Suami Hibah Kepada Isteri. Adakah Hibah Boleh Dibatalkan Oleh Si Suami (Penghibah)?

Kami sebenarnya risau jika hibah itu dibuat seperti main-main, tanpa niat yang kukuh untuk melaksanakannya. Contoh, buat hibah semata-mata nak elak harta tersebut akan jatuh kepada waris tertentu. Atau buat hibah hanya sekadar atas dokumen. Bukan nak serah pon sebenarnya..

Boleh atau tidak?

Secara umumnya boleh dibatalkan dengan syarat kedua-dua pihak bersetuju. Jika suami (penghibah) nak batalkan tetapi isteri (penerima hibah) tidak setuju, maka pembatalan hibah tidak boleh dilaksanakan. Pembatalan boleh dilakukan tanpa persetujuan atau menunggu sehingga penerima berumur 18 tahun keatas jika harta tersebut diserahkan dari ayah (termasuk emak) kepada cucu atau anak sahaja.

Tetapi dengan syarat harta tersebut masih milik penerima. Jika penerima telah menjual / wakaf / telah dihibahkan kepada orang lain, pembatalan hibah tidak akan berlaku. Yelah, dah jadi milik orang lain, nak tuntut macam mana kan?

Kenapa dibenarkan pembatalan hibah?

Sebab ulama berbeza pendapat atas perkara ini, ada yang kata boleh. Ada yang kata tak boleh. Jom kita lihat pendapat mazhab berikut.

1. Pendapat mazhab Syafie, Maliki dan Hambali mengatakan boleh berlaku dengan semata-mata ijab dan qabul. Jika barang tersebut telah diserah kepada penerima, maka hibah tidak boleh ditarik balik kecuali hibah dibuat oleh bapa (termasuk ibu / datuk / nenek) dan menyerah kepada cucu atau anaknya.

2. Pendapat mazhab Hanafi, makruh menarik balik hibah walaupun telah berlaku penyerahan (qabd).

3. Pendapat Imam Ahmad dan mazhab Zahiri, haram membatalkan hibah walaupon hibah dibuat oleh bapa (termasuk ibu / datuk / nenek) dan menyerah kepada cucu atau anaknya. Ini berdasarkan apa yang disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW, “Orang yang menarik balik hibahnya sama seperti anjing yang memakan balik muntahnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Jika anda ingin mengetahui dokumen yang perlu disediakan bagi menulis wasiat. Sila download senarai semak wasiat. Klik disini

Jika anda masih kurang jelas, anda boleh rujuk:

Soalan lazim wasiat. Klik disini

Soalan lazim hibah. Klik disini

Soalan lazim faraid. Klik disini

Ia mengandungi soalan-soalan yang biasa ditanya oleh prospek Hanaffi ketika sesi konsultansi.

Sebarang kemuskilan boleh hubungi atau whatsapp saya di no berikut 0165577653

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!