya menuntut harta sepencarian?
A : Ya, layak. Sumbangan puan secara tidak langsung juga melayakan puan mendapat harta sepencarian. Peranan puan seperti dibawah juga diambil kira.
- Membantu menguruskan anak-anak
- Menyediakan makan dan minum
- Menjalankan tugas-tugas dirumah
- Memberi sokongan moral
Sumbangan harta sepencarian boleh dikira dalam 2 bentuk:
- Secara langsung. Contoh secara langsung adalah mengeluarkan wang dan tenaga untuk mendapatkan harta tersebut.
- Secara tidak langsung. Contoh secara tidak langsung seperti diatas.
Q4 : Adakah bercerai masih boleh tuntut harta sepencarian?
A : Ya, masih boleh tuntut.
Q5 : Siapa yang layak untuk tuntut harta sepencarian?
A : Pasangan anda. Bukan anak.
Q6 : Dimana saya boleh tuntut harta sepencarian nie?
A : Mahkamah Tinggi Syariah. Saya senaraikan lokasi serta no telefon pejabat. Klik disini
Q7 : Kenapa En. Hanaffi agak tekankan harta sepencarian nie?
A : Sebab saya lihat ramai kaum ibu teraniaya dan tidak mendapat hak yang sepatutnya daripada pasangannya.
Q8 : Bagaimana nak tahu harta sepencarian?
A : Mudah saja. Pastikan harta itu wujud selepas kahwin. Mudahkan?
Contoh:
- Puan dan suami bernikah pada 1 Dec 1998. Suami telah membeli sebuah kereta Wira sebelum perkahwinan pada tahun 1996, maka ia bukan harta sepencarian.
- Pada tahun 1 Dec 2003, suami telah berjaya membeli sebuah rumah, maka rumah tersebut dikira sebagai harta sepencarian.
- Andai pada tahun 1 Dec 2010 puan telah bercerai, maka apa-apa harta selepas tarikh penceraian tidak dikira sebagai harta sepencarian.
Q9 : Bolehkah harta sebelum kahwin declare sebagai harta sepencarian. Contoh 2 bulan sebelum kawin suami beli rumah.
A : Tak boleh. Sila rujuk contoh diatas.
Q10 : Saya berkahwin di Thailand, adakah saya layak tuntut harta sepencarian?
A : Tak layak, perkahwinan perlu didaftarkan di Malaysia terlebih dahulu.
Q11 : Apakah harta yang boleh disenaraikan sebagai harta sepencarian?
A : Soalan bagus. Harta terbahagi kepada 2 jenis, iaitu harta tak alih dan harta alih.
Harta tak alih:
- Tanah
- Rumah
- Sawah
- Banggunan
- atau semua yang melekat pada tanah
Harta alih, adalah harta selain daripada harta tak alih seperti:
- Duit (saving / current) dalam bank
- Tabung Haji
- ASB
- Unit amanah
- Shares
- Kerete / motor
- Barang kemas
Q12 : Bolehkah isteri menuntut harta seperti rumah dan tanah jika berlaku penceraian walaupun isteri tak bekerja?
A : Isteri boleh menuntut harta sepencarian melalui mahkamah syariah jika telah berlaku perceraian walaupun tidak bekerja atas faktor sumbangan tidak langsung dalam rumahtangga. Namun kadar biasanya sekitar 10-30% sahaja.
Q13 : Macam mana nak kuatkuasakan harta sepencarian selepas kematian?
A : Harta sepencarian boleh dituntut di Mahkamah Syariah oleh pasangan yang kematian pasangannya seperti isteri tuntut harta sepencarian daripada harta arwah suami. Caranya, isteri memohon di mahkamah syariah untuk mengisytiharkan harta-harta tertentu milik arwah suami sebagai harta sepencarian. Setelah
mahkamah syariah menimbang dan memutuskan harta yang dipohon sebagai harta sepencarian, maka perintah tersebut perlu dikemukakan ke pejabat unit pusaka kecil, JKPTG untuk dibahagikan kepada isteri.
Q14 : Adakah perniagaan dimasukkan harta sepencarian?
A : Perniagaan yang diusahakan boleh dikategorikan sebagai harta sepencarian.
