“Saya bukan tamak, saya cuma nak hak saya.”
Itulah suara yang sering tenggelam dalam pertikaian harta pusaka. Bila seorang suami meninggal dunia, isu faraid harta suami mula timbul. Bukan hanya sebagai proses undang-undang Islam, tetapi sebagai medan emosi dan konflik keluarga.
Kadangkala penafian berlaku kepada hak yang sah. Ramai waris, terutamanya isteri, berdepan dengan cabaran apabila hak mereka dipertikai atau dinafikan atas alasan peribadi.
Jika anda sedang melalui situasi ini dan dikatakan tidak layak, disisihkan kerana status perkahwinan, atau tidak disebut dalam dokumen harta. Artikel ini ditulis untuk anda.
Saya akan bantu anda fahami:
- Siapa yang layak menerima faraid harta suami
- Kenapa penafian hak sering berlaku dalam keluarga
- Bagaimana hukum Islam menetapkan keadilan dalam pembahagian
- Langkah bijak untuk mempertahankan hak anda secara sah dan beradab
Faraid bukan soal rebut harta. Ia soal menunaikan amanah Allah, menyelesaikan hutang si mati, dan menjaga maruah waris yang ditinggalkan. Jika anda sedang berjuang mempertahankan hak, ketahuilah bahawa anda tidak bersendirian.
Apa Itu Faraid dan Kenapa Ia Penting?
Faraid ialah sistem pembahagian harta pusaka menurut hukum Islam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Ia bukan sekadar hukum, tetapi satu bentuk keadilan yang menjaga hak setiap waris.
- Isteri berhak menerima 1/8 daripada harta pusaka jika ada anak, dan 1/4 jika tiada anak.
- Penamaan dalam KWSP atau takaful bukan pengganti faraid, melainkan hanya sebagai pemegang amanah.
- Hutang si mati perlu diselesaikan dahulu sebelum pembahagian faraid dilakukan.
Ramai isteri tidak tahu bahawa walaupun nama mereka tiada dalam dokumen harta, mereka tetap berhak secara syarie. Tanpa ilmu, hak boleh tergadai.
Selain faraid, isteri boleh menuntut harta sepencarian dan wasiat serta hibah ( jika ada dibuat suami sebelum meninggal )
Tuntutan Harta Sepencarian
Sebelum proses pembahagian pusaka secara faraid dijalankan, isteri boleh membuat tuntutan terhadap harta sepencarian.
Iaitu aset yang diperoleh hasil usaha bersama sepanjang tempoh perkahwinan. Ini termasuk:
• Rumah atau hartanah yang dibeli bersama
• Simpanan atau pelaburan yang dikongsi
• Kenderaan atau aset lain yang dibeli hasil sumbangan kedua-dua pihak
Tuntutan ini perlu dikemukakan di Mahkamah Syariah dan akan dinilai berdasarkan sumbangan isteri dari segi kewangan, tenaga, dan masa.
Baca penuh mengenai proses tuntutan harta sepencarian .
Anda boleh baca cara saya menguruskan permohonan harta sepencarian .
Wasiat dan Hibah
Sekiranya arwah suami ada membuat wasiat yang sah (maksimum ⅓ daripada harta), isteri boleh menerima bahagian tersebut selain daripada hak faraid. Jika ada hibah (pemberian semasa hidup), ia juga boleh menjadi milik isteri secara mutlak, tertakluk kepada bukti dan pengesahan.
Langkah Perlindungan Jika Dianiaya
Jika keluarga arwah cuba menafikan hak isteri, berikut adalah langkah yang boleh diambil:
• Mohon pembahagian pusaka secara rasmi di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Syariah
• Dapatkan khidmat peguam syarie untuk membela hak dan menyusun tuntutan dengan kemas
• Simpan dokumen penting seperti sijil nikah, bukti pembelian harta, dan rekod sumbangan kewangan
Kisah Nyata yang Menyayat Hati
Pn Wani (bukan nama sebenar) ialah seorang balu yang ditinggalkan tanpa sebarang bahagian harta pusaka suaminya. Adik-beradik arwah menafikan haknya kerana beliau pernah meminta cerai semasa suami masih hidup. Mereka juga menggunakan alasan penama takaful sebagai pemilik mutlak.
“En, saya nak tanya soalan sikit boleh? Saya rasa macam dianiaya la. Harta pusaka suami saya, tidak diagihkan dengan betul.”
“Bahagian saya tidak difaraidkan. Saya nie isteri tak mungkin saya tidak terima harta pusaka langsung!”
“Suami tidak letak nama saya.. Arwah letak penama adiknya.”
“Saya nak tuntut juga harta pusaka arwah bahagian saya, saya sendiri hidup bukannya senang.”
“Mereka (adik suami) kata saya tiada hak dan disebabkan saya minta diceraikan semasa arwah hidup.”
“Mana tidaknya semasa arwah hidup, datang rumah saya sehari.. mereka call suruh balik.”
