Surat Ikatan Amanah Takaful Menjamin Hak Waris

Surat Ikatan Amanah Takaful Menjamin Hak Waris
Home » Hibah Takaful » Surat Ikatan Amanah Takaful Menjamin Hak Waris

Surat Ikatan Amanah Takaful penting bagi memastikan hasrat pemilik polisi dilakasanakan dengan baik dan hak waris terjamin.

Implikasi dari Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 memberi ruang kepada syarikat amanah memperkasakan lagi takaful.

1. Apa Itu Surat Ikatan Amanah Takaful

Pemilik polisi (setlor) melantik syarikat amanah sebagai pemegang amanah untuk menerima wang pampasan takaful apabila berlaku sesuatu keatas dirinya.

Surat Ikatan Amanah Takaful yang dibuat adalah bagi menjaga kepentingan pemilik polisi.

2. Kandungan Surat Ikatan Amanah Takaful

Isi kandungan Surat Ikatan Amanah Takaful saling mengikat antara setlor dan syarikat amanah dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Surat Ikatan Amanah Takaful disediakan oleh syarikat amanah, antara isi kandungan adalah :

2.1. Penyerahan Hak 

Didalam Surat Ikatan Amanah Takaful menyatakan dengan jelas bahawa pemilik polisi menyerahkan manfaat wang pampasan takaful kepada syarikat amanah.

Ia akan menjadi hak mutlak syarikat amanah untuk menguruskannya.

2.2. Penerima Manfaat

Ia juga menyatakan siapakah yang akan menerima manfaat wang pampasan takaful yang akan diuruskan oleh syarikat amanah kelak.

2.3. Arahan Setlor

Surat Ikatan Amanah Takaful akan dilengkapkan oleh kedua-dua pihak iaitu syarikat amanah dan pemilik polisi (setlor).

Kandungan Surat Ikatan Amanah Takaful juga dinyatakan terma dan syarat berkaitan pengamanahan.

Contoh Arahan :

Arahan ini adalah daripada pemilik polisi (setlor) kepada syarikat amanah untuk menguruskan hartanya kelak. Ia boleh dibuat berdasarkan keperluan dan cadangan daripada pemilik polisi (setlor).

Arahan tersebut mestilah yang praktikal dan munasabah untuk dilaksanakan oleh syarikat amanah dan tidak sesuatu yang diharamkan oleh islam.

Berikut adalah arahan yang dibuat oleh pemilik polisi (setlor).

i) Gunakan pampasan untuk membiayai bayaran penuh kos guaman untuk permohonan Geran Probet dan Sijil Faraid bagi urusan pusaka.

ii) Gunakan pampasan untuk yuran guaman dan duit setem untuk pindah milik harta hibah.

iii) Baki Dana Amanah hendaklah diberikan anak bawah umur dan diuruskan seperti berikut:

  • Sejumlah RM2,500 setiap bulan hendaklah diberikan kepada anak bawah umur untuk tujuan saraan diri, perubatan dan keperluan semasa beliau sehingga mencapai usia 18 tahun.
  • Sekiranya anak bawah umur telah mencapai umur 18 tahun, maka Pemegang Amanah hendaklah memberikan sejumlah RM3,000 untuk tujuan saraan diri, perubatan dan keperluan semasa beliau.
  • Dana Amanah hendaklah diperuntukkan untuk tujuan pendidikan anak bawah umur sehingga ke peringkat ijazah sarjana muda.
  • Sejumlah RM30,000 hendaklah diberikan kepada anak bawah umur bagi tujuan melangsungkan urusan perkahwinan beliau. 

Nota : Pemilik polisi (setlor) juga boleh menyatakan hasrat untuk dilaburkan semula wang pampasan takaful untuk digandakan agar ia tidak susut.

 2.4. Penyerahan Polisi Berkaitan

Rujuk syarikat amanah berkaitan, apakah polisi yang mereka terima untuk dimasukkan ke dalam Surat Ikatan Amanah Takaful.

2.5.  Tanggungjawab Setlor

i) Bagi polisi yang terdapat di dalam amanah ini, selagimana Setlor masih hidup maka beliau akan membayar semua premium.

ii) Sekiranya Polisi tersebut telah luput atau menjadi tidak sah maka selagimana Setlor masih hidup maka beliau hendaklah menggantikan Polisi tersebut dengan Polisi yang baru yang mempunyai manfaat dan terma yang sama menggunakan kos beliau sendiri dan seterusnya membuat penyerahan hak milik kepada Pemegang Amanah.

iii) Setlor juga bertanggungjawab untuk menyelesaikan semua tanggungan dan melepaskan tanggungan dan sekatan yang ada ke atas Dana Amanah, melainkan diperuntukkan sebaliknya oleh Amanah ini.

2.6. Tempoh Amanah

Semasa Tempoh Amanah, Pemegang Amanah akan menandatangani dan melakukan kesemua tindakan yang mungkin perlu dilakukan untuk:

i) memberi kesan ke atas Surat Ikatan ini, atau

ii) sekiranya perlu, membolehkan kepentingan Benefisiari dilindungi.