Contoh 1:
Ali pemegang saham bagi syarikat Teraju Minda Sdn Bhd sebanyak 50%, maka isteri layak memohon harta sepencarian.
Contoh 2:
Ali dan Siti mengusahakan syarikat Teraju Minda Sdn Bhd dengan sher masing-masing adalah 80%:20%, jika berlaku penceraian, Siti layak memohon harta sepencarian keatas sher Ali iaitu 80%.
Q15 : Adakah harta sepencarian akan terus terlaksana seperti faraid?
A : Tidak automatik seperti hukum faraid, ia perlu dituntut di Mahkamah Syariah.
Q16 : Perlu ke tuntut harta sepencarian, kerana tiada hak lagi selepas bercerai?
A : Bekas isteri masih ada hak keatas harta, asalkan harta tersebut wujud selepas perkahwinan mereka.
Q17 : Adakah anak-anak si mati boleh tuntut harta sepencarian bagi pihak simati (isteri atau suami)?
A : Boleh menuntut. Adakalanya diterima oleh mahkamah. Anak-anak yang menuntut bagi pihak ibu, mereka perlu segera buat tuntutan. Jika lewat mahkamah beranggapan pihak isteri meredai bahagiannya. Disamping itu kemungkinan bukti-bukti atau fakta berkenaan hilang atau terhapus, ini akan menyukarkan lagi proses tuntutan.
Q18 : Adakah anak-anak bekas isteri boleh menuntut harta sepencarian isteri kedua?
A : Tidak boleh. Hanya boleh menunut harta yang ditinggalkan oleh arwah ayah mereka sahaja, setelah ditolak harta sepencarian yang dituntut.
Q19 : Isteri baru pujuk suami buat hibah bagaimana? Sedangkan bekas isteri masih ada hak.
A : Berkenaan isteri baru pujuk itu diluar kawalan. Tak semua madu bermasalah. Ada juga saya lihat isteri pertama juga bermasalah. Adakalanya suami adalah segala punca masalah. Hehe
Q20 : Adakah hibah akan terbatal jika bekas isteri menuntut harta sepencarian keatas rumah tersebut?
A : Hibah akan terbatal jika: Qabd atau serahan / penguasaan / terimaan / pendudukan / pemilikan tidak berlaku.
Contoh qabd tidak berlaku apabila:
- Hibah hanya sekadar cakap mulut je.
- Penghibah menghibah tetapi penerima tidak tahu. Hibah senyap-senyap je.
Tetapi jika hibah itu terlaksana dengan sempurna. Maka bekas isteri tidak mempunyai sebarang hak lagi keatas harta yang telah dihibahkan. Bekas isteri hanya boleh tuntut harta sepencarian bagi harta
yang tidak dihibahkan.
Q21 : Bagaimana jika duit lawyer, deposit rumah isteri yang bayar?
A : Boleh tuntut sebagai harta sepencarian, tetapi perlu sediakan bukti yang menunjukkan si isteri membayar kos tersebut. Mahkamah tidak terima hanya cakap mulut.
Q22 : Jika nama bersama bagi rumah,
tetapi suami telah hibahkan rumah tersebut. Adakah bekas isteri masih ada hak?
A : Soalan bagus. Jika nama bekas isteri ada dalam S&P, maka 50% adalah milik bekas isteri. Suami hanya layak menghibahkan 50% miliknya sahaja.
Anda boleh lanjutkan pembacaan tentang proses tuntutan harta sepencarian. Klik disini
Ingin tahu tentang 12 panduan wasiat? Klik disini
Jika ada soalan boleh hubungi saya atau join group telegram untuk maklumat lanjut.
185 Responses
Saya nk bertanya, saya beli rumah sebelum berkahwin, offer to purchase sebelum Kahwin. Saya bayar deposit rumah sebelum kahwin tp bank loan selesai Selepas kahwin. Deposit rumah saya bayar.. Kalau cerai boleh ke si suami tuntut?
tak boleh tuntut sebagai harta sepencarian. Harta sepencarian adalah harta yang wujud selepas perkahwinan. Cuma jika cik meninggal, suami adalah sebagai waris faraid.