“Arwah juga pernah hutang dengan saya, hutang Court Mamoth RM7,000 tak dibayar lagi.”
“Saya harap dengan harta pusaka arwah, saya nak selesaikan hutang-hutang arwah.”
“Masa arwah tengah sakit suruh saya jaga.. Saya sampai tak boleh kerja ikutkan hasrat ibu dan adik beradik arwah.”
Bla.. bla.. bla..
“Saya jaga arwah semasa sakit, berhenti kerja ikut permintaan keluarga arwah. Tapi bila arwah meninggal, saya langsung tak diberi bahagian.”
Itu lah yang diluahkan kepada saya, tak sempat saya nak kata apa-apa.. Hampir sejam saya layan luahan si balu.
Kisah seperti ini bukan luar biasa. Ia berlaku hampir setiap hari. Bila emosi dan dendam menguasai, hukum Allah diketepikan.
Tapi masalah nie Allah dah cerita dalam Al Quran surah Al Fajr (89) / ayat ke 19.
وَتَأۡكُلُونَ ٱلتُّرَاثَ أَكۡلٗا لَّمّٗا ١٩
- dan kamu memakan harta pusaka dengan cara mencampur baurkan (yang halal dan yang bathil)
Jika kita lihat, inilah yang banyak berlaku dalam masyarakat kita.. Apabila iman itu dijual dengan perkara dosa. Harta pusaka dijadikan Tuhan.
Masih ramai keliru antara hak sebenar dalam faraid harta suami dan penamaan dalam dokumen seperti KWSP atau takaful. Kekeliruan ini sering menyebabkan waris yang sah dinafikan hak mereka.
Bagi mengelakkan salah faham dan memahami siapa yang benar-benar layak menerima bahagian faraid. Anda boleh rujuk artikel pembahagian harta pusaka perlukan perintah faraid . Artikel tersebut bukan sahaja menghuraikan hukum secara jelas, tetapi turut menyertakan contoh situasi sebenar yang sering berlaku dalam keluarga.
Tindakan Bijak untuk Lindungi Hak Anda
Sebagai isteri, anda boleh ambil langkah proaktif untuk memastikan hak anda tidak dinafikan:
- Simpan dokumen penting seperti surat nikah, bukti hutang, dan rekod penjagaan.
- Rujuk Pejabat Agama atau Peguam Syarie untuk tuntutan faraid.
- Buat perancangan harta semasa hidup seperti hibah, wasiat, atau takaful dengan penama yang jelas dan amanah.
- Didik ahli keluarga tentang hukum faraid agar tidak berlaku perebutan atau penafian hak. Rujuk panduan carta pembahagian Faraid .
Ilmu ialah senjata. Bila anda tahu hak sendiri, anda boleh pertahankannya dengan yakin dan tenang.
Faraid Harta Suami : Tukar Luka Menjadi Legasi
Faraid bukan sekadar pembahagian harta. Ia adalah peluang untuk menyelesaikan hutang si mati, menunaikan badal haji, dan membantu waris meneruskan kehidupan. Bila harta dibahagi dengan adil, ia menjadi legasi yang diberkati.
Siapa yang “bersalah”? Waris atau pemilik harta?
Jawapan jujur: tiada siapa yang bersalah secara mutlak, tapi ada tanggungjawab yang terabai.
Pemilik harta semasa hidup:
- Tanggungjawab utama ialah merancang agihan harta dengan jelas dan sah (hibah, wasiat, takaful).
- Ramai tidak sedar bahawa “tiada perancangan = potensi konflik”.
- Bila tiada dokumen, tiada komunikasi, dan tiada tindakan awal. Jadi , waris terpaksa bergelut dengan sistem faraid yang rigid dan kadang-kadang tidak adil dari segi emosi.
Waris selepas kematian:
- Waris pula sering terperangkap dalam dilema moral dan undang-undang.
- Ada yang bertindak atas emosi, ada yang keliru dengan hak masing-masing, dan ada yang ambil kesempatan.
- Tapi, mereka juga mangsa kepada kekosongan perancangan.
Realitinya?
Bila harta tidak dirancang, faraid bukan penyelesai masalah. Ia pembuka pintu kepada perbalahan.
Dan bila dah 5 bulan berlalu tanpa penyelesaian, itu bukan sekadar kelewatan. Itu tanda bahawa perancangan semasa hidup adalah satu keperluan, bukan pilihan.
Solusi yang patut dimulakan semalam:
- Hibah Takaful – Lindungi waris dengan dana segera tanpa perlu tunggu proses faraid.
- Hibah Harta – Tetapkan siapa terima apa, dengan dokumen sah dan jelas.
[ Klik Hibah Harta ]
Anda dah tahu hak anda. Sekarang masa untuk bertindak. Klik butang di bawah untuk terus dapatkan sesi konsultasi atau tindakan segera. Jangan biarkan hak anda ditentukan oleh orang lain.