2.7. Peruntukan Pentadbiran (Dimana Terpakai)

i) Setlor akan membayar semua caj yang berkaitan dengan pengendalian Dana Amanah sehingga tamat Tempoh Amanah.

ii)  Pemegang Amanah akan :

  • Memegang Dana Amanah sebagai Pemegang Amanah untuk kepentingan Benefisiari.
  • Tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kerugian atau susut nilai (dengan apa cara sekalipun) yang mungkin berlaku pada bila-bila masa ke atas polisi.
  • Mempunyai kuasa untuk melaburkan Dana Amanah (termasuk pendapatan yang dihasilkan daripada Polisi) tanpa persetujuan daripada Benefisiari, di dalam pelaburan berisiko rendah.
  • Mempunyai kuasa, sekiranya perlu untuk menggunakan pendapatan yang dihasilkan daripada Polisi (sekiranya ada) untuk membayar semua perbelanjaan yang ditanggung di bawah Surat Ikatan Amanah ini.
  • Mempunyai kuasa untuk dibayar ganti atau menuntut bayaran semula atau mengeluarkan daripada Polisi kesemua perbelanjaan yang ditanggung berkaitan dengan perlaksanaan tugas dan kuasa ke atas Surat Ikatan Amanah ini sebagai pemilik kepada Polisi di mana kerugian yang dialami tidak disebabkan oleh kecuaian atau kelalaian Pemegang Amanah.
  • Mempunyai lien ke atas Polisi berkaitan apa-apa kos dan perbelanjaan tertunggak daripada Setlor atau Benefisiari di bawah Surat Ikatan Amanah ini.

2.8 Kos Pelaksanaan 

Setlor hendaklah membayar semua kos termasuk kos pentadbiran dan perbelanjaan yang berkaitan dan apa-apa kos yang terpakai di dalam Surat Ikatan Amanah ini termasuk yuran peguam, yuran pendaftaran dan duti setem (sekiranya ada).

Pemegang Amanah berhak untuk menolak segala kos pentadbiran, perbelanjaan yang berkaitan dan apa-apa kos yang terpakai di dalam Surat Ikatan Amanah ini termasuk yuran peguam, yuran pendaftaran dan duti setem (sekiranya ada) daripada   Amanah supaya Dana Amanah dapat dipindahmilik kepada Benefisiari.

2. Pembatalan Surat Ikatan Amanah Takaful

i) Amanah yang dibuat di bawah Surat Ikatan Amanah ini boleh dibatalkan. 

ii) Sekiranya Setlor ingin membatalkan Surat Ikatan Amanah ini, beliau perlu memberi notis bertulis kepada syarikat amanah dalam masa 30 hari dan menandatangani dokumen Pembatalan Surat Ikatan Amanah ini.

iii) Setlor dengan ini mengakui bahawa beliau memahami implikasi undang-undang Surat Ikatan Amanah ini.

3. Akta Berkaitan Surat Ikatan Amanah Takaful

Selagi ia tidak bertentangan dengan Undang-Undang Islam yang diamalkan di Malaysia, peruntukan di dalam Akta Pemegang Amanah 1949 adalah terpakai di dalam Surat Ikatan Amanah ini. Sekiranya tidak konsisten, Surat Ikatan ini akan mengatasi Akta Pemegang Amanah 1949, sekiranya dibenarkan oleh Undang-Undang.

Surat Ikatan Amanah

4. Kelebihan Dan Kepentingan Surat Ikatan Amanah Takaful

  • Wang pampasan takaful tidak termasuk dalam pusaka dan ia tidak perlu faraidkan.
  • Syarikat amanah dapat memastikan ia tidak diseleweng oleh individu yang tidak bertanggungjawab kerana mereka berkuasa penuh keatas wang pampasan takaful tersebut.
  • Proses pengurusan lebih cepat kerana tidak perlu tunggu perintah mahkamah untuk mendapatkan wang pampasan takaful tersebut.
  • Ia terlindung dari tuntutan pemiutang (tertakluk kepada Akta Bankrup 1967).
  • Wang pampasan takaful tersebut boleh digunakan untuk membayar segala hutang dan kos berkaitan pusaka. 
  • Ia boleh diuruskan mengikut hasrat seltor dalam merancang kewangan waris selagimana tidak bertentangan dengan syarak. Masing-masing waris akan menikmati wang pampasan takaful tersebut.

5. Kesimpulan

Surat Ikatan Amanah Takaful mampu memberikan kesan positif keatas pengurusan harta tersebut. Ia adalah salah satu kaedah bagi memastikan wang pampasan takaful diuruskan dengan sebaiknya.

Untuk membuat Surat Ikatan Amanah Takaful ini, seltor wajib mempunyai sijil takaful yang aktif. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan sijil takaful. Sila klik link dibawah.

Baca : Kepentingan Dan Kelebihan Hibah Takaful

6. Hubungi Kami

Pihak kami dapat membantu anda menyediakan dokumen hibah bagi harta yang ingin dihibahkan. Anda boleh hubungi En Hanaffi Idris 016-5577653 untuk khidmat nasihat berkaitan hibah.

Jika terdapat soalan, sila komen dibawah. Kami akan reply segera.

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!