Maaf ganggu.. Sy nak bertanya..arwah ayah saya ada beli rumah sebelum dia berkahwin.. Kami dah bertanya pada pihak pusaka kecil sebelum submit borang.. Mereka suruh masukkan shj nama ibu tiri dalam proses pusaka kecil & Sewaktu bicara baru bincangkan hak rumah tu.. Kemudian sewaktu bicara,, x ada sebarang pertanyaan mengenai rumah tersebut bahawa rumah itu bukan harta sepencarian bersama ibu tiri saya.. Tiba2 pihak hakim berikan total & jumlah faraid keseluruhan.. Setelah selesai semua,, baru kami perasan jumlah tersebut bahawa ibu tiri saya trmasuk sekali dalam proses faraid (kiranya dia termasuk dalam pembahagian faraid harta sepencarian sedang dia sepatutnya x ada) .. Ada cara ke untuk kami failkan rayuan utk kes ni? Kami x mahir urusan faraid ni..
untuk faraid, ibu tiri layak keatas semua harta pusaka yang atas nama ayah.
harta sepencarian hanya dituntut oleh pasangan yg masih hidup.
Assalamualaikum Tuan,
soalan saya, sekiranya rumah yg saya beli semasa setahun selepas berkahwin; semua proses membayar dan mendapatkan rumah tersebut diuruskan dan diusahakan oleh saya sepenuhnya tanpa bantuan suami.
Adakah rumah ini adalah harta sepencarian?
wasalam. Ya.. harta sepencarian adalah harta yang wujud selepas perkahwinan walaupon suami tidak ada sumbangan secara tunai.
Salam Tuan,
Adakah isteri pertama berhak menuntut harta sepencarian andai saya beli satu rumah lagi selepas atau sebelum perkahwinan kedua..
Rumah pertama telh diiktiraf harta sepencarian.. bagaimana pula dgn rumah kedua dan wang simpanan
masih boleh sbb harta tu wujud semasa isteri pertama hidup. Saya cadangkan en buat dokumentasi harta sepencarian. Dalam dokumen tu jelas nyatakan harta ini untuk isteri pertama, harta ini untuk isteri kedua. Jd jika en meninggal, masing-masing ada hak masing-masing dan telah bersetuju dengan pembahagian en.
dokumen tu nama Perjanjian Aset Perolehan Bersama (PAPB). Boleh rujuk link ini : https://hanaffi.com/adakah-rumah-dua-2-nama-dikira-sebagai-harta-sepencarian/
Andai perlu penjelasan boleh wasap saya terus 0165577653
Assalamualikkum Tuan,
Saya bercerai isteri kedua saya setelah menikah 5 bulan di Thailand yg diiktiraf Malaysia. Tapi saya belum dafter lagi perkahwinan di malaysia selepas becerai. Tidak lama lagi bekas isteri sendiri akan daftar perkahwinan/penceraian di Pejabat Agama Negeri di Malaysia tanpa kehadiran saya dengan tujuan tuntututan Mut’ah dan harta sepencarian. Soalan saya:
a) layakkah isteri mendapat harta pencarian dari segi wang ringgit sedangkan langsung tidak keluarkan wang dalam perkahwinan in sedangkan dia bekerja dan bergaji.
b) Berapa banyakkan wang ringgit dia boleh tuntut dari saya memandangkan tanggungan saya tinggi walaupun bergaji besar.
c) Saya telah pon setuju pembahagian tanah 50% buat nya seperti tertakluk dalam geran tanah. Bolehkah dia tuntut nilai tanah dalam bentuk wang ringgit sedangkan tanah belum terjual. Dia juga tidak mengeluarkan wang langsung utk pembelian tanah.
d) Perlukah saya membayar nafkah iddah sedangkan saya bercerai dgn isteri atas usul derhaka/nusyuz. Siapa yg menetapkan jumlah dan syarat nafkah iddah ini?
Terimakasih
1. Asalkan ada harta yang wujud selepas perkahwinan boleh dituntut. Sebab salah satu sebab bekas isteri boleh menuntut harta sepencarian adalah disebabkan penceraian walaupon isteri bekerja. Cuma kadar akan ditentukan oleh mahkamah banyak mana exwife boleh tuntut.
