100 Jiwa Untuk Dibantu

Ramai yang anggap perancangan harta nie tak penting. Alasan tiada harta dan macam-macam lagi.

Tetapi hakikatnya bila berlaku kematian atau musibah kepada pemilik harta, barulah kita kalut nak cari solusi. Pasti anda akan google dan tanya sana-sini.

Disini ada 2 perkara yang sangat berbeza tetapi berkaitan antara satu sama lain.

Pengurusan Harta Pusaka & Perancangan Harta

Pengurusan Harta Pusaka dibuat apabila pemilik harta meninggal dunia, tak kiralah samada berwasiat atau tidak. Apa yang penting harta si mati perlu diuruskan dengan segera. TIADA ALASAN untuk ditangguhkan.

Selagi tidak diuruskan, selagi itu pemilikan masih milik si mati. Akan jadi rumit apabila waris pula meninggal sebelum sempat harta diuruskan.

Kenapa kes pusaka makin meningkat? Dan terutamanya terdiri dari kalangan umat Melayu Islam. Jika rujuk di amanah raya, hampir 99% harta terbeku adalah harta orang melayu Islam.

Kenapa ini terjadi?

  • Ramai yang masih bersikap tangguh kerana beranggapan mereka akan urus kemudian hari. Walhal, mati boleh jadi bila-bila saja.
  • Banyak juga kes harta pusaka tidak diuruskan kerana pergaduhan antara keluarga yang tidak selesai-selesai. Ini banyak.
  • Tidak tahu nak rujuk siapa.
  • Tiada siapa nak bantu keluarkan duit untuk bayar kos yang terlibat, tapi harta nak. Ini pon banyak.
  • Kematian berlapis, waris yang layak semakin ramai. Dah jadi makin rumit nak urus.
  • Dokumen berkaitan hilang atau lupus.
  • Terdapat juga kes penipuan. Mereka membolot harta si mati tanpa prejudis. Akhirnya ada pihak terainaya. Ia bukan drama TV, tetapi reality yang berlaku dalam kehidupan.

Jika anda mengalami masalah berkaitan harta pusaka saya boleh bantu untuk diuruskan sehingga selesai. Saya ada berpengalaman dalam perkara ini.

Cuma, jika kes bergaduh boleh dibantu juga. Tengok kepada apa kes. Jika masing-masing kepala batu, susah la. Nanti ana rejam dengan batu la. Hahaha.

Okey.. itu kes jika dah berlaku.

Untuk saya bantu uruskan pusaka, klik disini

Saya juga boleh bantu mereka yang nak buat PERANCANGAN HARTA, perancangan nie dibuat oleh pemilik harta sebelum dia meninggal dunia.

Saya bantu harta anda kelak diuruskan dengan baik dan diagihkan mengikut hasrat.

Anda tahu waris anda macam mana.

Perancangan harta nie setiap orang berbeza-beza.

Jika nak huraikan sangat panjang bab nie. Haha.

Jika anda nak mudahkan waris perlu buat PERANCANGAN HARTA! Antaranya dengan wasiat-hibah-harta sepencarian-amanah.

Jika anda perlukan maklumat tentang.

7 Perkara Penting Anda WAJIB tahu!

1 – Penama di institusi kewangan adalah sebagai pentadbir sahaja. Yang ini banyak berlaku kes, mereka bolot dan buat senyap jer.

2 – Jika si mati meninggalkan cash melebihi RM50,000 kepada anak bawah umur, duit tersebut akan dipegang oleh AMANAH RAYA, walaupon si mati meninggalkan isteri yang masih hidup. Tanpa wasiat isteri tidak layak sebagai penjaga harta anak bawah umur. Akan jatuh kepada ayah si mati.

3 – Siapa nak jaga anak yang dibawah umur? Pernah fikir tak? Jika anda dan pasangan meninggal serentak.

4 – Bagaimana anda nak pastikan hutang anda diselesaikan oleh waris? Macam remeh jer, untuk pengetahuan anda, waris tidak wajib bayar hutang anda. Cuma disarankan saja, memikirkan keadaan anda disana jika hutang masih belum selesai.

5 – Jika nak buat hibah, buat dengan cara yang betul. Jangan menyusahkan waris kemudian hari. Masing-masing claim harta yang dihibah dengan sekadar cakap mulut. Pastikan rukun dan syarat hibah dipenuhi dan berdokumen

6 – Anda mungkin nak wakaf atau sedekahkan sebahagian harta kepada masjid / surau / anak yatim. Saya boleh bantu untuk pastikan ia terlaksana dengan sempurna.

7 – Anda perlu tahu anak angkat tidak menerima bahagian faraid si mati, jadi rancanglah harta yang ada.

Sampai disini sahaja. 

Hubungi saya untuk pertanyaan di 016-5577653

atau

Whatsapp (klik link ini)

Saya berharap 100 jiwa dapat dibantu dalam PENGURUSAN HARTA PUSAKA & PERANCANGAN HARTA.

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!