5 Persediaan Isteri Jika Suami Meninggal Dunia

1. Siapa Yang Layak Terima Pusaka.

Perkara ini penting bagi menjaga diri sis daripada fitnah dunia. Al maklumlah, bila cerita bab harta nie orang yang tiada kena mengena pon boleh campur tangan. Pernah saya terima aduan, adik ipar lebih nak rebut harta. Padahal, yang layak terima pusaka rilex jer.

Bagi memudahkan sis, waris faraid adalah ibubapa arwah, sis dan anak-anak. Waris faraid setiap orang berbeza, jadi jika terdapat persoalan boleh whatsapp Hanaffi untuk pastikan.

Selain daripada itu Hanaffi nak pastikan sis tidak makan harta haram, bahasa mudah makan hak orang lain. Walaupon hak anak-anak. Dunia memang kita rasa ok jer, tapi bila dah meninggal tak takut ke?

2. Harta Milik Arwah

Hanaffi cadangkan sis mula ambil tahu berkenaan harta suami. Bukan gila harta, cuma nak pastikan harta atas nama suami benar-benar miliknya. Sebab ada orang beli guna nama orang dan ada orang beli sesuatu guna nama kita. Perkara ini semasa kita hidup memang tiada isu, lepas meninggal macam-macam hal.

Susah nak buat tuntutan jika harta atas nama orang lain. Panjang cerita. Jika dah berlaku baru nak semak pon susah. Elok senaraikan dan letak dalam satu file. Senang!

3. Harta Pusaka Dan Harta Bukan Pusaka.

Ini bagi memudahkan urusan pentadbiran harta nanti, bezakan antara harta pusaka dan bukan harta pusaka supaya tak timbul kekeliruan. Sis untung sebab dapat ilmu nie awal.

Untuk mudahkan sis, Hanaffi senaraikan harta pusaka dan harta yang tidak termasuk sebagai harta pusaka.

Harta Pusaka terbahagi kepada 2 jenis, iaitu harta tak alih dan harta alih.

a. Harta tak alih seperti:

  • tanah
  • rumah
  • sawah
  • bangunan
  • atau semua yang melekat pada tanah

b. Harta alih, adalah harta selain daripada harta tak alih seperti:

  • Duit (saving / current) dalam bank
  • Tabung Haji
  • KSWP
  • ASB
  • Unit amanah
  • Shares
  • Kereta / motorsikal
  • Barang kemas

Harta Bukan Pusaka adalah:

  • Pencen
  • Harta yang dipinjam
  • Harta yang telah dihibah
  • Harta yang telah diwakafkan
  • Bayaran di bawah Akta Keselamatan Social Pekerja 1969 Perkeso
  • Pemberian oleh orang-orang yang menziarahi si mati
  • Duit pampasan atau gratuity
  • Harta yang telah diberi atau dijual kepada orang lain

Harap ini membantu.

4. Harta Sepencarian.

Harta sepencarian adalah harta yang wujud selepas perkahwinan, samada berusaha secara langsung atau tidak langsung. Jika nak tuntut harta sepencarian perlu dilakukan sebelum proses tuntutan harta pusaka!

Perkara ini agak merumitkan jika semua benda baru nak buat. Adakalanya timbul tidak puas hati antara anak-beranak! Ada jangan ingat tak de.

Hanaffi cadangkan sis buat dokumen harta sepencarian semasa hidup nie. Tuntutan harta sepencarian juga boleh dibuat ketika pencerian hidup atau suami berpoligami.

Sis fikirlah masa depan sis sendiri ya.

5. Penamaan.

Semak semua penama di Tabung Haji, ASB, KWSP dan akaun lain. Siapakah yang dimanakan… Adakah anak-anak atau sis? Ingat penama yang dinamakan harus urus duit peninggalan suami secara faraid atau muafakat sesama waris.

Penama yang dinamakan adalah pentadbir bukannya PEMILIK!

Dan pastikan juga letak penama / pentadbir adalah orang dewasa.

Ok, setakat ini saja. Jika perlukan maklumat dan konsultansi, boleh call saya. Saya tak paksa.

Hubungi saya untuk pertanyaan di 016-5577653

atau

Whatsapp (klik link ini)

Jangan lupa SHARE & LIKE post nie supaya orang lain dapat manfaat dari sharing anda!

Hanaffi Idris Perunding Professional Harta Pusaka Islam

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

4 Responses

  1. Assalamualaikum encik hanaffi, suami sy mempunyai 5 anak pada perkahwinan terdahulu, dan seorang anak bersama saya. Dan harta seperti tanah, rumah,kereta yang ada sekarang adalah harta yang suami usahakan semasa berkahwin dengan saya. BAgaimana untuk kami uruskan harta sepencarian semasa suami masih hidup?

    1. wasalam. ada dua cara skrag nie. Buat hibah atau harta sepencarian, saya boleh bantu uruskan dokumentasi. Lebih baik uruskan semasa suami hidup. Jika dah berlaku kematian baru nak buat tuntutan, biasanya proses agak rumit dan perlu persetujuan waris-waris faraid.

      Ia akan ambil masa dan kos guaman yang tinggi. Jika nak saya bantu boleh call / whatsapp saya 0165577653

  2. Assalamualaikum.Sy ada kemusykilan tentang harta pusaka ni.Arwah bapa sy dah meninggal dan arwah bapa sy ada sebidang tanah atas nama arwah bapa sy.Sblm arwah dgn ibu sy,arwah pernah berkahwin dan bercerai hdp dan mempunyai 2 anak.Kemudian arwah berkahwin dgn ibu sy dan sy anak tunggal.Kami pernah berbincang dgn peguam dan peguam mengata kan bl arwah bapa sy sudah bercerai dgn isteri pertama,secara automatik hilang hak keatas tanah tersebut termasuk kakak dan abg sy pun hilang hak utk menuntut harta td walaupun kami sama bapa dan berlainan ibu.Tanah tersebut hnya sy dan ibu sy sj yg ada hak sbb yg berhak atas tanah arwah ayah sy perlu lah yg satu ibu dan satu bapa shj.Benar kah apa yg peguam tersebut terang kan.Sy ingin kan penjelasan.Terima ksh.

    1. isteri dan kesemua anak-anak arwah layak keatas harta pusaka yang ditinggalkan. untuk bekas isteri memang tak layak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!