2. Ia akan ditentukan oleh hakim berdasarkan fakta yang dikemukan.
3. Boleh. Layak terima walaupon tiada sumbangan secara langsung.
4. Perkara ini akan menentukan kadar yang layak ex wife terima. Jika isteri derhaka, kemungkinan dapat sikit atau terus tidak layak. Jawapan merangkap 1, 2 & 3. Nafkah iddah saya perlu rujuk ahlinya.
sama-sama. Mudah-mudahan menjawab persoalan en.
Terimakasih Tuan Hanaffi atas penjelesan yg terang dan jelas.
En. Bagi soalan no 4. Isteri xlayak terima nafkah iddah, nafkah tertunggak dan sebarang bentuk kewangan yang lain.
Salam tn
Sekiranya berlakunya penceraian bekas isteri duduk d rumah yg d beli atas nama suami . Dan dalam perjanjian penceraian bekas isteri tidak benarkan bekas suami menjual rumah tersebut sehingga rumah itu habis d bayar oleh bekas suami.
Soalan saya
Adakah boleh bekas suami membuat tuntutan sepencarian memandangkan kan bekas isteri sudah berkahwin lain tapi masih tinggal dalam rumah tersebut.
Kalau dah memang nama bekas suami pada geran tanah, bagi saya, suami tak perlu tuntut harta sepencarian. Memang suami dah ada hak atas rumah tu. Suami jual ajelah rumah tu & buatkan si isteri tu pula yang susah-susah untuk failkan injunksi & tuntut harta sepencarian.
Assalammualaikum
Sy nak Tanya .suami sy & bekas isteri dia Hampir 10tahun bercerai .Baru2 ni mereka bergdh disebabkan suami lambat bayar nafkah anak2 bekas isteri . Mase mereka bersama dulu, setahu sy mereka ddk menyewa .soalan sy , boleh ke bekas isteri die menuntut harta sepencarian SELEPAS Hampir 10tahun bercerai? Bekas isteri dia sekarang pun sudah berkahwin lain ..Sy mmg TIDAK masuk campur urusan mereka tapi kdg2 bekas isteri seolah2 memandang buruk pada sy .
patut xboleh dah, lama tempoh penceraian.. hakim boleh anggap ex tak mahu tuntut.
Assalamualaikum.. Sekiranya membeli rumah di atas nama bersama, loan bank menggunakan nama isteri sahaja kerala suami blacklist dan selebihnya menggunakan kwsp suami untuk cukupkan jumlah pembelian rumah. Setiap bulan di bayar oleh isteri melalui Bank isteri. Kemudian mereka bercerai.. Soalan saya, adakah si isteri mendapat hak ke atas rumah tersebut iaitu untuk mendapatkan rumah tersebut. Isteri bekerja dan mempunyai anak2..
wasalam. Jika ikut undang-undang sivil dah jadi milik isteri sebenarnya. Jika dah bercerai, suami perlu kemukakan bukti yang dia bayar kepada isteri. Perkara macam nie agak rumit, jika isteri hidup mungkin ok lagi. Andai tiba-tiba isteri mati, susah bekas suami. Ada kes, harta tersebut menjadi hak isteri dan diagihkan secara faraid walaupun suami yang bayar kepada isteri.
Andai kes berjaya dibuktikan, isteri layak tuntut harta sepencarian atas rumah tersebut. Tetapi rumah tersebut mesti wujud dalam tempoh perkahwinan. Boleh rujuk blog saya bahagian harta sepencarian. https://hanaffi.com/category/harta-sepencarian/
Salam. Bolehkah isteri menuntut harta sepencarian ke atas hadiah sebuah rumah oleh ibu bapa suami
tak boleh. Melainkan rumah tersebut ada renovation guna duit isteri.
Assalamualaikum tuan.. saya ada beberapa persoalan tentang pembahagian harta sepencarian.harap tuan dpt bantu saya memberi sedikit penjelasan untuk rujukan saya.terima kasih.
1. saya berkahwin dgn suami pd 2005 dan telah bercerai pd 2018. dalam tempoh perkahwinan kami membeli sebuah rumah teres semi-d pd thn 2009. Dalam S&P ada nama saya dan suami, tetapi nama loan di bank hanya nama suami. Suami yg membayar ansuran bulanan rumah.Saya ada mengeluarkan kwsp saya untuk sebahagian deposit rumah , sedikit duit utk tambah baik rumah, membayar sebahagian bil2 rumah seperti electrik,air,astro,internet, dan yg lain sumbangan secara tidak langsung kpd rumahtangga tentang menguruskan rumah dan anak. saya seorang yg bekerja. Berapa tuntutan harta sepencarian yg layak utk saya. adakah saya blh menuntut separuh atau 30% sahaja atau kurang drpd itu?
2. pada tahun 2015 kami membeli satu lg rumah teres 2 tingkat yg sepenuhnya atas nama saya. tetapi saya membayar sebahagian deposit begitu juga dgn suami. Ansuran bulanan dibayar oleh suami. Brp tuntutan yg layak utk saya?
3. Soalan ini hanya pertanyaan secara am sahaja. Sekiranya aset diperolehi atas nama isteri dan dibiayai sepenuhnya oleh isteri dlm tempoh perkahwinan..adakah suami masih berhak menuntut harta sepencarian keatas aset tersebut?
4. Adakah benar, untuk pengiraan pembahagian harta sepencarian, suami boleh menolak semua kos yg telah dikeluarkan termasuk ansuran bulanan walaupun dlm tempoh perkahwinan..bkn kah itu sebahagian nafkah tempat tinggal untuk isteri dlm tempoh perkahwinan. setelah ditolak semua baru pembahagian boleh dilakukan..adakah betul mcm tu?
maaf lambat reply.
1 dan 2, ia bergantung kepada keputusan hakim. Kadar antara 30-70% daripada nilai harta. Pn boleh buat tuntutan sendiri dimahkamah tinggi syariah atau dengan melantik peguam. Ketika saya jawab soalan pn, saya sedang bantu seorang balu dalam proses tuntutan harta sepencarian dan harta pusaka milik suaminya.
3. Boleh
4. Tidak. Ia bergantung pada tempoh perkahwinan, sumbangan langsung dan tidak langsung pn dalam tempoh perkahwinan.
Pn dan suami boleh bincang dulu yang mana nak serah pada puan dan yang mana untuk suami.
Jika ada soalan boleh wasap saya 0165577653
sekiranya rumah dibeli oleh isteri (nama geran nama isteri seorang dan segala perbelanjaan adalah ditanggun oleh isteri), namun si suami tidak mengeluarkan apa-apa perbelanjaan. Sekiranya berlaku kematian suami, bolehkah rumah itu difaraidkan kepada ibu bapa suami tadi sedangkan si isteri yang berusaha memiliki rumah tersebut termasuk membayar bulanan? Andaikan anak-anak arwah masih kecil.
Terima kasih.
Saya andai rumah tersebut adalah mili isteri. Maksudnya dalam geran adalah nama isteri.
Jadi, jika suami meninggal dunia. Harta tersebut tidak akan difaraidkan kerana ia adalah milik isteri (bukan harta pusaka suami). Kenapa harta isteri nak serah pada mak ayah suami? hehe
Suami meninggal, yang akan dimasukan dalam pusaka hanya harta si mati saja.
Andaian kedua. Guna nama suami, tetapi isteri bayar.
Yang ini akan difaraidkan walaupon si isteri membayarnya. Walaubagaimanapon si isteri boleh memohon harta sepecarian keatas harta tersebut sebelum diagihkan secara faraid.
Jika ada apa2 nak tanya boleh wasap saya 0165577653
Assalammualaikum.. en saya nak tanya .. ada kah saya masih ada hak ke atas rumah saya dgn bekas suami. Walaupun bekas suami telah bernikah lain. Dan rumah tu penama utama nama saya dan penama kedua nama bekas suami. Skrg bekas suami di penjarakan. Dan isteri nya menuntut rumah tu. Deposit rumah tu saya yg byr dan selepas bercerai bekas suami yang byr. Tp d sbkan dia di penjara kan.. bayaran bulanan saya yang perlu byr pada pihak bank. Kerana loan pun nama bersama dgn bekas suami. Jd macam hak saya dgn anak2 saya jika isteri skrg pun dlm proses tuntutan cerai dan nk rumah tu .. sedangkan itu nama saya dgn bekas suami. Apa perlu saya buat
Assalammualaikum.. en saya nak tanya .. ada kah saya masih ada hak ke atas rumah saya dgn bekas suami. Walaupun bekas suami telah bernikah lain. Dan rumah tu penama utama nama saya dan penama kedua nama bekas suami. Skrg bekas suami di penjarakan. Dan isteri nya menuntut rumah tu. Deposit rumah tu saya yg byr dan selepas bercerai bekas suami yang byr. Tp d sbkan dia di penjara kan.. bayaran bulanan saya yang perlu byr pada pihak bank. Kerana loan pun nama bersama dgn bekas suami. Jd macam hak saya dgn anak2 saya jika isteri skrg pun dlm proses tuntutan cerai dan nk rumah tu pindah hak milik atas nama dia .. sedangkan rumah itu nama saya dgn bekas suami. Apa perlu saya buat .
wasalam. Pn boleh buat tuntutan harta sepencarian keatas rumah tersebut. Jika nama puan dalam agreement jual beli, peluang untuk pn lebih cerah. Pn sebenarnya layak tuntut bkn hanya rumah, malah harta lain juga yang wujud selepas perkahwinan antara pn dan bekas suami. Jika pn diselangor boleh kita jumpa. Atau pn boleh dapatkan borang tunutan harta sepencarian di mahkamah tinggi syariah yang terdekat.
Assalammualaikum… boleh tak saya nak bertanya mengenai tuntutan harta sepencaria… saya nk thu mengenai cara pengiraan dye.. sbagai contoh…. saya membeli umh dengan kaedah sewa/beli iaitu bayar bulan2 ketika bersuami isteri…. contoh lah ikat 9 tahun… yg saya sudah bayar ketika bersuami isteri selama 3 tahun sebelom cerai… jika ister dapat tuntuan sebanyak 1/3…. adakah 1/3 tu drpd tempoh 3 tahun… Atau jumlah harga keseluruhan rumah untuk tempoh 9 tahun itu…
wasalam. ia bergantung byk faktor, antaranya:
1. tempoh perkahwinan
2. sumbangan pasangan secara langsung dan tidak langsung
3. penceraian berlaku disebabkan apa, contoh siapa yang bermasalah.
4. siapa yang menjaga anak
kadar yang berkemungkinan 30-75%, ia bergantung kepada fakta kes.
Assalammualaikum..adakah hak kepada bekas isteri sye..dye sudah mngambil smua harta sepencarian sperti wang simpanan dan lain2 lagi..dan skrg dye mahu mnuntut harta sepencarian sperti kereta..dan kereta tu atas nama saye dye hanya penjamin..sye membenarkan dye pakai kereta tu selama beberapa bulan..tapi bila saye nk mngambil kereta tu dye tidak benarkan..dan dye tuntut kereta tu sbgai hak sepencarian..adakah dye brpotensi besar utk dpt kereta tu..
wasalam. maksud en ambil bahagian harta sepencarian tu mcm mana? Melalui cara undang-undang atau mcm mana? Ikutkan en punya, tapi cuba bincang secara damai. Jika perlu lantik lawyer, tp semua memerlukan duit.
Assalamualaikum..nak tanya di amankah kedudukan harta sepencarian..misalnya hutang..ia perlu diselesaikan segera selepas seseorang meninggal..kerana ia adalah tanggungjawab daripada hidup dan dibawa sehingga mati..jadi bagaimana pulak dengan harta sepencarian…Adakah hartas sepencarian didahulukan selepas menyelesaikan hutang atau pembahagian faraidh yang didahulukan?
wasalam.. hutang kena selesai dulu. Baru boleh buat tuntutan harta sepencarian dan faraid.
assalamualaikum encik..
semasa berkahwin kami memohon rumah dan mengusahakan tanah pemberian kerajaan. tanah dapat sebelum bercerai. rumah dapat selepas bercerai. tp mohon rumah sebelum bercerai. tanah tersebut di atas nama ex wife memandangkan abg dia kakitangan jabatan tanah. boleh ke saya tuntut? demi anak.
wasalam. boleh tuntut tapi en perlu lantik peguam untuk uruskan tuntutan. sebab ikutkan, tuntutan atas tanah termasuk rumah.
Assalamualaikum.
Encik
Saya bersuami tidak bekerja sepanjang perkahwinan. Adakah suami berhak menuntut harta sepencarian seperti wang simpanan sekiranya blaku penceraian.
berkemungkinan tidak layak. tugas suami sepatutnya mencari nafkah keluarga
Assalamualaikum….adakah isteri layak menuntut harta sepencarian jika dia sendiri yg memfail kan kes penceraian di mahkamah???
wasalam. tuntut boleh tuntut.. cuma berapa bahagian atau layak / tidak akan ditentukan oleh mahkamah. Hakim akan tengok faktor-faktor @ hujah yang diberikan nanti.
Saya nak tahu jika isteri yang fail kes cerai Dan telah mengatakan bahawa dia tak nak tuntut apa pun cuma nak cerai Di mahkamah Dan telah Dicatit Dalam rekod peguam.. adakah dia masih berhak Minta harta sepencarian selepas setahun bercerai? Jika dia berhak kereta Dan rumah masih Dalam bayaran macam mana dibahagikan?
tuntut memang boleh tuntut. cuma lepas atau tak saja.
andai tuntutan berjaya rumah. ini contoh kiraan:
i – Nilai pasaran RM350,000
ii – Baki hutang di bank RM200,000
iii – Baki (selepas ditolak hutang & kos) RM150,000
Andai isteri layak 1/3
Bahagian suami RM150,000 x 2/3 = RM100,000
Bahagian isteri RM150,000 x 1/3 = RM50,000
Apa-apa keputusan adalah daripada mahkamah.
Terima kasih atas penyelesaian. Adakah kereta dikira sebagai harta sepencarian?
sama2. apa saja harta yang wujud selepas perkahwinan boleh diistihar sebagai harta sepencarian.
Salam sy nak.tnye arwah ayah sy pernah berkhawin Dan isteri pertama meninggal dunia..arwah peneroka felda..berkhawin pulak dengan mak sy selama 40 tahun.tp tudak mempunyai anak bersama2..sy sebagai ank angkat shj..mak ingin menuntut harta sepencarian sebb pernah tanam semula..Dan rumah tu mak keluarkan duit kwsp untuk renovate..boleh ke..walaupun die tidal membuka tanah felda bersama2?ayah sy mempunyai ank seramai 5 orng dengan isteri pertama..
Wasalam. boleh tetapi proses tuntutan mesti berlaku di mahkamah syariah. Kadar juga akan ditentukan nanti.
Assalaamu’alaykum Tuan,
Saya inginkan pencerahan untuk kes di bawah.
Atikah telah membeli sebuah rumah, dengan tempoh pinjaman perumahan selama 30 tahun, dan perjanjian pinjaman tersebut atas nama dia seorang. Begitu juga pemilikan rumah itu didaftarkan atas nama dia seorang sahaja.
Pada tahun ke-5, Atikah telah berkahwin dengan seorang lelaki, dan mereka tinggal bersama di rumah tersebut. Jika suami Atikah meninggal selepas 8 tahun berkahwin, bagaimanakah status rumah yang mereka diami itu, untuk dua situasi berikut:
1) Pinjaman perumahan bulanan terus dibayar oleh Atikah sahaja selepas berkahwin.
2) Pinjaman perumahan bulanan dibayar oleh suami Atikah seorang ataupun dibayar secara bersama antara Atikah dan suaminya.
Nota: Dalam kedua-dua kes, nama pemilikan rumah (ie atas geran) masih atas nama Atikah.
Soalan: Adakah rumah itu kekal menjadi milik mutlak Atikah selepas suaminya meninggal, ataupun rumah itu dianggap sebagai harta pusaka suami yang perlu dibahagikan antara ahli waris?
Mohon penjelasan. Terima kasih.